Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak Sembahyang

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

HUKUM ORANG YANG BERPUASA TETAPI TIDAK SEMBAHYANG

Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi tidak sembahyang?

JAWAPAN

Untuk menjawab soalan ini, sebagai muqaddimah saya nukilkan pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-
Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah: “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu
mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji
jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah
melampaui batas terhadap Allah.”

Ulama Islam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur


jika meninggalkan salah satu ibadat ini. Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan
sembahyang dan enggan membayar zakat. Sebahagian berpendapat yang lain pula hanya orang yang
meninggalkan sembahyang sahaja menjadi kufur kerana kedudukan sembahyang yang tinggi di
dalam Islam.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran
itu ialah meninggalkan sembahyang.”

Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan
sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri
amalannya tidak diterima.

Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu
masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa
yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik.

Mudah-mudahan pendapat ini lebih benar dan adil. Jika dia mengurangkan sebahagian
daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu, tanpa mengingkari atau
mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat-ibadat yang lain, dia dikira Muslim yang
tidak sempurna, imannya lemah dan dan jika berterusan meninggalkannya, Allah tidak mensia-siakan
amalan kebaikannya.

Pahala terhadap apa yang telah dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas
ketelanjurannya. Allah SWT berfirman:

‫ير ُّم ْستَطَ ٌر‬


ٍ ِ‫ير َو َكب‬ َ ُّ‫َو ُكل‬
ٍ ‫ص ِغ‬

Maksudnya: “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.”

(Surah al-Qamar: 53)

Firman-Nya lagi:

َ َ‫﴾ َو َمن يَ ْع َملْ ِم ْثق‬۷﴿ ُ‫ال َذ َّر ٍة خَ ْيرًا يَ َره‬


ُ‫ال َذ َّر ٍة َشرَّا يَ َره‬ َ َ‫فَ َمن يَ ْع َملْ ِم ْثق‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat
pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan
menerima balasannya pula.”

(Surah al-Zalzalah: 7-8)

Dalam hal ini saya cuba merumuskan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi
tidak solat, antaranya:

Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka.
Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab
Hambali dan sebahagian ulama masa kini.

Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak
diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi,
Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya:
“Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah
dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”.

Riwayat Bukhari & Muslim

Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana
menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.

Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar
difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.

Anda mungkin juga menyukai