Anda di halaman 1dari 2

KAI6034 Pembelajaran Awal Kanak-kanak dan Pedagogi Bermain

E-Forum

Bincangkan kepentingan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak di Tadika.

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera

Kegiatan belajar melalui bermain sangat sesuai dengan kanak-kanak di Tadika. Main
merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan dengan semata-mata
kepuasan. Menurut Froebel, bermain adalah suatu keadaan semula jadi yang membantu
kanak-kanak belajar dan berkembang. Montessori bersetuju bahawa keadaan bermain
memberi kanak-kanak peluang meneroka dan mencuba-cuba sesuatu aktiviti. Dalam proses
mencuba-cuba, mereka menemui pengetahuan yang baru.

Bermain mempunyai peranan penting dalam kehidupan manusia yang dapat dilihat
dari aspek psikis, fisik, dan sosial. Beberapa komponen aspek psikis akan berkembang
melalui bermain antara lain dalam hal kecerdasan, motivasi, emosi, mental, percaya diri,
minat , kemauan, kecemasan, agresivitas, perhatian, konsentrasi, dan sebagainya. Misalkan
faktor kecerdasan berkembang melalui bermain disebabkan bahawa melalui bermain anak
akan menghadapi berbagai masalah yang timbul dalam permainan tersebut dan harus
diselesaikan/diputuskan pada saat itu juga dengan cepat dan tepat, atau faktor motivasi
melalui bermain anak akan menampilkan apa saja yang mereka punyai dengan sungguh-
sungguh dan penuh semangat karena dalam bermain itu suasananya menggembirakan dan
menyenangkan sehingga bebas beraktivitas dengan penuh semangat sesuai dengan
kemampuannya. Melalui bermain anak akan akan terbiasa dengan tekanan-tekanan baik dari
dirinya sendiri maupun dari luar sehingga akan mampu mengelola emosi, kecemasan dan rasa
percaya diri dengan baik. Melalui bermain anak akan mampu mengembangkan,
mempertahankan, dan mengendalikan aspek-aspek psikis tersebut. Aspek fisik pun juga akan
berkembang dengan baik melalui aktivitas bermain ini meliputi pertumbuhan dan
perkembangan jasmani, kebugaran jasmani, kesehatan jasmani, kemampuan gerak dasar,
unsur-unsur fisik yang ada. Faktor pertumbuhan dan perkembangan fisik anak pun akan
berkembang melaui aktivitas bermain.

Hurlock (1978) menyatakan mengenai pengaruh bermain dalam dunia kanak-kanak


bahawa bermain mempunyai pengaruh dalam perkembangan anak, pengaruh tersebut antara
lain berhubungan dengan dorongan berkomunikasi, sumber belajar, perkembangan wawasan
diri, belajar bermasyarakat, perkembangan ciri kepribadian yang diinginkan. Hal ini sesuai
dengan Kurikulum Standar Prasekolah Kebangsaan (Kementrian Pelajaran Malaysia, 2009)
yang memaparkan objek utama pendidikan prasekolah adalah melahirkan kanak-kanak yang
berupaya membina kecerdasan, kesihatan dan keselamatan diri, menguasai kemahiran motor
halus dan asas motor kasar, mempunyai kematangan emosi, mempunyai konsep kendiri yang
positif dan jati diri, berani menyuarakan pandangan dan perasaan, berkebolehan berinteraksi
dengan orang lain, boleh bekerja secara bersendirian dan berkumpulan, menghormati
perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan
orang dewasa serta rakan sebaya. Jaslinah Makhantal (2012) menyatakan, pendekatan
pengajaran dan pembelajaran juga menekankan kepada beberapa kaedah seperti hands-on
learning, pembelajaran melalui bermain, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan proyek,
pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara
konstruktivisme dan pembelajaran masteri. Pendekatan yang digunakan perlu memberi
peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada murid dan mengambilkira kepelbagaian
kecerdasan murid.

Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur yang
memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.
Froebel (1889) menyatakan bermain sebagai suatu strategi dalam pendidikan awal kanak-
kanak. Dalam mengendalikan aktiviti pembelajaran kanak-kanak, Piaget mengesyorkan
supaya kanak-kanak diberi kebebasan memilih aktiviti permainan sendiri. Kanak-kanak
biasanya akan mampu menumpu keadaan keperluan perkembangan mereka, ketika memilih
aktiviti bermain. Menurut Vygotsky, permainan pilihan kanak-kanak sendiri yang disokong
oleh seorang guru ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan sesi-jawaban
menggalakkan pencapaian kognitif yang tinggi.

Aktifiti bermain bersifat merangsang perkembangan dan merupakan bahagian utama


(integral) dalam kurikulum perkembangan kanak-kanak peringkat awal. Menurut Smilansky
dan Shefatya (1990), tingkah laku bermain terbagi kepada empat kategori:

1. Permainan Berfungsi (Kanak-kanak meneroka persekitaran dan memahami ciri-


ciri dan fungsi objek)

2. Permainan Membina (Membina bahan yang tersedia untuk kebermaknaan, seperti


blok, puzzle, lego)

3. Permainan berperaturan (Kebolehan kanak-kanak memahami dan mengikuti


peraturan untuk berjaya dalam permainan)

4. Permainan Dramatik (Permainan yang boleh dilakukan sendirian ataupun


perkumpulan dengan mengambil suatu peranan dan memilih objek yang dapat
membantu permainannya)

Seorang guru dapat mengubah tingkah laku pembelajar kanak-kanak dengan


memerhati permainan mereka dan menanya soalan yang menggalakkan mereka berfikir.

Anda mungkin juga menyukai