Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SK LUBOK, 2022

(MINGGU 1, 2, 4, DAN 5)

1. Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


1.1 Yang Berusaha Cikgu Abdul Razak Bin Sulieman Guru Besar SK Lubok
1.2 Yang Berusaha Cikgu Zuraidah binti Ishak Guru Penolong Kanan
Pentadbiran,
1.3 Yang Berusaha Cikgu Habibah binti Berahim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
1.4 Yang Berusaha Cikgu Yasir bin Abdul Warif, Guru Penolong KoKurikulum
1.4 Yang Berusaha Cikgu Norhayati binti Mohamad, Penyelaras Program
Pendidikan Khas Integrasi,
1.5 Barisan guru
1.6 barisan Pembantu Pengurusan Murid
1.7 Pengawas sekolah
1.8 Pengawas Pusat Sumber Sekolah serta hadirin sekalian

2. Hadirin sekalian,
2.1 Majlis perhimpunan ini dimulakan dengan nyanyian;
2.1.a Lagu Bangsa Johor
2.1.b Lagu Negaraku
2.1.c Lagu Sekolah
Majlis mempersilakan hadirin sekalian berdiri bagi menghormati lagu tersebut.
2.2 Bagi memberkati perhimpunan minggu ini, majlis menjemput saudara
Muhammad Syahmie Bin Maslan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
 selesai bacaan doa

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Muhammad Syahmie Bin Maslan kerana
sudi memimpin bacaan doa itu tadi.
2.3 Seterusnya, majlis mempersilakan saudari Safirah Maisarah Binti Mohd Shah
bagi mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
 selesai bacaan ikrar Rukun Negara

 Majlis mengucapkan terima kasih.


3. Hadirin sekalian,

1
3.1 Majlis diteruskan dengan menjemput …………………………………
untuk menyampaikan laporan mingguan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
 selesai penyampaian laporan mingguan

Majlis mengucapkan terima kasih.


3.2 Majlis perhimpunan ini diteruskan dengan ucapan aspirasi pagi yang akan
disampaikan oleh Cikgu Nur Fatin Binti Zubir . Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
 selesai penyampaian ucapan aspirasi Pagi

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Fatin di atas ucapan aspirasi pagi sebentar
tadi.
3.3 Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Dihormati Cikgu Habibah Binti Berahim
selaku Penolong Kanana Hak Ehwal Murid SK Lubok untuk menyampaikan amanatnya.
Dengan segalanhormatnya dipersilakan.
 selesai ucapan Guru Besar

Majlis mengucapkan terima kasih.

4. Bagi mengakhiri majlis perhimpunan minggu ini, bersama-samalah kita membaca


Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

5. Sekian, Alhamdulillah dan terima kasih. Wabillah hi taufiq walhidayah.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

BACAAN IKRAR PERHIMPUNAN SK LUBOK 2022

2
IKRAR RUKUN NEGARA
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
 Kepercayaan kepada Tuhan
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran perlembagaan
 Kedaulatan undang-undang
 Kesopanan dan kesusilaan

IKRAR MURID
Kami murid SK Lubok berikrar dan berjanji akan:
 Taat perintah Allah dan Rasul
 Taat perintah ibu bapa
 Taat perintah guru-guru
 Dan berjanji menjadi murid-murid yang cemerlang dunia dan akhirat

DOA PERHIMPUNAN SK LUBOK, 2022

3
Ya Allah, ya Tuhan Kami,
Jadikanlah majlis perhimpunan kami ini, di dalam peliharaanMu, dan perpisahan kami nanti , di dalam
perlindunganMu jua Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Panjangkanlah umur kami, perbanyakkanlah rezeki kami, tetapkanlah iman guru-guru kami, kakitangan
sekolah ini, ibu bapa dan penjaga kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,


Bukakanlah hati dan minda kami, supaya kami mudah menerima, segala
pembelajaran, yang disampaikan oleh guru-guru kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Bimbinglah kami ke jalan yang benar. Jauhilah kami daripada jalan-jalan yang engkau murkai. Jadikanlah
kami murid-murid yang berwawasan, dan bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai