Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2022


SK BELIMBING DALAM

1.0 PENGENALAN

Pada setiap tahun SK Belimbing Dalam akan mengadakan Bulan Kecergasan. Bidang sukan sangat
penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “ Minda Yang
Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat “. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang
penting dalam melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan
kepada kesejahteraan negara.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan memberikan murid-murid peluang menyertai sukan.


2.2 Melaksanakan dasar kementerian iaitu 1 Murid 1 Sukan.
2.3 Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan peserta.

3.0 RASIONAL

3.1 Dapat mengembangkan bakat baru dalam kemahiran yang ada pada murid.
3.2 Mengenal pasti potensi dan kelebihan yang ada dalam diri murid-murid.
3.3 Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan
cabaran.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : Bulan Ogos


Masa : Tahap 1: semasa waktu Pendidikan Jasmani
Tahap 2 : semasa aktiviti Kokurikulum - Selasa (12.50 pm- 2.50pm)
Tempat : Padang SK Belimbing Dalam

5.0 SASARAN
Para peserta terdiri daripada semua guru dan murid SK Belimbing Dalam.

6.0 AKTIVITI BULAN KECERGASAN

6.1 Senamrobik
6.2 Pertandingan bola jaring antara rumah sukan (tahap 2)
6.3 Pertandingan bola sepak antara rumah sukan (tahap 2)
6.4 Pertandingan sukaneka antara rumah sukan (tahap 1)
6.5 Pertandingan baling selipar (Tahap 2)

Anda mungkin juga menyukai