Anda di halaman 1dari 5

7.

Kurikulum dan Program Pembelajaran 7.1 Kurikulum Utama Kurikulum yang diamalkan diprasekolah ini adalah berdasarkan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang merangkumi enam komponen utama iaitu tunjang Bahasa dan Komunikasi, tunjang Kreativiti dan Estetika, tunjang Fizikal, tunjang Kerohanian dan Moral, tunjang Emosi dan tunjang Kognitif (awal sains dan awal nombor). Kurikulum utama yang lengkap disertakan dalam lampiran 4 7.2 Kurikulum Tambahan Kurikulum tambahan prasekolah ini adalah berdasarkan kepada aktiviti reka cipta dan Fardhu Ain pada sebelah petang. Kurikulum tambahan yang lengkap disertakan dalam lampiran 5 7.3 Jadual Pembelajaran Sesi pembelajaran di prasekolah Insaniah bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari setiap hari. Terdapat juga sesi pembelajaran tambahan di sebelah petang iaitu kelas Iqra bermula dari pukul 1.00 tengahari sehingga 2.00 petang. Jadual pembelajaran boleh dirujuk pada lampiran 6 7.4 Buku Latihan Di prasekolah Insaniah, kami telah memilih beberapa siri buku khas untuk digunakan sebagai buku rujukan dan latihan murid-murid. Buku-buku tersebut antaranya adalah siri buku Matahariku untuk pembelajaran tunjang Bahasa dan Komunikasi, Little Ones Eduword untuk pembelajaran tunjang Kognitif, Sains dan English serta siri buku Iqra untuk pembelajaran kelas Fardhu Ain.

7.6

Program Tambahan Di Prasekolah Insaniah, kami menyediakan program lawatan ke tempat-tempat terpilih serta pelbagai aktiviti juga dirancang yang melibatkan kerjasama dengan masyarakat setempat dan ibu bapa. Rujuk lampiran 7 untuk melihat takwim Prasekolah Insaniah untuk sepanjang tahun.

8.0 8.1

Aspek Pemakanan Prinsip Penyediaan Makanan Penyediaan Makanan Prasekolah Pemilihan makanan untuk diberikan kepada kanak-kanak prasekolah memberikan kesan terhadap tingkah laku yang dihasilkan oleh kanak -kanak tersebut. Gabungan nutrisi yang betul mampu menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan fizikal serta mental kanak-kanak. Oleh yang demikian, penyediaan makanan di Prasekolah Insaniah dilakukan oleh tukang masak terpilih yang melalui proses latihan agar penyediaan makanan yang dilakukan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia iaitu : i. Berikan pelbagai jenis makanan yang baik dan berkhasiat melalui kombinasi yang bersesuaian berdasarkan piramid makanan.

ii.

Jadikan nasi, lain-lain bijirin dan makanan berasaskan bijirin sebagai sumber tenaga yang utama.

iii.

Galakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral.

iv.

Berikan ikan, daging tanpa lemak, ayam, telur, kekacang dan berasaskan kekacang untuk protein.

v.

Berikan susu, produk tenusu dan lain-lain makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari.

vi.

Berikan daging tanpa lemak, ayam, ikan, sayur-sayuran dan makanan lain yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk mencegah kekurangan zat besi.

vii.

Lemak adalah penting tetapi pemberian secara berlebihan patut dielakkan.

viii.

Hadkan gula-gula, makanan manis dan minuman bergula dan kurangkan pengambilan garam.

ix.

Jika snek diperlukan, pilih makanan yang berkhasiat dalam jumlah yang kecil dan berikan pada masa yang sesuai.

x.

Sediakan makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan.

8.2

Menu Makanan Terdapat beberapa amalan yang dipraktikkan di Prasekolah Insaniah dalam rutin pemakanan harian iaitu : i. Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan diberi makan 7 biji kismis dan minyak ikan kod. ii. Sarapan pagi seperti kuih dan biskut bersama dengan susu disediakan untuk murid-murid yang tidak bersarapan. iii. Terdapat sesi kudapan pada pukul 9.30 sebelum makan tengahari. Kami menyediakan menu kuih dan buah-buahan yang diselang seli mengikut hari bagi menyeimbangkan nutrisi. iv. Makanan tengahari disediakan setiap hari yang meliputi makanan berat dalam kuantiti yang sesuai dengan murid-murid. Terdapat 2 set menu yang ditukar mengikut minggu.

ARAS 4 MAKAN PALING SEDIKIT ARAS 3 MAKAN SEDERHANA

LEMAK, MINYAK, GULA

DAGING, IKAN, AYAM, KUMPULAN KACANG, SUSU, YOGART, KEJU

ARAS 2 MAKAN BANYAK ARAS 1 MAKAN PALING BANYAK

BUAH-BUAHAN, SAYURSAYURAN

Set

menu

yang

ROTI, BIJIRIN, PASTA, MEE lengkap

boleh dilihat dalam yang di ediakan. 9.0 9.1 9.2 10.0 Aspek Kebersih dan Keselamatan.

lampi an

Aspek Keselamatan. Rujuk lampi an 9 Aspek Keselamatan. Rujuk Lampi an 10 Aspek Kesihatan

Perkhidamatan kesihatan kepada kanak -kanak disekolah adalah perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid -murid sekolah terutamanya sekolah bantuan kerajaan. Pelbagai program dijalankan untuk memastikan kesihatan murid-murid sekolah berada pada tahap optima. Prasekolah Insaniah amat mementingkan kesihatan dikalangan murid -muridnya. Oleh yang demikian, pihak prasekolah mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Bahagian Sekolah untuk meminta pihak klinik datang dan mengadakan pemeriksaan secara berkala terhadap murid-murid. Pemeriksaan biasanya dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos. Pemeriksaan meliputi pemeriksaan gigi dan pemeriksaan kesihatan. Menurut Kementerian Kesihatan Bahagian Sekolah, antara masalah-masalah kesihatan yang yang dikesan di kalangan murid sekolah adalah : 1. Obesiti 2. Ketajaman penglihatan 3. Rabun warna

4. Tulang rangka yang tidak normal 5. Jangkitan cacing 6. Kudis buta 7. Kurang pendengaran.

Anda mungkin juga menyukai