Anda di halaman 1dari 9

RAMADAN MELATIH SIFAT ISTIQAMAH

Marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran, atas


nikmat Allah kerana kita dipilih oleh Allah terus hidup di bulan
Ramadan tahun ini.
Pada saat; sahabat, jiran tetangga, orang sekeliling kita
yang telah meninggalkan dunia yang fana ini dijemput oleh
Allah. Ramadan tahun lepas adalah Ramadan terakhir bagi
mereka.
Tetapi, Ramadan tahun ini adalah Ramadan untuk kita
berpesta, mengimarahkan dan memperbanyakkan ibadah
dan amal soleh.
Tuan/Puan Yang di rahmati Allah sekalian,
Para Ulama pernah mengatakan
"Al-Istiqomah khoirun min alfi karomah"
ISTIQAMAH lebih baik daripada seribu karomah.

Orang yang istiqamah adalah mereka yang


konsisten,berterusan;
melakukan ibadah dan ketaatan kepada Allah.
Maka, Ramadan tahun ini adalah waktu paling sesuai dan
terbaik untuk kita mengusahakan ISTIQAMAH dalam beribadat
kepada Allah.
Sesungguhnya,"Tidak ada nikmat yang lebih besar, selepas
Islam dan iman, melainkan seseorang itu Istiqamah dalam
ketaatan dan kebaikan hingga akhir hayat,"
Saya akan kongsikan 5 tips untuk kita kekal ISTIQAMAH
DALAM BERIBADAT di bulan Ramadan ini dan bulan-bulan
berikutnya;

1.Berniat dengan ikhlas setulus hati.


Sebelum melakukan apa ibadah pun, luruskanlah niat dengan
ikhlas setulus hati.
Dengan niat yang ikhlas, ibadah yang dikerjakan akan terasa
mudah. Ibadah yang dilakukan semata-mata mengharapkan
redha dari Allah SWT.
Dengan niat yang ikhlas, segala amal yang dilakukan pastinya
akan mendapat ganjaran yang tinggi disisi Allah lebih-lebih
lagi di bulan Ramadan ini; Yang sunat akan diganjari seperti
melakukan ibadah wajib. Yang wajib akan digandakan
sehingga 70 kali pahalanya
2. BERDOA KEPADA ALLAH

Lazimilah doa seperti doa yang pernah diajar oleh Rasulullah kepada Muaz bin Jabbal;

ُ ‫اَللَّ ُه َّم اَ ِعنِّي َعلَى ِذ ْك ِر َك َو‬


ْ ‫ش ْك ِر َك َو ُح‬
‫س ِن ِعبَا َدتِ َك‬
(Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu, bersyukur kepadaMu, dan beribadah dengan baik kepada-Mu).”
Riwayat Abu Daud

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah


kalian berdoa dan meminta kepada ALLAH SWT segala
hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya
apabila ia terputus." (Jami' Tirmizi)
Syeikh al-Mubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadis itu
menyatakan: "Seluruh khazanah kekayaan milik ALLAH dan
tiada Pemberi selain-Nya; maka mintalah apa sahaja dari-Nya
hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan remeh.
"Sesungguhnya jika ALLAH SWT tidak memudahkan suatu
urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita
mendapatkannya."
Ketiga, berusaha mencari sahabat yang suka melakukan kebaikan.

Teman baik amat penting dalam proses perubahan diri kerana

mereka akan sentiasa mengajak untuk melakukan kebaikan, bahkan

menegur kesalahan kita lakukan.


Keempat, hayatilah sirah Nabi SAW dan kehidupan sahabat

Baginda. Walaupun ada kalangan mereka dijamin syurga, anugerah

itu tidak menjadikan mereka bermalas-malasan atau berehat di

rumah bahkan tetap bersungguh-sungguh beramal serta sentiasa

bertaubat kepada Allah SWT.


Kelima, mulakan amal soleh secara berperingkat-peringkat, tetapi

berterusan. Bermula dengan jumlah sedikit atau peringkat yang

rendah secara perlahan-lahan dan berterusan (istimrar).


Sayidatina Aisyah RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda:

"Amalan paling dicintai Allah SWT ialah amalan berterusan

walaupun sedikit." (HR Muslim).

Kesimpulannya, beramal penuh ikhlas ialah kewajipan mukmin


kerana ia syarat suatu amal diterima Allah SWT. Segala amal soleh
sepanjang Ramadan perlu diteruskan dengan konsisten. Firman
Allah SWT: "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal baik)
untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat
syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang
disediakan bagi orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya; yang
demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa
dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah
kurnia besar." (Al-Hadid: 21)

Anda mungkin juga menyukai