Anda di halaman 1dari 3

JENIS-JENIS KEMASAN DINDING Jejalur Kayu Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada

beloti kayu yang telah sedia ada pada permukaan dinding.Papan yang digunakan mesti bertanggam lidah atau lurah ataupun lekap. Lebar papan tidak melebihi 100mm.Jenis ini boleh dikemaskan dengan sempang atau lekar. Jenis kayu yang digunakan adalah kayu keras seperti jati,cengal,dan kempas. Mozek Dibuat daripada tanah liat dan bahan campuran seperti serami,kaca dan marmar melalui proses pembakaran.Ini merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan pelbagai rekabentuk. Mozek biasanya diletakkan pada kertas bersaiz 300mmx300mm.Terdapat pelbagai bentuk seperti segiempat sama dan tepat dan juga segi enam. Pembinaan dilakukan dengan adunan simen 1:3 untuk meletakkan mozek didasar konkrit.Di celah-celah sambungan diletakkan semin dan pasir halus. Digunakan pada dinding dapur,tangga dan tandas. Jubin Tanah liat Bergilap Diperbuat daripada tanah liat semulajadi halus dalam bentuk kepingan segi empat sama. Jubin-jubin ini diatur diatas lapisan setebal 20mm dan diturapkan dengan cairan simen dan air. Kemasan ini mempunyai kualiti haus yang baik dan tidak rosak pda minyak dan lemak.Ia juga tahan terhadap asid perdaganagan dan alkal.Dindingnya tidak mudah tercakar dan mudah dibersihkan tetapi bising dan sejuk. Jubin PVC Jubin ini biasanya tidak mempunyai lapiasan guni dan dikilangkan daripada damar polivinil klorida sebagai bahan utama bersama dengan pelikat dan pewarna.Ia dipotong menjadi segi empat sama. Jubin ini dihasilakan dengan rupa siap berkilat dan usam,berwarna daripada warna biasa sehingga warna marmar. Ia agak hangat,tahan dan telap kepada air,minyak,alcohol,kebanyakkan bahan kimia dan tidak mudah terbakar.Ia juga mudah tergaris dan tercalar. Ia sesuai dilekatkan pada semua jenis simen lantai denagn syarat lantai kering,aras dan tidak tertakluk pada pengecutan dan pengembangan. Jubin marmar Kepingan jubin marmar yang berupa papak sekata ataupun papak tidak sebentuk dilekatkan didasar konkrit denagn menggunkan adunan simen. Permukaan dinding perlu diasah dengan menggunakan mesin canai dengan batu asah gred kasar (No.24) ke gred halus (No.350) sehingga rata dan licin kemudian dikemaskan dengan lilin. Jubin granit Terdiri daripada simen Portland dan batu serpihan granit halus atau bahan keras lain,di campur dengan air yang cukup supaya mempunyai keplastikan yan sesuai untuk diratakan diatas lapisan alas setebal 25mm hingga 38mm menjadi panel berukuran 3.6m. Batu serpihan hendaklah bergred daripada 6.4mm hingga kepada ayak no. 200 (75m).Contoh campuran 2 simen dengan 5 granit atau 1 simen,1 pasir dan 2 batu baur. Kertas binaan(Wall Paper)

Kertas berwarna-warni,kain,plastic dan sebagainya digunakan sebagai bahan kemasan ini.Dasarnya papan kasar yang tebalnya lebih kurang 10mm hina 12mm dan lebarnya 90mm biasanya yang telah diketamkan ataupun papan lapis dan papan gypsum yang dipasangkan kepada rel kayu pada paku. Diatas dasaran ini bahan kemasan ini dilekatkan dengan pelekat.Jika ia dilekatkan dengan mortar simen atau konkrit maka dasarnya itu hendaklah dikeringkan dahulu dan penyendal hendaklah dibubuhkan supaya ia kalis alkali. Gipsum board Gypsum board ialah sejenis papan yang biasa digunakan untuk sekatan pada ruang-ruang yang luas seperti didalam pejabat,dewan,surau atau masjid. Ia boleh dialih-alihkan dimana-mana tempat yang dikehendaki.Ia diperbuatkan daripada bahan-bahan gypsum yang sesuai iaitu bahan kapur dan gypsum serta berbentuk kepingan. Sifatnya tidak terlalu keras tetapi ringan.

 PINTU   Ditakrifkan sebagai satu bukaan pada tembok / dinding yang membolehkan orang keluar dan masuk kedalam bangunan.  Faktor yang di ambil kira didalam pembinaan pintu : 1. Kekuatan dan pengekalan bentuk  2. Keselamatan  3. Penebat haba dan bunyi  4. Perintang api  Jenis-Jenis Pintu  1. Pintu Rata - Pintu Rata Padu dan Pintu Rata Berongga  2. Pintu Panel - Pintu Penal kayu dan Pintu Penal kaca  3. Pintu Ram - Pintu Ram Kayu dan Pintu Ram Aluminium  4. Pintu PVC dan UPVC  5. Pintu Berbingkai Aluminium - Pintu Gelungsor.  6. Pintu Rintangan Api.

    

Jenis - Jenis Pemasangan Pintu 1. Pintu satu Daun dan Dua Daun 2. Pintu Lipat ( Floding door ) 3. Pintu Gelangsar ( sliding door ) 4. Pintu Gulung

 Takrif - Satu bukaan pada dinding untuk tujuan  pencahayaan dan pengudaraan semulajadi  kedalam bangunan.  Jenis Tingkap - terbahagi kepada dua ( 2 ) : 1. Tingkap Ram - Tetap / boleh laras  2. Tingkap Berbingkai kayu / aluminium / keluli Jenis - Jenis Pemasangan Tingkap 1. Tingkap Gantung sisi ( casment ) 2. Tingkap Gelangsar - menegak / mendatar 3. Tingkap Gantung atas ( Top hung ) 4. Tingkap Gantung Tengah

Anda mungkin juga menyukai