Anda di halaman 1dari 3

Konsep alienation mula dijelaskan marx di dalam manuskrip economic and philosophies (1843-1844).

Ia dapat dianggap sebagai : ap process in which humanity in progressively turned into a stranger in a world created by labour Dalam ertikata lain ia membawa maksud pekerja itu terasing daripada segala hubungan baik denhgan benda yang dikeluarkan mahupun dengan rakan sekerjanya. Proses ini adalah merupakan kesan daripada pengagihan kerjaya tinggi. Meskipun amalan ini berupaya menghasilkan produk yang banyak, pada masa yang sama ia dengan cepat menjejaskan nilai kehidupan buruh sebagai seorang insan Marx juga memberikan empat jenis alienation yang terdapat: i. ii. iii. iv. Alienation from nature Alienation from himself Alienation from his species being and Alienation from others

Berdasarkan kepada teori marx ini buruh di zaman ini kelihatan benar-benar terasing daripada alam sekelilingnya samada daripada alam semulajadi, dirinya, manusia dan kemanusiaan serta daripada orang lain. Kesan daripada pengkhususan seseorang pekerja itu hanya melakukan suatu tugas secara berulang-ulang. Jika diumpamakan di dalam suatu pengeluaran kereta seorang pekerja itu hanya ditugaskan untuk memasang engine kereta tersebut, tetapi tidak mengetahui atau berhubung langsung dengan bahagian lain kereta seperti bahagian badannya, pintu, cermin, roda dan sebagainya agi. Ia dipisahkan dari unit lain baik dari segi fizikal, mental mahupun geografi. Buruh menjadi alien being seolah-olah tidak terikat atauberhubung langsung dengan produk yang dihasilkan. Keranan tekanan hidup seharian di zaman awal kapitalisme pekerja itu hanya pergi bekerja sehari suntuk dan balik lewat petang, kepenatan dan terus berehat di rumah. Dengan itu ia juga tidak berhubung dengan jiran, kenalan dan masyarakat keseluruhannya. Ini memperlihatkan proses alienasi ini tidak terhenti di tempat kerja sahaja sebaliknya menular di tempat kediaman. Proses ini berjalan secara tanpa sedar tetapi begitu kuat mempengaruhi kehidupan harian pekerja. Marx mengkritik analisis yang dibuat oleh kebanyakan sarjana ekonomi yang menidakkan factor kemanusiaan di dalam analisis mereka. Kebanyakan pandangan dari sudut ekonomi hanya melihat buruh sebagai kos pengeluaran, sama kedudukannya dengan tanah, minyak atau kilang. Pandangan ekonomi politik melihat buruh itu sebagai manusia dan factor ini seharusnya diambilkira di dalam pengeluaran. Mereka tidak semata0mata menjadi buruh.

System ekonomi kapitalisme member kuasa yang cukup kuat kepada golongan kapitalis. Ia nebjadikan pekerja seperti memiliki sesuatu yang boleh dijual beli, iaitu tenaga buruhnya dan tenaga ini dijualbeli oleh golongankapitalis. Hubungan seperti ini menjadikan aktiviti pekerja sepeeti tidak lagi menjadi miliknya secara peribadi malah tenagannya sudah menjadi seperti suatu benda, subjek yang boleh diniagakan, bukan insane. Buruh atau proletar menurut istilah Marx ini bukan sahaja rela menjual tenaga untuk hidup tetapi terpaksa menjualnya. Marx melihat seluruh masyarakat itu alienated dan bukan golongan proletar sahaja. Artis yang menjualkan hasil lukisannya, penulis yang menjual bukunya dan semuanya mengalami proses yang sama apabila tertakluk kepada penawar harga tertinggi. Kelas proletar merupakan golongan pekerja yang bekerja keras mengikut arahan pemodal. Mereka di bayad dengan upah yang murah dan tidak diberi sebarang kemudahan lain. Melihat keadaan seperti ini marx menyifatkan proletar sebagai self confirming essence, the activity which political economy had succeeded in transforming into an object, an external thing. Keguiatan manusia di sini tidak dilihat sebagai manusia tetapi lebih sebagai objek. Di dalam masyarakat pra kapitalis hubungan di antara sesame anggota dilihat sarat dengan nilai dan sifat saling berbalas dengan nilai tradisi. Adat menjadi sesuatu yang dominan. Sebaliknya di dalam masyarakat kapitalis strukturnya telah berubah dengan hubungan impersonal mengatur dan menjadi panduan kepada segala hubungan lain dengan keutamaan kepada nilai pertukaran yang menguntungkan. Pertumbuhan kapitalisme dengan itu dilihat sebagai satu proses natural dan dengan itu merupakan suatu yang asas dan penting untuk perkembang sesuatu masyarakat. Seperti weber, marx juga memerhatikan dengan teliti perkembangan kapitaisme di eropah dan tidak senang dengan struktur masyarakat yang tersusun begitu rupa dalam bentuk ekonomi kapitalisme ini. Perlu diingata di sini bahawa marx merujuk kepada kapitalisme England di abad ke 19 setiap kali beliau menghuraikan bentuk kapitalisme di dalam perbincangannya Ekonomi kapitalisme pada masa ini tidak langsung membina pemikiran pekerja. Alienation dengan itu adalah merupakan suatu proses yang menyekat potensi aktiviti kreativiti manusia. Ia adalah merupakan satu proses dehumanization subject dan akan menyekat kepada pembinaan suatu kelompok manusia sebenar. Semakin tinggi tingkat kapitalisme itu maka makin rendahlah nilai manusia yang ada pada buruh tersebut. Hubungan kolerasi negative ini menunjukkan nilai mereka semakin menurun dengan perkembangan ekonomi kapitalisme. Di dalam mod pengeluaran bersifat kapitalisme kedudukan dua kelas yang bertentangan adalah nyata. Kedudukan ini sebenarnnya menjadi semakin renggang seiring dengan perkembangan kapitalisme. Pemodal yang Berjaya akan menambah pelaburn dan memerlukan lebih banyak tenaga buruh. Untuk mendapatkan keuntungan berlebihan pemodal akan member upah yang lebih rendah kepada buruh.

Lama kelamaan upah buruh akan menjadi semakin kecil dan surplus value pemodal terus bertambah. Kedudukasn mereka menjadi semakin kukuh dan bilangan mereka menjadi semakin kecil apabila peniaga kecil gagal bersaing. Peniaga kecilan tidak dapat menyaingi syarikat besar pemodal ini dan semua perniagaan mereka musnah. Agensi-agensi lain yang ada banyak menyokong kedudukan mereka. Institusi bank, jabatan kerajaan dan sebagainya member kemudahan kepada golongan borjuis ini untuk mengumpul harta. Manakala buruh yang semakin terhimpit kedudukan ekonominya menjualkan lebih banyak tenaga kerja, dengan mengambillebih masa bekerja dan bekerja tanpa cuti. Proses ini memyebabkan pemodal akan menjadi semakin kaya dan berkuasa manakala buruh sebaliknya. Proses ini dinamakan sebagai concentration atau pauperization oleh marx. Di dalam pada itu golongan menengah yang berada diperingkat lebih rendah juga menjadi semakin susah kedudukannya kerana gagal menyaingi pemodal yang lebih besar dan kaya. Lama kelamaan mereka tewas di dalam perniagaan dan terpaksa bekerja untuk menyara hidup. Proses ini membawa kepada pembentukan kelas buruh yang semakin besar. Polarisasi ini dapat dilihat melalui penjelasan marx mengenai concentration dan pauperization. Proses ini menjadikan buruh semakin papa. Mereka tidak mempunyai sebarang cara untuk melepaskan diri daripada kongkongan ini dan apa yang penting bagi mereka ialah bekerja dan terus bekerja untuk menyara keluarga dan diri sendiri. Seperti yang dibincang di atas kelas pekerja ini dibayangkan oleh marx akan melancarkan satu revolusi untuk menjatuhkan kekuasaan golongan pemodal dan memerintah di dalam satu kerajaan proletar.