Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Tugasan projek BMM 3108 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu adalah tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua guru pelatih pengajian Melayu semester 4. Tugasan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman seseorang guru pelatih dalam bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Di samping itu, tugasan ini juga dapat membantu para guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugas dan menganalisa maklumat untuk dipersembahkan sebagai satu hasil kerja yang berkualiti. Sewaktu menjalankan proses mencari maklumat, terdapat pelbagai masalah yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah kesukaran untuk mencari maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan soalan tugasan yang diberikan serta sumber maklumat yang terhad terutamanya buku. Saya telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mencari maklumat di laman sesawang dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan saya. Saya mengkaji dialek orang kampung saya iaitu dialek utara perlis. Saya memailih ayah saya sendiri sebagai pencerita yang menggunakan dialek tegar utara perlis. Beliau sudah lama berada di perlis dan tidak pernah sama sekali bercampur atau berpindah ke luar dari negeri Perlis. Jadi, semestinya bahasa dan dialek yang digunakan merupakan dialek asal utara Perlis. Pada awalnya, beliau malu untuk dirakam. Bahasa yang digunakan juga agak kaku dan tidak lancar seperti pertuturan harian beliau. Namun, saya cuba tenangnkan beliau supaya beliau dapat bercerita dengan lancar dan

menggunakan dialek utara Perlis sebaik mungkin. Alhamdulillah, akhirnya rakaman saya Berjaya dan beliau telah menceritakan asal usul kampung beliau dengan baik sekali menggunakan dialek tersebut.

Selain itu, masalah untuk membahagikan masa untuk tugasan ini dan komitmen terhadap perkara yang lain juga menggusarkan saya terutamanya ketika tarikh untuk menghantar tugasan semakin hampir. Situasi ini telah mengajar saya bagaimana untuk menguruskan masa dengan betul dan menyedarkan saya untuk menggunakan peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin. Namun begitu, syukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini juga telah membantu saya untuk mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan baik dan cara bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan saya seharian. Saya juga telah

menguasai transkripsi dialek utara Perlis saya serta lambang yang digunakan dalam fonetik dan fonologi bahasa Melayu.