Anda di halaman 1dari 11

X PENGENALAN

Secara umum, di antara tujuh seni tarannum yang kita pelajari dalam kursus ini,
Tarannum Rast merupakan lagu yang paling popular di kalangan para Qurra.
Dalam kebanyakan bacaan para Qurra dunia, khususnya para Qurra dari
seluruh negara Arab, biasanya mereka tidak ketinggalan untuk menyelitkan
tarannum Rast sebagai salah satu irama dalam bacaan mereka. Ini kerana
sifatnya yang bertindak sebagai pemanas bacaan, boleh menarik perhatian para
pendengar untuk memberi tumpuan kepada Qari atau Qariah yang
memperdengarkan bacaan al-Quran.

Menariknya, tarannum ini bukan hanya sekadar digunakan dalam bacaan
bertarannum, akan tetapi ia juga digunakan oleh kebanyakan para imam dalam
bacaan solat dan juga para muazzin ketika melaungkan azan. Oleh itu, ia adalah
sebuah tarannum yang tidak asing lagi dipraktikkan secara langsung dan tidak
langsung di kalangan masyarakat umum.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Rast, sifat-sifat dan
peranannya di dalam bacaan al-Quran;
2. Menerapkan tarannum Rast di dalam surah-surah yang
mengandungi Mad Aridh Lissukun, Mad Iwad dan yang tidak
mengandungi mad di kepala ayat; dan
3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan
dengan Rast.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
6
6
X Tarannum
Rast
TOPIK 6 TARANNUM RAST W 83
Justeru, fokus utama dalam topik perbincangan ini adalah memberi tumpuan
kepada perbincangan berhubung dengan definisi, peranan, sifat-sifat alunan
maqam Rast dan sejarah perkembangannya. Di samping itu, kaedah praktikal
akan dijelaskan bersandarkan beberapa contoh potongan ayat al-Quran yang
dilagukan dengan tarannum Rast.





SEJARAH TARANNUM RAST

6.1.1 Definisi Rast dan Sejarah Perkembangannya
Tinjauan dari sudut takrif mendapati bahawa perkataan Rast adalah bermaksud
benar-benar lurus. Ia merupakan satu maqam dalam seni lagu timur dan
dianggap sebagai yang paling utama dalam dunia seni lagu timur bahkan ia
lebih sinonim sebagai imej kepada seni lagu timur.

Tinjauan dari sudut sejarah pula mendapati bahawa tarannum Rast adalah
berasal daripada negara Parsi (sekarang, Iran) atau lebih tepat lagi dari kalangan
kelompok bangsa Kurdi. Kemudiannya, ia telah diambil dan diubahsuai oleh
pakar-pakar tarannum al-Quran dari negara Hijaz. Tarannum ini seterusnya
telah tersebar dengan meluas di kalangan Qari dan Qariah seluruh dunia Islam.
Selain itu, ia juga telah mengalami sedikit perubahan mengikut zauq yang
berasaskan lahjah Arab Hijazi.

Kini setelah zaman beredar, tarannum Rast masih lagi popular di kalangan para
pembaca al-Quran di seluruh dunia. Para Qurra dari negara Mesir khususnya
yang telah banyak mengamalkan tarannum ini, tidak terlepas dari mengolah
semula tarannum Rast ini mengikut kesesuaian budaya mereka. Namun begitu,
ia tetap tidak lari daripada bentuk identiti asalnya walaupun telah mengalami
sedikit sebanyak perubahan dan pengolahan yang dinyatakan sebelum ini.

Bincangkan dalam kumpulan tentang bentuk azan melalui lagu Rast


dan praktikannya.
AKTIVITI 6.1
6.1
X TOPIK 6 TARANNUM RAST

84



6.1.2 Sifat-sifat Tarannum Rast
Seperti tarannum-tarannum yang lain, tarannum Rast juga mempunyai sifat-sifat
alunannya tersendiri. Secara umumnya, Tarannum Rast mempunyai indentiti
yang jelas dan mudah dikenal pasti selain mempunyai kehebatan dan kekuatan
yang tersendiri. Bentuk dan pergerakan lagunya juga berbeza daripada
tarannum-tarannum lain meskipun ia mungkin berkongsi satu sifat yang sama.
Sebagai contoh, tarannum Nahawand dan Rast, kedua-duanya mempunyai sifat
lembut. Akan tetapi kelembutan yang terdapat pada lagu Nahawand tidaklah
sama dengan bentuk kelembutan yang terdapat pada lagu Rast. Ini kerana
kedua-duanya mempunyai bentuk gerakan alunan yang berbeza. Di antara sifat-
sifat tarannum Rast dapat kita lihat dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Sifat-sifat tarannum rast

Bincangkan dalam kumpulan tentang bentuk bacaan murattal melalui


tarannum Rast dan praktikkannya.
AKTIVITI 6.2
TOPIK 6 TARANNUM RAST W 85

6.1.3 Peranan Tarannum Rast


Tarannum Rast mempunyai peranannya tersendiri dalam sesuatu bacaan
berlagu. Peranan tersebut adalah mempunyai hubung kait yang begitu rapat
dengan ciri-ciri dan sifat-sifat yang terdapat pada tarannum Rast itu sendiri. Di
antara peranan tarannum Rast di dalam sesuatu bacaan berlagu ialah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2 berikut.

Rajah 6.2: Peranan tarannum rast



Demikian di antara peranan-peranan yang dibawa oleh tarannum Rast dalam
sesuatu bacaan. Namun begitu, ia bergantung juga kepada sejauh mana
kemampuan pembacanya melagukan tarannum Rast tersebut. Jika ia tidak
dilagukan dengan baik, berkemungkinan besar juga ia boleh mencacatkan
sesuatu bacaan itu. Akan tetapi, tarannum Rast ini jika dapat dilakukan dengan
baik dan mengikut susunan yang sistematik, maka ia akan mampu membawa
kepada kekhusyukan, sama ada di pihak yang mendengarnya mahupun yang
membacanya.

Berpandukan pemerhatian anda bersama ahli kumpulan, bincangkan tentang


siapakah imam-imam ataupun qari-qari terkemuka dunia Islam yang sering
menggunakan tarannum Rast dalam bacaan mereka.

AKTIVITI 6.3
X TOPIK 6 TARANNUM RAST

86

Dengan merujuk pada Surah al-Muminun ayat 14, al-Furqan ayat 7 dan al-
Qamar 13, sila tatbiqkan tarannum Rast dengan berpandukan contoh dari bacaan
guru anda.

TATBIQ TARANNUM RAST DALAM AL-


QURAN

6.2.1 Tatbiq Tarannum Rast dalam Surah yang


BerMad Aridh Lissukun
Surah al-Muminun: 14


`0 !# q9# m9#

O $)= z 9# )= $)= ) =9# ` $)= 9# $ $ 3
# 9 : t $ O & ' z = ) $ # z F 7 $ 8 # ! & m # : = ) O ) 3 /
/ 9 7 9 F O ) 3 / # 9 ) ? 7 W 9 ) z = ) $ % 3 `
7 # , $ . $ # : = , # ,



SEMAK KENDIRI 6.1
Dengan merujuk pada Surah al-Muminun ayat 14, al-Furqan ayat 7 dan al-
Qamar 13, sila tatbiqkan tarannum Rast dengan berpandukan contoh dari
bacaan guru anda.

6.4
TOPIK 6 TARANNUM RAST W 87
6.2.2 Tatbiq Tarannum Rast dalam Surah yang
BerMad Iwadh
Surah al-Furqan: 7


`0 !# q9# m9#

#9$% $ # 9# `2' $9# #`{# 9 & 9)
= ' 3 # & ` = + ) 9 2 & ? 3 ` 9 _ ' 2 `
$ % $ # 9 = ) ? G 6 ` ) _` ` s # # 2 #
/ # 9 # { W = # ` G ` 6

6.2.3 Tatbiq Tarannum Rast dalam Surah yang Tidak


BerMad di Kepala Ayat
Surah al-Qamar: 13


`0 !# q9# m9#

m = ? # N & 9 y B g / ' ` $ _ # 9 . % . 9 )
? . $ # . 3 # . % # 1 9 ) $
# 9 ) # 9 # % . . . / M % 3 # . % # 1




X TOPIK 6 TARANNUM RAST

88





TARANNUM YANG SESUAI


DIWASLAHKAN DENGAN RAST
Bagi tujuan menambah cantik pergerakan tarannum Rast, maka ia bolehlah
diwaslahkan kepada beberapa tarannum lain. Namun begitu, waslah al-
mumasalah tidaklah boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana ia
perlu mengambil kira sejauh manakah kesesuaian lagu yang ingin diwaslahkan
itu dengan tarannum Rast. Oleh itu, tarannum lain yang ingin diwaslahkan
dengan Rast hendaklah memiliki gerakan lagu ataupun angin yang hampir sama
dengan Rast. Jika tidak, maka lagu Rast yang dibawa mungkin akan menjadi
sumbang dan cacat. Justeru, waslah al-mumasalah tersebut mestilah dilakukan
dengan berhati-hati dan berseni.

Di antara tarannum-tarannum lain yang bersesuaian untuk diwaslahkan dengan
Rast dinyatakan dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Tarannum yang bersesuaian untuk diwaslahkan dengan rast







Di antara elemen yang dapat menjadikan tarannum Rast lebih menarik ialah
waslah al-mumasalah. Sila lagukan ayat al-Quran tadi dengan tarannum Rast
beserta dengan waslah al-Mumasalah.
AKTIVITI 6.4
6.3
TOPIK 6 TARANNUM RAST W 89
Adalah menjadi kebiasaan para Qurra mewaslahkan tarannum-tarannum di atas
pada lagu Rast. Ia boleh diwaslahkan kepada lagu Rast, sama ada mengikut
kaedah waslah di tengah ataupun di hujung lagu Rast. Namun, adalah lebih baik
sekiranya waslah al-mumasalah itu dilakukan dengan melihat contoh
pengamalan oleh para Qurra Mesir kerana ia lebih menepati kaedah berlagu
berlahjah Arabiah.

6.3.1 Peranan Waslah al-Mumasalah dalam Tarannum
Rast
Terdapat beberapa tujuan sesuatu tarannum itu diwaslahkan dengan tarannum
yang lain. Di antara matlamat dan tujuan tarannum Rast diwaslahkan kepada
tarannum-tarannum tersebut ialah seperti berikut:

(a) Mengelakkan Ketegangan dalam Persembahan
Sekiranya berlaku ketegangan dalam bacaan sewaktu membawa lagu Rast,
maka ia bolehlah diwaslahkan dengan tarannum Jiharkah ataupun Sikah.

(b) Mengelakkan Kelembapan dalam Bacaan
Sekiranya bacaan menjadi agak lemah, maka bolehlah diwaslahkan kepada
Husaini supaya bacaan tersebut menjadi bertenaga kembali.

(c) Memberi Gambaran tentang Lagu Seterusnya
Jika seseorang Qari mewaslahkan lagu Rast dengan Sikah, Jiharkah
ataupun sebagainya, maka kebiasaannya ia adalah petunjuk bahawa Qari
tersebut akan meneruskan bacaannya dengan tarannum yang digunakan
semasa waslah tersebut.

Namun, keadaan ini tidaklah semestinya berlaku kerana seseorang qari itu pada
asalnya adalah bebas menukar kepada apa jua tarannum selepas Rast, selagi
mana ia bersesuaian dengan mahattah akhir tarannum Rast yang dibawanya.

X TOPIK 6 TARANNUM RAST



90

SEMAKKENDIRI6.2

Tarannum Rast diperkenalkan oleh kelompok bangsa Kurdi di negara Parsi


(sekarang Iran). Ia kemudiannya, diambil dan diubah suai oleh pakar-pakar
tarannum al-Quran dari negara Hijaz.

Dengan sedikit perubahan mengikut zauq yang berasaskan lahjah Arab
Hijazi, tarannum ini seterusnya tersebar dengan meluas di kalangan Qari
dan Qariah di seluruh dunia Islam.


Mari kita buat ulangkaji dengan menjawab soalan-soalan berikut:

1. Dari manakah asalnya tarannum Rast dan bagaimanakah
perkembangannya hingga ke hari ini?

2. Nyatakan sifat-sifat tarannum Rast.

3. Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Rast tersebut,
pada pandangan anda apakah bentuk-bentuk ayat al-Quran yang
sesuai untuk diaplikasikan dengannya? Berikan contoh bagi setiap
bentuk ayat tersebut.

4. Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannum Rast di
dalam sesebuah bacaan.

5. Nyatakan dimanakah terletaknya perbezaan di dalam melagukan
tarannum Rast pada Surah yang ber Mad Aridh Lissukun, ber
Mad Iwadh, dan yang tidak ber Mad di kepala ayat (Ruusul aiy).

6. Nyatakan tarannum-tarannum lain yang sesuai diwaslahkan
dengan tarannum Rast dan huraikan mengenai keperluan waslah
al-mumasalah tersebut.

7. Apakah pendapat anda tentang tarannum Rast yang telah
dipelajari?
SEMAK KENDIRI 6.2
TOPIK 6 TARANNUM RAST W 91
Ia sesuai dijadikan sebagai pemanas bacaan kerana kemampuannya
menarik perhatian para pendengar untuk memberi tumpuan kepada Qari
atau Qariah yang memperdengarkan bacaan al-Quran.

Jika tidak dilagukan dengan baik, Tarannum Rast berkemungkinan besar
boleh mencacatkan sesuatu bacaan itu, sebaliknya jika dapat dilakukan
dengan baik, mengikut susunan yang sistematik, ia mampu membawa
kekhusyukan kepada pendengar dan pembaca.

Tarannum Rast sesuai diwaslahkan dengan tarannum Sikah, Jiharkah dan
Husaini.


Mahattah
Sifat-sifat alunan Rast
Tarannum Rast


Tatbiq
Zauq

Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.


Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-
Risalah.

Manna Khalil al-Qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu Quran (terj. Drs. Mudzakkir
AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa Nataaddabu Maa al-Mushaf. Qahirah:
Dar al-Itisam.

KATA KUNCI
X TOPIK 6 TARANNUM RAST

92
Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-Quran.
Dimashq: Dar al-Qalam.