Anda di halaman 1dari 1

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD

SHAH KUANTAN BERHAD


25150 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

MAKLUMAN PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2022/23

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.

2. Pembelian dan pembayaran pakej keperluan persekolahan 2022/23 dari Koperasi Semsas
boleh dijalankan secara online sebelum 3 April 2022.

3. Cara pembelian dan pembayaran barangan koperasi adalah seperti berikut:


a) Ibu bapa perlu melihat senarai harga barangan koperasi (rujuk lampiran 1a dan 1b)
b) Ibu bapa dikehendaki membuat catatan pada borang senarai semak bayaran sebelum
membuat pembayaran (rujuk lampiran 2)
c) Ibubapa boleh membuat pembayaran barangan koperasi sama ada secara ONLINE
ATAU DEPOSIT TUNAI SAHAJA. Sila buat bayaran ke akaun Koperasi SMS Sultan Haji
Ahmad Shah Kuantan Berhad : 5562 2640 3130 (MAYBANK).
d) Selesai membuat pembayaran, ibu bapa diminta mengisi Google Form
(https://bit.ly/BorangResitPembelianKOOP) untuk mendapatkan resit pembayaran.
e) Pembayaran secara tunai hanya boleh dibuat pada waktu persekolahan sahaja oleh
murid.

4. Had pembelian barangan koperasi hanya 1 unit sahaja. Jika ingin membuat pembelian
melebihi 1 unit, murid boleh buat pembelian barangan di koperasi sekolah.

5. Penyerahan item yang telah dibeli akan dilakukan selepas murid masuk ke sekolah. Sila
tunjukkan resit pembayaran semasa penyerahan item.

6. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh berhubung dengan Cikgu Nur Hanani Omar
(010-4483302) dan Cikgu Muhamad Shafiq Najib (018-2701171). Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai