Anda di halaman 1dari 16

3.

Kemahiran Menyoal Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar kepada

aktiviti kognitif aras tinggi. Oleh itu guru harus faham dan tahu tentang kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar. Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar. i. Panduan menyoal Pastikan soalan jelas Nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan kemudian panggil nama pelajar yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan Tanya satu soalan pada satu masa Gunakan soalan aras rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras yang lebih tinggi. gunakan teknik probing untuk membantu pelajar memberikan jawapan.

ii. Aras soalan Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras soalan : Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian TEORI PEMEROLEHAN BAHASA 2.5 Implikasi Terhadap P & P Bahasa Sememangnya diakui teori pembelajaran banyak membantu para guru melaksanakan aktiviti pengajaran dengan berkesan berpandukan ciri-ciri teori yang dipilih dan diamalkan. Setiap teori membawa implikasi yang berbeza

mengikut kesesuaian waktu dan persekitaran bilik darjah. Namun, kajian ahli linguistik telah menghimpunkan pelbagai bentuk implikasi yang dilihat seringkali mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P &P) bahasa. 2.5.1 Teori Behaviorisme Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000:19) dalam bukunya Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, beliau menyatakan bahawa kumpulanB e h a v io r is berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan tersebut dapat dikekalkan sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran. Bagi Abdul Aziz (ibid:20), antara prinsip daripada teori Behaviorisme ini yang dapat diterapkan dalam bilik darjah adalah dengan guru memberi pujian apabila pelajar memberikan jawapan yang betul atau menghasilkan kerja-kerja yang baik. Selain itu, ganjaran dalam bentuk markah atau gred perlu digunakan. Guru atau pihak sekolah member hadiah seperti buku, plak dan sebagainya bagi menarik minat murid. Tambah beliau, guru juga mempamerkan hasil kerja pelajar yang baik, contohnya karangan dan karya-karya ilmiah yang dapat memberi penghargaan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato atau bahas, acara berbalas pantun, membaca puisi dan sebagainya di sekolah dari semasa ke semasa dan para pemenang akan diberikan hadiah sebagai ganjaran. Dalam kalangan kumpulan Behavioris, E.L Thorndike merupakan ahli linguistik yang terulung dan beliau telah mengemukakan beberapa hukum penting yang berkaitan dengan aspek perlakuan dalam teori Behaviorisme. Hukum-hukum ini boleh diterapkan dalam aktiviti P & P bahasa. Dalam buku Pedagogi Bahasa tulisan Abdul Aziz Abdul Talib (2000:20), telah disenaraikan setiap hukum-hukum tersebut besertakan contohnya. Bagi hukum pertama iaitu hukum latihan, mengikut hukum ini, latihan amat penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, misalnya, latihan diperlukan dalam bidang lisan (sebutan, intonasi, bacaan nyaring), dan seumpamaynya.

Demikian juga halnya dalam lain-lain aspek pengajaran bahasa seperti aspek tatabahasa atau menulis dan mengarang. Hukum keduanya ialah hukum kesan. Hukum ini menyatakan bahawa perlakuan-perlakuan yang ingin dibina atau dibentuk itu akan berkekalan atau terus berlaku sekiranya ia diberikan rangsangan dan ganjaran positif. Ganjaran positif itu hendaklah deberikan secepat mungkin selepas perlakuan bahasa yang dikehendaki itu disempurnakan pelajar. Misalnya, dalam latihan atau ujian bahasa ganjaran dalam bentuk markah atau gred, atau pujian hendaklah diberikan sertamerta kepada pelajar. Hukum Kesan menyatakan bahawa faktor yang paling penting yang menentukan kesan ganjaran terhadap respons atau perlakuan yang baik itu ialah faktor masa. Lebih singkat masa antara respons dan ganjaran, maka lebih kuatlah pertalian antaranya. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, Politzer dan Rivers (1964) berpegang kuat pada Hukum Kesan ini dengan mengatakan: Languange is behaviour, and language behaviour can be learned by inducing, the student to behave the way are want him to behave.... Hukum ketiga yang diterangkan Abdul Aziz Abdul Talib (ibid:21) ialah Hukum Tubi. Hukum ini menyatakan bahawa ganjaran memberikan kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu respons. Dalam hal ini, semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan yang dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, ganjaran perlu kerap diberikan berikutan dengan sesuatu aktiviti atau perlakuan bahasa yang baik. Ini termasuklah komen positif guru yang membina, misalnya terhadap karangan yang dibuat oleh murid. Bagi guru bahasa yang ingin membentuk perlakuan bahasa yang baik dalam kalangan para pelajarnya, ketiga-tiga hukum tersebut perlu diterapkan dalam proses P & P di bilik darjah.

2.2

Teori Mentalis

Teori mentalis merupakan penentang kepada teori behaviorisme. Golongan mentalis menentang hebat golongan behavoiorisme. Hal ini kerana Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1990:32) memetik pendapat Chomsky bahawa teori behaviorisme tidak menghuraikan proses pemerolehan aspek bahasa secara menyeluruh. Beliau juga menyatakan bahawa setiap pemerolehan bahasa adalah proses mental bukan proses mekanis. Kenyataan Chomsky yang dipetik dalam buku Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia bahawa seseorang kanak-kanak yang lahir secara semulajadinya dapat menguasai bahasa

ibundanya. Terdapat dua unsur penting dalam teori ini iaitu kompeten (struktur dalaman) dan performance (struktur luaran). Struktur dalaman adalah berbentuk makna manakala bagi struktur luaran adalah ujaran bahasa yang dipertuturkan oleh kanak-kanak semasa mereka mempelajari bahasa. Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (ibid:32) memetik kenyataan Chomsky dan terdapat tiga sebab bagi mempertahan hipotesisi sejadi. Menurut Chomsky, bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu

kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Kedua-dua perkara tersebut mempunyai maksud dan cara tersendiri. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai rumus-rumus dasar dan rumus-rumus transformasi supaya dapat menggambarkan situasi bahasa itu. Ciri-ciri kedua menerangkan bahawa setiap ujaran yang terdedah pada pendengaran mungkin sukar untuk diperolehi sekiranya kanakkanak tidak mempunyai keupayaan sejadi. Ciri yang ketiga, Chomsky menyatakan bahawa kanak-kanak memperolehi sistem bahasa melalui ibunya dengan masa yang singkat. Proses ini berlaku di antara empat hingga lima tahun. Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Ahmad (ibid:33) yang memetik kata-kata McNeill yang merupakan seorang penyokong kuat aliran mentalis. Pendapat beliau,setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia

dikurniakan dengan Alat Pemerolehan Bahasa atau Sistem pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device). Pendapat yang dikemukakan oleh beliau

menegaskan bahawa kanak-kanak yang baru dilahirkan mempunyai ciri-ciri linguistik sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Oleh kerana unsur sejagat ini wujud dalam diri kanak-kanak maka mereka akan memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah. 2.5.2 Teori Mentalis Terdapat beberapa implikasi P & P bahasa bagi teori Mentalis. Dalam buku Zulkifley Hamid (1994) yang bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, beliau telah mengatakan pembelajaran bahasa berlaku melalui pengalaman menggunakan bahasa. Maksudnya di sini ialah murid mendapat pengajaran bahasa selepas melakukan komunikasi lisan sepanjang kehidupan mereka. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawat a ta b a h a s a dipelajari secara tidak langsung. Hal ini membuktikan bahawa pengajaran tersebut hendaklah menggunakan pendekatan deduktif. Misalnya serapan dan peniruan model dalam aktiviti pengajaran bahasa yang dijalankan. Kanak-kanak menyerap tatabahasa pertama melalui komunikasi lisan (secara intuisi), kemudian menyesuaikan rumus-rumus yang terkandung dalam tatabahasa sejagat dengan menggunakan nahu tatabahasa bahasa pertamanya. Di samping itu, implikasi yang lain ialah asas tatabahasa dikuasai dalam bentuk lisan tetapi murid tidak menghafal ayat-ayat seperti mana yang terdapat pada Teori Behaviorisme. Selain itu, Zulkifley Hamid (1994) juga berpendapat bahawa teori ini dapat menggalakkan pelajar menghasilkan pertuturan baru secara kreatif berdasakan pengetahuan rumus bahasa. Murid tidak dapat menerangkan rumus tatabahasa yang diserapi tetapi masih boleh menggunakannya dengan cara yang betul hasil bimbingan guru semasa aktiviti di dalam kelas. Teori ini juga menganggap kesilapan bahasa sebagai ujian sebelum mencapai tahap kemahiran. Guru hendaklah mengehadkan kesilapan mereka dan menggalakkan mereka memperbaiki berdasakan pengetahuan rumus yang telah mereka pelajari.

Oleh itu dapat difahami bahawa latihan-latihan yang diberi seharusnya membina kecekapan menggunakan rumus secara kreatif. Selain itu, teori ini juga turut menekankan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. 2.5.3 Teori Kognitif Implikasi P & P teori pemerolehan bahasa yang ketiga iaitu teori Kognitif dihuraikan secara ringkas berdasarkan kajian beberapa ahli linguistik. Teori ini memang cukup sinonim dengan Jean Piaget ahli psikologi yang telah banyak memberi sumbangan kepada bidang kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Implikasi yang dapat dilihat semasa proses P & P bagi teori ini ialah pembelajaran bahasa yang melibatkan proses mental. Pembelajaran bahasa ialah proses berfikir. Oleh itu, kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) bukan bergantung kepada latihan giat semata-mata. Selain itu, teori ini memerlukan penglibatan aktif pelajar dan sikap kebertanggungjawaban kendiri dalam aktiviti pembelajaran bahasa. Ini bermaksud, aktiviti yang dijalankan perlulah berpusatkan pelajar di mana guru cuma bertindak sebagai pembimbing manakala muridlah yang melaksanakan aktiviti yang dirancang. Masa dan aspek bahasa yang hendak diajarkan perlu bersesuaian dengan tahap perkembangan umur dan mental pelajar. Seperti mana yang telah dihuraikan dalam teori pemerolehan di bahagian sebelum ini, teori kognitif yang diperkenalkan Piaget mengandungi empat peringkat iaitu deria motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Oleh itu, murid perlu menyesuaikan pengetahuan sedia ada atau skema mengikut pengalaman dan persekitaran yang dilalui. Di samping itu, teori ini juga menggalakkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang kaya, pelbagai dan merangsangkan untuk menimbulkan motivasi. Kesalahan yang dilakukan

bukan suatu kegagalan tetapi percubaan hipotesis (rumus) yang telah dibina. Maksudnya, latihan yang diberikan bukan membentuk kebiasaan automatis tetapi untuk membina kecekapan menggunakan rumus yang dibentuk. 2.5.4 Teori Interaksionalis Bagi menjelaskan implikasi P & P bahasa dengan menggunakan teori Interaksionalis ini, terdapat beberapa kajian yang dapat dilihat dan diambil kira. Teori yang dipelopori oleh Halliday ini banyak dipengaruhi teori bahasa fungsional yang melibatkan aktiviti komunikasi lisan murid. Implikasi yang pertama dapat dilihat ialah pembelajaran bahasa untuk pelbagai tujuan interaksi. Maksudnya, guru mengajar murid cara berkomunikasi untuk mereka mengaplikasikannya dalam pelbagai urusan kehidupan seharian mereka. Ringkasnya, dapat difahami aktiviti yang dijalankan di dalam kelas lebih becorakkan kontekstual. Sebagai ahli masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai

kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial. Dalam aktiviti P & P, penyampaian makna yang tepat adalah penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh itu, makna dan tatabahasa dapat diajar serentak. Selain itu, teori interaksionalis juga membolehkan pendedahan kepada situasi linguistik bagi melatih pelajar menggunakan bahasa yang berkesan dalam interaksi sosial mereka. Maksudnya, guru perlu mengajar aspek kecekapan komunikasi seperti linguistik, sosiolinguistik, wacana dan strategik. Bagi memperkaya aktiviti di dalam kelas, guru juga boleh merancang aktiviti tugasan bahasa iaitu task based. P & P bahasa seharusnya menarik dan dapat memberi makna kepada pelajar. Bagi aspek latihan pula, guru boleh menggunakan teknik latih tubi bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur tetapi masih mengajarkan sistem bahasa dan penggunaannya secara spontan dan fleksibel. Guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa pelajar, cukup sekadar menyedarkan mereka sama ada bentuk atau struktur yang mereka gunakan itu betul atau salah, dan setelah mereka sedar akan kesilapan tersebut, guru digalakkan meminta murid membetulkannya sendiri. Dalam erti kata yang lain, guru boleh membenarkan kesilapan pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi secara spontan dan fleksibel

4.0 4.1

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK STRATEGI

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Peranan strategi pengajaran adalah amat penting lagi jika kita mengajar pelajarpelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulan cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi setiap guru mengaplikasikan strategi pengajaran supaya pelajar dapat menimba segala isi pelajaran yang hendak disampaikan. Terdapat tiga strategi pengajaran bahasa iaitu; i. Berpusatkan guru ii. Berpusatkan pelajar iii. Berpusatkan bahan (Pedagogi untuk Asas Pendidikan, 2003: 115) 4.1.1 Berpusatkan Guru Strategi di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus. Contoh strategi atau teknik pengajaran yang berpusatkan guru ialah syarahan, demonstrasi dan bercerita

(guru sebagai pencerita). Antara ciri-ciri strategi pengajaran pemusatan guru adalah seperti: i.Guru berperanan utama dalam prose pengajaran dan pembelajaran ii.Komunikasi sehala iii.Murid pasif dan mendengar sahaja iv.Guru mengarah dan mengawal pembelajaran v.Guru berkuliah vi.Kepimpinan bercorak autokratik vii.Murid kurang berminat terhadap penerangan guru viii.Kepimpinan ix.Bercorak autokratik x. Mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru xi. Menekankan ujian sumatif untuk penggredan xii. Sifat-sifat sosial kurang dipupuk

4.1.2 Berpusatkan Pelajar Strategi pemusatan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana la dapat dipelajari. Ada sedikit kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat pemuan untuk mereka. pengajaran yang berpusatkan murid adalah pembelajaran secara aktif berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar (Orlich et al., 2007). Dalam strategi ini, tumpuan diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran. Pelajar memiliki kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru dan proses pembelajaran berbentuk penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baru. Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar .Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar. Melalui strategi ini, pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala serta berlakunya soal jawab antara guru dengan pelajar. Pendekatan ini sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan

matlamatnya adalah untuk mengembangkan kemahiran pemikiran kreatif serta kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang eksplisit atau kurang tepat dan jelas. Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang eksplisit, guru tidak membiarkan pelajar untuk melakukan aktiviti tanpa pemantauan. Guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar. Guru juga bertindak secara autoritatif dengan mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar. Kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembang peribadi dalam

menggalakkan kemahiran sosial kumpulan termasuklah memupuk nilai kerjasama antara pelajar. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi dalam kalangan pelajar dimana aktiviti yang dijalankan memerlukan pelajar untuk menggunakan minda bagi menjawab soalan guru. Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri penemuan. Contoh strategi pemusatan pelajar ialah induktif, lakonan, permainan, main peranan, sumbang saran dan sebagainya. Antara ciri pengajaran berpusatkan murid ialah : i. Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ii. Pemindahan pembelajaran iii. Komunikasi dua hala berlaku iv. Naluri ingin tahu dikembangkan v. Kepimpinan bercorak demokratik vi. Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek vii. Murid minat dalam pelajaran viii. Disiplin tidak terkawal ix. Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid x. Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri xi. Murid lebih kreatif xii. Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolongmenolong xiii. Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.1.3 Strategi Berasaskan Sumber/Bahan Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat belajar. Penekanan diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan-bahan harus berasaskan kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran clan kebolehan pelajar. Kepelbagaian media akan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental. Bentuk penyampaian juga akan dipelbagaikan. Antara sumber pengajaran dan pembelajaran ialah: (a) Slaid dan jalur filem. (b) Projektor lutsinar dan lutsinar. (c) Pita rakaman dan televisyen. (d) Model-model tiga dimensi seperti glob dan rangka manusia. (e) Modul terancang. (f) Pakej pembelajaran dengan penggunaan komputer.

Komputer di bilik darjah boleh digunakan untuk latihan, latih tubi dan permainan pendidikan. Contohnya dalam pengajaran Matematik, Bahasa dan pengajaran interaktif melalui CD-ROM (Compact Disk). Di samping itu, penggunaan internet juga membolehkan pelajar memfokus kepada isu-isu global. Penggunaan slaid dan transparensi turut membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat serta tepat penanggapan. Hal ini membolehkan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. Gambar, peta dan carta juga dapat membantu pelajar memahami dengan lebih jelas. Gambar yang besar dan berwarna-warni dapat menarik minat serta dapat meningkatkan penumpuan pelajar dalam pelajaran. Carta pula memudahkan

pemahaman pelajar dari segi mudah diingati seperti carta pai, histogram dan graf.

Pembelajaran berpusatkan bahan juga penting bagi membantu guru memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Pembelajaran ini dapat menunjukkan cara untuk belajar mengikut kadar sendiri, pada bila-bila lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, la juga dapat membantu pelajar yang tidak hadir.

4.1.4 Banding Beza Strategi Berpusatkan Guru 1) Guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. 2) Guru mengarah dan mengawal pembelajaran. 3) Mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru. Berpusatkan Murid 1) Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. 2) Dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Berpusatkan Sumber 1) Menggunakan banyak bahan seperti buku, blokblok binaan, bahanbahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. 2) Penekanan diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

(Pedagogi untuk Asas Pendidikan, 2003: 115)

4.2

Konsep Pendekatan

Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. Dengan perkataan lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Berdasarkan kepada huraian Edward M. Anthony, kita boleh merumuskan bahawa : 1. Pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran misalnya : a) Daripada konkrit kepada abstrak b) Daripada mudah kepada kompleks c) Daripada keseluruhan kepada bahagian d) Daripada umum kepada spesifik (deduktif) e) Daripada spesifik kepada umum (induktif) f) Daripada dekat kepada jauh g) Daripada diketahui kepada belum diketahui 2. Pendekatan adalah aksiomatik, iaitu kenyataan dianggap benar tanpa

memerlukan sebarang bukti atau alasan. Jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model, prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran, maka model, prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan. Pendek kata, pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. (Pedagogi 2, Mok Soon Sang, 1991, Kumpulan Budiman SDN.BHD)

4.3

Konsep Kaedah

Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Mengikut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. Misalnya di dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri-penemuan yang mengandungi lima prosedur yang disusun seperti berikut : 1) Prosedur pertama : Mengenal pasti masalah 2) Prosedur kedua 3) Prosedur ketiga 5) Prosedur kelima : Merancang penyelesaian : Mengumpul maklumat : Membuat kesimpulan

4) Prosedur keempat : Membuat tafsiran

Di dalam sesuatu pendekatan, terdapat banyak kaedah mengajar yang boleh digunakan. Oleh itu, selain kaedah inkuiri-penemuan, guru juga boleh menggunakan kaedah Socrates, kaedah induktif, kaedah penyiasatan, kaedah kerja praktis, kaedah dapatan dan sebagainya dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum. (Pedagogi 2, Mok Soon Sang, 1991, Kumpulan Budiman SDN.BHD)

4.4

Konsep Teknik Di bawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai

kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut pandangan Edward M. Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Di antara teknik-teknik mengajar yang biasanya digunakan oleh guru ialah teknik bercerita, bersyarah, penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, sumbangsaran dan permainan. Kaedah mengajar boleh membentuk teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai. Misalnya, prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan cerita yang berkenaan. Demikian juga bagi prosedur-prosedur kaedah penyoalan, kaedah syarahan dan sebagainya. Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi

pengajaran ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu, teknik mengajar yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Dalam hal ini, pemilihan bahan pelajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik mengajar. Misalnya, mengikut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6-11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual 4.41 menunjukkan penggunaan teknik mengajar mengikut aras kemahiran objektif pelajaran.

Aras Kemahiran Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Teknik Mengajar Latih tubi dan hafazan Syarahan Tunjukcara (Demonstrasi) Penyoalan Perbincangan Sumbangsaran

Jadual 4.4.1: Perhubungan aras kemahiran objektif pengajaran dengan teknik mengajar. Teknik mengajar boleh diklasifikasikan kepada kategori-kategori yang

menegaskan isi kandungan atau proses. Setengah-setengah teknik mengajar pula dikendalikan oleh guru dan setengah-setengah pula dikendalikan oleh murid-murid sendiri.

Pendekatan

Model prinsip dan teori pembelajaran

KaedahKaedah

Strategi Pengajaran

Teknikteknik mengajar

Aktiviti Rajah 4.4.2 Perhubungan konsep pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti dengan strategi pengajaran.