Anda di halaman 1dari 1

Contoh Skrip Pengumuman Siaraya Protokol Pencegahan Covid 19...

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera kepada guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar SMASDI
Bagi memastikan proses pdpc (pengajaran dan pembelajaran) yang selamat untuk semua pelajar, pihak sekolah
menjalankan Amalan Keselamatan dan Kebersihan berdasarkan garis panduan Majlis Keselamatan Negara
Malaysia ( MKN ).
Pihak sekolah berharap para pelajar dapat memberikan kerjasama dalam mematuhi langkah-langkah
keselamatan sepanjang berada di sekolah seperti berikut:
1. Kekalkan Jarak Sosial sekurang-kurangnya 1 meter sepanjang masa.
2. Elakkan bersalaman atau bersentuhan .
3. Pelajar digalakkan utk sentiasa memakai pelitup muka.
4. Kerap basuh tangan atau gunakan cecair pembersih tangan (sanitizer) yang telah disediakan
5. Patuhi syarat maksima jumlah pelajar yang dibenarkan untuk berada di dalam kelas pada satu-satu masa
6. Aktiviti sembang santai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama berterusan anda dalam waktu yang mencabar ini. Semoga usaha ini
akan dapat mencapai objektif bagi memutuskan rantaian penularan wabak covid-19.
Sekian selamat belajar.

Anda mungkin juga menyukai