Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN A

1. Apakah cat yang menggunakan teknik glazing dan impasto?


A. Cat air
B. Cat akrilik
C. Cat tempera
D. Cat minyak

2. Teknik yang manakah menggunakan cat air?


A. Teknik warna rata
B. Teknik glazing dan impasto
C. Sapuan warna tebal atau nipis
D. Teknik basah atas basah, basah atas kering, kering atas kering dan kering
atas basah

3. Aliran seni catan yang menggunakan unsur tampak


iklan atau bidang komersial.

Apakah jenis aliran seni catan tersebut?

A. Pop art
B. Kubisme
C. Surealisme
D. Ekspresionisme

4. Khalil Ibrahim sering memaparkan aktiviti kehidupan


masyarakat melalui catan figuratif

Apakah hasil karya beliau?

A. Malaysian Life
B. Pantai Timor
C. Ke Arah Tauhid
D. Pantai Timor – East Coast
5. Antara berikut, yang manakah jenis-jenis arca?
I Arca acuan
II Arca berangka
III Arca berfungsi
IV Arca estetik
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Pengertian arca berasal daripada bahasa Latin, iaitu ___________ bermakna


satu proses mengukir, memotong atau menggores.
A. Statue
B. Temple
C. Sculpere
D. Sculpture

7. Arca yang dihasilkan daripada bahan yang mudah membeku seperti simen,
lilin dan tanah liat dipanggil arca __________________.
A. Timbulan
B. Asemblaj
C. Binaan
D. Acuan

8. Apakah yang dimaksudkan dengan arca mobail?


A. Mempunyai seni kinetik
B. Berbentuk 3D yang menonjol keluar
C. Jenis yang boleh bergerak tetapi pergerakan terhad
D. Cantuman pelbagai bahan terbuang yang berbeza
9. Antara berikut, yang manakah arca diperbuat daripada cantuman pelbagai
bahan terbuang yang berbeza?
A. Perentas Ribut No. 18 (Storm Riders), 2012
B. Teko Bunga Terung, Seramik, 2005
C. Remang Berarat, 2017
D. Robot, 1992

10. Antara berikut, yang manakah teknik digunakan dalam arca binaan?
I Mengukir
II Berkerangka
III Tidak berkerangka
IV Kemahiran tangan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
BAHAGIAN B

1. Anda dikehendaki lukis semula lukisan di bawah pada kertas lukisan yang
disediakan. Warnakan lukisan anda menggunakan warna pensel atau warna
air secara bertindih bagi menghasilkan kesan ton pada buah-buahan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai