Anda di halaman 1dari 3

Kancil Mengira Buaya

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim

yang arif lagi bijaksana serta para hadirin sekalian. Hari ini, saya ingin

menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Kancil Mengira Buaya.”

Pada suatu pagi, Sang Kancil bersiar-siar di tepi sungai. Di seberang sungai

itu ada banyak pokok jambu. Pokok-pokok itu rendang sahaja. Buah-buahnya pula

sudah masak. Sang Kancil teringin makan buah-buah jambu itu. “Wah! Sedapnya

buah jambu itu. Tapi bagaimanakah aku menyeberangi sungai ini?” kata Sang Kancil

Sang Kancil mencari-cari kalau ada titi ke seberang sungai itu. Ia berlari ke

hulu sungai, kemudian berlari ke hilir pula. Tetapi, tidak juga berjumpa sebarang titi.

Sang Kancil hendak berenang menyeberangi sungai, tetapi takut dimakan buaya. Ia

juga duduk berfikir. Akhirnya Sang Kancil mendapat satu akal. Sang Kancil segera

berdiri dan memanggil Sang Buaya di dalam sungai untuk meminta bantuan.

“Wahai Sang Buaya”, kata Sang Kancil, “Saya kasihan melihat Sang Buaya

duduk di dalam sungai sendirian sahaja. Tidakkah kamu ada isteri, anak atau

keluarga lain? Sungguh sedih saya melihat kamu ini.”

“Hai Kancil” jawab Sang Buaya”, “Tidakkah kau tahu bahawa keluarga

sayalah yang paling ramai sekali dalam sungai ini?”

Sang Kancil pula menambah, “Di manakah mereka itu? Saya tidak Nampak

seekor pun.”

Sang Buaya pun naik radang, “Kalau Sang Kancil tidak percaya kiralah kami

semua. Nanti saya panggil mereka semua keluar.”


Sang Buaya pun memanggil semua anggota keluarganya supaya timbul

untuk dikira jumlah mereka oleh Sang Kancil.

Sang Kancil tersenyum dan berkata: “Macam mana saya dapat mengira jika

semua berkeliaran begini. Saya ingat lebih baik semua berbaris dari tebing sana.

Biar saya lompat ke atas belakang kamu sambal mengira. Apabila sampai ke hujung

sana sama-samalah kita tahu jumlah keseluruhan keluarga kamu nanti.”

Buaya-buaya di dalam tebing sungai itu pun beratur dari satu ke tebing lain.

“Sedia semua?” tanya Sang Kancil.

“Sedia!” jawan kesemua buaya itu.

Kancil mula melompatlah ke atas seekor buaya ke seekor buaya, sambal

mengira, “Satu, dua, tiga, ketuk. Empat, lima, enam, ketuk!” Apabila tiba ke nombor

lapan puluh dua, ia sudah sampai ke seberang sungai. Sang Kancil pun melompat

ke atas tebing dan ketawa, “Ho,ho,ho,ho. Terima kasih, kawan-kawan semua. Kamu

semua ini sungguh bodoh. Sebenarnya saya hendak menyeberang sungai kerana

nak dapatkan buah-buah jambu ini. Tetapi, disebabkan tidak ada titi, kamu semua

telah saya tipu supaya dapay menyeberang sungai ini. Sekarang, selamat tinggal,

saya mahu pergi, makan buah-buah itu.”

Sang Kancil berjalan meninggalkan Sang Buaya dan rakan-rakannya sambil

ketawa mengejek-ejek. Tinggallah Sang Buaya dan keluarganya berhempas-pulas di

dalam air kerana terlampau marah. Sang Buaya berasa sangat marah dan berjanji

akan membalasperbuatan Sang Kancil.

Kawan-kawan, kita hendaklah bijak cari jalan menyelesaikan masalah dan

dugaan dalam kehidpuan seperti Sang Kancil. Bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi, Sang Kancil memikirkan satu cara yang baik dengan menggunakan akal

yang panjang.

Di samping itu, kita haruslah mempunyai berani untuk menghadapi cabaran

dan serta berani menanggung risiko. Kita haruslah mencontohi keberanian Sang

Kancil yang bersikap tidak ragu-ragu dalam mengambil tindakan danberani

menghadapi risiko dalam melaksanakan kehendak untuk mencapai tujuannya

Ingat, janganlah kita menjadi Sang Buaya. Janganlah kita mudah

mempercayai kata-kata seorang tanpa usul periksa. Bak kata pepatah, mulut manis

jangan percaya, lepas dari tangan jangan diharap.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai