Anda di halaman 1dari 10

MUHAMMAD SYAHRUL AMIN B.

RAZALI (901106-11-5219) LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES IS KEVIN BLUFFING

1.0 PENDAHULUAN. Is Kevin Bluffng oleh Carol Yake menceritakan tentang kepayahan seorang guru iaitu Carol Yake yang berpengalaman mengajar selama 14 tahun, dalam mengurus masalah tingkah laku yang terjadi pada anak muridnya. Selain itu, ia juga menyelitkan tentang konflik dalaman yang dialami oleh murid tersebut iaitu Kevin. Kisah ini memberikan gambaran awal kepada bakal pendidk tentang apa yang harus dilakukan sekiranya berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku seperti ini. Penggunaan model pengurusan disiplin serta strategi yang bersesuaian haruslah difikirkan bagi menanggani masalah ini.

2.0 SINOPSIS. Is Kevin Bluffing ini mengisahkan tentang seorang budak yang mempunyai masalah tingkah laku dan sering menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Kisah ini bermula apabila seramai 23 orang murid gred enam di Lockhaven Elementary School tergamam melihat aksi rakan sekelas mereka, Kevin yang bertenggek di bahagian kekisi tangga diluar kelas mereka seperti mahu membunuh diri. Kevin merupakan seorang murid yang bermasalah dan didiagnosis sebagai psikotik serta sepatutnya dimasukkan ke dalam kelas masalah tingkah laku, namun disebabkan beberapa masalah dia ditempatkan ke dalam kelas Miss Carol.

Kebanyakan rakan kelas Kevin takutkannya kerana mereka pernah melihat dia memukul Miss Carol. Disebabkan masalah tingkahlaku yang ditimbulkan, Guru Besar sekolah akan meminta John Patterson, pembantu sekolah untuk

mengeluarkan Kevin dari kelasnya dan dihantar ke bilik Miss Allison King, guru kelas masalah tingkah laku.

Di situ dia akan dikenakan Time-out dalam kurungan kayu sehinggalah dia bertenang. Dia akan dimasukkan ke kurungan, jika melakukan kesalahan kerana dia telah difahamkan oleh Miss carol dan Allison tentang salah laku yang boleh menyebabkan dia ke situ.

Beberapa minggu sebelum itu, dia juga pernah mengugut untuk memecahkan tingkap kelasnya dengan tujuan untuk menakutkan Mis s Carol, namun membatalkan hasratnya apabila Miss Carol memberitahu bahawa ibu Kevin yang terpaksa membayar kesemua cermin tingkap yang dia pecahkan.

Pada suatu hari, semasa di kawasan tapak permainan Kevin telah memberitahu kepada Miss Carol tentang ba panya yang suka memukulnya dan Miss Carol juga tahu yang Ibu Kevin telah pun berkahwin lain tetapi hasil penderaan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Kevin. Pada masa inilah yang Miss carol menyedari bahawa melalui pengalaman lampaunya, dia belajar mengawal orang di sekelilingnya dengan keganasan termasuklah keluarganya sendiri.

Miss Carol juga kesal dengan sikap Ibu Kevin yang tidak mengambil berat tentang Kevin dalam menyelesaikan masalah tingkah laku Kevin. Pada penghujung lampiran ini, ditimbulkan persoalan adakah Miss carol bersalah jika Kevin mati.

3.0 TEORI DAN MODEL YANG BERKAITAN

Pada pendapat saya mengenai kes yang dikaji, didapati bahawa t eori Ekologi Bronfenbrenner adalah teori yang bersesuaian dengan kes ini. Ini kerana, teori Ekologi Bronfenbrenner menekankan tentang pengaruh persekitaran sosio-budaya terhadap perkembangan individu. Menurut Sang (2009), teori ini terdapat lima sistem ekologi yang terdiri daripada mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem yang berasaskan interaksi diantara individu dengan ibu bapanya, gurunya, rakan-rakan dan lain-lain.

Menurut Sang (2009), terdapat satu sistem yang dikenali sebagai mikrosistem iaitu persekitaran yang mana individu itu menghabiskan paling banyak masa dan berlaku secara langsung. Pada tahap yang lebih tinggi, terdap at pula mesosistem yang terdiri daripada gabungan mikrosistem. Contohnya interaksi antara guru dengan ibu bapa, keluarga dengan sekolah. Apabila terdapat masalah dalam satu mikrosistem,ia akan menjejaskan mikrosistem yang lain. Contohnya, keadaan di rumah mempengaruhi keadaan seseorang di sekolah. Ini dapat dilihat melalui watak ataupun sikap Kevin yang menjadi seorang agresif di sekolah disebabkan sikap bapanya yang ganas yang selalu menderanya di rumah.

Merujuk kepada kes yang dikaji, perkaitan teori Ekologi Bronfenbrenner dapat dilihat apabila tingkah laku ganas Kevin telah menakutkan rakan -rakan sekelasnya yang lain. Bukan itu sahaja, perkaitan teori ini juga dapat dilihat melalui peristiwa Kevin yang menghadapi konflik dalaman serta menyebabkan dirinya tidak dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan Miss Carol.

Teori yang kedua yang bersesuaian dengan kes yang dikaji ialah teori keperluan permodelan Albert Bandura. Melalui h asil kajian Bandura & Walters pada 1963 (Sang, 2009), didapati pelbagai tingkahlaku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerakbalas yang ditonjolkan oleh orang lain.

Bagi kes ini, Kevin banyak mengambil atau meniru sikap ganas bapany a. Melalui penderaan yang dilakukan oleh bapanya terhadapnya telah menyebab kan menjadi seorang yang ganas. Secara tidak langsung, Kevin menjadi seperti bapanya apabila cuba mengawal orang lain melalui keganasan. Ini dapat dilihat melalui peristiwa Kevin memukul Miss Carol sewaktu ingin membawa Kevin ke kurungan kerana melakukan kesalahan. Rakan -rakan sekelasnya yang melihat peristiwa itu menjadi takut dengan Kevin yang bertindak ganas seperti itu.

Pada pendapat saya, selain daripada teori di atas, model -model pengurusan disiplin bilik darjah juga boleh digunakan bagi menangani kes yang dikaji. Antaranya, model yang boleh digunakan untuk menanggani masalah ini ialah Model Disiplin Asertif Canter dan Model Akibat Logikal Dreikurs. Model yang pertama ialah Model Disiplin Asertif Canter oleh Lee dan Marelene Canter. Menurut Haliza Hamzah

(2009), Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat tin gkah laku yang ditunjukkan. Penggunaan model ini lebih kurang sama dengan modifikasi tingkah laku tetapi melibatkan kewujudan set peraturan (rules) yang diikuti dengan penggunaan ganjaran dan hukuman sebagai lanjutan (consequence). Bantuan diperlukan daripada ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah untuk mengukuhkan lagi tindakan ini.

Miss Carol telah meletakkan peraturan -peraturan yang menggunakan ganjaran dan hukuman sebagai akibat di atas mematuhi atau melanggar hukuman. Setelah Kevin melakukan kesalahan, dia akan dibawa ke kurungan kayu atas dasar melanggar peraturan. Ini juga bertujuan untuk melatih pelajar ini memikirkan peraturan haruslah dipatuhi sekiranya tidak mahu menerima seb arang hukuman.

Selain itu, menurut Haliza Hamzah (2009), Model asertif membolehkan guru untuk menjelaskan tingkah laku yang dikehendakinya daripada murid. Contoh dalam kes ini, Miss Carol dan Miss Allison telah membuat satu senarai peraturan yang perlu diikuti oleh Kevin, akan tetapi dia telah melanggarnya dan mendapat hukuman(time out).

Model yang kedua ialah model Akibat Logikal Dreikurs (1968). Menurut Dreikurs menerusi buku Haliza Hamzah ( 2009), mengatakan bahawa model ini lebih menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk menjaga disiplin dalam bilik darjah. Dreikurs juga berpendapat bahawa murid boleh dibantu oleh guru untuk memahami motif dan menyingkirkan salahlaku, dan ini lebih berkesan dilakukan apabila murid merasai akibat logikal tingkah laku mereka sendiri. Sebagai contoh, dalam kes yang dikaji Kevin dibantu oleh Miss Carol untuk memahami motif dan menyingkirkan salah laku yang tidak sepatutnya dilakukan. Peristiwa ini dapat dilihat sewaktu Kevin mengugut Miss Carol untuk memecahkan cermin tingkap kelasnya. Namun, Kevin tidak bertindak demikian setelah Miss Carol memberitahu ibunya akan membayar ganti rugi atas setiap tingkap yang dipecahkannya. Miss Carol telah menekankan disini bahawa segala perbuatanya adalah menjadi tanggungjawabnya dan Kevin tidak dapat l ari kesalahannya.

Menurut Haliza Hamzah (2009), murid perlu diberi pilihan untuk bertindak dan bukan dipaksa untuk berkelakuan seperti dimahukan oleh guru. Ini bukannya cara untuk mengajar murid tentang tanggungjawab. Seperti yang kita ketahui, paksaan merupakan salah satu cara yang hanya akan memberikan kesan sementara sahaja. Ini disebabkan pelajar ini hanya akan tidak merelakan tingkah laku positif kerana merasakan seolah-olah dipaksa. Sekiranya timbul perasaan ini dalam diri pelajar, mereka akan memberontak dan menjadi lebih teruk dan tingkah laku bermasalah tidak dapat diubah lagi.

Dalam kes yang dikaji, Miss Carol telah memberikan Kevin pilihan untuk berfikir tentang akibat tingkah lakunya. Sekiranya buruk, Kevin akan menerima hukuman. Ini dapat dilihat semasa Kevin mengamuk atau membuat kesalahan didalam kelas, Kevin akan dimasukkan ke dalam kurungan kayu sehingga dia kembali tenang, di sini dia akan dikenakan Time -Out. Kevin akan dimasukkan semula ke dalam kurungan itu sekiranya melakukan kesalahan kerana dia telah diingatkan sebab yang menyebabkannya terpaksa berada di dalam kurungan.

5.0 STRATEGI DAN CADANGAN MENANGANI MASALAH

Berdasarkan kes yang dikaji, didapati bahawa gu ru boleh menggunakan pelbagai strategi untuk menangani masalah tingkah laku ini. Pertamanya, guru boleh membawa Kevin kepada guru disiplin. Miss Carol boleh membawanya berjumpa dengan guru disiplin. Berpadanan dengan sistem pendidikan sekarang ini yang hanya membolehkan pihak-pihak tertentu untuk merotan pelajar yang me mbuat kesalahan. Menurut Haliza Hamzah (2009), tindakan yang dikenakan mestilah berpatutan dengan kesalahan dan dilakukan dengan tujuan pengajaran bukannya bersifat mendera. Ini kerana dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan yang lebih buruk lagi terhadap psikologi dan fisiologi murid yang berkenaan. Apabila sesuatu hukuman itu tidak setimpal dengan kesalahan , pelajar akan akan merasakan dirinya diperlakukan dengan tidak adil dan akan wujudnya gangguan dari segi fizikal dan mental yang hanya akan menyebabkan timbulnya personaliti negatif dalam diri pelajar tersebut iaitu buli.

Seterusnya,

guru

haruslah

bijak

dalam

membuat

keputusan

dalam

menentukan apa yang harus dilakukan terhadap pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku. Menurut Haliza Hamzah (2009), guru haruslah mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Sebagai contoh,sekiranya keadaan pelajar itu tidak seperti pelajar lain, Miss Carol haruslah menghantar Kevin, murid bermasalah tingkah laku berjumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatrik. Ini kerana mereka ini merupakan golongan professional yang lebih pakar untuk membantu menyelesaikan masalah tingkah lakunya. Golongan ini lebih memaha mi keadaan dan keperluan pelajar bermasalah ini dan akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu pelajar ini beralih kepada tingkah laku yang diingini.

Ketiga, guru seharusnya, menyarankan kepada ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku turut diberi sesi kau nseling. Ibu bapa atau penjaga merupakan salah satu pihak yang wujud dalam persekitara n pelajar itu. Menurut Sang (2009), persekitaran memainkan perananan yang penting dalam pembentukkan tingkah laku individu. Melalui sesi kaunseling ini, penjaga Kevin ini akan lebih memahami keadaan anaknya yang sebelum ini tidak diketahui mengalami konflik dalaman yang datangnya dari keluarga.

Keempat, menurut Noriati A. Rashid (2009), guru haruslah bijak dalam mempelbagaikan bahan dan peralatan mengajar bagi mengubah tingkah laku pelajar kearah yang lebih positif. Dalam pembangunan teknologi yang serba canggih seperti sekarang, guru boleh menggunakan inisiatif ini untuk membentuk tingkah laku positif dalam diri pelajar. Contohnya, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan game yang mempunyai unsur-unsur keganasan sebagai selingan. Secara tidak langung pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku akan berfikir untuk meninggalkan sikap kegan asan itu kerana game ini hanya berkesudahan dengan kematian yang sia -sia. Lantas guru dapat merubah tingkah laku bermasalah kepada tingkah laku yang diingini tanpa perlu menggunakan banyak tenaga dan ini merupakan satu langkah yang bijak.

Kelima, menurut Noriati A. Rashid (2009), guru haruslah memahami perbezaan dalam kalangan pelajarnya. Perlakuan manusia mudah difahami melalui pengamatan terhadap personaliti individu . Personaliti milik seseorang individu menjadikannya berbeza dengan dengan individu lain yang memudahkan kita memahami pelbagai ragam perlakuan manusia. Melalui cara ini, guru secara tidak langsung tahu pendekatan apa yang lebih sesuai digunakan terhadap pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku.

6.0 KAITAN DENGAN KES DI MALAYSIA.

Kes ini berlaku pada tahu n 1990, yang mana seorang pelajar sekolah di Negeri Perak, yang begitu banyak melakukan masalah disiplin di sekolah. Pelajar ini sering menggangu proses pengajaran dan pembelajaran dan menyebabkan guru yang mengajar ketika itu terpaksa memberhentikan proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengawal pelajar ini . Masalah ini berlaku pada setiap hari dan boleh dikatakan menjadi perkara rutin bagi kelas pelajar tersebut ditempatkan. Peristiwa ini lebih kurang sama dengan kes yang dikaji. Pelajar ini banyak menggangu P&P begitu juga dengan Kevin yang mempunyai koflik dalaman dan melepaskan geramnya di sekolah. Guru sepatutnya mengenal pasti dahulu apa masalah yang dihadapinya, bukannya terus menghantar pelajar tersebut ke bilik disiplin. Suatu hari ketika guru kelas lambat masuk ke kelas, pelajar ini telah memukul rakan sekelasnya dengan teruk sekali. Rakannya patah jari telunjuk kanan dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Setelah disiasat, pelajar ini hanya mahukan pemadam baru rakannya. Disebabkan kehendaknya tidak dituruti, pelajar ini telah mengambil jalan mudah dengan menggunakan keganasan untuk mendapatkanya. Ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikaji, iaitu menggunakan keganasan untuk mengawal orang lain dan memenuhi keinginanny a. Guru seharusnya menerangkan dengan penuh berhikmah bahawa keganasan itu tidak harus dijadikan sebahagian daripada sikap diri. Guru boleh menggunakan contoh peristiwa pengeboman di Iraq yang membunuh banyak nyawa yang tidak berdosa gara-gara adanya sikap keganasan dalam diri pihak pengebom. Guru besar sekolah tersebut telah mengarahkan pelajar ini dihantar ke unit kaunseling sekolah tersebut untuk mengetahui apa masalah sebenarnya yang menimpa pelajar ini sehingga sanggup bertindak sedemikian. Berpadanan dengan kes yang dikaji, guru besar mengrahkan Kevin dihantar ke kelas masalah tingkah laku. Pihak pentadbiran seharusnya turut terlibat dalam menanggani masalah ini bersama. Bukannya terus menghukum sebaliknya merawat agar sikap pelajar ini tidak ditiru oleh pelajar-pelajar lain.

Setelah menjalani sesi kaunseling, didapati bahawa pelajar ini merupakan anak seorang askar yang sangat tegas yang telah meninggal dunia setahun yang lepas. Setelah ayahnya meniggal dunia, ibunya mengambil upah membasuh kain dari rumah ke rumah. Sama dengan kes yang dikaji, ternyata pelajar ini dan Kevin seolah-olah mengalami kekeliruan sementara sewaktu ibu kedua -dua pelajar ini berpisah dengan ayah mereka. Ayah Kevin bercerai dengan ibunya, manakala ayah pelajar ini meninggal dunia. Kevin dan pelajar ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru yang tidak berbapa kandung. Sewaktu ayahnya hidup, pelajar ini sering dipukul walaupun pelajar ini tidak melakukan kesalahan. Ibunya juga turut dipukul kerana ing in membantu pelajar ini. Sewaktu pelajar ini mandi sungai bersama -sama rakannya, ayah pelajar ini telah memukulnya dengan menggunakan tali pinggang askar sehingga tidak dapat bangun selama dua hari. Seperti kes yang dikaji, Kevin juga didera oleh ayahnya sewaktu kecil dan penderaan ini terhenti setelah ibunya berkahwin lain. Ekoran daripada peristiwa ini, Kevin dan pelajar ini telah secara tidak langsung meniru sikap ganas ayah masing-masing. Guru seharusnya memainkan peranan dalam menanggani masalah ini dengan membetulkan balik sikap kedua -dua mangsa dera ini.

Rujukan
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor Darul Ehsan: Herald Printers Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2009). PERKEMBANGAN KANAK-KANAK. PERAK: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Syarifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Laser Press Sdn. Bhd.