Anda di halaman 1dari 3

Ide Commercialization of Agriculture, Max Weber

Politik dan masyarakat saling bergantungan antara satu sama lain. Dalam isu Ide Commercialization of Agriculture, Max Weber melihat pertanian berupaya merubah struktur ekonomi dan politik sesebuah negara. Pandangan Max Weber ini dapat dirujuk melalui tulisan beliau iaitu Etika Protestan dan Semangat Kapitalisme (The Prostestant Ethic and The Spririt of Capitalism) dan dalam hal ini pendekatan keuntungan lebih diutamakan. Golongan Kapitalisme menganggap Max Weber telah menjadi pencetus idea kepada perkembangan ekonomi termasuk pertanian. Golongan Kapitalis sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan bahan mentah bagi menampung permintaan industri yang berkembang di barat. Golongan Kapitalis adalah terdiri daripada golongan kaya yang menguasai pasaran dan mengeksploitasi orang bawahan demi keuntungan. Semasa revolusi Perancis pada tahun 1789 hingga tahun 1799 sudah berlaku perbalahan politik akibat kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat. Salah satu sebab revolusi adalah perbalahan yang berlaku antara proletariat dan golongan borjuis. Golongan proletariat merupakan golongan kaya yang menjadi tuan tanah atau ladang yang menguruskan kepentingan mereka. Golongan borjuis pula adalah golongan yang ditindas dengan upah harian yang rendah, masa berkerja yang panjang dan tempoh masa yang tidak selesa. Mex Weber melihat perubahan sosiopolitik masyarakat Eropah di mana pada ketika itu golongan peniaga yang kaya raya, hartawan yang terkenal merupakan penganut agama protestant. Perubahan sosiopolitik ini memperlihat perubahan kuasa kapitalis. Namun kesedaran ini telah mendorong orang-orang barat merubah pemikiran dengan melakukan aktiviti perdagangan dan penjajahan. Max Weber mengemukakan semangat kapitalis kepada masyarakat barat dan pandangan itu boleh diterima kerana pada ketika itu orang Eropah sudah aktif berdagangan sehingga tercetus teori ekonomi baru iaitu laissez-faire. Penerimaan ekonomi pasaran bebas telah bermula pada sejak tahun 1980an dan diterima meluas oleh haluan kanan di kebanyakan negara terutamanya Amerika Syarikat.

Pandangan dari Max Weber dan idea Commercialization of Agriculture bukan sahaja telah mencetuskan semangat mencari keuntungan malahan menjadi pencetus kepada perubahan ekonomi dan perubahan persekitaran politik kapitalisme. Max Weber juga telah mencari sebab mengapa perkembangan kapitalisme tidak berlaku di tempat lain seperti Asia walaupun terdapat persamaan dari sudut sifat berkerja dan asas ekonomi pada ketika itu. Namun Tanah Melayu dan Asia amnya telah menerima proses tersebut dengan baik dan kesan daripada kemasukkan buruh India dan Cina yang berkerja di sektor ladang telah membantu Malaya di dalam menuntut kemerdekaan dari pihak British. Proses commercialization of agriculture berupaya mengubah struktur ekonomi dan sosial masyarakat tani luar bandar kepada suatu sistem ekonomi yang sangat cair dalam jualbeli atau begitu commercialized. Perubahan ini kemudian membawa konflik antara golongan pekerja dan pemilik. Pekerja sering ditindas dengan upah harian yang sangat rendah, masa bekerja yang panjang dan tempoh kerja yang tidak selesa. Proses ini membawa kepada perubahan ekonomi, sosial, politik dan strategi pentadbiran. Pendekatan yang digunakan oleh Max Weber banyak berorientasikan birokrasi. Birokrasi merujuk kepada sebuah organisasi berstruktur, penuh dengan prosedur dan tatacara yang perlu diikuti sebelum mencapai tujuan dan matlamat bagi sesebuah organisasi. Dalam ekonomi kecekapan, keberkesanan dan teknik pentadbiran merupakan satu bentuk yang membantu mencapai commercialization terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan. Aspek kebajikan adalah menjadi tanggungjawab pentadbir. Di dalam isu perladangan, golongan buruh lebih diutamakan dengan menyediakan rumah ladang, upah dan kemudahan lain. Namun begitu golongan buruh tidak diberi kuasa untuk mentadbir dan hak mentadbir dikuasai oleh golongan atasan. Dalam hal ini Dasar Sosial mempunyai peranan yang penting dalam menyokong atau membantu mengesahkan peraturan kapitalisme. Kesimpulannya, proses commercializatioin of agriculture yang berlaku di barat telah memberi ruang kepada golongan kapitalis merubah struktur ekonomi dan sosial masyarakat tani luar bandar kepada satu sistem yang memberi keuntungan kepada kerajaan yang memerintah (kerajaan dipilih oleh rakyat). Kuasa kerajaan atau politik

dalam ekonomi ialah mengawal harga, cukai dan membuka pasaran. Ketiga-tiga perkara ini telah memberi kuasa kapitalisme laissez faire seperti British, Amerika Syarikat dan kerajaan masa kini yang menggunakan permintaan dan penawaran sebagai teori pasaran bebas bagi mengawal harga komoditi termasuk hasil pertanian.