Anda di halaman 1dari 3

Karl Marx sering menekankan bahawa sejarah memainkan peranan utama di dalam melihat perkembangan masyarakat dan berpendapat

bahawa sejarah manusia sejak zaman lampau hingga kini sebenarnya adalah merupakan sejarah perjuangan kelas (class struggle). Sejarah bagi beliau adalah satu proses penciptaan yang berpanjangan, satu putaran, danpenciptaan semual akan keperluan manusia. Inilah yang membezakan manusia dengan haiwan kerana menurut beliau sejarah keperluan haiwan ituadalah tetap dan tidak berubah. Sejarah menunjukkan bahawa keperluan manusia ini berubah mengikut cita rasa dan sentiasa diperbaiki melalui proses sejarah Beliau menghuraikan perjalanan sejarah manusia yang dikonseptualisasikan melalui historical materialism. Apa yang marx maksudkan dengan historical materialism ialah berhubung dengan pengaruh ekonomi atau material terhadap perkembangan sejarah manusia, dijelaskan melalui dialektik Hegel. Dialektik ini dijelaskan oleh Hegel melalui sifat kontradiksi terhadap sesuatu keadaan. Sesuatu sifat atau keadaan itu adalah suatu tesis. Ia di anggap benar tetapi di dalam masa yang sama ia juga mempunyai kontradiksi yang disebut sebagai anti tesis. Anti tesis ini juga dianggap benar dan kontradiksi di antara dua keadaan ini akan melahirkan pula suatu keadaan rumusan daripada dua sifat tersebut itu yang dinamakan sebagai sintesis. Sintesis tiu pula dapat dianggap satu tesis baru dan memiliki anti tesisnya pula, dan demikianlah seterusnya proses ini b erjalan berterusan Perubahan di dalam mod pengeluaran sesebuah masyarakat akan member pengaruh kepada hubungan social di dalam pengeluaran masyarakat tersebut. Menurut marx setiap masyarakat memiliki satu tingkat mod pengeluaran masing-masing. Umpamanya masyarakat Asiatic ialah masyarakat yang masih bersifat tribal, mood productionnya bersifat sara diri di dalam komuniti masing-masing (self sustaining within each local community). Tiada Bandar dibentuk oleh masyarakat, tetapi ia mungkin tumbuh kerana kesan perdagangan.. bagi masyarakat ancient pula, sudah wujud Bandar-bandar dan communal city property termasuk pemilikan hamba. Hubungan social di dalam pengeluaran di sini lebih Chateel slavery. Masyarakat di zaman perhambaan ini memiliki cara pengeluaran yang berbeza dnegan masyarakat feudal. Didalam masyarakat feudal sudah tercipta teknologi mudah. Di peringkat ini juga terdapat apa yang dikatakan necessary labour namun surplus labour tidak semudahnya diperolehi sekiranya seseorang itu tidak memiliki kuasa politik dan ekonomi Didalam mmasyarakat kapitalis, marx menjelaskan dengan panjang lebar akan sifat masyarakatnya seperti yang akan dibincang seterusnya nanti. Bagi marx lagi jika Mod pengeluaran ini berubah umpamanya daripada peringkat teknologi enjin wap kepada enjin petrol maka sejarah manusia juga akan berubah. the mode of production (eg. Hand labour or steam power) was fundamental in determining the kind of economy and society possessed. And the kind of cultural and social structure of that society

Secara tidak langsung marx melihat perubahan masyarakat tidak akan bebas daripada pengaruh ekonomi ini. Sesebuah masyarakat dengan ini tidak mungkin berkembang maju mendahului mod pengeluarannya. Pengaruh mod mengeluaran bukan sahaja terdapat di dalam pengeluaran tetapi juga menjangkau kepada sector pengagihan dan pengedaran. Marx menolak pandangan ekonomi politik daripada John Stuart Mills umpamanya yang beranggapaan. that while production is goverened by definite laws, distribution is compelled by human institutions Bagi Marx pengagihan barangan tetap ditentukan oleh satu-satu tingkat mod pengeluaran. Berasaskan perubahan secara ini marx memberikan beberapa peringkat masyarakat yang berkembang maju. Ia berkembang daripada satu peringkat mod pengeluaran yang mudah kepada yang lebih kompleks dan memiliki struktur sejarahnya tersendiri yang boleh dilihat berubah daripada primitive komunis kepada ancient, Asiatic, feudal, kapitalis dan membayangkan akan berubah kepada sosialis dan komunis kelak, Di dalam masyarakat komunis yang marx bayangkan, akan wujud satu masyarakat tanpa kelas yang aman dan adil. Tiada perbezaan miskin kaya di dalam masyarakat ini dansemua anggota masyarakat mempunyai kedudukan yang sama rata. Impian Marx ini tidak tercapai. Negara komunis yang muncul kemudian tidak sama seperti yang beliau bayangkan. Cara mencapai revolusinya juga tidak mengikut proses yang marx jelaskan. Gambaran kapitalisme marx cukup sempurna sifatnya dengan keadaan buruh yang sengsara tertindas. Max weber juga banyak menilis mengenai pertumbuhan kapitallisme di eropah. Di sini kelihatan kedua-dua sarjana ini sama-sama menggambarkan bentuk kapitalisme yang cukup jelas. Golongan pemodal berkuasa di dalam berbagai aspek dan menjadi semakin kaya manakala golongan bruh semakin tertindas. Gambaran kapitalisme mereka seolah-olah digambarkan dalam bentuk ideal type weber Dalam bentuk mod pengeluaran kapitalis ini system ekonomi kapitalis itu dibentuk daripada hubungan kelas pekerja dan pemodal yang berjalan secara tidak sama rata. Pengumpulan keuntungan yang berlebihan oleh kapitalis cukup memeras golongan buruh dan keadaan pemerasan ini akan manjadi cukup tenat kelak untuk mendorong kepada meletusnya satu revolusi proletar. Marx merasakan bahawa akan tiba satu peringkat apabila golongn buruh tidak dapat bertahan lagi dengan kedudukannya dan bergerak bersama untuk menjatuhkan golongan pemodal. Mereka akan melakukan satu revolusi dan membentuk suatu kerajaan revolusi proletar (yang akhirnya beliau sendiri tidak saksikan) Hanya dalam tulisannya German Ideology (1847) bersama Rngels baru marx memberikan takrifnya mengenai masyarakat. Max mendefinisikan masyarakat sebagai, . A definite structure built around antagonistic social classes, division of labour and forms of private property

Daripada takrifan ini ternyata cirri-ciri keutamaan max mengenai masyarakat adalah mengenai kelas yang sedang berkonflik dan kepentingan unsure material. Segala perkara yang dibincang seterusnya adalah berlegara disekitar dua aspek utama ini, komnflik kelas dan materialism. Di samping itu, seperti weber marx juga begitu mengutamakan factor sejarah di dalam melihat dan memahami perkembangan tamadun masyarakat. Pemikiran beliau yang begitu terpengaruh dengan konsepsi materialism menyatakan bahawa sejarah perkembangan masyarakat yang telah dan akan terjadi akan melalui beberapa peringkat dan setiap peringkat itu dibezakan dengan mod pengeluaran yang berlainan. Perubahan social berlaku di dalam perubahan tingkat masyarakat ini. Factor yang mendassari perubahan ini mengikut marx ialah apabila berlakunya konflik di antara forces of production (mode) dengan social relations of productions. Sesuatu tingkat mod pengeluaran sudah selari dengan hubungan pengeluarannya. Perubahan ynag sering berlaku adalah perubahan yang selari di dalam dua angkubah ini. Namun sekiranya satu angkubah itu berubah tanpa perubahan di dalam angkubah lain ia akan melahirkan satu perubahan signifikan kepada masyarakat tersebut. Sebagai contoh sekiranya penggunaan teknologi sudah berubah namun organisasi ekonominya masih menggunakan cara lama maka ini akan menimbulkan suatu konflik yang berakhir dengan perubahan di dalam masyarakat tersebut.