Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN VIDEO PENDIDIKAN FALAK

A. PERATURAN UMUM
i. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
ii. Setiap peserta bebas menentukan bilangan ahli pasukan. Hadiah hanya SATU (1)
bagi setiap penyertaan.
iii. Pertandingan ini hanya melibatkan satu (1) kategori sahaja iaitu Video Pendek
berdurasi 04 – 05 Minit sahaja.
iv. Bahasa yang digunakan hanya Bahasa Malaysia sahaja.
v. Setiap peserta/pasukan hanya boleh menghantar SATU ( 1 ) video sahaja bagi
setiap penyertaan.
vi. Setiap peserta/pasukan boleh merujuk mana-mana video animasi pendidikan
dilaman sesawang tetapi tidak boleh mengambil video tersebut sebagai penyertaan.
vii. Produksi mestilah karya asal peserta. Tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang
ciplak atau copyright.
viii. Hakcipta produksi adalah kekal milik pserta/pasukan. Walaubagaimanapun
penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program pendidikan,
promosi semasa dan selepas pertandingan.
ix. Peserta/pasukan perlu memenuhi tahap kopetemsif yang ditetapkan
x. Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat
pertandingan.
xi. Video penyertaan akan di Publish ke laman Channel youtube milik Balai Cerap
Selangor untuk dinilai viewer dan like sebagai markah tambahan. Perserta
digalakkan untuk mempromosi video yang dipertandingkan untuk mendapatkan lebih
banyakkan viewer dan like.

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR


xii. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
xiii. Hanya 100 penyertaan terawal sahaja akan diambil sebagai penyertaan.

B. *TIMELINE PERTANDINGAN VIDEO

i. 01 hingga 11 September 2020 (Pendaftaran)


ii. 01 hingga 23 September 2020 (Penghantaran Video )
iii. 24 September 2020 (Video akan dipublish ke Channel Youtube BCS)
iv. 24 – 30 September 2020 (Tempoh permakahan Viewer dan like video)
v. 01 Oktober 2020 (Penjurian penuh)

C. CARA PENYERTAAN
i. Semua video untuk dipertandingkan perlu dimuatnaik ke laman Google Drive :
balaicerapvr@gmail.com
ii. Penyertaan hendaklah disertakan nama pasukan, alamat, email dan juga Nomber
Tel. yang hendak dihubungi.

D. KRITERIA PENILAIAN
Keseluruhan multimedia yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut Kriteria dan
pecahan skema pemarkahan berikut:
a) Menepati tema = 30 markah
b) Idea (isi kandungan )/ Penyampaian = 30 markah
c) Kreativiti/ Inovasi = 30 markah
d) jumlah tontonan = 10 markah
Markah Keseluruhan = 100 markah

Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat


menyurat tidak akan dilayan

E. TEMA PERTANDINGAN VIDEO

“ASTRONOMI ISLAM”

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR


F. PENGANJUR
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi penganjur di alamat seperti berikut:

Urus Setia
Bahagian Falak
Jabatan Mufti Negeri Selangor

Tel : 03 – 5514 3718


Faks : 03 – 5519 7584

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

Anda mungkin juga menyukai