Anda di halaman 1dari 3

BIDANG : ADAB

TEMA : ADAB KEPADA IBU BAPA


FOKUS : NILAI MURNI
TAJUK : PINTU SYURGA

Ya Allah… mulia sungguh hati Abam Bocey. Sanggup berbuat apa sahaja demi ibu
tercinta
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah hirobbiaalamin….

Apa khabar kawan kawan di alam maya sekelian. Moga kalian sihat semua. Jom ..
bersama saya.. kita berbicara tentang “ PINTU SYURGA”

BUATLAH YANG BAIK PADA IBUBAPA


Kawan kawan tahu tak.. siapa ibubapa? Tak tahu? Eshhhhh…eshhhhh.eshhh..
Ha.. Ibubapa merupakan insan yang sangat penting dalam keluarga dan tinggi
martabatnya dalam Islam. Merekalah pintu syurga kita di dunia ini. Ini bertepatan
dengan kalam Allah dan kitabullah.

Maksudnya: Dan doakanlah ( untuk mereka, dengan berkata): “ Wahai Tuhanku!


Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”.
( Surah Al Israk Ayat 24 )
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa ibubapa wajib ditaati dan disantuni.
Biarpun mereka telah kembali kepada Ilahi. Contohilah Abam Bocey yang sentiasa
taat pada ibunya.

Kawan kawan sekelian


Apakah hUkum beradab kepada kedua ibubapa. Hukumnya adalah wau.. alif…
jim.. ya.. ba.. Wajib… Justeru..Kita Wajib beradab kepada ibubapa. Jangan sekali
kali berlaku kasar walau keadaan apa jua pun. Ingatlah .. semasa kecil kita
ditatang ..dibelai dan dimanja. Namun. Apabila kita sudah dewasa, gagah perkasa,
ibubapa kita pula dalam keadaan lemah dan uzur. Kita tidak boleh bertindak
dengan sewenang wenangnya. Ini namanya zalim dan derhaka.

Jangan jadi seperti Si Tanggang


Yang derhaka pada ibunya
Sehingga di sumpah menjadi batu

Ya… Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh , sanggup dehaka pada ibu
sendiri, tanpa belas simpati

Kawan kawan ambillah Ibrah.. Kisah Wais Al Qorni, boleh dijadikan panduan buat
sepanjang zaman, Walaupun tidak dikenali di dunia , namun menjadi sebutan di
langit kerana amal taat dan kasih sayang kepaada ibunya.

Buat baik berpada pada


Buat jahat jangan sekali
Ummi
Abi
Maafkan saya. Sekiranya diri ini pernah menyakiti hatimu, Anakmu ini tidak mahu
menjadi anak derhaka dan akur dengan larangan Allah

Maksudnya: Dan Janganlah engakau berkata kepada mereka( Sebarang perkataan


Kasar) Walau pun perkataan ( Ha)
( Surah Al Israk Ayat 23 )
Ayat ini menjelaskan bahawa mengucapkan kata kata ( Haa) di larang di dalam
Islam. Apatalah lagi perkataan yang lebih kasar dari itu.
Betul tak kawan kawan. Kalau betul.. Angkat tangan anda.

Kawan kawan
Beradablah ….Sayangi… ibubapa kita , kerana sesungguhnya merekalah pintu
syurga kita
Ampunkan anakmu
Yang tulus sejati
Andai pernahku menyakiti hati mu
Yang terguris moga terhakis
Kasih tak dapat di tukar hganti
Sekian,wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai