Anda di halaman 1dari 3

Air Yang Bersih dan Sanitasi.

Air merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk


cecair, manakala sanitasi pula merupakan sistem kawalan
kebersihan awam. Air yang bersih sangat penting dalam
kehidupan seharian kita sebagai manusia.

Air adalah keperluan asas untuk manusia, haiwan dan


tumbuhan. Air meliputi 70% permukaan bumi, semua hidupan
di dunia ini perlukan air untuk meneruskan hidup.

Antara kegunaan air yang bersih adalah untuk dijadikan


minuman, mandi, memasak, mencuci dan sebagainya. Selain itu,
air juga digunakan untuk memberikan oksigen ke dalam tubuh,
mengatur suhu badan, mencegah kerosakan badan dan banyak
lagi.

Sanitasi juga sangat penting untuk mengekalkan kebersihan


awam. Antara kepentingan lain sanitasi adalah, dapat mencegah
keracunan atau jangkitan, memastikan kebersihan dan
mewujudkan suasana yang lebih menyenangkan dan selamat.
Malangnya, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak
dapat mengakses air yang bersih. Hal ini terjadi apabila masih
ada diantara kita yang tidak mengambil berat kebersihan air.

Malah, sebanyak 3 billion manusia pula tidak mempunyai


akses asas kepada perkhidmatan sanitasi dan pengurusan sisa
kumbahan dan sampah dengan baik.

Disamping itu, pembandaran, pertumbuhan penduduk yang


pesat dan pencemarah domestic dapat meningkatkan tahap
pencemaran air yang menyebabkan persekitaran global turut
tercemar.

Apabila permintaan air meningkat dan pencemaran cepat


menghabiskan sumber air, menyelesaikan masalah dengan
tindakan adalah langkah terbaik untuk memastikan sumber air
yang bersih menjadi lebih mampan.

Oleh itu, Malaysia memilih untuk mendidik rakyat mereka


dan menjadikan mereka sebahagian daripada penyelesaiannya.
Akhir kata, kita perlu bersama-sama menjaga sumber air
bersih. Mengapa? Kerana air yang bersih dapat meberikan
banyak kepentingan dan manfaat kepada hidupan di dunia.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai