Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A

[25 markah]
Soalan 1
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

i. Gadis yang berambut panjang itu adalah kakak sulung saya.

ii. “Wah, rasakan tikamanku ini!” kata Panglima Berantai kepada Jalak Lenteng.

iii. Beribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema
burung dimusnahkan oleh pihak berkuasa

iv. Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang akan mengadakan program motivasi pada hari
Sabtu lepas.

[8 markah]
Soalan 2
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.
i. Pihak kontraktor akan membuat lencungan jalan bagi memudahkan kerja-kerja membaiki
jalan yang rosak.
______________________________________________________

ii. Perabut jati yang diimport dari Indonesia itu mahal harganya.
______________________________________________________

iii. Sebelum memasuki Tahun Satu, kebanyakan kanak- kanak akan dihantar oleh ibu bapa untuk
mendapatkan pendidikan pra-sekolah.
______________________________________________________

[3 markah]
Soalan 3
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
i. Kami akan ke negeri Sabah hujung bulan ini.
Kami akan ke negeri Sabah awal bulan hadapan.
_________________________________________________________________

ii. Pulau peranginan itu cantik.


Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.
_________________________________________________________________

iii. Murid tadika itu menangis.


Makanannya tumpah di atas lantai.
__________________________________________________________________
iv. Haris berhijrah keluar negara.
Haris memohon maaf atas segala kesilapannya.
__________________________________________________________________

v. Pekerja-pekerja ladang itu penat bekerja.


Pekerja-pekerja ladang itu berehat.

___________________________________________________________________

[10 markah]