Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL TOPIK 4 KSB 230

Jelaskan Bagaimana Kanak-kanak mempelajari komunikasi Bukan Lisan melalui TIGA (3) faktor
berikut:

1. Kanak-kanak belajar komunikasi bukan lisan melalui tiga faktor iaitu faktor peniruan,
persekitaran dan individual. Bagi faktor peniruan, kanak-kanak akan cuba meniru cara
percakapan ataupun ekspresi muka orang yang terdekat dengan mereka contohnya seperti
ibu bapa. Selain itu, bagi faktor persekitaran pula, kanak-kanak mungkin akan terikut-ikut
dengan cara saudara mara, jiran atau rakan sebayanya berinteraksi antara satu sama lain.
Bagi faktor individual, berkomunikasi tanpa lisan secara semulajadi ada dalam diri kanak-
kanak ataupun dalam kata lainnya, cara mereka yang tersendiri. Contohnya, untuk
menunjukkan kanak-kanak itu berasa haus, dia menghulurkan botol air kepada ibunya agar
diberi minuman.

2. Kanak-kanak mempelajari komunikasi bukan lisan adalah melalui 3 kaedah iaitu kaedah
peniruan, persekitaran dan juga indivudual. Contohnya, kanak-kanak akan meniru eksperesi
emosi dan intonasi orang-orang terdekat mereka seperti ibu bapa. Seterusnya, kanak-kanak
juga akan mengikuti cara komunikasi dari rakan sebaya atau saudara mara dan jiran.
Terakhir, kanak-kanak mempunyai cara tersendiri secara lahiriah untuk berkomunikasi tanpa
suara, contohnya menggunakan bahasa isyarat seperti menepuk bahu kawan untuk
mendapatkan perhatian.

Anda mungkin juga menyukai