Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KEBAKARAN 2019
TARIKH :
4 APRIL 2019
TEMPAT :
PADANG SK SELANDAR
DENGAN KERJASAMA :
Ahli Jawatankuasa:
1. Objektif
Program ini diharapkan dapat memberikan ilmu kepada guru dan murid
berkenaan kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri, sekiranya berlaku
kebakaran dan kecelakaan di sekolah. Seterusnya diharapkan warga sekolah
dapat bersedia dengan mental dan fizikal sekiranya berlaku situasi
kecemasan yang sebenar
2. Sasaran:
Semua warga SK Selandar
3. Penglibatan :
Semua warga SK Selandar
4. Aktiviti :
Demontrasi Menyelamat, Memadam Kebakaran Dan Menyelamat Mangsa
dari Bangunan (Abseilling)
5. Tempat :
Padang SK Selandar
Hari : Khamis
Aktiviti
Pada 4 April 2019 telah diadakan satu latihan keselamatan dan kawad kebakaran
kali pertama peringkat sekolah yang melibatkan semua warga SK Selandar dan Unit
Jabatan Pertahanan Awam, Selandar. Latihan tersebut telah bermula pada pukul
8.00 pagi setelah loceng kebakaran dibunyikan oleh guru bertugas dengan
pemantauan yang dilakukan oleh pegawai Unit Jabatan Pertahanan Awam untuk
mengambil masa pergerakan murid semasa bergerak ke padang.
Seterusnya, pihak Unit Jabatan Pertahanan Awam telah melakukan aktiviti yang
pertama iaitu aktiviti menyelamat mangsa kebakaran, pihak jawatankuasa kawad
kebakaran telah merancang untuk meletakkan 2 orang murid dari kelas 6 Zamrud
dan kelas 5 Zamrud untuk berada dalam kelas 6 Zamrud, murid tersebut telah
mndapatkan rawatan dari Unit Perubatan, Unit Jabatan Pertahanan Awam. Selepas
itu pihak Unit Jabatan Pertahanan Awam telah mengusung murid tersebut dari blok
kelas ke kawasan yang selamat iaitu di padang dan dibawa menaiki van Unit
Jabatan Pertahanan Awam untu dihantar ke hospital.
Selepas itu, taklimat ringkas telah diberikan oleh Pegawai Unit Jabatan
Pertahanan Awam Kawasan Selandar iaitu En.Zainal A/L Buang berkenaan
pergerakan murid semasa loceng kebakaran dibunyikan, beliau telah memberi
beberapa komentar dan pendapat agar menambahbaikkan lagi aktiviti kawad
kebakaran ini pada masa akan datang, menurut beliau juga masa yang telah diambil
oleh murid SK Selandar untuk begerak ke padang ialah selama 4 minit.
Akhir sekali, pihak Unit Jabatan Pertahanan Awam telah melakukan aktiviti
menyelamat mangsa dari bangunan (abseilling) seramai 5 orang murid yang terpilih
dan 2 orang guru scara sukarela untuk mencuba aktiviti tersebut, selesai sahaja
aktiviti tersebut semua murid tahap satu dibenarkan rehat manakala murid tahap 2
untuk ke kelas masing-masing. Manakala pihak Unit Jabatan Pertahanan Awam
telah dijemput untuk menjamah sedikit jamuan ringan yang telah disediakan di
makmal sekolah, aktiviti ini telah berakhir pada jam 10.10 pagi.
Penambahbaikkan
Antara perkara yang perlu ditambahbaik ialah semasa aktiviti dijalankan semua
kakitangan sekolah hendaklah menghentikan tugasan masing-masing dan dengan
segera bergerak di tempat berkumpul iaitu di padang.
Selain itu, kelemahan lain yang perlu diperbaiki seperti pergerakan murid ke
padang tidak mengikut plan kebakaran yang telah disediakan.Ini boleh menyebabkan
berlakunya kemalangan jiwa jika kebakaran sebenar berlaku.
Peranan ketua kelas juga perlu ditambahbaik kerana semasa latihan kawad
kebakaran dijalankan, terdapat beberapa ketua kelas yang tidak mengetahui
peranan masing-masing untuk mengambil kehadiran dan melaporkan kepada guru
kelas masing.
Taklimat Oleh Unit Jabatan Pertahanan Awam Untuk Aktiviti Menyelamat Mangsa
Dari Bangunan (Abseilling)
Aktiviti Menyelamat Mangsa Dari Bangunan (Abseilling) Yang Dilakukan Oleh Murid
Aktiviti Menyelamat Mangsa Dari Bangunan (Abseilling) Yang Dilakukan Oleh Murid
Aktiviti Menyelamat Mangsa Dari Bangunan (Abseilling) Yang Dilakukan Oleh Guru
Aktiviti Menyelamat Mangsa Dari Bangunan (Abseilling) Yang Dilakukan Oleh Guru