Anda di halaman 1dari 2

Saya berasa amat bertuah kerana dapat hidup di negara yang aman dan damai

ini.Namun begitu,sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar pelbagai isu yang berlaku
dalam kalangan masyarakat.Isu yang saya maksudkan adakalanya menggembirakan dan
terdapat juga isu menyedihkan. Salah satu isu yang saya maksudkan ialah isu semangat
patriotik yang semakin pudar dalam diri generasi muda. Semangat patriotik bolehlah
disinonimkan dengan semangat seseorang yang cinta akan negara. Individu yang cinta akan
negara seharusnya berasa bangga terhadap pencapaian negara. Hari ini ramai generasi
muda tidak mengambil tahu tentang sejarah dan perkembangan negara malah sering
memandang enteng terhadap kepentingan semangat patriotisme. Hal ini disebabkan oleh
ketaksuban remaja kini terhadap negara-negara barat. Natijahnya, hal ini bertepatan
dengan konsep melebihkan negara luar berbanding dengan negara sendiri. Perkara ini
menyebabkan negara kita akan lebih mundur daripada negara lain kerana tiada kesepakatan
dan semangat dalam diri generasi muda untuk menyokong kemajuan negara sendiri. Oleh
itu, golongan muda haruslah mengorak langkah untuk menzahirkan semangat cinta akan
negara melalui pelbagai cara. Sekarang tibalah masa untuk saya merungkaikan cara-cara
memupuk semangat patriotik dalam diri kerana saya tidak mahu rumah siap pahat berbunyi

Pada pendapat saya, antara cara memupuk semangat patriotik dalam diri kita ialah
dengan mengajak ibu bapa kita melawat tempat bersejarah. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan kita sudah tentu mereka dapat
memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak-anak. Lebih jelas lagi ianya merupakan
peranan mereka untuk sentiasa menanamkan kesedaran tentang pentingnya semangat
cinta akan negara. Sebagai contoh ibubapa boleh membawa anak-anak ke tempat yang
bersejarah seperti Kota A Famosa , muzium negara , tugu negara dan sebagainya. Secara
tidak langsung anak-anak akan mengenali kisah sejarah dan perajurit yang banyak berjasa
untuk negara kita seperti Dol Said , Tok Janggut , Dato' Maharaja Lela , Mat Salleh , Datu
Patinggi Abdul Ghapur dan lain-lain. Mereka telah berkorban nyawa untuk menyelamatkan
negara daripada penjajah bak kata pujangga melayu biar putih tulang jangan putih mata.
Pada waktu yang sama hubungan antara ibu bapa dan anak akan menjadi lebih akrab kerana
banyak meluangkan masa bersama. Impak yang jelas daripada tindakan ini ialah dapat
mengenali sejarah negara dengan lebih terperinci. Oleh itu, kita perlulah mengajak ibu bapa
ke tempat yang bersejarah sama ada waktu cuti sekolah atau waktu lapang untuk
menzahirkan rasa cinta akan negara kita. Sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan
mengajak ibu bapa ke tempat yang bersejarah merupakan salah satu cara untuk kita
memupuk semangat patriotik dalam diri.

Pada masa yang sama, semangat patriotik dapat dipupuk dalam diri kita dengan
mempelajari sejarah negara melalui pelbagai medium. Hal ini dikatakan demikian kerana
generasi muda lebih dekat dengan internet dan sentiasa meluangkan masa yang banyak
terhadap pelbagai wadah media. Antara contoh media yang sering digunakan oleh mereka
ialah Facebook , Instagram , YouTube dan sebagainya lebih jelas lagi mereka boleh melihat
cerita-cerita bersejarah yang lepas melalui media tersebut , dengan sekali menaip sahaja,
media tersebut akan memaparkan tayangan yang berunsurkan sejarah , tamsilannya kisah
sejarah leftanan Adnan , Bukit tepung , Sarjan Hassan dan lain-lain. Kesannya generasi muda
akan minat untuk mengetahui tentang sejarah negara dengan lebih mendalam

Selain daripada itu, semangat patriotik juga boleh dipupuk dalam diri kita dengan
menyertai aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Perkara ini membolehkan semangat patriotik
sebati dalam siri kita sejak bangku sekolah lagi kerana sentiasa mengikuti program berkaitan
hari kebangsaan persis kata peribahasa melayu alah bisa tegal biasa. Pihak sekolah telah
mengadakan program sambutan hari kemerdekaan dan kita sebagai pelajar perlu mengikuti
program yang dianjurkan. Contohnya, hiasan bilik darjah bertemakan hari kemerdekaan ,
pertandingan memperagakan baju kebangsaan dan sebagainya. Sebagai akibatnya , aktiviti
ini dapat menarik minat para pelajar untuk sentiasa bersemangat memeriahkan lagi hari
kebangsaan. Sekali gus dapat memupuk semangat patriotik dalam diri kita dan dikekalkan
sehingga dewasa. Tuntasnya dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan di sekolah dapat
memupuk semangat patriotik dalam diri kita.

Akhir sekali , semangat patriotik juga dapat dipupuk dengan memeriahkan hari
kebangsaan. Hal ini demikian kerana kita dapat mengimarahkan lagi sambutan hari
kemerdekaan. Antara yang cara yang dapat kita memeriahkan lagi hari kebangsaan dengan
menonton siaran langsung perarakan melalui televisyen , menyertai aktiviti perbarisan , dan
lain-lain. Hal ini mengakibatkan kita lebih bersemangat untuk menjayakan sambutan hari
kemerdekaan dengan turut menurun padang, malah kita juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim sesama rakyat bak kata pepatah bulat air kerana pembetung bulat manusia
kerana muafakat. Oleh itu benarlah bahawa semangat patriotik dapat dipupuk dengan
memeriahkan hari kebangsaan.

Kesimpulannya , terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh kita untuk
memupuk semangat patriotik dalam diri. Setiap individu perlu berusaha untuk
mempraktikkan demi menzahirkan rasa cinta akan negara. Semua pihak haruslah
berganding bahu untuk menyemaikan semangat cinta akan negara kerana hujan emas di
negeri orang hujan batu di negeri kita

Anda mungkin juga menyukai