Anda di halaman 1dari 1

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Trolak Utara dapat mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan bagi kali ke 40 bagi tahun 2022.
Sesungguhnya peranan PIBG amat penting dalam usaha mencemerlangkan sesebuah sekolah.
Tanggung jawab PIBG amat besar membantu pihak sekolah dalam aspek meningkatkan
pencapaian prestasi murid agar sentiasa cemerlang dan mampu mendepani cabaran masa
hadapan. Namun begitu, peranan PIBG perlu dipertingkatkan sejajar dengan peredaran masa
dan selari dengan perubahan dalam sistem pendidikan masa kini.
PIBG seharusnya terus meningkatkan keupayaan dan pelibatan dalam usaha mengembeling
Kerjasama yang jitu dalam usaha memastikan setiap tindakan yang dilakukan mampu
memberikan pulangan ke arah kejayaan. PIBG tidak boleh hanya terlibat sebagai jawatankuasa
mesyuarat sahaja , malah perlu ‘turun padang’ bagi melihat sendiri tindakan yang boleh
dilakukan untuk membantu pihak sekolah melalui pelibatan dalam semua program dan aktiviti
yang dijalankan.
Selain itu, PIBG juga mesti bertindak sebagai agen perkongsian maklumat yang jelas mengenai
misi dan halatuju sekolah supaya dapat diterima baik oleh ibu bapa dan akhirnya menjadi
pemangkin kepada penciptaan lebih banyak kejayaan sekolah.
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa
yang selama ini tanpa rasa jemu dan putus asa membantu pihak sekolah untuk memastikan
pengurusan sekolah sentiasa berada pada landasan sebenar menuju kegemilangan. Saya
yakin dan percaya usaha-usaha dan kerjasama erat yang telah diberikan akan berterusan
walaupun kepimpinan bersilih ganti. Semoga kolaborasi jitu ini akan terus melonjakkan nama
Sekolah Kebangsaan Trolak Utara ke mercu kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Muafakat Membawa Berkat”

Sekian, terima kasih.

Fuad bin Ramli.


Guru Besar.
Sekolah Kebangsaan Trolak Utara.

Anda mungkin juga menyukai