Anda di halaman 1dari 1

No.

2, Lorong PP 2/10,
Perumahan Pandan Perdana,
26070 Kuantan,
Pahang.
______________________________________________________________________________
Guru Besar SK Pandan,
Jalan Tas 3, Taman Tas,
25150 Kuantan,
Pahang. 15 JULAI 2022

Tuan,

PERMOHONAN PENGECUALIAN SESI DISKUSI PROFESIONALISME KETUA


PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA BERSAMA WARGA PENDIDIK PARLIMEN
PAYA BESAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, ANNIS SALWA BINTI TAJUDIN dengan ini memohon pengecualian daripada
menyertai program di atas. Tujuan saya memohon pengecualian kerana saya ingin menghadiri
Majlis Graduasi dan Anugerah Gemilang Tahun 2021 anjuran Sekolah Menengah Sains
Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan.

3. Untuk makluman tuan, anak saya akan menerima anugerah pada hari tersebut. Bersama-
sama ini saya lampirkan surat jemputan ke Majlis Graduasi dan Anugerah Gemilang 2021
tersebut.

4. Diharap permohonan saya mendapat kelulusan dari pihak tuan. Segala pertimbangan dan
kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(ANNIS SALWA BINTI TAJUDIN)

Anda mungkin juga menyukai