Anda di halaman 1dari 19

30

TOPIK 3
NUZUL AL-QURAN

OUM
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

PENGENALAN

Topik ini akan membincangkan mengenai perkara-perkara asas Nuzul al-Quran. Bertolak
daripada pengenalan makna nuzul, terus kepada cara dan tahap penurunan al-Quran
berserta dengan dalil-dalil setiap tahap penurunannya. Topik ini juga membincangkan
hikmat-hikmat penurunan al-Quran secara beransur-ansur kepada Rasulullah s.a.w.
Berbincangan juga menyentuh tentang hakikat wahyu yang bertolak dari pengertian
wahyu dan jenis-jenisnya serta jawapan terhadap keraguan yang ditimbulkan oleh
golongan orientalis barat terhadap wahyu.

OBJEKTIF

Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik perbincangan ini iaitu:-

1. mendifinasikan makna nuzul segi bahasa dan istilah;

2. menjelaskan tahap-tahap penurunan al-Quran beserta dalil-dalilnya;

3. menghuraikan hikmat-hikmat penurunan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w.
secara beransur-ansur; dan

4. membawa hujah-hujah untuk menolak keraguan yang ditimbulkan oleh musuh
Islam khususnya golongan orientalis tentang hakikat kebenaran wahyu.

3.1 PENGERTIAN DAN CARA PENURUNAN

Al-Quran diturunkan untuk membawa petunjuk kepada seluruh penduduk dunia. Selain
dari itu penurunan Al-Quran juga merupakan satu mukjizat yang terbesar kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Penurunan Al-Quran dalam dua peringkat iaitu secara sekali gus dari
Loh Mahfuz ke Baitul Izzah dan kemudiannya secara beransur-ansur kepada Nabi
Muhammad s.a.w. mempunyai hikmah yang besar serta untuk membezakan dengan kitab-
kitab Rasul yang lain yang diturunkan secara sekali gus.

Penurunan al-Quran memakan masa selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Al-Quran yang
diturunkan itu mengandungi hikmat, petunjuk, penerangan, penjelasan dan ikutan, amalan
serta untuk bacaan umat manusia dan penduduk bumi seluruhnya. Al-Quran juga
merupakan kalam Allah yang benar dan sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur.
Nuzul al-Quran ini memang jelas berlaku dan disebut beberapa akali di dalam al-Quran
dengan lafaz atau perkataan yang berbeza. Antaranya ialah:








31
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN
OUM
(a) Perkataan Nazala ) ( Sebagaimana firman Allah:

_,. . -.,l _..N '

Maksudnya: Dia dibawa turun oleh Al-Ruh Al-Amin (Jibril).
(Surah Al-Syuara ayat 193)

(b) Perkataan Unzila ) ( Sebagaimana firman Allah:

`,.: _!.. _ _,. , `_.,1l .........

Maksudnya: (Beberapa yang ditentukan itu) Bulan Ramadhan bulan yang di
dalamnya diturunkan (Permulaan) Al-Quran....
(Surah Al-Baqarah ayat 185)

(c) Perkataan Nazzala ) ( Sebagaimana firman Allah:

il: _!. < _,. ...l _>l!.

Maksudnya: (Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah Taala telah
menurunkan kitab dengan (mengandungi) kebenaran (tetapi mereka berselisih
dengannya).
(Surah Al-Baqarah ayat 176)

Walaupun penggunaan perkatan tersebut adalah berbeza dan ia disebut dalam Al-Quran
sebanyak hampir 307 kali, namun semuanya membawa maksud dan makna yang sama
iaitu penurunan al-Quran.


3.1.1 Pengertian Nuzul Al-Quran dan Cara Penurunannya

Nuzul al-Quran dapat diberikan dengan pengertian berikut:

(i) Pengertian bahasa
(ii) Pengertian istilah

(i) Pengertian Bahasa
Nuzul atau penurunan wahyu menurut bahasa ialah turun dari tempat yang tinggi.
Ini sebenarnya hanya sebagai majaz dan simbolik sahaja untuk menunjukkan
ketinggian al-Quran dan kemuliaannya.







32
TOPIK 3
NUZUL AL-QURAN

OUM
(ii) Pengertian Istilah
Penurunan al-Quran mengikut pengertian istilah ialah:

Penurunan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia dan dari langit dunia
kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang mengambil
masa lebih kurang 23 tahun.

3.1.2 Cara Nuzul Al-Quran

Cara penurunan al-Quran itu sebagaimana yang dijelaskan oleh ulama dapat dibahagikan
kepada dua bahagian utama, iaitu:

1. Nuzul Jumlatan atau Sekali gus.
2. Nuzul Munajjaman atau Beransur-ansur.

Penurunan Sekali Gus

Perbincangan yang menyentuh tentang penurunan al-Quran secara sekali gus ini dapat
dibahagikan pula kepada dua tahap:

(i) Turun al-Quran ke Luh Mahfuz
(ii) Turun dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia.

Tahap Pertama: Daripada Allah s.w.t. ke Luh Mahfuz. Keadaan dan tahap ini berlaku
sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan kekuasaan Allah dan semua perkara yang
Allah lakukan mempunyai perancangan dan peraturan yang cukup rapi. Pringkat ini al-
Quran diturunkan sekaligus berdasarkan firman Allah S.W.T.:

. .> _., ..>: ' _ -.l 1.>: ''

Maksudnya: (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair
atau sihir), bahkan ialah al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (lagi yang terpelihara
dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.
(Surah al-Buruj ayat 21 dan 22)

Mengenai kedudukan dan keadaan al-Quran di Luh Mahfuz ini ahli Tafsir tidak menemui
dalil atau mereka tidak dapat menjelaskan bagaimana cara dan bagaimana kedudukan
sebenar al-Quran berada di situ, dan berapa lama dan bilakah al-Quran mula berada di
situ.












33
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN
OUM
Hikmat Penurunan di Luh Mahfuz

Turunnya al-Quran di Luh Mahfuz ada hikmatnya ,antaranya:

(i) Untuk membezakan al-Quran dengan kitab Samawi lain, seperti Taurat, Zabur dan
Injil yang diturunkan sekali gus kepada rasul-Nya. Di mana al-Quran diturunkan
secara beransur-ansur.

(ii) Untuk menunjukkan dan membuktikan keunggulan dan ketinggian al-Quran dan
martabat Nabi Muhammad s.a.w.

(iii) Untuk menunjukkan Allah. Maha Berkuasa menjadikan langit dan Maha Mengetahui
kedudukan Luh Mahfuz itu sendiri. Selain itu, untuk meletakkan al-Quran pada
tempat yang sesuai dengan ketinggiannya.

Tahap Kedua: Turun al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Hal
tersebut berdasarkan firman Allah:

(a) Sebagaimana firman Allah:

!.| ..l,. _ .l .1l

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam
kemuliaan.
(Surah al-Qadr ayat 1)

(b) Firman Allah:

!.| ..l,. _ .l ,... ...

Maksudnya: Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam
yang diberkati....
(Surah Al-Dukhan ayat 3)

(c) Firman Allah:

`,.: _!.. _ _,. , `_.,1l ..> !.ll ..... . _.l _!,l.

Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang
padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia,dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan
yang antara benar dan yang salah.
(Surah Al-Baqarah ayat 185)



34
TOPIK 3
NUZUL AL-QURAN

OUM
Ketiga-tiga ayat tersebut menyatakan tentang penurunan Al-Quran pada malam Al-Qadar,
Malam diberkati dan pada bulan Ramadhan, namun hakikatnya Al-Quran diturunkan
kepada Nabi lebih kurang selama 23 tahun. Untuk itu ulama berselisih pendapat, iaitu:

Pendapat pertama: Pendapat ini ialah pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Abbas dan
majoriti ulama. Di mana penurunan tahap ini juga berlaku sekaligus ke Baitul Izzah, Iaitu
pada malam yang diberkati dan malam kemuliaan, iaitu malam Al-Qadar di dalam bulan
Ramadhan. Kemudiannya Al-Quran diturunkan kepada Nabi secara berperingkat-
peringkat. Hal ini brdasarkan hujah berikut:

1. Ibn Abbas mengatakan diturunkan sekali gus ke Langit Dunia pada Malam Al-Qadar,
selepas itu diturunkan secara beransur-ansur. Sebagaimana Hadis daripada Ibn
Abbas yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Al-hakim dan Al-Nasai, katanya sambil
membaca firman Allah:

Terjemahan: Dan Al-Quran itu kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau
membacakannya kepada manusia dengan lambat dan tenang: Dan Kami
menurunkan beransur-ansur.

2. Ibn Abbas juga ada mengatakan sebagaimana Hadis daripada Ibn Abbas yang
diriwayatkan oleh Al-Tabarani, katanya:

Terjemahan: Al-Quran diturunkan pada malam Al-Qadar dalam bulan Ramadhan ke
Langit Dunia secara sekaligus kemudian secara beransur-ansur.

Pendapat kedua: Pendapat ini ialah pendapat yang dikemukakan oleh ulama Hadis dan
Fekah kalangan Tabiin juga merupakan seorang guru Abu Hanifah, iaitu Amir Ibn
Syarahil yang terkenal dengan panggilan Al-Syabi yang meninggal pada tahun 109 Hijrah.
Al Syabi berpendapat apa yang dimaksudkan dalam ketiga-tiga ayat tersebut di atas ialah
permulaan turunnya wahyu kepada Nabi pada malam Al-Qadar di bulan Ramadhan.
Kemudian Al-Quran diturukan secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Justeru itu menurut pendapat Al-Syabi tersebut, penurunan Al-Quran pada hakikatnya
dalam satu bentuksahaja. Iaitu secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w.
Pendapat-pendapat tersebut berdasarkan dalil firman Allah:

Maksudnya: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau
membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang: Dan Kami menurunkannya
beransur-ansur.
(Surah Al-Isra ayat 106)

Pendapat ketiga: Pendapat ini ialah pendapat ijtihad ulama tafsir. Berdasarkan ketiga-tiga
firman Allah di atas, mereka berpendapat, penurunan Al-Quran ke Langit Dunia selama 23
Malam Al-Qadar. Lantaran itu setiap Malam Al-Qadar itu Allah menentukan Al-Quran yang
akan diturunkan kepada Nabi pada tahun tersebut.

Sebagai rumusannya, pendapat yang lebih kukuh adalah pendapat yang dikemukakan
oleh Ibn Abbas. Di mana Al-Quran itu diturunkan sekaligus pada Malam Al-Qadar ke Baitul
Izzah di Langit Dunia, kemudiannya barulah ia diturunkan secara berperingkat-peringkat
kepada Rasulullah selama 23 tahun.




35
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN
OUM
Hikmah Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah

Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia mempunyai hikmah
tertentu juga, antaranya ialah:

1. Untuk membezakan Al-Quran dengan kitab Samawi yang lain seperti Turat, Zabur
dan Injil yang diturunkan sekaligus kepada Rasul-Nya. Di mana Al-Quran mulanya
diturunkan sekaligus dalam bentuk kitab yang lengkap kemudian diturunkan pula
secara beransur-ansur.

2. Untuk menunjukkan dan membuktikan keunggulan dan ketinggian Al-Quran dan
Nabi Muhammad s.a.w.

3. Untuk menjadikan langit dan sebaliknya tentang kedudukan Luh Mahfuz itu sendiri
dan menunjukkan Allah Maha Berkuasa serta Maha Mengetahui segala yang
berlaku. Selain itu, meletakkan Al-Quran sebanding dan sesuai dengan
ketinggiannya.

4. Untuk memuliakan manusia atau Bani Adam pada pandangan malaikat serta
mengumumkan bahawa Allah merahmati manusia.

5. Supaya manusia mengambil pengajaran yang mana Al-Quran sesuatu yang amat
bernilai melalui teknik penurunannya yang begitu rapi dan teliti serta terpelihara.

Penurunan Beransur-ansur

Selepas Al-Quran diturunkan sekali gus daripada Allah ke Luh Mahfuz, kemudian
diturunkan tahap kedua sekali gus juga daripada Luh Mahfuz ke Baitil `Izzah di Langit
Dunia, selepas itu barulah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi
Muhammad s.a.w. daripada Baitil `Izzah. Dalilnya ialah:

(a) Sebagaimana firman Allah:

!..,. .., .:,1.l _ls !.l _ls >`. ..l,.. *... '

Maksudnya: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau
membacakannya kepada manusia dengan lambat dan tenang; dan Kami
menurunkannya beransur-ansur.
(Surah Al-Isra ayat 106)












36
TOPIK 3
NUZUL AL-QURAN

OUM
(b) Firman Allah:

..|. `...l . _.. .-l '' _,. . -.,l _..N ' _ls i.l
_.>.l . _...l ''

Maksudnya: Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang
tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh
malaikat Jibril yang amanah Ke dalam hatimu,supaya engkau (wahai Muhammad)
menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
(Surah Al-Syuara ayat 192-194)

(c) Firman Allah:

_!. _ .`, N.l _,. .ls `_.,1l .- :.>. il.
.:`.l .. : ..l. . *..,. '

Maksudnya: Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan Al-
Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekali gus)? Diturunkan Al-
Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai
Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur
satu persatu.
(Surah Al-Furqan ayat 32)

Penurunan yang berlaku pada tahap ini adalah secara beransur-ansur, bermula pada
17hb. Ramadhan tahun 610 Masehi di Gua Hira hinggalah kewafatan Nabi. Tentang lama
tempoh Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur itu ulama berselisih pendapat, iaitu:

1. Setengah ulama mengatakan penurunan Al-Quran secara beransur-ansur kepada
Rasulullah dengan mengambil masa selama 20 tahun.

2. Menurut Al-Khudari dalam kitabnya Tarikh Al-Tasyri, penurunan Al-Quran secara
beransur-ansur mengambil masa tepat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Iaitu
bermula 17hb. Ramadhan tahun ke-41 Nabi dilahirkan hingga wahyu terakhir 9
Zulhijjah tahun 10 Hijrah.

3. Pendapat lain mengatakan ia mengambil masa selama 23 tahun.

4. Ada pendapat mengatakan ia mengambil masa 25 tahun.






37
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN
OUM
Sebagai rumusannya, bahawa adanya perselisihan tentang tempoh atau lama masa
penurunan dan penerimaan wahyu Al-Quran oleh Rasulullah ialah kerana perselisihan dan
perbezaan mereka dalam membuat perhitungan atau perkiraan lama masa Nabi tinggal di
Mekah setelah dibangkit menjadi Rasul, iaitu: Adakah selama 13 tahun atau 10 tahun atau
15 tahun? Namun pun begitu, semua ulama telah sepakat mengatakan bahawa lama
masa Nabi menetap di Madinah selepas Hijrah ialah 10 tahun.

Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya
yang bermaksud: Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan menjadi Rasul dalam usia 40 tahun,
Baginda menetap di Mekah selama 13 tahun kemudian berhijrah dan menetap di Madinah
selama 10 tahun, serta wafat dalam usia 63 tahun. Justeru itu dalam tempoh perutusan
sebagai Rasul hinnga wafat itulah Baginda menerima wahyu. Walaubagaimanapun,
berdasarkan daripada empat pendapat tersebut, pendapat kedua adalah pendapat yang
paling tepat dan diterima umum.

3.2 HIKMAT PENURUNAN SECARA BERANSUR-ANSUR

Penurunan wahyu secara berperingkat-peringkat mempunyai hikmat tertentu, antaranya
ialah:

1. Untuk memudahkan Nabi mengahafal dan memahami maksud serta kandungannya
supaya mudah meresap ke dalam jiwa dan tetap hati Baginda. Contohnya
sebagaimana turunnya ayat 32 Surah Al-Furqan ekoran pertanyaan orang Yahudi
kepada Nabi, mengapa Al-Quran tidak diturunkan secara sekali gus seperti kitab
Taurat kepada Nabi Musa. Oleh sebab itu turunlah ayat, sebagaimana firman Allah:

.:`.lil. .. :

Maksudnya: Begitulah keadaannya supaya Kami tetapkan hati engkau (Wahai
Muhammad) dengan Al-Quran itu
(Surah Al-Furqan ayat 32)

2. Supaya Nabi sentiasa bergembira dan terhibur sesrta merasa hamper dengan Allah
lantaran wahyu yang sentiasa turun kepadanya.Contohnya firman Allah:

* ^.',> `.l. .....

Maksudnya: Oleh kerana itu, janganlah engkau berdukacita dengan perkataan-
perkataan mereka itu......
(Surah Yasin ayat 76)






38
TOPIK 3
NUZUL AL-QURAN

OUM
3. Nabi merasakan sentiasa mendapat perhatian dengan kedatangan Malaikat Jibril
serta mendapat penghargaan tinggi di sisi masyarakat dan Allah kerana sering
menerima wahyu.

4. Sebagai senjata untuk menentang dan menandingi mereka yang tidak mempercayai
bahawa Al-Quran itu wahyu daripada Allah.

5. Memberi kemudahan serta memudahkan Nabi menyampaikan wahyu tersebut
kepada umatnya kerana sebahagian besar bangsa Arab waktu itu tidak pandai
membaca dan menulis, termasuk Nabi sendiri.

6. Membasmi dan membentul adat tradisi serta pegangan bangsa Arab waktu itu
secara beransur-ansur dan perlahan-lahan, kerana peraturan hidup yang mereka
amalkan sebelum penurunan wahyu sudah sebati dengan kehidupan mereka dan
dikuasai oleh hawa nafsu.

7. Untuk disesuaikan dengan keadaan dan suasana semasa.

8. Untuk membezakan pengurniaan kitab kepada Nabi dan Rasul sebelumnya. Rasul-
rasul terdahulu dikurniakan kitab secara sekali gus. Contohnya Nabi Musa menerima
kitab Taurat selepas Baginda bermunajat kepada Allah selama 40 hari.

9. Untuk menysuai dan menjawab pertanyaan yang diajukan kepada Baginda.
Contohnya, memberi jawapan kepada mereka yang bertanya tentang anak bulan.
Sebagaimana firman Allah:

^..l:`. s >N _> ... !.ll ~>l.

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mngenai (peredaran)
anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-
waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji.
(Surah al-Baqarah ayat 189)

10. Untuk membuktkan bahawa al-Quran daripada Alah, bukannya ciptaan Nabi sendiri
seperti yang didakwa oleh kaum musyrikin.

11. Untuk meneguh dan menguatkan hati Rasulullah yang menghadapi tugas berat dan
menempuhi berbagai rintangan dalam berdakwah. Sebagaimana firman Allah:

..! !. .. .l`. .,-l . .,l

Maksudnya: (Jka demikian akibat orang-oang kafir yang menentangmu wahai
Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya para rasul Ulul-
Azmi (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan para rasul
(yang terdahulu daripadamu)
(Surah al-Ahqaf ayat 35)



39
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN
OUM
12. Sebagai mukjizat dan senjata untuk menentang orang yang tidak mahu menerima
kebenaran al-Quran dan dakwah Baginda. Sebagaimana firman Allah:

N. i...!. :.. N| i...> _>l!. .>. ...

Maksudnya: Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata ganjil untuk
menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan
yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakana itu).
(Surah al-Furqan ayat 33)

13. Supaya muda dihafal dan mudah difahami, khasnya Nabi diutuskan dalam
kalangan majoriti umat yang ummi. Sebagaimana firman Allah:

.> _ -. _ ...N N.. .... .l.. ...ls ..... ...,`..
`..l-`.. ...>l .>>'. _|. ..l . `. _.l .l. _... '

Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab)
yang Ummi, seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keEsaan Allah dan
kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada i`tikad yang sesat), serta
mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang
mendalam mengenai hokum-hukum syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum
(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Surah al-Jumu`ah ayat 2)

14. Al-Quran adalah daripada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Bijaksana.
Sebagaimana firman Allah:

,l ... .>> ..... .. l. . _ .,>> ..>

Maksudnya: Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya
dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu.
(Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah yang Amat Bijaksana, lagi Amat
mendalam pengetahuan-Nya.
(Surah Hud ayat 1)









40
TOPIK 3
NUZUL AL-QURAN

OUM
3.3 WAHYU

Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk wahyu
melalui perantaraan malaikat Jibril. Wahyu yang diturunkan mengandungi prinsip
perundangan, peradaban, pertunjuk serta panduan kepada umat manusia dan segala
makhluk di dunia hingga hari Kiamat. Justeru itu, wahyu yang diturunkan oleh Allah dalam
bentuk al-Quran merupakan Kalam Allah yang azali, sebagaimana yang ditegaskan oleh
Allah, antaranya:

1. Al-Quran terjamin kesuciannya hingga hari Kiamat sebagaimana firman Allah:

!.| > !.l,. , !.|.
.l _.L.>' '

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya.
(Surah al-Hijr : ayat 9)

2. Al-Quran dijamin tidak berubah dan tidak dapat diubah. Sebagaimana firman Allah:

_.l -..> .N >l. _ls _ ..!. :.. ..> _.,1l
N _..!. .... .l. _l ...-. -.l .L

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad, sesungguhnya jika manusia dan jin
berkumpul untuk membuat sesuatu yang menyerupai Al-Quran ini, nescaya mereka
tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya sekalipun sebahagian mereka
menjadi pembantu sebahagian yang lain.
(Surah al-Isra`: ayat 88)

Perkataan wahyu berasal dari perkataan Arab yang berbentuk masdar atau nama
terbitan. Ia digunakan dalam Al-Quran dalam 32 surah dan perkataan Al-Wahyu itu
digunakan di dalam Al-Quran sebanyak 68 kali dengan bentuk yang berbeza-beza. Antara
contohnya:

1. Perkataan Yuha ) ( sebagaimana firman Allah:

_| .> N| "_`-. _-.`. '

Maksudnya: Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya).
(Surah Al-Najm ayat 4)



41
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN
OUM
2. Perkataan Auhaa ) ( Sebagaimana firman Allah:

:|. .>. _|| ...>l _ .`... c. _|..,..
.l! !... ..:. !..!. _..l`.`.

Maksudnya: Dan (ingatlah, ketika aku ilhamkan (perintahkan) kepada pengikut Isa
yang setia: Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku
(Surah Al-Maidah ayat 111)

3. Perkataan Yuhuna ) ( Sebagaiman firman Allah:

_|. _.L..:l _.`>.`.l _|| `.,!.l. ..l..>`.l ................ '

Maksudnya: Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-
pengikutnya supaya mereka membantah kamu.
(Surah al-An`am: ayat 121)

3.3.1 Pengertian Wahyu

Pengertian wahyu dapat diberikan dalam bentuk iaitu:

1. Pengertian bahasa
2. Pengertian istilah

Pengertian Bahasa

Wahyu menurut pengertian bahasa membawa maksud berikut:

(i) Memberitahu sesuatu dengan cara yang tidak jelas atau samar-samar dan segera.

(ii) Sesuatu yang ditulis atau Al-Risalah, yang membawa maksud kerasulan.

(iii) Segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat
diketahuinya.

(iv) Wahyu membawa maksud sesuatu yang ditulis atau Al-Maktub.

(v) Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada makhluknya baik
manusia atau binatang.

(vi) Segala apa yang disampaikan oleh makhluk sesama mereka.

Sebagai kesimpulannya, penurunan wahyu menurut bahasa ialah turun dari tempat yang
tinggi. Ini sebenarnya hanya sebagai majaz atau simbolik sahaja untuk menunjukkan
ketinggian Al-Quran dan kemuliaannya.




42
TOPIK 3
NUZUL AL-QURAN

OUM
Pengertian Istilah

Wahyu menurut pengertian istilah ialah:

(i) Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada para Nabi dan rasul-
Nya, seperti Al-Quran dan Hadis.

(ii) Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada pengertian
Al-Quran. Hal itu kerana Al-Quran merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad, tetapi tidak semua wahyu itu berupa Al-Quran. Di mana ada yang
berupa hadis, kitab Zabut, Taurat dan Injil adalah juga wahyu Allah.

Sebagai rumusannya, penurunan wahyu mengikut pengertian istilah ialah penurunan dari
Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia dan dari Langit Dunia kepada Nabi Muhammad
s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril yang mengambil masa lebih kurang 23 tahun.

3.3.2 Jenis- jenis Wahyu

Berdasarkan pengertian bahasa dan istilah tersebut, wahyu itu dibahagikan kepada
beberapa jenis, iaitu:

1. Wahyu itu termasuklah segala jenis percakapan di antara seorang hamba dengan
Tuhannya, iaitu di sebalik hijab.Contohnya:

Rasul mendengar kata-kata tersebut tetapi tidak melihat siapa yang menuturnya,
seperti Allah bercakap dengan Nabi Musa. Sebagaimana firman Allah:

.l. < _..`. !.,l.

Maksudnya:. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata
(secara langsung, tidak ada perantaraan).
(Surah al-Nisa164)

2. Wahyu itu juga melalui ilham atau dalam bentuk ilham. Iaitu Allah mencampakkan ke
dalam hati Rasul-Nya dalam bentuk ilmu dan pengetahuan yang benar.

3. Wahyu juga dalam bentuk ilmu yang benar. Sebagai contohnya Nabi Ibrahim
bermimpi akan menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana yang termaktub dalam
Al-Quran melalui firman Allah:

..... _! _.... _.| _ _ .!..l _. i>: ........ '

Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku
melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu.
(Surah al-Saffat: ayat 102)




43
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN
OUM
4. Wahyu datang dengan perantaraan Jibril. Sebagaimana firman Allah:

_,. . -.,l _..N ' _l s i.l _.>.l . _...l ''
_!.l. _.,s _... ''

Maksudnya: Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu,
supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran
dan amaran (kepada umat manusia). Ia diturunkan dengan bahasa Arab yang fasih
serta terang nyata.
(Surah al-Syu`ara` ayat 163-165)

5. Wahyu Allah kepada Nabi Muuhammad di atas Langit Ketujuh pada malam Isra dan
miraj. Iaitu tentang sembahyang lima waktu. Martabat wahyu jenis ini tidak dapat
diketahui caranya, hanya Allah yang mengetahuinya. Namun ia adalah benar
sebagaimana sabit dalam riwayat Bukhari dan Muslim.

3.3.3 Cara Penurunan Wahyu

Berdasarkan penjelasan berkaitan dengan jenis-jenis wahyu. secara lebih terperinci
dijelaskan berkaitan dengan cara penurunan wahyu. Apa yang dimaksudkan dengan cara
penurunan wahyu di sini sebenarnya ialah penurunan Al-Quran. Untuk itu cara penurunan
Al-Quran kepada nabi dalam dua cara:

1. Penurunan wahyu dengan erti al-Ihaa ) ( . Iaitu memberi wahyu.

2. Penurunan wahyu dengan erti al-Muhaa Bih ) ( . Iaitu yang diwahyukan.

Penurunan Wahyu dengan Erti Al-Ihaa ) (

Wahyu mengikut konsep ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Sebagaimana yang
terkandung dalam firman Allah:

!.. _l :.l _ .l>`. < N| !.>. . . _. .!> . .,`.
N.. _-.`. ..:. !. '.!: ............................... '

Maksudnya: Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata
dengannya kecuali dengan jalan wahi (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik
dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat)
lalu utusan itu menyampaikan wahi kepadanya dengan izin Allah akan apa yang
dikehendaki-Nya
(Surah Al-Syura ayat 51)




44
TOPIK 3
NUZUL AL-QURAN

OUM
1. Perkhabaran atau wahyu yang diturunkan daripada Allah melalui ilham tanpa
sebarang perantaraan. Wahyu jenis ini juga termasuk mimpi-mimpi para nabi dan
Rasul yang benar. Contohnya Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya Ismail.
Sebagaimana firman Allah:

..... _! _.... _.| _ _ .!..l _. i>: ........ '

Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya
aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu
(Surah al-Saffat: ayat 102)

2. Nabi dan Rasul mendengar kalam Allah atau Allah berbicara dengan mereka di
sebalik hijab atau tabir. Contohnya, kisah Nabi Musa yang menerima perlantikan dan
perutusan kerasulannya. Sebagaimana firman Allah:

Maksudnya: Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru
Wahai Musa! Sesungguhnya aku Tuhanmu maka bukalah kasutmu, kerana engkau
sekarang berada di wadi Tuwa yang suci.

Bahagian ini juga termasuk yang diterima oleh Nabi Muhammad pada malam Isra
dan Miraj supaya menunaikan sembahyang lima waktu secara langsung tanpa
sebarang perantaraan.

3. Penerimaan wahyu melalui perantaraan malaikat Jibril. Wahyu jenis ini dapat
dibahagikan kepada dua bentuk:

(i) Nabi dapat melihat sendiri kehadiran malaikat Jibril. Wahyu melalui perantaran
malaikat Jibril ini pula dapat dibahagikan kepada dua bentuk pula:

Pertama: Nabi dapat melihat malaikat Jibril dalam rupa bentuknya yang asli.
Contohnya: Ketika Nabi keluar daripada rumahnya selepas kerinduan lama
terputus wahyu, selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira. Apabila
melihat malaikat Jibril yang begitu besar Nabi ketakutan dan pulang ke
rumahnya dan berselimut. Dengan itu turunlah ayat Surah Al- Muddaththir.
Sebagai firman Allah:

!..!.. `,...l `. ..! ' i`.. .>
: -

Terjemahan: Wahai orang yang berelimut! Bangunlah serta berilah peringatan
dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan
ingatlah kebesaran-Nya!






45
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN
OUM
Kedua: Malaikat Jibril menemui Nabi dengan menyamar atau menyerupai
bentuk manusia biasa. Contohnya: Sewaktu Nabi bersama sahabat dalam satu
majlis kemudian malaikat Jibril datang dengan brpakaian serba putih dan
bertanya dengan Nabi tentang iman, Islam dan Ihsan.

(ii) Nabi tidak dapat melihat malaikat Jibril ketika menerima wahyu, tetapi Baginda
hanya mendengar dan dapat mengetahui kedatangan malaikat Jibril melalui
suara seperti suara lebah atau bunyi loceng. Wahyu yang diterima dalam
bentuk ini merupakan yang paling berat bagi Nabi sehingga kadang-kadang
Baginda mengeluarkan peluh yang banyak walaupun kedaan cuaca yang
sejuk.

Penurunan Wahyu dengan Erti Al Muuha Bih ) (

Wahyu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua jenis:

(i) Al-Quran
(ii) Hadis

Walaupun pada dasarnya Hadis adalah ucapan Nabi s.a.w., namun ia sebenarnya adalah
wahyu daripada Allah. Maknanya daripada Allah, cuma dituturkan oleh Nabi melalui
susunan bahasa Baginda sendiri. Sebagaimana firman Allah:

!.. _L.. s _.> _| .> N| "_`-. _-.`. '

Maksudnya: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam)
menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada
Al-Quran atau Hadis ) tidak lain adalah wahi yang diwahikan kepadanya).
(Surah Al-Najm ayat 3 dan 4)

3.3.4 Keraguan tentang Wahyu dan Jawapan Pendapat Ilmiah yang
Menyokong Wujudnya Wahyu

Dalam Islam, kita mempercayai bahawa semua ilmu adalah milik Allah. Kemudian Allah
berikan ilmu itu kepada manusia mengikut tatacara tertentu, yang termasuk juga daya
usaha manusia bekerja dan berfikir. Hirarki tersebut boleh digambarkan seperti berikut.

1. Wahyu
2. Ilham
3. Intuisi
4. Akal
5. Pancaindera






46
TOPIK 3
NUZUL AL-QURAN

OUM
Jelas dalam hirarki di atas Wahyu ialah sumber utama ilmu bagi orang Islam, khasnya ilmu
yang berkaitan dengan ketuhanan, aqidah, hukum-hukum shari`at, seperti hukum haram
dan halal, akhlak, hukum ibadat, munakahat, muamalat, jinayat dan sebagainya. Ilmu
diturunkan kepada para rasul untuk menjadi panduan dan petunjuk bagi seluruh manusia.
Wahyu termasuk juga Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi yang sahih. Ini berdasarkan firman
Allah di dalam surah An-Najmi ayat 3-4:

Maksudnya: Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu berhubung dengan
agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya
itu (sama ada Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
(Surah An-Najmi: ayat 3-4)

Setiap orang Islam diwajibkan mengambil pengetahuan dan maklumat daripada wahyu
dan seterusnya mengawal diri dan menghayati arahan dan ajaran yang terdapat dalam
wahyu.

Bagi Islam Wahyu merupakan sumber segala ilmu. Ia berasal daripada Allah dan
disampaikan kepada manusia dengan pelbagai cara untuk memberi ilmu yang tinggi.
Rasul merupakan perantaraan antara Allah dengan manusia. Segala ilmu shari`at
disampaikan kepada Rasul dan Rasul pula menyampaikannya kepada manusia.

Bagaimanapun terdapat golongan manusia tidak menerima, malah menentang kewujudan
WAHYU dan menimbulkan keraguan mengenainya serta menafikannya sebagai sumber
ilmu. Penentang-penentang kewujudan wahyu ini berhujjah berdasarkan akal dan
pengetahuan yang ada pada mereka semata-mata. Ilmu bagi mereka ertinya maklumat-
maklumat yang pasti dan diyakini yang wujud hasil dari kajian dan pengamatan terhadap
alam. Kajian pengamatan ini bermula dari tanggapan awal (hipotesis) yang menggunakan
bukti-bukti yang pasti yang didapatai melalui pancaindera (alat deria) sahaja.

Jadi ilmu yang ada pada mereka, semuanya berdasarkan akal yang dibantu oleh alat
deria. Semua maklumat atau pengetahuan yang wujud hasil dari pengamatan dan kajian
berdasarkan alat deria ini akan diiktiraf oleh mereka, sedangkan maklumat atau
pengetahuan yang idak dihasilkan oleh pancaindera tidak akan diiktiraf. Kerana itu mereka
tidak tertarik terhadap maklumat tentang ketuhanan, kerasulan dan termasuk juga
WAHYU.

Lantaran itu, di sini dikemukakan dalil-dalil ilmiah yang boleh menolak pandangan mereka:

Hujah 1

HEPNOTISME ) ( atau disebut juga ) ( iaitu ilmu pukau. Perkara
ini dtemui oleh Prof. Masmar dari Jerman dalam kurun ke-18. Ilmu pukau ini mendedahkan
beberapa fakta:

1. Manusia mempunyai akal batin yang jauh lebih baik dari akal biasa.

2. Semasa seseorang itu dipukau, dia dapat melihat dan mendengar lebih baik,
membaca tanpa melihat, dan boleh memberitahu perkara-perkara yang akan
berlaku. Semua keadaan ini tidak mungkin berlaku di alam nyata.

3. Pemukauan ada bebagai tahap bergantung kepada kekuatan akal batin.



47
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN
OUM
4. Kadangkala pemukauan itu sampai ke peringkat di mana ruh orang yang dipukau
tadi keluar dari jasadnya dan berada di sekitar, tetapi tidak dapat dilihat, sementara
jasad pula kelihatan seperti mati. Ini menunjukkan adanya hubungan yang halus
antara roh dan jasad.

5. Adanya roh bagi setiap jasad.

6. Roh bebas dari jasad.
7. Roh tidak musnah walaupun jasad musnah.

8. Roh ada hubungan dengan ruh-ruh yang terdahulu, bila ia bercerai dari jasad

Dari fakta-fakta ini dapat ditegaskan bahawa Allah akan memperlihatkan tanda-tanda
kewujudan-Nya seperti firmanNya:

`..`.. !..... _ !N _. .... _.> _.... .l . _>' ...

Berdasarkan fakta-fakta ini juga dapat dikaitkan dengan wujudnya hubungan antara
malaikat dan rasul. Malaikat mempunyai kemampuan untuk mengajar dan mempengaruhi
rasul kerana ia adalah terdiri dari ruh sahaja (tanpa jasad). Rasul pula tentu ada ciri-ciri
khusus untuk membolehkannya menerima ajaran daripada malaikat. Ciri ini ialah,
kemurnian ruhnya dan kebersihan jiwanya yang sesuai dengan kemurnian dan
kebersihan diri malaikat. Ketika rasul menerima wahyu keadaannya bertukar kepada satu
keadaan yang seolah-olah seperti dipukau sehinggalah baginda mendapat wahyu.

Jadi, kalau manusia biasa seperti ahli pukau dapat memukau manusia lain, apakah tidak
lojik malaikat boleh memukau rasul dan menyampaikan wahyu. Tetapi perlu diingatkan
bahawa pemukauan malaikat terhadap rasul berlainan sama sekali dari pemukauan
seorang ahli pukau terhadap orang lain.

Hujah 2

Rekaan-rekaan baru telah mewujudkan telefon, wireless, mikrofon, televisyen dan radio
yang membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dari jarak jauh. Kalau
manusia dapat mewujudkan keadaan sebegini, apakah tidak lojik Allah dapat mewujudkan
wahyu?

Hujah 3

Rekaan-rekaan yang telah mewujudkan sistem rakaman yang dapat merakam segala
suara. Kalau manusia dapat mencipta demikian, apakah tidak munasabah Allah lebih lagi
dapat mewujudkan wahyu dan wahyu itu terlekat di hati rasul untuk kemudiannya
disampaikan kepada manusia?

Hujah 4

Kita dapati ada binatang yang cara hidupnya mempunyai keistimewaan tersendiri.
Contohnya semut dan lebah. Secara lojiknya binatang ini tentulah mempunyai akal kerana
dapat mengatur hidup mereka dengan begitu rupa.



48
TOPIK 3
NUZUL AL-QURAN

OUM
Lebih jelas lagi cuba kita perhatikan sejenis binatang aneh yang bernama axiclub
) ( yang ditemui oleh Millan Edward seoang pensyarah di Universiti Surbone
Perancis. Binatang tersebut hidup bersendirian sebaik sahaja ia bertelur. Anak axiclub ini
bentuknya seperti ulat yang tidak ada kaki dan tidak berdaya menjaga dirinya dari
serangan musuh dan juga tidak berupaya untuk mencari makanan. Ia hanya hidup selama
setahun di sarang yang tertutup dan tenang tidak ada gangguan. Kalau sarangnya
terdedah dan banyak gangguan ia akan mati.

Bila sampai waktu untuk bertelur, axiclub tadi akan mendapatkan sebatang kayu. Kayu
tadi akan dikorek untuk dijadikan lubang sarang. Bila selesai membuat sarang ia pun
mendapatkan bekalan makanan yang cukup untuk seekor axiclub selama setahun.
Bekalan makanan ialah kelopak bunga dan daun-daun manis. Kelopak bunga dan daun-
daun manis tadi dihamparkan disarangnya itu. Kemudian ia bertelur sebiji. Sesudah itu ia
mendapatkan habuk-habuk kayu dan diadunkan hingga menjadi sebati seperti tepung
untuk dijadikan atap kepada telur tadi. Lepas itu ia akan mendapatkan kelopak bunga dan
daun-daun manis yang lain pula untuk diletakkan di atas atap dari adunan habuk-habuk
kayu tadi di mana ia akan bertelur sebiji lagi. Begitulah seterunya hingga ia selesai bertelur
dan sesudah itu ia pun mati. Siapakah yang mengajar ini semua untuk axiclub kalau tidak
wahyu Allah?

Jelas daripada huraian hujjah-hujjah di atas bahawa WAHYU adalah perkara yang
sememangnya berlaku. Ini kerana wahyu adalah Kalamullah kalam pencipta, yang
menjadi panduan hidup manusia di bumi ini. Malah manusia sangat memerlukan wahyu
sebagai pembimbing kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Dengan sebab itu
seluruh umat manusia daripada ADAM hingga MUHAMMAD disampaikan WAHYU
sebagai panduan hidup mereka dan umat seluruhnya.