Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAN SRI ABDUL AZIZ LENGGONG Kod Sekolah: AEA7001

RAFIDAH BINTI OSMAN


1. Nama Guru

2. Judul KUMPULAN CERPEN AKI 3. Bidang: SASTERA


POPULAR
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengandungi 13 buah cerita dan diselitkan dengan tip penulisan cerpen yang efektif.
Contohnya Cerpen Kelalen yang pernah tersiar dalam Utusan Malaysia 25 Mei 2017
mengisahkan seorang nenek yang lupa untuk mengunci pintu rumah akhirnya berjaya
menyelesaikan masalah besar di kampung mereka iaitu cucunya telah berjaya menangkap
seorang pencuri. Cerita disudahi dengan pencuri dibawa menaiki kenderaan polis dan nenek
berlelucon dengan cucunya untuk lupa lagi pada masa akan datang untuk menyelesaikan
masalah lain pula.
Tip penulisan daripada penulis hebat kelahiran Pontian Johor ini ialah seseorang perlu
mendapatkan ilham daripada idea di sekeliling kita. Penulis pemula boleh menulis tentang
kerjaya, keluarga dan komuniti amsalnya.
Penulis juga perlu mengikuti langkah berikut:
1.menulis abstrak idea
2. merangka idea dalam pelbagai bentuk-peta minda dan lainn-lain
3.membuat draf tulisan @ Tulis Apa Sahaja (TAS)
4. membuat semakan/ analisis
5. membuat draf kedua dan ketiga
6. melakukan suntingan akhir

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Kita perlu sentiasa berwaspada dalam urusan hidup seharian-keluar rumah, kuncilah
pintu.
2. Masalah utama dalam organisasi masyarakat- sikap kurang bekerjasama antara satu
sama lain menyebabkan sesuatu masalah sukar diatasi.
3. Sikap tidak lokek dalam menyebarkan ilmu pengetahuan.Penulis yang pernah
memenangi pelbagai anugerah dalam bidang penulisan ini sempat menitipkan panduan
berguna kepada individu yang baru berjinak-jinak dalam penulisan karya kreatif.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu penulisan cerpen ini dapat dikongsikan bersama-sama murid semasa pdp. Karya penulis
juga dapat dijadikan set induksi ketika proses pdp.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( RAFIDAH BINTI OSMAN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai