Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI : ZOLKIFLI BIN MUHAMAT

Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, saya amat menyedari

bahawa peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang paling

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Di dalam umur peringkat ini,

kanak-kanak secara semulajadi mempunyai perasaan ingin tahu dan amat berminat

untuk mempelajari sains. Oleh itu, aktiviti pengajaran berdasarkan pemerhatian harus

dikembangkan menjadikan mereka sensitif terhadap alam sekitar.

Penggunaan model yang sesuai memainkan peranan penting untuk

menyampaikan konsep pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Murid-murid

seronok apabila menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan pelbagai

kaedah pengajaran.

Oleh itu, saya harus mempertimbangkan keperluan asas pelajar dipenuhi.

Jadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti pengajaran-

pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira, harmonis dan selamat melibatkan

diri dalamnya. Saya perlu bersifat penyayang dan memupuk nilai penghargaan kendiri

di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka

berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran. Di samping itu

saya juga menekan nilai moral dalam pengajaran dan pembelajaran sains

Saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik murid dan

memberi perhatian kepada pelajar supaya mereka mempunyai minat dan keyakinan

untuk belajar. Saya juga perlu memahami murid yang bermasalah dalam pelajaran dan

masalah keluarga mereka. Jika saya dapat membimbing murid yang bermasalah,

mereka merasa diri mereka dihargai dan dapat menumpukan kepada pembelajaran.

Peranan dalam proses pengajaran pembelajaran berdasarkan pendekatan


konstruktivisme
- guru dianggap sebagai pengurus kelas

- menangani masalah disiplin murid yang berbeza

- menyesuaikan murid dengan tahap kefahaman masing-masing

- menyusun dan membina pengalaman murid secara berterusan

Saya berpendapat bahawa orientasi yang digunakan oleh pelajar terhadap alam

sekeliling berbeza mengikut kecenderungan masing-masing. Dalam usaha untuk

meningkatkan potensi pembelajaran pelajar, maka saya harus meningkatkan

maklumat dan kemahiran tentang pelbagai teori dan aplikasi gaya kognitif serta

gaya belajar yang dimiliki oleh setiap pelajar. Pelajar pula perlu diberi peluang

untuk belajar di dalam situasi, sumber, dan kaedah penyampaian sehinggalah

mereka dapat mengenalpasti kaedah manakah yang paling. Oleh itu, , jika saya

mahu memenuhi setiap keperluan pembelajaran pelajar, maka saya terlebih

dahulu harus memahami maksud perbezaan individu itu sendiri dan mengaitkan

gaya mengajar saya dengan gaya kognitif serta gaya belajar yang dimiliki oleh

pelajar.

Kebanyakan bilik darjah masih mengamalkan sistem pembelajaran

konvensional, menyebabkan pelajar terlalu bergantung kepada pengajaran guru

dan ini menghalang mereka untuk mengembangkan potensi pembelajaran

masing-masing dengan cara yang tersendiri. Kelemahan dalam mata pelajaran

pula sering dikaitkan dengan tahap kecerdasan yang rendah, tanpa

mengambilkira faktor gaya kognitif dan gaya belajar yang mungkin

mempengaruhi pencapaian pelajar. Kurang pengetahuan tentang gaya kognitif

dan gaya belajar di kalangan guru menyebabkan kurangnya penekanan


diberikan dalam menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan

gaya kognitif dan gaya belajar pelajar. Usaha mengadakan bengkel, kursus

ataupun seminar tentang keperluan mengenalpasti gaya kognitif dan gaya

belajar pula masih belum giat dijalankan.

Ketiadaan alat ukur gaya kognitif dan gaya belajar yang piawai yang menepati

ciri-ciri pelajar Malaysia menyebabkan kebanyakan kajian tentang gaya tersebut

masih lagi berpandukan kepada alat ukur yang diadaptasi daripada pelopor teori

gaya kognitif dan gaya belajar luar negara. Tambahan lagi, tidak ada sebarang

alat ukur gaya kognitif dan gaya belajar diperkenalkan ke dalam sistem

pendidikan di sekolah yang perlu disalurkan sekurang-kurangnya melalui sesi

kaunseling. Peranan kaunselor di samping membantu pelajar membentuk

sahsiah, personaliti, motivasi serta kerjaya yang baik, kaunselor juga dapat

membantu pihak guru dan pelajar untuk mengenalpasti gaya kognitif dan belajar

yang dimiliki dan mengaitkannya dengan strategi pengajaran dan pembelajaran

yang boleh dilaksanakan. Jelaslah bahawa masalah utama yang dihadapi oleh

pihak guru dan pelajar di sekolah pada hari ini untuk meningkatkan potensi

pengajaran dan pembelajaran disebabkan kurangnya kefahaman tentang

pentingnya gaya kognitif dan gaya belajar dalam mencorakkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Menurut Keefe (1991),

individu yang faham akan gaya belajar mereka dan dapat mengawal aktiviti

kognitif dengan baik, akan lebih bersikap positif terhadap pembelajaran di

samping menunjukkan potensi akademik yang lebih baik.


2. Dari segi teknik pengajaran, guru perlu menggunakan teknik pembelajaran

whole brain yang menghubungkan kedua-dua bahagian otak kiri dan kanan.

Contohnya, kaedah main-peranan (role play), persembahan/visual, drama,

membaca, bercerita dan sebagainya. Semasa mengajar guru hendaklah:

• Mengaitkan maklumat baru dengan maklumat sedia ada kepada pelajar

supaya jaringan sinaps yang lebih banyak dapat dibentuk dalam minda

pelajar.

• Menggunakan kaedah pembelajaran kontekstual, eksperiensial, melibatkan

tangan dan minda, dan penyelesaian masalah yang boleh memberikan

pengalaman baru kepada pelajar.

• Menggunakan kaedah pembelajaran aktif, berpusatkan pelajar. Misalnya

kaedah pembelajaran berasaskan masalah, penyelesaian masalah, projek

kumpulan, kerja lapangan, tinjauan dalam masyarakat dan sebagainya. Ini

kerana otak suka belajar dalam keadaan sebenar dan mencabar.

• Mengintegrasikan emosi dalam pembelajaran. Cara paling mudah ialah

menggalakkan pelajar menunjukkan perasaan mereka. Misalnya, tentang

kemalangan jalan raya – apakah pandangan mereka tentang impak

kemalangan tersebut terhadap keluarga orang yang meninggal dunia itu?

Soalan sebegini akan mendorong minat, memberi peluang kepada pelajar

menyatakan perasaan dan merasai pengalaman tersebut. Cara ini akan

dapat mengukuhkan hubungan sinaps dan menjadikan ingatan lebih


berkesan.

• Menggunakan strategi yang dapat menggalakkan rasa ceria untuk belajar,

misalnya, mewujudkan cara baru untuk permulaan kelas, misalnya berjabat

tangan, memberi ucapan atau ungkapan positif dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai