Anda di halaman 1dari 4

NAMA:WAN NUR AUNI BASYIRAH BINTI WAN AHMAD RAMZI

KELAS: 5 UPM
GURU: CIKGU FARZILLAH
PENDAHULUAN
Nama sebenar rentap ialah libau anak ningkan. Rentap (lahir sebagai
Libau anak Ningkan, juga dikenali sebagai Libau Rentap) (meninggal
1870) ialah seorang pahlawan Iban-Dayak dan salah satu hero Iban
yang dikenali di Sarawak (kini sebuah rantau di Malaysia) semasa
pemerintahan pertama Raja Putih, James Brooke. Nama pujiannya,
"Rentap Tanah, Runtuh Menua", diterjemahkan dari bahasa Iban
sebagai "Bumi-gegar, Penggoncang-dunia". Slogan beliau yang paling
terkenal dan sering digunakan adalah "Agi idup, Agi ngelaban" yang
bermaksud "Masih hidup, masih melawan".
PERISTIWA PENENTANGAN PAHLAWAN RENTAP

 Pada tahun 1853, Rentap berjaya menyerang kubu James


Brooke di Nanga Skrang.
 James Brooke menyerang balas denagn membakar 20 buah
rumah panjang di kawasan Rentap.
 Pada tahun 1854, James Brooke menyerang Rentap di
Sungai Lang.Rentap berundur ke hutan dan membina kubu
di Bukit Sadok.
 Pada tahun 1861, James Brooke menyerang kubu Rentap.
 Rentap berundur ke Ulu Entabai.
PENGAJARAN PERJUANGAN PAHLAWAN RENTAP

Setelah menghayati sejarah perjuangan Rentap di Sarawak, kita


telah mengetahui bahawa penjajahan menyebabkan
penderitaan dan penghinaan. Kekayaan tanah air telah dibolot
oleh penjajah dan penduduknya pula ditindas. Demi
mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan Negara,
pahlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat
tempatan untuk menentang penjajah, tetapi British telah
menggunakan tipu helah, kekuatan tentera dan
menguatkuasakan undang-undang untuk melumpuhkan
perjuangan mereka. Pejuang-pejuang Negara dijatuhkan
hukuman mati, dibuang Negara, dipenjara, harta benda
dirampas dan perkampungan mereka dibakar seperti apa yang
telah terjadi pada Rentap dan orang Iban di Sarawak sewaktu
pemerintahan British. British juga mengishtiharkan pejuang
tanah air sebagai pemberontak dan penderhaka.

Anda mungkin juga menyukai