Anda di halaman 1dari 1

Ahad, 21 Ogos 2022

6:00 pagi
Saya bangun awal hari ini kerana kami sekeluarga akan ingin bercuti di kampung. Kami bercadang
pergi ke kampung datuk yang tidak jauh dari rumah kita. 

7:00 pagi
Selepas bersiap sedia, kami bertolak ke kampung datuk yang terletak di Nilai. Kami menaiki kereta
yang dipandu oleh bapa. Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil mendengar muzik. Saya juga
menghayati pemandangan di luar kereta.

9:30 pagi
Kami telah sampai ke destinasi. Sewaktu kami masuk ke pintu pagar, datuk dan nenek telah
menunggu di sana untuk menyambut kedatangan kami. Kami bersalam-salaman dan bertanya khabar
kepada mereka berdua.

10:30 pagi
Setelah berehat, kami mengunjungi dusun datuk di belakang rumahnya. Dusun itu sangat luas. Kami
membantu datuk di dusunnya. Kakak memetik buah rambutan dan mengikat buah rambutan dengan
menggunakan tali. Saya pula membantu ayah memasukkan buah kelapa ke dalam bakul besar. Ibu
sibuk membuka buah cempedak yang masak dan mengeluarkan isinya. Kami semua bermandi
keringat di dusun datuk.

12:00 tengah hari


Menjelang tengah hari, kami mula berasa lapar. Kami makan buah-buahan yang dipetik dari dusun
bersama-sama. Buah-buahan yang ditanam oleh datuk sangat segar dan manis. Kami berpuas hati
selepas makan pelbagai jenis buah-buahan.
Kemudian, kami pulang ke rumah. Saya berasa sangat gembira kerana aktiviti hari ini dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Saya berharap agar dapat berkunjung ke dusun datuk sekali
lagi.

Anda mungkin juga menyukai