Anda di halaman 1dari 16

BAIK DAN BURUKNYA KEBENARAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT DI

SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Baru-baru ini Kementerian Pelajaran Malaysia ada menyatakan hasrat untuk
membenarkan para pelajar membawa telefon bimbit dan "gadget" komputer di
sekolah untuk kegunaan semasa pembelajaran. Hal ini dilihat ada disokong dan ada
juga yang tidak sokong untuk perkara ini dilaksanakan.
Pada pandangan peribadi saya, saya juga tidak menggalakkan para pelajar untuk
membawa telefon bimbit dan "gadget" komputer di sekolah. Namun, untuk bersikap
berkecuali, saya dapat himpunkan beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan
telefon bimbit dan "gadget" komputer di sekolah.
KEBAIKAN
1. Pelajar dapat melaksanakan aktiviti P & P di dalam bilik darjah dengan
penggunaan teknologi terkini.
2. Pelajar boleh mendapat maklumat dengan segera dengan pencarian maklumat di
Internet.
3. Pelajar boleh menghubungi ahli keluarga pada bila-bila masa bagi hal-hal tertentu.
4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dalam teknologi tinggi dan maju
seiring teknologi sedia ada.
KEBURUKAN
1. Penyalahgunaan kamera telefon bimbit untuk tujuan lain seperti merakam
adengan seks di sekolah, mengintip dan sebagainya.
2.  Tidak semua pelajar yang berkemampuan untuk mempunyai telefon bimbit dan
"gadget" komputer yang lain. Ini akan menyebabkan keadaan berat sebelah.
  Wajarkah pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah?

Saya bersetuju dengan cadangan supaya telefon bimbit dibenarkan untuk dibawa ke sekolah!Hal
ini demikian saya berpaksi pada neraca keadilan! Keadilan mesti ditegakkan! Sekiranya
penggunaan telefon bimbit dilarang di kawasan sekolah , mengapakah pengetua-
pengetua ,kakitangan dan guru-guru di sekolah menggunakannya? Jika mengikut peraturan
bukan sahaja pelajar yang tidak dibenarkan untuk membawa malahan semua insan yang berada
di dalam sekolah juga tidak dibenarkan! Apatah lagi penggunaan telefon bimbit di bilik darjah?
Tidakah penggunaan ini akan menganggu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah?
Seandainya sebelum ini para pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di bilik darjah ,
siapa pula insan yang menggunakannya selain daripada para pelajar?Jawapannya semestinya
golongan pendidik yang melarang para pelajar untuk membawanya tetapi mereka sendiri
menggunakannya.? Mungkin antara alasan mereka ialah kecemasan ataupun panggilan-
panggilan yang penting. Oh! Rupa-rupanya kecemasan! Patutlah guru-guru terpaksa
menggunakannya! Saudara dan saudari saya sebenarnya tidak menentang penggunaan telefon
bimbit. Oleh yang demikian , jangan salah tafsir maksud saya. Persoalannya kini , jika maksud
kecemasan itu dijadikan alasan. Mengapa pula pelajar tidak boleh menggunakan sewaktu
kecemasan? Jelas terbukti seluruh pelajar di seluruh sekolah melebihi 500 orang manakala
bilangan guru hanya kurang daripada 100 orang. Bilangan pelajar melebihi bilangan guru lebih
daripada 5 kali ganda! Justeru , untuk mana-mana pelajar menghadapi masalah kecemasan
kebarangkaliannya adalah lebih tinggi berbanding dengan guru. Natijahnya , mengapa tidak
pelajar dan guru sama-sama menggunakannya ?Selain itu , mungkin kita pernah mendengar
alasan daripada beberapa pihak bahawa terdapat telefon awam dan telefon pejabat di sekolah
yang boleh digunakan oleh para pelajar.Persoalannya kini , berapakah telefon awam yang ada
berbanding dengan bilangan pelajar disekolah ? Bagainamana pula apabila tamatnya sesi
persekolahan ramai yang berebut-rebut hanya untuk menelefon? Bagaimana pula sekirannya
kecemasan? Seterusnya , berapa ramai dalam kalangan pelajar yang senantiasa menpunyai duit
syiling untuk menelefon? Tambahan pula , alasan yang dibalas oleh ibu bapa dan golongan
pelajar ialah kebanyakan telefon awam di sekolah tidak berfungsi. Sekirannya kerajaan ingin
membaiki ataupun menambahkan bilangan telefon awam di sekolah maka kos untuk
merealisasikannya adalah amat tinggi.Wajarkah beribu-ribu atau berjuta-juta ringgit dibelanjakan
untuk memberi kemudahan ini kepada hampir beratus-ratus mahupun beribu bilangan sekolah di
Malaysia? Sehubungan itu ,telefon pejabat akan membawa lebih banyak masalah berbanding
dengan penggunaan telefon
KEWAJARAN MEMBENARKAN PELAJAR MEMBAWA TELEFON PINTAR KE SEKOLAH DARI ASPEK
KUALITI AKHLAK PELAJAR

Abstrak: Kertas konsep ini membincangkan mengenai aspek kewajaran bagi


membenarkan pelajar sekolah menengah untuk membawa telefon pintar ke
sekolah. Penilaian ini diamati dari sudut kualiti akhlak pelajar berikutan
aspek penggunaan telefon pintar yang sangat meluas, seiring dengan era
pendigitalan yang kian canggih. Maka objektif utama bagi kertas konsep ini
dijalankan adalah mengenai kewajaran membawa telefon pintar ke sekolah
sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berlangsung. Selain itu, ingin
mengetahui bentuk-bentuk implikasi dari sudut akhlak pelajar akibat
penggunaan telefon pintar di sekolah menerusi tinjauan kajian literatur.
Justeru, kertas konsep ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak
sekolah dalam membuat penilaian mengenai kewajaran membenarkan para pelajar
membawa telefon pintar sewaktu P&P di sekolah dalam sudut keterampilah
sahsiah pelajar

Banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan demi mengubah taraf hidup
masyarakat, termasuklah menerusi pemerkasaan teknologi. Transformasi yang
kian canggih digiatkan oleh platform pemerintahan agar segenap lapisan
masyarakat dapat menikmati kelebihan jalur lebar saban hari tanpa limitasi
waktu mahupun lokasi. Paparan rubrik akhbar turut menyiarkan senyuman
kegembiraan bagi masyarakat yang menetap di luar bandar dan kawasan
terpencil kerana sudah dapat mengakses internet sebagaimana penduduk kota
raya (Helina Sendera Mohd Yakin, Junaidah Januin, & Odetta Yahcob, 2021).
Perubahan ini merupakan gambaran awal yang memperlihatkan hampir
keseluruhan manusia terarah kepada sumber internet lantaran manfaatnya yang
meliputi pelbagai segi. Antara objektif kajian bagi kertas konsep ini ialah
ingin mengetahui kewajaran membenarkan pelajar membawa telefon pintar ke
sekolah. Selain itu, ingin mengenal pasti contoh aplikasi sosial yang kerap
digunakan sewaktu di sekolah. Hal ini demikian kerana kedapatan pelbagai
aplikasi hiburan dan juga pembelajaran yang sering diakses oleh para
pelajar dengan menggunakan telefon bimbit (Badlihisham, Izam & Rafiqi,
2022). Bukan itu sahaja, objektif yang menunjangi kajian ini adalah bentuk-
bentuk perubahan sikap pelajar akibat kebenaran membawa telefon pintar ke
sekolah. Norma baru ini menatijahkan persepsi terhadap roh kemanusiaan yang
telah meletakkan gajet sebagai suatu bentuk alatan penting yang harus
dimiliki oleh sesiapa sahaja, sebagai suatu talian interaksi yang
menghubungkan antara satu sama lain. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti implikasi ledakan teknologi terhadap kemajuan prestasi
kanak-kanak dari aspek perkembangan fizikal, interaksi, pergaulan sosial
serta perubahan pencapaian mereka dalam aspek pembelajaran. Hal ini
demikian kerana revolusi digital ini telah mempengaruhi corak pemikiran dan
tingkah laku manusia kerana fitrah kemanusian itu sendiri yang gemar akan
peralihan yang lebih sempurna dalam mereka menjalani rutin seharian
(Ariesani & Melaty, 2020). Begitu juga halnya yang terjadi kepada remaja
yang masih berada di bangku persekolahan. Fenomena yang berlaku dari masa
ke masa ialah para pelajar sukar berenggang dengan telefon pintar milik
mereka meskipun tatkala berada di kawasan persekolahan pada waktu
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Walhal tempoh keberadaan di sekolah
hanya sekitar enam hingga tujuh jam sahaja. Meskipun begitu, masih
kedapatan pelajar yang ingkar akan peraturan sekolah dan tetap berkeras
untuk membawa gajet ke sekolah. Maka kajian ini adalah untuk meninjau
perspektif para guru di Malaysia mengenai kewajaaran kebenaran membawa
gajet sewaktu P&P berlangsung (Badlihisham, Izam & Rafiqi, 2022). 2.0
PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DEMI PROSES PEMBELAJARAN Teknologi dalam
pembelajaran pula membawa maksud proses penyaluran maklumat, perkongsian
maklumat dan bahan pembelajaran serta penilaian individu dan keberkesanan
pengajaran yang menggunakan medium peranti dan perisian teknologi
(Deslandes-Martineau et al., 2020). Contoh alat teknologi yang dibina dan
memberi manfaat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran ialah mesin
pencetak, komputer, komputer riba, pengimbas, perakam suara, kamera,
televisyen, alat pemancar seperti projektor LCD dan Overhead Projector
(OHP) dan telefon pintar. Meskipun kedapatan banyak lagi jenis alatan
teknologi bagi tujuan pendidikan,

telefon pintar tetap menjadi tumpuan dan tarikan utama para pelajar (Malini
& Keong, 2020). Maka alasan untuk membawa telefon pintar ke sekolah bagi
kemudahan dalam pelajaran dijadikan hujah yang paling kuat dan logik bagi
menyokong kelonggaran membawa telefon pintar ke sekolah. Meskipun begitu,
pengaplikasian telefon pintar tetap tidak dapat dinafikan manfaatnya untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana telefon pintar dapat menambah
baik dan mengintegrasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
tradisional. Penggunaan telefon pintar bagi tujuan pembelajaran juga
bukanlah satu perkara yang baru kerana teknologi telah digunakan dalam
proses pengajaran guru di sekolah. Bezanya, ia digunakan dengan lebih
meluas dan sepenuhnya semenjak penularan jangkitan virus korona (COVID19).
Integrasi antara teknik pengajaran yang digunakan guru dalam pelaksanaan
pengajaran dengan penggunaan alat teknologi dapat membantu guru menjalankan
proses penyampaian maklumat dengan lebih efektif dan menarik (Skiba, 2017).
Antara media yang dapat diguna, dilihat dan dimuat turun menggunakan
peranti teknologi ialah grafik, perkataan, animasi, video dan audio. Dengan
menggunakan mediamedia tersebut, guru dapat membantu murid memahami konsep
yang diajar dengan lebih baik dan berkesan (Malini & Keong, 2020). Jelaslah
bahawa, aplikasi penggunaan teknologi sangat membantu guru dalam
menyampaikan pengajaran secara maksima walaupun menghadapi kekangan
penutupan sekolah atau istitusi pendidikan akibat virus COVID19. Impak
daripada pengalaman penggunaan teknologi sewaktu PDPR inilah yang turut
menyumbang kepada norma baharu kepada pelajar sekolah menengah setelah
pembukaan sekolah dibenarkan beroperasi semula. 3.0 KERELEVENAN TELEFON
PINTAR UNTUK DIBAWA KE SEKOLAH Menyoroti kajian Abdul Hafiz Abdullah,
Dharsigah A/P Baniear Salvam, Naquiah Nahar dan Sahrunizam Sangi (2018)
telah memerihalkan mengenai bahana teknologi moden dalam kehidupan dan
perkembangan kanak-kanak. Meskipun sasaran kajian adalah kanak-kanak, namun
kajian ini turut menyentuh lingkungan usia sehingga remaja. Hal ini kerana
kesan negatif teknologi moden dinilai seawal usia kanak-kanak sehingga
remaja melalui kajian dalam bentuk kepustakaan, komparatif, dan analisis
historikal. Kanak-kanak dan golongan remaja alaf 21 turut ditakrifkan
sebagai warga digital berikutan dilahirkan dan dibesarkan pada masa kini
yang mana menerima tempias besar ledakan teknologi moden. Purata mendapati
kira-kira lapan jam sehari dihabiskan untuk teknologi hiburan dengan 65%
daripada mereka disediakan televesyen di bilik tidur sendiri, manakala 50%
pula berkongsi televesyen dengan ahli keluarga (Roman, 2012 dlm Abdul Hafiz
Abdullah, Dharsigah A/P Baniear Salvam, Naquiah Nahar & Sahrunizam Sangi,
2018). Tambahan, pengaplikasian gadget yang rata-rata dimiliki oleh hampir
setiap remaja menjadi salah satu punca terbesar menularnya teknologi tanpa
had dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dapatan kajian oleh Azimah, Siti
Nur dan Ahmad Fahmi (2021) pula menyokong kenyataan ini di mana ia
mendapati bahawa kanak-kanak serta golongan belia yang mengalami sindrom
ketagihan teknologi cenderung untuk mencontohi skrip keganasan melalui
paparan media yang ditonton. Tontonan secara berulang kali membawa mesej
yang agresif kepada International Journal of Advanced Research in Islamic
Studies and Education (ARISE) Volume 2, Issue 3, 2022 131 golongan yang
dalam proses tumbesaran ini. Seterusnya ilmu praktikal secara tidak
langsung yang dipelajari diadaptasikan ke dalam persekitaran sosial serta
kehidupan mereka. Maka tidak hairanlah kenapa gejala vandalisme, buli,
peras ugut, lumba haram, dan bergaduh sehingga mengakibatkan kecederaan
berlaku dalam kalangan remaja bawah umur 18 tahun. Sekiranya suatu masa
dahulu isu keganasan hanya disandarkan kepada pelaku lelaki, kini tidak
lagi. Lantaran pelajar perempuan yang disifatkan sebagai lemah turut
memiliki keberanian yang sedang dengan lelaki. Begitu juga halnya dengan
isu pergaulan sosial yang semakin parah dalam kalangan kedua-dua gender ini
(Alifa Aliya & Zakiah, 2018). Baik pelajar lelaki mahupun perempuan sudah
menipis rasa malu di dalam diri sehingga mengenepikan maruah diri, agama
dan keluarga saat melakukan perbuatan zina dan bersekedudukan yang
menyalahi syariat agama. Salah satu punca utama yang dipersalahkan adalah
internet (Azimah, Siti Nur & Ahmad Fahmi, 2021). Maka kajian ini sangat
jelas memaparkan betapa akhlak remaja kian rosak akibat teknologi maklumat
yang lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Lebih-lebih
lagi sekiranya laman sesewang dapat diakses sendiri oleh para pelajar
sewaktu berada di sekolah. Impaknya, komunikasi antara pelajar dengan
pelajar yang lain menjadi lebih mudah, sekali gus mendatangkan kemungkinan
yang pelbagai dari aspek tingkah laku yang menyalahi undang-undang sekolah.
Menurut O’Doherty et al. (2018), penggunaan teknologi bukan sahaja
membantu guru berinteraksi dengan murid dengan baik, tetapi juga membantu
maklum balas yang lebih cepat dan mudah antara guru dengan murid sepanjang
kelas dalam talian berjalan. Peralihan daripada pendekatan pembelajaran
secara bersemuka di dalam bilik darjah kepada pendekatan pembelajaran dalam
talian dilaksanakan bagi memastikan proses pendidikan berlaku secara
berterusan. Bahkan sewaktu berupaya untuk berada di sekolah juga, para
pelajar seolah-olah tidak mahu menyusahkan diri untuk berdepan dengan guru
bagi bertanyakan mengenai kekeliruan dalam pelajaran. Namun mengambil jalan
pintas dengan hanya menghubungi guru menerusi medium Short Message System
(SMS) atau aplikasi WhatssApp. Tinjauan terhadap kajian-kajian lepas
membuktikan bahawa sememangnya masalah perilaku remaja kian menduduki carta
graf yang menaik dan fakta ini tidak dapat disangsikan lagi. Manakala
korelasi di antara kaunseling dan pendekatan rawatan kerohanian dengan
membawa pelbagai jenis teori, gagasan dan amalan praktikal dalam menangani
gejala ini wajar dipuji. Isu yang sama dan tidak pernah lekang di bibir
masyarakat iaitu kebejatan moral yang melibatkan golongan remaja, namun
tetap membawa solusi yang meluas. Meskipun demikian, teori-teori yang
didatangkan oleh bidang kaunseling serta alternatif yang disarankan oleh
agama Islam tetap membawa matlamat yang sama iaitu bagi meneutralkan
kembali akhlak mazmumah pelaku kepada akhlak mahmudah. 4.0 PERBINCANGAN DAN
PERBAHASAN 4.1 KELONGGARAN MEMBAWA TELEFON PINTAR KE SEKOLAH ADALAH TIDAK
PRAKTIKAL. Kajian literatur memaparkan perbincangan yang meluas mengenai
kebaikan dan keburukan membawa telefon bimbit ke sekolah. Permasalahan
kajian pula menyatakan bahawa tempoh masa kebersamaan yang melampau antara
pelajar dengan telefon pintar akan melumpuhkan International Journal of
Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE) Volume 2, Issue
3, 2022 132 jaringan sosial di sekolah. Walhal, sekolah merupakan tempat di
mana titik-titik ilmu bersua dan interaksi ilmiah juga kerap berlaku di
sekolah. Namun, seandainya di sekolah juga menjadi tempat para pelajar
bersama telefon sepanjang masa, maka fungsi kebaikan di sekolah juga
seumpama telah malap dan lumpuh secara perlahan-lahan. Kenyataan ini
disokong oleh kajian daripada Alifa Aliya (2018) dan Safiek (2019) yang
menegaskan bahawa kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah akan
mengurangkan penguasaan pelajar dari aspek pertuturan. Pelajar menjadi
kurang yakin dalam berkomunikasi kerana interaksi yang sering terjalin
dalam kehidupannya adalah secara senyap tanpa melibatkan suara. Kajian oleh
Zulkiflee, Arieff, Aminudin, Juhazren, Al-Ikhsan, Nurul Bahiah, dan
Rabiatul (2017) turut menyatakan bahawa perkembangan para pelajar dalam
aspek perhubungan dan sosialisasi sewaktu di sekolah juga semakin pasif.
Akibatnya ia memberi kesan kepada iklam persekitaran sekolah itu sendiri.
Pelajar akan akan mengalami simptom kurang keyakinan diri untuk memulakan
perkenalan dan membina persahabatan bersama rakan sebaya kerana lebih
tertumpu kepada skrin telefon pintar semata-mata. Bukan itu sahaja, sikap
lebih berdikari dan kegigihan sukar dilentur dalam jiwa pelajar lantaran
mindanya lebih bergantung kepada sumber maklumat di hujung jari semata-
mata. Nofharina dan Pitthauly (2018) turut menyebutkan dalam kajiannya
dengan bahawa sebanyak 87% responden lebih cenderung terhadap komunikasi
menerusi gajet berbanding secara face to face atau bersemuka. Natijah
daripada kecenderungan ini akan merendahkan komunikasi interpersonal dalam
diri seseorang. Maka tidak hairanlah mengapa para pelajar era kini
terkebelakang dalam penglibatan organisasi serta kurang berminat melibatkan
diri dalam pertandingan yang menuntut keberanian diri seperti debat atau
pidato. Shima dan Siti Marziah (2018) telah menyenaraikan kesan negatif
yang lebih dominan yan dialami oleh kanak-kanak bawah usia 18 tahun akibat
penggunaan peranti teknologi seperti telefon pintar dan tablet dengan lebih
kerap. Pelajar seolah-olah telah berimaginasi dalam dunianya sendiri
sehingga penguasaan kosa kata dalam aspek komunikasi secara langsung
menjadi kurang lancar. Sewajarnya, waktu di sekolah selama hampir 6 jam
sehari dapat mengasah kemahiran komunikasi serta intrisik yang baik kea rah
pembentukan identiti pelajar yang cemerlang. 5.0 CADANGAN 5.1 KEBENARAN
PENGGUNAAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH Prioriti yang tinggi terhadap penggunaan
gadjet yang sangat memberangsangkan sedasawarsa ini sehinggakan barisan
pendidik serta rata-rata ibu bapa menyokong kebenaran untuk membenarkan
pelajar membawa telefon ke sekolah. Menyentuh mengenai isu kebenaran bagi
membawa telefon pintar ke sekolah, hakikatnya ia disokong dengan hujah
bahawa peraturan yang ketat perlu dilaksanakan ke atas pelajar yang membawa
telefon pintar sewaktu proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Meskipun
peraturan utama tetap melarang pelajar membawa telefon pintar atau
cellulerphone ke sekolah, namun pihak sekolah turut mengambil pendekatan
agar para pelajar tidak menggunakan telefon pintar dalam kawasan sekolah
sewaktu tempoh P&P berlangsung. Kelonggaran seterusnya pula ialah
menggunakan telefon pintar sekadar bertujuan menghubungi ibu bapa bagi
menjemput ke sekolah setelah waktu International Journal of Advanced
Research in Islamic Studies and Education (ARISE) Volume 2, Issue 3, 2022
133 persekolahan berakhir (Chan, Karomah, Kurniawan, Irani, Yolanda,
Setianingtyas, Sargandi, 2019). 5.2 KEBENARAN HANYA KEPADA PELAJAR KELAS
PEPERIKSAAN Kajian oleh Norasyikin (2016) membentangkan angka-angka
peratusan bagi menggambarkan ledakan penggunaan telefon pintar yang
meningkat secara kritakal semenjak tahun 2013. Laporan jurnal ini
menyatakan bahawa salah satu aktiviti yang meningkatkan kadar penggunaan
telefon pintar adalah menerusi aktiviti akademik. Bertitik tolak daripada
manfaat yang menjurus kepada akademik ini menunjukkan bahawa pelajar yang
bakal menduduki kelas peperiksaan perlu diutamakan untuk diberi kebenaran
membawa telefon pintar ke sekolah. Contohnya, pelajar yang bakal menduduki
Penilaian Tingkatan Tiga (PT3), Pelajar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
dan juga Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun
berkenaan. Situasi ini bermakna, pelajar lain yang tidak terlibat dengan
peperiksaan besar seperti PT3, SPM dan STPM tidak dibenarkan membawa
telefon pintar ke sekolah. Larangan tegas perlu diambil ke atas pelajar
yang bukan daripada kalangan pelajar kelas peperiksaan sekiranya didapati
menipu atau mengambil kesempatan di atas kelonggaran yang telah diberikan
kepada pelajar kelas peperiksaan. Hal ini selari dengan kajian oleh
Fauziah, Khairiyah, Mohammad Aziz, Najwa, Norhidayah, dan Norhasniah
(2014), yang menyebutkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
menekankan kesempurnaan dalam aspek perlaksanaan sistem pendidikan kepada
pelajar-pelajar masa kini. Demi merealisasikan agenda ini, peranan terbesar
disandarkan kepada guru agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar
dengan prakarsa yang efektif. Antaranya adalah dengan mempelbagaikan
metodologi pembelajaran. Faktor luaran seperti keperluan peperiksaan,
kekurangan bahan pengajaran dan keadaan persekitaran bilik darjah akan
menjadi penghalang kepada keberhasilan pendidikan yang berkesan. Maka
cadangan agar kebenaran untuk membawa telefon pintar adalah demi memenuhi
kekurangan kepada keperluan peperiksaan bagi pelajar yang bakal menduduki
peperiksaan semata-mata adalah sangat wajar untuk dipertimbangkan. 5.3
KEBENARAN MEMBAWA TELEFON PINTAR HANYA SEWAKTU AKTIVITI KOKURIKULUM Aspek
kemaslahan penggunaan telefon pintar sering kali dilihat dari sudut
intrinsik penggunaan, walhal ia turut mendatangkan kebaikan ke arah
perkembangan kemahiran motor. Bahkan, pendedahan yang lebih awal terhadap
pengaplikasian peranti ini mendorong pelajar untuk menguasai pelbagai
lapangan pengetahuan luar termasuklah kemahiran yang melibatkan fizikal
(Alifa & Zakiah, 2018). Oleh yang demikian, cadangan membenarkan pelajar
membawa telefon pintar ke sekolah sewaktu aktiviti kokurikulum dinilaikan
amat wajar. Hal ini kerana, aktiviti kokurikulum kurang mendapat sambutan
dalam kalangan pelajar, lebih-lebih lagi pelajar perempuan. Penyertaan
pelajar perempuan adalah seramai dua hingga enam peratus berbanding pelajar
lelaki. Situasi ini berlaku lantaran minat pelajar perempuan yang lebih
berpusat kepada penyertaan dalam kelab yang melibatkan akademik. Namun
demikian, pengaplikasian peranti digital sewaktu aktiviti kokurikulum
dilaksanakan ternyata bejaya International Journal of Advanced Research in
Islamic Studies and Education (ARISE) Volume 2, Issue 3, 2022 134 menarik
minat para pelajar untuk lebih aktif bagi menghadirkan diri, sekali gus
terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Secara tidak langsung, motif pembentukan identiti dan ketahanan diri dapat
diasah kepada pelajar untuk diaplikasikan di luar bilik darjah (Abdul Said
& Sheila, 2020). Oleh itu, kebenaran penggunaan telefon pintar kepada semua
pelajar sewaktu hari kokurikulum sahaja diandaikan dapat membantu pihak
sekolah meningkatkan prestasi penyertaan pelajar saban minggu. 6.0
KESIMPULAN Tuntasnya, dapat dirumuskan bahawa motif utama pihak sekolah
membenarkan para pelajar membawa smart phone atau telefon pintar ke sekolah
adalah bermatlamatkan kemudahan pendidikan semata-mata (Nas Norziela
Nasbah, 2021). Namun demikian, alasan lain yang turut menyokong kelonggaran
bagi pelajar untuk membawa telefon pintar adalah demi keselamatan para
pelajar sewaktu di dalam sekolah dan sejurus tamat sesi persekolahan. Bukan
itu sahaja, peluang ini diberikan kepada pelajar agar dapat menggunakan
telefon pintar bagi mendapatkan sumber maklumat yang tidak boleh didapati
di gedung ilmu perpustakaan sebagaimana yang disediakan oleh prasarana
sekolah. Hakikatnya, rata-rata pelajar telah menyalahgunakan telefon pintar
di sekolah yang mengundang kesan buruk kepada kemerosotan akhlak dalam
kalangan pelajar. Bukan itu sahaja, keputusan akademik pelajar juga
mengalami kemerosotan sejak kelonggaran ini diberikan. Situasi ini sangat
berlawanan dengan markah peperiksaan pelajar tatkala masih menggunakan
teknik tradisional tanpa melibatkan penggunaan telefon pintar dalam
pelajaran (Nor Idayu, 2021). Tohmahan yang mengatakan bahawa kaedah
pembelajaran secara manual menyebabakan prestasi keilmuan pelajar
ketinggalan jauh terkebelakang adalah silap sama sekali. Ini kerana
lambakan buku-buku edisi terkini dan lama yang bersilih ganti telah
menyajikan keperluan ilmu yang diperlukan oleh pelajar (Badlihisham, Izam &
Rafiqi, 2022). Bahkan bahan-bahan ilmiah dalam bentuk naskhah juga terbukti
belum berupaya dihabiskan dan dikuasai oleh pelajar, inikan pula mendabik
dada menagih sumber daripada luar. Alasan ini tidak lain sekadar mengaburi
mata tenaga pengajar, lebih-lebih lagi pihak atasan agar membenarkan para
pelajar membawa telefon pintar ke sekolah. Permintaan untuk membawa telefon
ini dapat ditimbang tara dan dipolemikkan dengan lebih serius sekiranya
pelajar mempamerkan minat yang mendalam terhadap sumber keilmuan sedia ada
seperti buku ulang kaji, nota tambahan dan buku teks yang telah disediakan
oleh pengajar sehinggakan stok buku latihan sentiasa perlu ditambah dari
saban waktu. Namun, fenomena ulat buku ini tidak pula terserlah dengan
unggul dalam aktiviti pelajar berdasarkan pemerhatian guru. Sesungguhnya,
indikator intelektual bagi seseorang pelajar bukanlah diukur menerusi
kecanggihan jenama telefon pintar yang dimiliki olehnya. Trend atau budaya
memperagakan telefon pintar edisi terkini di hadapan khalayak rakan sekelas
sewaktu di sekolah hanyalah menularkan sifat kesombongan semata-mata.
Sehinggakan niat utama ke sekolah untuk menuntut ilmu dengan guru dan
saling berdiskusi bersama rakan sekelas sudah terpesong akibat pembudayaan
membawa telefon pintar yang kian dinormalisasikan oleh majoriti sekolah.
Rumusannya, para guru harus bersiap siaga dan berganding bahu dengan
membuktikan kepada pelajar bahawa guru ibu merupakan buku bergerak yang
diperlukan oleh pelajar, melebihi International Journal of Advanced
Research in Islamic Studies and Education (ARISE) Volume 2, Issue 3, 2022
135 maklumat yang boleh diperoleh oleh pelajar menerusi carian di internet.
Guru adalah ibu segala ilmu dan pelajar hanya memerlukan guru dan buku
bukan lagi telefon pintar sewaktu menjalani tempoh P&P di sekolah bagi
seluruh sekolah di Malaysia.

IPOH: Ibu bapa menggesa supaya pihak pengurusan sekolah berasrama penuh memperketatkan
penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarnya bagi membendung masalah sosial dan gejala buli dalam
kalangan pelajar.

Ibu kepada pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri ini, Hamimah Hamid, 44, berkata, pihak
pengurusan sekolah berasrama penuh disarankan mengenakan tindakan tegas dengan tidak memberi
kebenaran sebarang bentuk telefon bimbit dibawa ke sekolah.

"Pelajar ini apabila dibenarkan membawa telefon bimbit canggih ke sekolah boleh membuatkan mereka
terlebih bangga dan menimbulkan salah guna.

"Guru beri bawa untuk kegunaan mencari bahan pembelajaran tetapi kebanyakan mereka ini mungkin
akan lebih kepada bermain Tik Tok, Instagram dan pelbagai lagi termasuk memberi kemudahan
menonton bahan terlarang di media sosial," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Hamimah berkata, pihak pengurusan di sekolah anaknya memberi kebenaran untuk pelajar menengah
rendah membawa telefon bimbit jenis biasa yang tidak mempunyai talian internet, manakala menengah
atas dibenarkan membawa 'smartphone'.

"Tidak kira sama ada telefon biasa atau telefon canggih tidak sepatutnya dibenarkan di bawa ke sekolah
terutama sekali yang berasrama.

"Malah, ini boleh menimbulkan situasi 'sharing is caring' (berkongsi) antara pelajar untuk melihat video
lucah dan sebagainya dan akhirnya juga boleh menimbulkan pelagai masalah lain termasuk buli," katanya
sambil memaklumkan kebenaran pelajar membawa telefon pintar bergantung kepada setiap pengurusan
MRSM.

Justeru, katanya, pihak pengurusan dicadangkan untuk memperbanyakkan komputer di pusat sumber
supaya pelajar tidak perlu membawa telefon bimbit ke sekolah.

"Sepatutnya tidak boleh bawa telefon bimbit tetapi oleh kerana terdapat kalangan ibu bapa menyuarakan
anak mereka sukar untuk mencari bahan dengan segera.

"Ini kerana selama ini pelajar memberi alasan membawa telefon pintar kerana apabila mereka mahu
mencari bahan di internet, jadi dalam isu ini pihak sekolah perlu melengkapkan kemudahan terutama
komputer," katanya.

Katanya, susulan daripada insiden itu sebagai ibu yang juga mempunyai anak yang melanjutkan pengajian
di MRSM sudah tentu bertambah gusar.

"Sudah tentu risau dan takut, ini kerana memikirkan pelajar yang baru berusia 13 tahun sudah melihat
video lucah dan terjadi pula insiden buli.

"Mereka pelajar lelaki dan perempuan meskipun di asingkan di asrama, tetapi di dalam kelas bercampur,
takut anak terdedah dengan budaya sosial tidak baik itu yang membimbangkan ibu bapa," katanya.

Bapa pelajar, Zurul Na'im Zainolrashid, 43, pula bersetuju membenarkan pelajar membawa telefon pintar
ke sekolah namun dengan kawalan yang ketat daripada pihak sekolah.
"Saya bersetuju anak-anak diberi kebenaran membawa telefon pintar ke sekolah tetapi dengan syarat di
kawal oleh pihak sekolah.

"Iaitu dengan kebenaran memegang telefon pintar itu dihadkan pada waktu Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) dan Prep sahaja, selain daripada itu tidak dibenarkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kebenaran membawa telefon pintar itu juga memberi kemudahan tambahan guru dan
pelajar juga sebelum ini sudah selesa dengan pembelajaran menerusi telefon pintar.

''Sebelum ini tidak dibenarkan oleh pihak sekolah tetapi sewaktu PdPR sebelum ini guru bersama murid
sudah selesa mengikuti sesi pengajian menggunakan telefon pintar.

''Jadi, untuk mengurangkan penyalahgunaan itu mungkin pihak sekolah perlu adakan sekatan waktu terhad
untuk penggunaan telefon pintar itu,'' katanya.

Beliau yang mempunyai anak yang belajar di Tingkatan Satu di MRSM di negeri ini mengakui turut
bimbang dengan isu buli yang berlaku membabitkan pusat pengajian berkenaan namun menyerahkan
sepenuhnya dengan pihak sekolah untuk menyelesaikannya sekiranya berlaku sebarang masalah di
kalangan pelajar.

''Kerisauan itu memang ada, mana-mana ibu bapa pun akan risau akan mengambil tindakan sekiranya
anak mereka dibuli.

''Jika berlaku pada anak saya, saya juga saya akan mengambil tindakan undang-undang, bukan untuk
menganiaya pihak sekolah tetapi kita mahu memberitahu kepada masyarakat bahawa kita tidak
berkompromi perkara berkaitan buli ini,'' katanya.

Seorang lagi bapa pelajar Tingkatan 2 dari sebuah MRSM, Mohd UmzarulFaiz Umar, 43, juga turut
bersetuju untuk membenarkan anak membawa telefon pintar ke sekolah namun akur dengan atas segala
arahan pihak sekolah berhubung perkara itu.

''Bawa telefon pintar ke sekolah ini ada baik dan buruk... saya bersetuju kerana bagus untuk pelajar ulang
kaji, keburukannya pula ada pelajar yang salah guna untuk melihat benda terlarang dan sebagainya.

''Sekarang ini ada pelbagai aplikasi, jadi saya memberi cadangan kepada ibu dan bapa untuk install
(memuatnaik) apps yang boleh mengawal penggunaan kandungan dalam telefon bimbit anak mereka,''
katanya.

Media sebelum ini melaporkan, siasatan polis mendapati punca kejadian buli di sekolah berasrama penuh
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini, baru-baru ini, akibat tindakan mangsa menasihati seorang
daripada suspek untuk berhenti menonton video lucah.

BENARKAN telefon bimbit di sekolah tetapi pastikan ada garis panduan ketat mengenai
penggunaannya.

Barisan pendidik dan ibu bapa berkata sudah tiba masanya untuk membenarkan pelajar
membawa peranti mereka ke bilik darjah tetapi mesti ada peraturan untuk mengelakkan
kebenaran tersebut disalahgunakan.

Kementerian pada selasa menjalankan satu tinjauan secara dalam talian untuk mendapatkan
pandangan masyarakat mengenai sama ada pelajar perlu dibenarkan membawa telefon bimbit
ke sekolah.
Hasil tinjauan yang berakhir pada 7 Disember ini akan digunakan kementerian untuk merancang dan
memutuskan perkara tersebut.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim
berkata telefon bimbit perlu dijadikan sebagai peranti pembelajaran.

Pembelajaran dalam talian perlu sebagai tambahan kepada sesi pembelajaran sekarang, katanya.

Telefon bimbit harus digalakkan di sekolah, lebih-lebih lagi sekarang kerana pelajar selesa dengan
pembelajaran dalam talian, tambahnya.

“Tetapi mesti ada garis panduan untuk memastikan pelajar berdisiplin dan bertanggungjawab dalam
menggunakan telefon pintar di sekolah,” katanya sambil menambah bahawa setiap sekolah harus diberi
kata putus sama ada membenarkan atau tidak telefon bimbit berdasarkan latar belakang ekonomi
pelajarnya dan keupayaannya menjalankan pembelajaran dalam talian.

Pakar pendidikan dan bekas Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
Datuk N. Siva Subramaniam berkata kementerian perlu mengemukakan garis panduan yang holistik.

“Seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat keperluan untuk menggunakan telefon bimbit dalam
sistem pendidikan. Ia tidak dapat dielakkan.

“Kementerian perlu memastikan kebolehcapaian untuk semua pelajar termasuk pelajar B40 jika keputusan
dibuat untuk membenarkan telefon bimbit di sekolah,” katanya.

Pengerusi PIBG SMK Cochrane dan SMK (P) Bandaraya Faizal Mohammad Arshad berkata perlu ada
pertimbangan teliti dan hubungan rapat antara kementerian, ibu bapa, masyarakat, pentadbir sekolah dan
guru sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Membenarkan telefon bimbit akan memudahkan ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak mereka
setelah sekolah dibuka semula.

"Walaupun pelajar mungkin menyalahgunakan peranti mereka dan menyebabkan gangguan semasa
pelajaran, peranti itu bermanfaat jika digunakan untuk memudahkan pembelajaran," katanya.

Naib Pengerusi PIBG SJK (C) Kota Emerald, Rawang, Ian Chooi berkata telefon bimbit boleh digunakan
untuk mengakses maklumat dalam talian untuk pengajian dan ia juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk
berkomunikasi dengan anak-anak terutama ketika kecemasan.

Beliau berkata peralihan pengajaran dan pembelajaran (PdPR) di rumah yang diperkenalkan semasa
pandemik tahun lepas menyebabkan peranti elektronik seperti telefon bimbit menjadi sebahagian daripada
sistem pendidikan.

“Pihak sekolah mesti memberi perhatian lebih untuk menguruskan penggunaan telefon bimbit di kawasan
sekolah jika tidak ia boleh mengganggu sesi pembelajaran,” katanya. - The Star
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI
SINI
Tags/Kata Kunci:telefon bimbit, sekolah, tinjauan, KPM

Salah satu isu yang lebih kontroversi dan paling dibincangkan yang dihadapi oleh pentadbir sekolah setiap hari adalah
di mana mereka berdiri dengan pelajar dan telefon bimbit. Nampaknya hampir setiap sekolah mengambil pendirian
yang berbeza mengenai isu telefon bimbit di sekolah. Tidak kira apa dasar sekolah anda, tidak ada cara untuk
memastikan semua murid membawa telefon mereka melainkan anda melakukan carian pelajar setiap hari, yang
sememangnya tidak boleh dilaksanakan.

Pentadbir mesti menilai kebaikan dan keburukan membenarkan telefon bimbit di sekolah dan membuat keputusan
berdasarkan populasi pelajar mereka sendiri.

Hakikatnya ialah hampir setiap rumah mempunyai banyak telefon bimbit. Umur pelajar yang memiliki telefon bimbit
telah semakin menurun. Ia telah menjadi semakin biasa bagi pelajar setakat umur lima untuk memiliki telefon bimbit.
Generasi pelajar ini adalah pribumi digital dan oleh itu pakar-pakar ketika datang ke teknologi. Kebanyakan mereka
boleh teks dengan mata mereka ditutup. Mereka sering jauh lebih mahir daripada kebanyakan orang dewasa
menggunakan telefon bimbit mereka untuk banyak tujuan.

Sekiranya Telefon Bimbit Dapat Diharamkan atau Diperkukuri di Sekolah?


Pada asasnya terdapat tiga teras utama yang kebanyakan sekolah sekolah telah mengambil dengan dasar telefon
bimbit mereka . Satu dasar sedemikian pada dasarnya mengharamkan pelajar mereka daripada memiliki telefon bimbit
mereka sama sekali. Jika pelajar ditangkap dengan telefon bimbit mereka, maka mereka boleh dirampas atau didenda.

Dalam beberapa kes, pelajar mungkin digantung. Satu lagi dasar telefon bimbit biasa membolehkan pelajar membawa
telefon bimbit mereka ke sekolah. Pelajar dibenarkan menggunakannya semasa waktu tidak mengajar seperti masa di
antara kelas dan makan tengah hari. Sekiranya pelajar ditangkap dengan mereka di dalam kelas, maka mereka
dirampas dari pelajar.

Satu lagi dasar telefon bimbit bersandar pada peralihan pemikiran pentadbir. Pelajar bukan sahaja dibenarkan untuk
memiliki dan menggunakan telefon bimbit mereka, tetapi mereka juga digalakkan menggunakannya di kelas sebagai
alat pembelajaran. Guru menggabungkan penggunaan telefon bimbit secara kerap ke dalam pelajaran mereka untuk
tujuan seperti penyelidikan.

Daerah-daerah yang mengharamkan pelajar mereka daripada memiliki telefon bimbit mereka atau mengehadkan
penggunaan mereka melakukan ini kerana pelbagai alasan. Mereka termasuk tidak mahu menjadikannya mudah untuk
pelajar menipu, kerana takut pelajar menghantar kandungan yang tidak sesuai, bermain permainan, atau bahkan
membuat tawaran ubat. Guru juga berasa seperti mereka mengganggu dan tidak menghormati. Semua ini adalah
kebimbangan yang sah dan mengapa ini adalah isu yang sangat panas di kalangan pentadbir sekolah.

Pergerakan ke arah penggunaan telefon bimbit oleh pelajar bermula dengan mendidik pelajar mengenai penggunaan
telefon di sekolah. Pentadbir yang beralih ke arah dasar ini sering mengatakan bahawa mereka sedang berjuang
dengan perjuangan yang berat dengan dasar yang mempunyai larangan lengkap dan separa pada pemilikan dan
penggunaan telefon bimbit. Pentadbir yang telah beralih kepada dasar jenis ini mengatakan bahawa tugas mereka
menjadi lebih mudah dan mereka mempunyai lebih sedikit masalah penyalahgunaan telefon daripada yang mereka

lakukan di bawah dasar lain.


Dasar jenis ini juga membersihkan cara guru memeluk telefon bimbit sebagai alat pengajaran. Guru yang telah
memilih untuk menggunakan telefon bimbit dalam pelajaran harian mereka mengatakan bahawa pelajar mereka aktif
dan lebih prihatin daripada biasanya. Telefon bimbit boleh menjadi alat pendidikan yang kuat. Telefon pintar
mempunyai keupayaan untuk memberikan maklumat yang banyak kepada pelajar seketika bahawa guru tidak dapat
menafikan bahawa mereka boleh menjadi alat yang berkuasa yang meningkatkan pembelajaran di dalam kelas.

Ramai guru menggunakannya untuk pelbagai tujuan seperti projek kumpulan kecil dengan perlumbaan penyelidikan
atau pertandingan teks untuk jawapan yang betul. Laman web polleverywhere.com membolehkan guru mengajukan
pertanyaan kepada pelajar mereka. Pelajar kemudian tekskan jawapan mereka kepada nombor tertentu yang diberikan
guru kepada mereka.

Laman web mengumpul data dan meletakkannya ke dalam graf, di mana guru boleh mempersiapkan jawapan mereka
di papan pintar dan membincangkan pilihan jawapan dengan kelas. Keputusan aktiviti ini sangat positif. Guru,
pentadbir, dan pelajar semuanya telah memberikan maklum balas positif. Ramai guru dan pelajar berpendapat bahawa
sudah tiba masanya untuk bergerak ke abad ke-21 dan mula menggunakan sumber-sumber yang kita ada untuk
melibatkan pelajar kita dalam proses pembelajaran lebih mudah.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menitikberatkan kesan terhadap mental pelajar berusia 18 tahun ke bawah
yang ketagihan mobile game dan peranti digital.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, KPM berusaha memastikan had penggunaan alat tersebut
adalah terkawal bagi tujuan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sibuti, Sarawak, Lukanisman Awang Sauni pada Mesyuarat
Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun berkata, masih terdapat sebahagian pelajar menggunakan peranti digital dalam satu tempoh yang terlalu
lama selain untuk PdP sehingga menyebabkan ketagihan.

Dalam konteks kawalan penggunaan peranti digital oleh murid seperti telefon bimbit, KPM telah menetapkan larangan
membawa telefon bimbit di kawasan sekolah termasuk asrama melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 Penguatkuasaan
Larangan Membawa Dan Menggunakan Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah.

“KPM juga telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2018 Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Murid Membawa
Peranti Peribadi Ke Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai panduan kepada murid apabila menggunakan peranti
peribadi semasa melaksanakan PdP di sekolah,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Radzi berkata, KPM juga menjalankan intervensi bersesuaian untuk menangani tingkah laku berisiko
dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah termasuk ketagihan mobile game dan peranti digital.

Beliau berkata, pelaksanaan Program Kaunseling Berfokus merupakan inisiatif yang diambil Guru Bimbingan dan Kaunseling
di sekolah kepada mereka yang terlibat.

“Pendekatan tersebut secara berterusan akan dapat membantu murid terlibat ke arah perubahan tingkah laku yang positif.
“Pihak sekolah turut melaksanakan pelbagai program dan aktiviti menggalakkan gaya hidup sihat merangkumi aktiviti sukan
dan kokurikulum.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti kursus kepimpinan, jati diri, sukan, permainan dan aktiviti kesenian,” jelasnya.

Beliau turut berkata, penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum dapat mengelakkan mereka daripada terjebak
dalam aktiviti tidak sihat termasuk ketagihan mobile game dan peranti digital.

Menurutnya, ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting untuk menangani isu tersebut kerana pelajar banyak
menghabiskan sebahagian masa mereka berada bersama-sama keluarga dan di luar waktu persekolahan.

“Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa dan penjaga amat diperlukan untuk mendidik, mengawal dan memantau anak-anak
mereka, termasuk penggunaan peranti digital secara bertanggungjawab.

“Di samping itu, KPM juga menggalakkan permuafakatan antara pihak sekolah dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
serta komuniti dalam merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian bagi menangani permasalahan tersebut,”
katanya.

KEMENTERIAN Pendidikan sedang menjalankan satu tinjauan secara dalam talian untuk mendapatkan
pandangan masyarakat mengenai perlu dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah atau sebaliknya.

Tinjauan secara dalam talian itu mendapat reaksi berbeza daripada pengguna media sosial yang
beranggapan terdapat kebaikan dan keburukan dalam penggunaan telefon bimbit di sekolah.

Seorang pengguna media sosial, Nor Mizah berkata, beban tugas guru akan bertambah jika kebenaran
membawa telefon bimbit diberikan kepada murid.

"Bertambahlah tugasan seorang guru untuk memastikan yang telefon bimbit anak-anak semua dalam
keadaan selamat, jangan sampai ada kes.

"Sebab kalau hilang, jelas dan terang pihak sekolah yang akan bertanggungjawab," tulisnya di laman
Facebook pada Khamis.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Muhammad Hafiz Bukhari berpendapat, kemudahan


makmal komputer sudah memadai untuk murid mengakses internet.

Menurutnya, murid boleh menggunakan Google Drive untuk menyimpan serta menggunakan dokumen


atau fail kerana ia boleh diakses dari rumah dan sekolah.

"Banyak keburukan berbanding kebaikan jika bawa telefon bimbit ke sekolah terutama membabitkan murid
kelas peperiksaan kerana mereka perlu fokus agenda utama di sekolah," katanya.

Norazaliza Ghazali pula berkata, memang ada pro dan kontra namun melihat lebih banyak keburukan
daripada kebaikan kerana berpendapat sukar untuk mengehadkan masa anak dengan telefon bimbit
(screen time).
"Tak perlulah bawa telefon ke sekolah. Sedangkan di rumah pun saya hadkan masa anak dengan telefon
termasuk meminta anak serahkan telefon sebelum tidur," ujarnya.

Pada masa sama, ada juga ibu bapa yang bersetuju dengan cadangan itu dengan meminta pihak sekolah
menentukan jenis telefon bimbit bersesuaian untuk kemudahan menghubungi ibu bapa ketika kecemasan.

"Jika keadaan mendesak untuk bawa telefon, mungkin boleh pertimbangkan bawa telefon jenis lama yang
hanya boleh buat panggilan dan hantar sistem pesanan ringkas," kata Amna Shukri.

Facebook

Dimithiri Raj berkata, ibu bapa boleh menggunakan aplikasi tertentu seperti parental control app supaya
dapat memantau aplikasi yang digunakan anak masing-masing.

"Aplikasi ini juga boleh lock (aplikasi lain) dan tentukan had masa melayari internet daripada telefon ibu
bapa. Selain itu ia juga boleh menjejaki lokasi telefon," ujarnya.

Dalam pada itu, pengguna Facebook menggunakan nama Lopok Pisalut Anawau pula berkata,
kebenaran bersyarat boleh diberikan kepada murid-murid dengan mengenakan denda jika mereka didapati
guna telefon semasa guru mengajar.

"Guru terbabit dibenarkan merampas telefon dan pelajar boleh tuntut telefon dengan membayar denda.
Nilai denda ini biar Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang putuskan agar semua ibu bapa akur dan
mengingatkan anak masing-masing peraturan penggunaan telefon di sekolah," tulisnya. — Majoriti

Anda mungkin juga menyukai