Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan, ketibaan Yang Berusaha

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.
Salam sejahtera

Yang Berusaha
En Zainuren bin Hj. Mohd Nor
Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Genting Highlands

Yang Berusaha
En. Nor Ahmad bin Abdul Rahim
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Raub

Yang Berusaha
En Syukri bin Shakawi
Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Raub

Seterusnya ,
Rakan- rakan guru besar Daerah Raub yang dirahmati Allah Sekalian

Selamat datang ke :
Majlis Penutupan Program Peningkatan Profesionalisme Guru Besar Anjuran Majlis
Guru Besar Daerah Raub dan Pejabat Pendidikan Daerah Raub 2022

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz Mat Radi bin Yaacob . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mat
Radi b Yaacob atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,


Program Peningkatan Profesionalisme Guru Besar Daerah Raub merupakan program
julung-julung kalinya diadakan yang menghimpunkan seluruh guru besar Daerah Raub

Antara objektif program ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dalam kepimpinan
sekolah dan kepimpinan instruksional serta memperkasakan kemahiran memimpin guru
besar –guru besar Daerah Raub khasnya.

Mekar berkembang bunga telang


Tambah berseri di sinari bulan
Kerja Cemerlang harapannya gemilang
Melahirkan pemimpin hebat lagi berketrampilan.

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam

Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian penutup
Program Peningkatan Profesionalisme Guru Besar Daerah Raub. Untuk itu, Majlis
dengan ini mempersilakan Yang Berusaha En Nor Ahmad Bin Abd Rahim, Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Raub untuk menyampaikan ucapan . Majlis. Dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang Berusaha En Nor Ahmad bin Abd
Rahim atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai tanda ingatan, Pihak IAB Cawangan Genting Highlands ingin menyampaikan
cenderahati kepada PPD Raub. Dengan itu dijemput Yg Berusaha En Mengiringi En
Zainuren bin Hj Mohd Nor untuk menyampaikan tanda ingatan buat En Nor Ahmad bin
Abdul Rahim.

Majlis juga mengucapan jutaan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En
Zainureen bin Hj Mohd Nor kerana sudi memberikan ilmu kepada kami para guru besar
Daerah Raub pada hari ini . Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan
kepada beliau.
Untuk itu, dipersilakan Yang Berusaha En Syukri Bin Sharkawi Pengerusi MGB Daerah
Raub, untuk mengiringi Yang Berusaha En. Nor Ahmad bin Abdul Rahim menyampaikan
tanda penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada En. Nor Ahmad bin Abdul Rahim di atas kesudian
menyampaian tanda penghargaan sebentar tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan
terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis
Penutupan kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Program ini terutamanya
Institut Aminudin Baki , Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Raub, AJK Majlis Guru Besar
Daerah Raub, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Guru Besar-Guru Besar, dan semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Kuning Emas masaknya padi


Mawar Merah dalam jambangan
Terima kasih Daun Keladi
Budi Tuan jadi kenangan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai