Anda di halaman 1dari 7

BAB 6 JENTERA, BAHAN BINAAN DAN BINAAN SEMENTARA DI TAPAK BINA

6.1

JENTERA PEMBINAAN

Dalam era yang serba maju dan canggih ini, kebanyakkan projek-projek yang berkaitan dengan pembinaan menggunakan jentera yang bermotor dan canggih. Penggunaan jentera dan peralatan adalah penting dalam menjamin penjimatan masa serta keselamatan pekerja. Walaupun penggunaan jentera melibatkan kos yang

tinggi, tetapi jika ia dirancang dan digunakan dengan berkesan ia pastinya akan mempercepatkan proses pembinaan sesebuah bangunan dan mengurangkan kos mengupah buruh. Kita perlu mengetahui perkembangan jentera-jentera serta

peralatan moden masa kini sejajar dengan zaman teknologi.

Dengan Penggunaan jentera dan mesin bermotor ini kita akan mendapat hasl yang i lebih menguntungkan terutama dari segi masa, kos serta mutu binaan tersebut Dalam melaksanakan projek pembinaan sekolah ini, penggunaan jentera dan peralatan pembinaannya adalah pada tahap yang tinggi besar dan peruntukan kosnya juga besar. Ini kerana ianya projek

6.1.1 Kren Bergerak (Mobile Crane)

Kren ialah sebuah mesin mengangkat, secara amnyaia dilengkapi dengan pengunci jam (juga dikenali sebagai tali wayar deram), tali wayar atau rantai dan sebeban, yang akan digunakan ketika mengangka dan memindahkannya ke tempat t lebih tinggi. Ia mempunyai satu atau lebih mesin yang ringkas untuk membuat faedah mekanikal dan seterusnya memindahkan kemampuan insani secara normal. Kren pada umumnya digunakan :

y y y

Dalam industri pengangkutan bagi membawa muatan. Dalam industri pembinaan untuk kerja-kerja memindahkan barangan. Dalam industri pembuatan pula adalah bagi mengumpulkan peralatan berat.

Rajah 6.1.1 : Kren bergerak

6.1.2 Jengkaut (Backhoe)

Satu jengkaut, peralatan penggali mengandungi satu baldi galian pada akhir satu lengan lancar dua bahagian. Seksyen lengan terdekat untuk kenderaan adalah

diketahui sebagai joran, dan seksyen yang bawa baldi adalah diketahui sebagai atau pencedok dipperstick. Joran adalah terlekap kenderaan terus s pangsi dikenali atu

sebagai kingpost, yang membenarkan lengan tersebut berputar sekitar 200 darjah. Jengkaut dikuasai oleh hidraulik.

Rajah 6.1.2 Jengkaut

6.1.3 Penggaul Konkrit (Concrete Mixer)

Mesin penggaul konkrit digunakan untuk membancuh k onkrit.

Ia sangat

sesuai untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan kuantiti yang banyak atau kerja kerja penambahan konkrit yang tidak mencukupi akibat penggunaan siap dibancuh (blended cement). Muatan diukur dari segi tongnya atau berat deramnya (drum) sebelum dan selepas digaul.Sebagai contoh dengan menggunakan mesin konkrit 7/5. Angka 7 menunjukkan kuantiti atau banyaknya bahan -bahan konkrit sebelum diisi ke dalam tong atau deram mesin sebelum digaul. Manakala 5 pula menunjukkan

kuantiti konkrit yang boleh didapati selepas dibancuh.

Ini bermakna 7m3 bahan-bahan konkrit sebelum digaul adalah bersamaan dengan 5m3 konkrit siap digaul. Selain 7/5, mesin penggaul konkrit yang boleh didapati adalah 14/10.

6.1.4 Pemotong Pi ing ( Cutter Bl de )

Mesin ini adalah bersaiz lebih kecil daripada mesin-mesin yang lain. Ianya menggunakan kuasa elektrik untuk menjalankan kerja-kerja pemotongan. Terdapat

dua jenis mata pemotong, iaitu mata pengerat dan pencanai. Mata piringnya mudah ditukarkan dan terdapat pembuka khas untuk membuka nut bagi menukarkan mata piring ini. Mesin ini penting dalam kerja-kerja pemotongan seperti memotong tiang handrail, handrail, kerangka bumbung, dan besi. Piring mata mesin ini mudah tumpul dan perlu ditukar dengan kerap, ini terpulang kepada teknik pekerja menggunakannya.

6.1.5 Pengerat Besi

Alat ini berfungsi untuk mengerat besi mengikut ukuran yang telah ditetapkan. Kegunaannya adalah untuk memotong besi keluli bagi membuat tetulang dan link sahaja. Ia biasanya diletakkan di tempat tukang besi menjalankan kerjakerja pemotongan dan pembengkokan. Alat ini tidak menggunakan enjin untuk melakukan kerja pemotongan. Sebaliknya menggunakan tenaga manusia. Alat ini hendaklah disimpan di dalam setor untuk mengelakkan daripada berkarat.

6.1.6 Pemotong Besi (Bar Cutter) dan Pembengkok Besi (Bar Bender)

Alat ini menggunakan enjin berkuasa diesel untuk menjalankan fungsinya. Fungsinya adalah sama dengan fungsi pengerat besi, iaitu untuk kerja-kerja pemotongan dan pembengkokan besi. Alat ini boleh digunakan bagi menjimatkan masa pemotongan dan pembengkokan besi.

6.2

BAHAN BINAAN YANG DIGUNAKAN

Bahan binaan yang selalu digunakan di tapak bina merupakan salah satu yang perlu diketahui dan dikenali. Bahan-bahan binaan ini perlu dikenali untuk

memudahkan urusan pesanan ketika sesuatu bahan binaan sama ada dari segi jenis bahan, saiz serta mutu bahan tersebut. Di antara bahan binaan yang digunakan di

tapak bina ialah :

a) Kayu Kayu merupakan bahan binaan yang amat penting terutama dalam kerja-kerja penyediaan acuan (formwork). Saiz kayu yang ditempah adalah 1 x 2. Jenis kayu yang digunakan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kayu lembut dan kayu keras ataupun dikenali sebagai kayu berubat. Kayu lembut digunakan untuk kerjakerja penyediaan acuan sahaja, manakala kayu keras atau kayu berubat biasanya digunakan untuk kerja-kerja membuat bumbung bangunan.

b) Besi tetulang Besi juga merupakan bahan binaan yang penting untuk menambahkan lagi kekuatan sesuatu elemen struktur. Besi yang biasa digunakan dalam pembinaan terdiri daripada besi sederhana kuat dan dilabelkan sebagai R ataupun besi tetulang licin dan juga besi kekuatan tinggi yang dilabelkan sebagai Y ataupun dikenali juga besi tetulang berbunga. Untuk kedua-dua jenis kategori besi ini, terdapat berbagai saiz yang digunakan bergantung kepada arahan di dalam pelan pembinaan. Antara saiz pesanan besi yang biasa ditemui ialah R6, R10, R12 dan R16. Seperti bahan binaan kayu, pesanan besi tetulang juga dibuat kepada beberapa tan yang diperlukan di tapak pembinaan.

c) Papan lapis (Plywood) Plywood yang biasanya digunakan ialah 4 x 8 dengan ketebalan 12mm dan 5.2mm. Kegunaan plywood di tapak pembinaan adalah untuk menyediakan permukaan yang licin bagi kerja-kerja pembentukan acuan dan kotan bentuk

(formwork). Plywood yang digunakan untuk kerja acuan bergred pertama, iaitu jenis kalis air. Pesanan plywood kepada bilangan plywood yang digunakan.

d) Simen Simen Portland Biasa (Ordinary Portland Cement) banyak digunakan dalam kerja pembinaan samada kerja konkrit, kerja-kerja mengikat bata ataupun untuk kerja-kerja melepa. Pesanan simen dibuat berdasarkan jumlah beg.

e) Pasir Terdapat dua jenis pasir yang biasa digunakan di tapak bina, iaitu pasir kasar untuk penghasilan mortar dan pasir halus untuk kerja-kerja lepaan. Pesanan pasir dibuat berdasarkan kepada jumlah lori.

6.3

BINAAN SEMENTARA

Peranca

Peranca ialah satu binaan sementara yang sangat diperlukan semasa pembinaan sesebuah bangunan. Fungsi mengadakan peranca ialah untuk

membolehkan dan memudahkan pekerja-pekerja untuk menjalankan kerja. Peranca ini dibina dengan pelbagai cara dan bentuk untuk menyesuaikan dengan keadaan tempat yang berlainan. Terdapat beberapa jenis peranca, antaranya ialah :        Peranca kuda-kuda Peranca tangga Peranca bergerak Peranca pendakap Peranca tunggal Peranca ganda Peranca julur

Rajah 6.3.1 : Peranca