Anda di halaman 1dari 4

Syiah: Rafidhah Adalah Nama Yang Menjadi Kebanggaan (1)

Dipetik daripada www.darulkautsar.net

Terjemahan

Syiah: Rafidhah Adalah Nama Yang Menjadi Kebanggaan


Dia (perawi iaitu Abu Bashir) berkata: saya berkata: Ku jadikan diriku sebagai tebusan untukmu. Sesungguhnya kita digelarkan dengan satu gelaran yang patah belakang-belakang kita dan mati hati-hati kita kerananya. Pemimpin-pemimpin menganggap halal darah kita kerana satu hadits yang diriwayatkan oleh ulama mereka kepada mereka. Perawi berkata: maka Abu Abdillah a.s. pun berkata: "Rafidhah? Abu Basir berkata: saya berkata: "Ya". Abu Abdillah pun berkata: "Tidak! Demi Allah! Bukan mereka yang menamakan kamu begitu tetapi Allahlah yang memberikan nama tersebut kepada kamu. Tidakkah engkau tahu wahai Abu Muhammad bahawa 70 orang dari Bani Isra'il telah menolak Fir'aun dan kuncu-kuncunya apabila jelas kepada mereka kesesatannya, kemudian mereka menggabungkan diri dengan Musa a.s setelah nyata kepada mereka petunjuk yang dibawanya. Lalu mereka dinamakan ar-Rafidhah dari kalangan tentera Musa a.s. kerana mereka menolak Fir'aun. Mereka adalah golongan yang paling kuat beribadat dari kalangan tentera Nabi Musa a.s. dan paling kasih kepada Musa dan Harun a.s. dan anak cucu kedua-duanya. Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya menetapkan nama ini untuk mereka: Bahawa Aku telah menamakan mereka demikian dan mengurniakan nama itu kepada mereka. Maka Musa a.s. menetapkan nama tersebut kepada mereka. Kemudian Allah taala menyimpan nama ini kepada kamu sehingga kami menggelarkan kamu dengannya. (Rujukan: Muhammad bin Yakob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 34)

Kesimpulan: 1. 2. Rafidhah adalah satu nama yang dibangga-banggakan oleh golongan Syiah. Rafidhah adalah nama diberikan kepada mereka berdasarkan kitab-kitab sahih di sisi mereka. 3. Rafidhah sebenarnya diberikan oleh Nabi s.a.w. kepada golongan yang menolak Islam berdasarkan hadith-hadith di sisi Ahl as-Sunnah wal-Jamaah.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3925