SESI 2/20212022
TUGASAN INDIVIDU
SEKSYEN 1
PENSYARAH
DR. SITI MARPUAH BINTI IMAM IRCHAMNI
RUANGAN MARKAH
Tajuk: Isu Alam Sekitar serta Kaedah menanganinya melalui Kempen Kesedaran
dalam menjaga Alam Sekitar.
Pendahuluan
Persekitaran adalah ruang yang penting kepada kehidupan komuniti kerana, secara
normatifnya, persekitaran yang bersih boleh menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup
penghuni. Keadaan persekitaran yang bersih adalah hasil daripada usaha menjaga dan
memelihara kebersihan ruang peribadi, sepunya, dan awam oleh pelbagai peringkat komuniti
dan pihak berkuasa. Usaha menjaga dan memelihara ruang persekitaran ini berkait dengan soal
kesedaran dan sikap komuniti untuk memastikan persekitaran itu sentiasa bersih dan sehat
untuk didiami. Wilayah Iskandar, Johor adalah kawasan yang mempunyai ruang penempatan
yang luas dan didiami oleh pelbagai kategori komuniti. Dasar Alam Sekitar Negara yang
digubal dan dikuatkuasakan adalah untuk memelihara dan melindungi alam sekitar supaya
sentiasa dalam keadaan bersih, selamat, sihat dan prodaktif bagi generasi masa kini dan masa
hadapan. Sesunggguhnya, isu-isu alam sekitar semakin hari semakin mencabar dan usaha-
usaha untuk menanganinya memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua
pihak.
Kamus Dewan (2005) mendefinisikan ‘memelihara’ sebagai membela, menjaga dan merawat
sesuatu supaya berada dalam keadaan baik. Sehubungan itu, memelihara alam sekitar adalah
usaha yang penting dan kritikal kerana alam sekitar menghadapi pelbagai masalah dari semasa
ke semasa. Itu sebabnya isu alam sekitar sentiasa menjadi agenda utama dalam kebanyakan
perbincangan dan mesyuarat di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Masalah alam sekitar
membawa ancaman besar ke atas diri kita, planet bumi dan generasi akan datang sememangnya
menjadi masalah semua orang. Pencemaran alam sekitar boleh dedefinisikan sebagaui sesuatu
yang mengotokan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini.
Pada era ini, pelbagai projek siso ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan
taraf pembangunan negara, namun kita tidak peduli tentang kesan terhadap alam sekitar yang
boleh membahayakan diri manusia. Mendepani arus globalisasi, setiap manusia sudah tentu
mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun asset pembangunan melampaui
kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Isu-isu mengenai alam sekitar kerap
dipaparkan dalam surat khabar dan televisyen. Terdapat pelbagai jenis pencemaran alam
sekitar yang sering berlaku di negara kita. Pada pendapat saya, isu-isu alam sekitar tidak patut
dipandang rendah oleh setiap lapisan masyarakat.
Antara punca utama yang menyebabkan pencemaran alam sekitar berada pada tahap
yang kritikal adalah disebabkan oleh masyarakat sendiri. Dalam kadar sedar ataupun tidak,
manusia kebiasaannya sering kali melakukan pencemaran alam sekitar seperti udara, air, tanah,
bunyi dan radiasi. Sebenarnya, masyarakat sudahpun disebarkan tentang kesan terhadap
pencemaran alam sekitar namun, masih ada yang mentingkan diri sendiri dan tidak mencintai
alam. Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat pada hari ini juga sukar untuk kita
mengurangi masalah pencemaran di atas muka bumi ini. Terdapat juga individu yang
mengambil mudah tentang aspek kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai. Individu
yang membuang sampah ke dalam sungai ini akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan
sampah sarap lalu sungai menjadi kotor. Selain itu, perbuatan membuang puntung rokok ke
dalam semak pula akan menyebabkan kebakaran yang boleh mencemarkan udara. Sehubungan
itu,, pencemaran alam sekitar turut berlaku adalah kerana sikap pekerja di sektor pertanian dan
industri juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Terdapat segelintir pekerja di sektor pertanian yang membuang sisa racun rumpai ke
dalam sungai dan perbuatan ini boleh menyebabkan air sungai tercemar. Selain itu, terdapat
juga pekerja di sektor pertanian yang membakar hutan bagi membersihkan tanah untuk
bercucuk tanam. Hutan yang terbakar ini akan mengeluarkan asap yang tebal lalu berlakulah
jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Asap-asap kilang dan kenderaan juga boleh
diwartakan sebagai punca-punca pencemaran udara. Ini disebabkan oleh asap-asap hitam yang
keluar dari kilang dan kenderaan boleh mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di
ruang udara. Selain itu, terdapat juga gas-gas yang beracun seperti gas monoksida yang boleh
membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan tertutup. Sejenis lagi bahan yang boleh
dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat
berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama kanak-kanak. Selain itu,
manusia juga turut menerima udara yang tidak segar untuk menarik nafas. Ini menimbulkan
ketidakselesaan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian.
Etika dan Nilai
Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang
tidak bertanggungjawab amat memberi kesan terhadap seluruh masyarakat. Kesan pencemaran
alam sekitar yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada
masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan
suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat
dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-
gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya
menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global
ini.
Terdapat pelbagai kaedah bagi menangani pencemaran alam sekitar ini. Berdasarkan
kandungan yang diberi, satu-satu kaedah yang saya perlu menitikberatkan adalah melalui
kempen kesedaran menjaga alam sekitar. Melalui kaedah ini, ianya boleh membuka mata
masyarakat tentang isu pencemaran alam sekitar jika kempen tersebut dijalankan secara
konsisten. Apabila pihak berkuasa mula mengorak langkah yang jitu dalam menjaga kekayaan
alam sekitar negara, media massa perlu memainkan peranan penting untuk menyampaikan
mesej kepada setiap golongan masyarakat. Semua pihak perlu mengkaji dan mengaplikasikan
norma masyarakat umum pada masa ini yang menggunakan media sosial sebagai medium
utama dalam komunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, sekiranya kita ingin mengubah stigma
masyarakat terhadap kepentingan memelihara alam sekitar, cara yang mudah hendaklah dekat
dan efektif kepada diri mereka. Misalnya, memperbanyakkan rancangan yang melibatkan
selebriti dalam kempen mengitar semula dan sebagainya. Institusi lain yang melibatkan
masyarakat seperti sekolah, universiti dan oraganisasi kerja juga bertanggungjawab
menjalankan kempen kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Selain itu, melalui kaedah ini
juga, masyarakat akan dapat membanteras serba sedikit isu pencemaran walaupun sedikit tetapi
masih adanya progres yang baik. Pada pendapat saya. Kempen ini sepatutnya dimulakan di
sekolah rendah lagi bagi mendidik pelajar sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, ‘sediakan payung
sebelum hujan’ membawa maksud bahawa biarlah kanak-kanak dididik sejak kecil lagi agar
apabila mereka membesar, nereka akan sedar bahawa betapa pentingnya pemeliharaan alam
sekitar. Secara keseluruhannya, mengadakan kempen adalah salah satu kaedah yang sangat
efektif dalam membanteras isu-isu alam sekitar yang berlaku agar masa depan negara terus
maju.
Kesimpulan
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi pencemaran terhadap alam
sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen kesedaran, pameran yang
berkaitan dengan alam sekitar dan sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat
mencurah air kedaun keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara
ini. Persekitaran adalah ruang yang penting kepada kehidupan manusia dan komuniti. Ruang
fizikal ini mempengaruhi pembangunan dan menyokong pertumbuhan manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Justeru, alam sekitar perlu berada dalam keadaan yang amat memuaskan
untuk menampung kualiti kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keadaan alam
sekitar yang amat memuaskan adalah bebas daripada ancaman pencemaran. Harapan saya agar
semua pihak memainkan peranan yang lebih proaktif agar usaha-usaha penjagaan alam sekitar
negara mencapai kejayaan. Mulakanlah dengan mengamalkan kehidupan harian kita
berpandukan ciri-ciri kehidupan yang mesra alam seperti mengitar semula, menanam pokok,
berkongsi kenderaan serta menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Pendingin hawa pula
perlu ditentukan pada suhu yang sesuai agar tidak terlalu sejuk. Perlu diingat, usaha membuat
perubahan walau sekecil manapun adalah lebih baik berbanding sekadar berpeluk tubuh tanpa
berbuat apa-apa atau menyalahkan orang lain.