Anda di halaman 1dari 102

TOPIK 1 ALAM BELAJAR - BERMAIN Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan

fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995) Kepentingan bermain:

Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :


y y y y

Meluahkan idea, perasaan dan emosi Tenang dan beriadah Menggunakan tenaga yang berlebihan Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial Membudayakan proses pembelajaran Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni

y y

Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal:


y y y y y

Menggerakkan psikomotor Meningkatkan kemahiran fizikal berlari, melompat, memanjat Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria bau, sentuh Meningkatkan kemahiran manipulatif mencantum, melukis, menampal Meningkatkan kemahiran mengimbang renang, kawal pernafasan

Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi:


y

Belajar berinteraksi secara positif

y y y

Belajar menghormati hak orang lain Menghargai alam sekitar Menghormati nilai budaya

Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif:


y y y y y

Mendengar Berbahasa Membaca Berbincang Berlakon

Secara ringkas, kepentingan bermain adalah :


y y y y y y y y y y y y

Belajar konsep Meningkatkan keupayaan kognitif Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan Membantu dalam menyelesaikan masalah Membina kemahiran sosial Memahami dunia sekeliling Mempelajari bahasa Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan Membina kemahiran kendiri yang positif Memupuk sikap tanggungjawab Mempelajari peranan orang dewasa

Kategori Main:

Permainan Sosial:
y y

Bermaksud permainan yang dimainkan secara kumpulan Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak -kanak ke arah mencapai kematangan bermasyarakat

Permainan Sosial Jenis-jenis :


y

Main Unoccupied tidak bermain dengan apa-apa alatan tetapi hanya berada dalam kawasan permainan Main Solitary bermain seorang diri tanpa menghirau orang lain Main Onlooker memerhati rakan-rakan bermain Main Parallel bermain sendirian,menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri Main Associative bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan Main Cooperative bermain dan bekerjasama dalam kumpulan

y y y

Jenis permainan kognitif : Main simbolik - menggunakan imaginasi dan main peranan - gunakan objek atau peranan yang mewakili objek atau peranan sebenar - belajar tentang peranan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dan budaya Main berfungsi - melibatkan gerak balas aktiviti otot spt. membaling, melontar, mengetuk - menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bola - mempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan Main konstruktif

- melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengenali dunia - guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau kreativiti - alat yang digunakan bukan dalam keadaan asli ttp. Untuk membina sesuatu yang lain Main berperaturan - permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan - peraturan juga boleh dicipta sendiri secara bersama - peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi atau daerah - memperkembangkan kanak-kanak dari aspek sosial dan emosi spt. mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghorma ti rakan, berkomunikasi, berkompromi dsb.
Secara ringkas, ciri-ciri main adalah :
y y y y y y y

Penglibatan aktif Motivasi intrinsik Bebas untuk memilih Menyeronokkan Melibatkan proses penyesuaian Penerokaan Simulasi

DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGAJARAN

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan mengu asai kemahiran yang diperlukan.

CIRI-CIRI PENGAJARAN
y y y y y y y

guru dan murid, guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar, hanya bermakna apabila ada pembelajaran, melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman, melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol, ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian, boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru murid serta berpusatkan sumber, meliputi rancangan mengajar (KOPI), proses yang melibatkan interaksi dua hala, ada unsur sains dan seni.

y y y

PEMBELAJARAN

Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning , pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers,

pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

Pembelajaran :
y y y y y y

Satu proses yang berterusan, Secara formal dan tak formal, Secara formal melalui sekolah membaca, menulis & mengira dsb., Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran. Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran, Empat mazhab pembelajaran utama behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

PROSES PEMBELAJARAN GAGNE

Nama beliau ialah Robert M.Gagne, telah dilahirkan pad a tahun 1916 dan merupakan ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam b idang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan masalah -masalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak daripada peringkat Gagne paling menggunakan kecerdasan mudah teori kepada pembelajaran strategi peringkat behavioris kognitif, dan paling dan kompleks. untuk

kognitif

mengkategorikan kedayaan pembelajaran ke dalam lima kelompok utama, iaitu kemahiran kemahiran (intelektual), motor maklumat berbahasa, sikap.

Mengikut Gagne 1974, terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya. Kemahiran kecerdasan pertama dalam pembelajaran diskriminasi iaitu membezakan simbol-simbol. Setelah menguasai kemahiran ini, barulah dapat membentuk konsep. Dalam pembelajaran konsep, murid mestilah membuat diskriminasi antara unsure, kemudian mengelas dan membahagikan unsur itu dalam kumpulan untuk membentuk hukum. Misalnya hukum ketumpatan sesuatu benda menunjukkan perhubungan antara konsep jisim dengan isipadu. Oleh itu, kemahiran kecerdasan membolehkan seseorang 'mengetahui bagaimana' hendak melakukan sesuatu tindakan dan bukan hanya semata-mata 'mengetahui apa' keadaan yang wujud. Ini bermakna kemahiran kecerdasan meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh, simbol dan huraian serta kebol ehan menggunakan maklumat itu. Strategi kognitif pula merupakan kebolehan memproses maklumat yang

membolehkan si pelajar memikir, menumpukan perhatian, memili h, mengingat dan menggunakan maklumat.

Perolehan kemahiran motor membolehkan seseorang melakukan pergerakan kordinasi dalam aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, perkembangan dalam kemahiran motor juga memerlukan pemikiran dan penguasaan kemahiran kogniti f. Misalnya, sama ada dalam aktiviti sukan atau bermain muzik, seseorang memerlukan kemahiran fizikal dan kecerdasan. Sikap seseorang pula mempengaruhi tindakannya terhadap sesuatu perkara, peristiwa atau orang lain. Ini berkait secara langsung dengan pera saan, tingkah laku, minat dan kesediaan pembelajaran pada seseorang pelajar. Kemahiran kecerdasan

Kemahiran menggunakan simbol untuk berkomunikasi, menjalankan manipulasi dan menyelesaikan masalah. Dalam suatu ladang ternakan, terdapat 20 ekor itik, 45 ekor ayam, 22 ekor lembu, 56 ekor kambing dan 2 orang pekerja. Berapakah bilangan kaki di ladang itu?

Diskriminasi

Dapat membezakan antara dua objek atau simbol. Dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bujur dan p dengan q. Konsep Mengenalpasti sekumpulan idea, objek atau peristiwa yang mempunyai cirri-ciri yang sama.Mamalia, tenaga dan atom. Hukum Perhubungan di antara sekumpulan konsep. Hukum Boyle; hukum segiempat tepat, meramalkan kadar tindak balas berdasarkan keadaan sedia ada. Strategi Kognitif Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pemikiran dan pembelajaran.

Menggunakan satu cara (misalnya, peta konsep) yang berkesan untuk meningkatkan ingatan maklumat kompleks. Maklumat berbahasa Menggunakan simbol, label dan fakta unt uk menyampaikan erti sesuatu pengetahuan. Menyebut nama anggota-anggota ASEAN. Kemahiran motor Tindakan yang melibatkan manipulasi dan kordinasi fizikal. Menulis, berenang dan bermain badminton. Sikap Corak mempamerkan tingkah laku atau tindakan. Memilih untuk menyertai persatuan sains dan menolak kelab muzik. Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan lapan syarat pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Syarat pembelajran tersebut ialah : Syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian. Misalnya untuk menguasai jenis pembelajaran 5, syarat 1,2,3 dan 4 mesti dikuasai dahulu. Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:

1- Pembelajaran Isyarat

Pembelajaran Isyarat berlaku seca ra semula jadi & tidak sengaja. Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu dimiliki oleh seseora ng individu ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa re hat telah tiba, keadaan ini berlaku kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu ransangan positif akan

menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh mendesakkan pembelajaran.

2- Pembelajaran ransangan tindak balas

Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan. Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Con tohnya, guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk mendapat pujian gurunya.

3- Pembelajaran melalui rangkaian

Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkai tan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti :

Kemahiran menghantar bola Kemahiran menerima bola Kemahiran menjaringkan bola Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak d ilupakan.

4- Pertalian bahasa

Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu p rinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk menjam in peneguhan pertalian bahasa.

5- Pembelajaran diskriminasi

Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus. Demgam perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang individu itu sanggup menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza walaupun kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada objek. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri -ciri yang membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.

6- Pembelajaran konsep

Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar konsep melalui contoh -contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui t entang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan perbezaannya berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.

7- Pembelajaran Hukum

Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. J enis pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum : 1. Memberi maklumat yang betulMenghuraikan cirri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep. 2. Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang berkaitan. 3. Menyoal pelajar tentang hukum -hukum yang telah dipelajari. 4. Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum -hukum yang telah dipelajari.

8-Pembelajaran penyelesaian masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesa ian sendiri. Ia adalah peringkat pembelajaran yang paling sukar dan kompleks. Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian masalah iaitu : 1. Mengenal masalah 2. Mencari maklumat 3. Membuat hipotesis 4. Memilih cara menyelesaikan masalah 5. Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ). 6. Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).

Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar kemahiran berfikir.

IMPLIKASI TEORI GAGNE TERHADAP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasa i jenis pembelajaran kemudian.

Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebag ai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.

Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak -Kanak Berkeperluan Khas. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka mempelajari sesuatu melalui pembelajaran isyarat, contoh kanak-kanak yang bisu dan pekak. Selain itu kanak -kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga dapat mempelajari melalui objek sebagai isyarat sesuatu.

Sebenarnya kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai naluri seperti kanak kanak biasa, jadi ransangan gerak balas yang positif akan meningkatkan semangat mereka untuk belajar.Kanak-kanak berkeperluan khas samaada menghadapi masal slow learner (lembam) , masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan lain -lain lagi mestilah diajar secara berulang -ulang berdasarkan pembelajaran mela lui rangkaian. Kaedah ini dapat menguatkan lagi ingatan pelajar kerana pembelajaran di ajar secara berulang -ulang.

JENIS-JENIS PENGAJARAN.

Pengajaran secara kuliah menggariskan beberapa kelebihan. Antaranya ialah cara ini berkesan untuk mendapatkan maklumat. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana semua maklumat boleh disampaikan kepada sekumpulan murid yang bsear dalam masa yang singkat. Selain itu, cara ini dapat menyumbang bahan -bahan tambahan yang tidak boleh diperoleh oleh murid -murid melalui buku teks. Kelas lebih mudah dikawal dan sesetengah murid akan merasa lebih puas dengan bentuk penyampaian yang lebih distrukturkan. Mereka lebi h secara mudah menganalisa, langsung. menginterpretasi, dan mensintesis bahan -bahan pembelajaran apabila disampaikan Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ia merupakan komunikasi satu hala. Interaksi antara pendidik atau guru dengan murid terhad. Pengaja ran cara ini tidak menggalakkan murid-murid belajar secara aktif. Pembelajaran melalui penerimaan bahan-bahan kulih biasanya tidak lengkap kerana apa yang didengar atau dicatat secara tergesa-gesa itu akan mudah dilupai atau tidak difahami dengan sempurna. Oleh itu banyak masa diperlukan untuk membuat telahan selepas menerima kuliah. Pengajaran secara kuliah kadangkala tidak boleh mencapai sesetengah jenis

objektif kerana ia tidak boleh menolong kita mencapai objektif pemikiran kritikal atau kreatif atau penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor kognitif. Ia juga tidak berupaya mengubah nilai atau sikap dan tidak akan boleh menghasilkan penganut baru. Cara ini biasanya memerlukan guru yang pandai bercakap dan boleh bertutur dengan baik.

PENGAJARAN SECARA KUMPULAN

Pengajaran secara kumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid murid dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran berkelompok. Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid -murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka diletakkan dalam sat u kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain -lain cara pengukuran kebolehan otak murid -murid. Kedua, ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan. dijalankan dal am keadaan kerusi meja yang disusun secara

KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN a) Kumpulan jenis ini melibatkan murid -murid yang lebih kurang samam taraf kebolehan mereka. Mereka ini diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan penialaian.

b) Pengumpulan murid-murid mengikut kebolehan biasanya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran seperti lisan, membaca, dan menulis . Ini membolehkan guru memberi perhatian kepada satu -satu kumpulan murid yang

hampir-hampir sama kebolehannya dalam usaha menanamkan satu -satu kemahiran. Guru dapat merancangkan jenis pemeringkatan bahan mengikut kebolehan murid murid dalam kumpulan berkenaan. c) Kumpulan mengikut kebolehan harus dibentuk berdasarkan penilaian guru, sama ada pemerhatian atau ujian. Kebolehan murid -murid berbeza-beza mengikut mata pelajaran serta aspek-aspek tertentu dalam satu-satu mata pelajaran. Kebolehan mereka berubah-ubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, ahli satu-satu kumpulan tidak semestinya sama sepanjang masa. Perhatian diberi kepada individu -individu hendaklah juga dijalankan. d) Pada amnya, guru bolehlah membentuk 3 kumpulan:

- kumpulan cerdas (2 kelompok) - kumpulan sederhana (5 kelompok) - kumpulan lemah (1 kelompok) Guru harus menyediakan bahan-bahan yang sesuai dan sewajarnya mengikut kelompok masing-masing.

KUMPULAN MENGIKUT PELBAGAI KEBOLEHAN a) Kumpulan mengikut pelbagai kebolehan boleh dilakukan s etelah murid-murid dapat menguasai kemahiran asas. b) Melalui kumpulan mengikut pelbagai kebolehan, murid -murid yang cerdas diminta membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi dan sosial yang sihat

dapat dibina melalui aktiviti -aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi, dan sebagainya. c) Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan mengembangkan bakat kepimpinan. Perkembangan sahsiah yang sihat dapat juga dibina. Begitu juga halnya dengan pemupukan semangat kerjasama, men gukuhkan sikap bertimbang rasa, bertanggung jawab, bertolak ansur, dan sebagainya. Selain itu, semangat pertandingan yang sihat antara kumpulan juga boleh diadakan.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN KUMPULAN

Berikut diperlihatkan beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktu hendak melaksanakan pengajaran secara berkumpulan : a) Murid-murid harus dibiasakan dengan satu rutin atau tatakerja aktiviti kumpulan, iaitu apabila satu -satu aktiviti kumpulan hendak dilaksanakan, murid harus tah u tugas mereka. Misalnya, mengambil alat atau bahan, membahagikan bahan -bahan kepada setiap kumpulan, menjalankan aktiviti, mempersembahkan hasil aktiviti, menyimpan bahan dan alat, mengemas tempat, dan lain -lain. b) Guru harus bersedia dan boleh menerima suasana pelajaran yang agak bising yang ditimbulkan oleh murid -murid semasa mereka bersoal jawab. c) Guru harus dapat menentukan supaya tidak ada murid -murid yang merasa besar diri atau rendah diri ber ada di dalam sesuatu kumpulan. d) Perhatian juga hendaklah diberi kepada individu -individu tertentu walaupun mereka telah ditempatkan dalam kumpulan. e) Kerjasama dan pertandingan yang sihat hendaklah diwujudkan dalam kumpu lan atau diri setiap individu.

f) Sebelum menjalankan aktiviti kumpulan, guru he ndaklah menyediakan murid murid dan beri arahan dengan jelas. Guru hendaklah juga menyediakan tajuk -tajuk perbincangan. Setiap aktiviti yang hendak dijalankan hendaklah dirancangkan terlebih dahulu. Pastikan alat -alat dan bahan-bahan yang diperlukan tersed ia. g) Semasa aktiviti-aktiviti dijalankan, guru hendaklah beredar daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membimbing dan menggalakkan murid murid mendapat pengetahuan. Bagi melicinkan pengendalian gerak kerja kumpulan, guru bolehlah melantik b eberapa orang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang tugas-tugas tertentu. h) Di akhir pengajaran,guru hendaklah membincangkan hasil kerja murid bagi tiap tiap kumpulan. Ini memberi peluang setiap daripada mereka mengetahui tentang apa yang telah diperoleh oleh kumpulan-kumpulan tersebut. Guru boleh juga mempamerkan hasil kerja murid yang didapati baik. Ini dapat membantu meninggikan keyakinan murid. Di samping itu, mereka juga dapat merasakan diri mereka diberi penghargaan. Kadangkala cara ini dapa t juga memberi panduan, galakan, dan dorongan kepada murid -murid lain. i) Sebelum pelajaran ditamatkan, guru dan murid perlu membuat rumusan tentang apa yang dipelajari. Selepas itu mereka diminta mengumpul, mengemas, dan menyimpan barang-barang.

PENGAJARAN SECARA INDIVIDU

Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan

kepada pengakuan bahawa seitap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan -kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasn murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid -murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya. Pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertu juan untuk mengatasi masalahmasalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu -individu tertentu. Biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk satu

pembelajaran yang lebih berkesan, pengajran bentuk ini tidak menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan. Bentuk kedua yang boleh dilakukan ialah terhadap murid-murid yang maju dalam pembelajaran mereka. Pengajaran secara individu bukan bertujuan untuk

memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Biasanya, murid -murid akan menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri untuk belajar tanpa bergantung sangat kepada guru. Hubungan murid dengan guru adalah paling minimal. Segala sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji objektif

pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk me ncapai objektif-objektif ini.Bahanbahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing -masing, dan untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif mereka pada lain -lain masa. sistem ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara

mempelajarinya. Dalam sistem yang lengkap, media seperti bahan -bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rak aman video, dan lain-lain boleh digunakan. Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

PENGAJARAN SECARA KUMPULAN SEBAYA (PEER GROUP)

Pengajaran secara kumpulan sebaya adalah satu lagi cara menyampaikan pelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Ini tidak banyak berbeza dengan cara-cara kumpulan kaedah lain, cuma dalam kaedah ini seorang murid itu diperlukan mengajar atau membimb ing rakan-rakannya yang lain. Kelas yang dikendalikan melalui cara ini bi asanya mengandungi pelajar-pelajar yang hampir hampir sama dari semua segi. Mungkin mereka berbeza dari segi kecerdasan. Walau bagaimanapun, dalam banyak hal, seperti umur, minat, kecenderungan, dan kepentingan, mereka adalah serupa. Sama seperti kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar-pelajar dalam kumpulan sebaya digalakkan supaya memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan dan ini boleh dilaksanakan pada bila -bila masa. Dalam pengajaran bahasa, galakan perlu diberi kepada murid -murid pandai supaya membimbing rakan-rakan mereka yang memerlukan pertolongan dalam membaca dan menulis.

Pengajaran secara kumpulan sebaya, menggalakkan murid -murid berinteraksi sesama sendiri secara bebas. Ia memberi peluang kepada mereka belajar, mengkaji, dan menjalankan aktiviti ber sama-sama. Cara ini biasanya menggalakkan perkembangan kemahiran-kemahiran interpersonal. Murid-murid diberi peluang untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan -rakan mereka. Selain itu, melalui

perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang diadakan, pelajar -pelajar belajar bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati, rakan-rakan lain, dan sebagainya. Dari segi pengajaran, ia tidak banyak membebankan guru. Keadaan murid -murid yang tidak banyak berbeza itu memudahkan guru -guru membuat persediaan. Murid -murid yang pandai pula dapat membantu guru -guru menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid lemah.

PENGAJARAN SECARA KELAS BERCANTUM

Pengajaran secara kelas bercantum biasanya dilakukan dengan menggabungkan dua atau beberapa kelas menjadi satu kumpulan kelas. Murid -murid dalam kelas tersebut tidak mempunyai tahap pencapaian yang sama. Keadaan begini kerap berlaku di sekolah-sekolah rendah yang murid-muridnya terhad kepada bilangan yang amat kecil. Kemungkinan juga ia boleh berlaku jika sesebuah sekolah itu tidak mempunyai cukup guru untuk ditugaskan mengajar kelas-kelas tertentu. Kadangkala pengumpulan murid -murid dalam kelas bercantum tidak perlu mengiktu kumpulan kelas. Mereka boleh dikumpulkan mengikut minat, perbezaan pencapaian, dan sebagianya. mereka diperlukan saling membantu seperti satu pasukan. Pengajaran secara kelas bercantum, biasanya menggunakan kaedah kumpulan, iaitu murid-murid yang berkebolehan dan yang berada di tahap yang lebih kurang sama dikumpulkan bersama. Setiap kumpulan akan diberi tugas dan mereka belajar serentak dalam masa yang sama. Bahan-bahan pengajaran biasanya diperingkatkan mengikut kebolehan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga mungkin berbeza antara kumpulan -kumpulan tersebut. Oleh yang demikian, pengajaran cara ini memerlukan guru -guru yang

sanggup bekerja keras, rajin, berdedikasi, dan bertanggung jawab. Mereka juga harus bijak dan boleh menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keadaan sebenar di dalam kelas.

Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran adalah penting sebelum proses pembelajaran. Berdasarkan pengalaman mengajar anda, bincangkan

pernyataan dengan memberi contoh yang sesuai.

Memang

tidak

dapat

dinafikan

bahawa

pengetahuan

tentang

teori -teori

pembelajaran adalah penting sebelum proses pembelajaran. Ini dapat dibuktikan oleh pakar-pakar psikologi seperti Ivan P. Pavlov, E.L.Thorndike,Gagne dan ahli psikologi yang lain. Disebabkan kepentingannya dalam pembelajaran maka teori teori ini telah diaplikasikan dalam bilik darjah. Antara teori -teori yang telah digunakan dalam bilik darjah ialah: 1) Penggunaan Teori Pembelajaran Behavioris i) Teori Pavlov a) Menurut Pavlov kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari. Contohnya, kalau guru hendakkan murid -murid belajar beratur apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang, amalan ini perlu diulangi sehingga bunyi loceng (rangsangan) dapat dikaitkan dengan amalan berbaris (gerak balas), apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang. Dengan itu, murid-murid terus berbaris tanpa arahan guru. b) Kaitan antara rangsangan dengaan gerak balas dapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak bals terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu (menghasilkan sesuatu yang baik) akan sentiasa berterusan. c) Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Contohnya, dalam eksperimen Pavlov, anjing dilaparkan dahulu. Dalam bilik darjah, guru hendaklah

memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu yang menarik atau mengagumkan sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti.

ii) Teori Thorndike a) Menurut Thorndike, untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diadakan. Ini bermakna guru hendaklah menyediakan pelbagai sumber pengajaran-pembelajaran pembelajaran akan berlaku. b) Pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya. Ini bermakna seseorang murid boleh mempelajari sesuatu tanpa diajar oleh guru. Contohnya, seseorang murid boleh menyelesaikan satu masalah matematik tanpa bimbingan guru dengan melakukan pelbagai cubaan, tetapi ini memakan masa yang panjang. Untuk menjimatkan masa, guru bolehlah memberi bimbingan yang sewajarnya. c) Kesan pembelajaran yang menyeronokkan akan terus mendorong murid kearah pencapaian yang lebih baik. Dengan i tu, guru hendaklah menyediakan pelbagai jenis ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran murid -murid. iii) Teori Pelaziman Operan Skinner a) Objektif pendidikan yang ingin dicapai hendaklah realistik. Jika tidak murid akan mengalami kegagalan. Kegagalan memb awa perasaan malu yang boleh menyebabkan berlakunya peneguhan negative. Contohnya, seseorang yang sentiasa tidak dapat menjawab soalan guru akan berasa malu di hadapan murid-murid lain. Ini merupakan satu contoh peneguhan negative. Maka peneguhan positif perlulah dilakukan bagi menjamin tidak berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. yang menarik serta mengagumkan aga r

b)

Pembelajaran

berunsurkan

kemahiran

boleh

dijalankan

secara

berperingkat seperti mempelajari kemahiran permainan, gimnastik dan sebagainya. c) Tingkah laku yng tidak diingini boleh dikikis melalui proses penghapusan. Contonya, murid yang suka menjeritkan jawapan tanpa mengangkat tangan tidak harus dilayan. Ini dilakukan berulang kali sehingga amalan itu dapat dihentikan. 2) Teori Pembelajara n Kognitif i) Teori Pembelajaran Gagne a) Menurut Gagne, pada peringkat awal, pembelajaran isyarat boleh dijalankan. Contohnya, guru menunjukkan objek sambil mengimbaskan kad perkataan. b) Implikasi pertalian berbahasa kepada guru ialah ketika mengajar. Guru hendaklah menggalakkan kemahiran menulis serta mengemukakan hujah hujah. Contohnya, ketika mengajar konsep buku, guru tidak sahaja menunjukkan buku sebenar, tetapi murid -murid digalakkan menyebut dan mengeja perkataan itu. c) Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru hendaklah memberikan panduan dan cadangan tentang konsep dan hukuman yang diperlukan. Petunjuk yang berhubung terus dengan penyelesaian masalah tidak perlu diberi kerana ini boleh menjadikan tugasan itu terlalu senang dan kurang mencabar. ii) Teori Bruner a) Menurut Bruner, murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru hendaklah menyediakan peluang untuk murid -murid meneroka, memengang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mendatangkan pelajaran yang

bermakna. Ini bermakna aktiviti seperti projek, lawatan dan kajian luar hendaklah dikendalikan.

3) Teori Pembelajaran Humanis a) Teori Humanis menitik beratkan prinsip-prinsip berikut, murid akan belajar apa yang mereka kehendaki dan mereka ingin ketahui dan penilaian yang dibuat oleh murid sendiri lebih bermakna bagi dirinya. b) Pembelajaran hanya berlaku jika murid tidak berasa terancam. Suasana sosioemosi yang sihat dengan guru lebih memuji daripada mengkritik dan lebih membimbing daripada memarahi hendaklah diwujudkan. Murid akan belajar dengan lebih berkesan jika maruahnya tidak tergugat. 4) Teori Pembelajaran Sosial (Band ura) a) Menurut Bandura, pembelajaran manusia berlaku dengan cara

memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Guru hendaklah menunjukkan contoh hasil tangan, seni lukis atau kemahiran permainan yang baik untuk ditiru oleh murid-murid. b) Teori ini juga menyumbangkan teknik pengajaran seperti main peranan dan simulasi. Oleh itu, guru boleh mewujudkan situasi -situasi tertentu bagi mengajar nilai murni, melakonkan watak -watak dan sebagainya. 5) Teori Konstruktivisme a) Menurut teori ini, murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Oleh yang demikian, guru perlulah kreatif dalam pengajaran mereka,antaranya melibatkan murid dalam kajian luar, lawatan, menghasilkan buku skrap dan lain - lain lagi. b) Manusia memerlukan peluang untuk meneroka dan mengkaji. Guru perlu menyediakan peluang untuk muridnya menguji pendapat baru,

mengembangkan maklumat, menyelesaikan masalah harian dan mencipta respon baru terhadap sesuatu.
TEORI PEMBELAJARAN

Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif / Gestalt (Kognitivisme)

Teori Pembelajaran tingkah laku yang diutarakan oleh mazhab behavioris tidak dapat digunakan untuk menerangkan semua jenis pembelajaran yang berlaku dalam situasi yang berlainan. Umpamanya, walaupun kita kerap menggunakan telefon untuk menelefon kawan, kita sentiasa perlu merujuk buku panduan telefon untuk mendapatkan nombor. Sukar bagi kita untuk mengingati nombor yang kurang memberi makna dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, kita sentiasa mengingati peristiwa yang telah kita alami suatu masa dahulu. Ini kerana peristiwa itu merupakan suatu pengala man yang bermakna kepada kita. Sehubungan dengan itu, mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt)

menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun. Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian tentang faktorfaktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran kognitif juga d ikenali sebagai teori Gestalt. Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu, kepercayaan , harapan dan perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita. Dalam situasi bilik darjah murid belajar dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Murid sentiasa mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur kognitif supaya memperolehipengetahuan yang baru. Setiap kali murid belajar mereka akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan. Bahkan mereka akan menghayati maksud perkara yang baru mereka pelajari. Pengalaman yang bertindih juga dapat membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah y ang mereka hadapi.

Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan apabila seseorang belajar dia akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Mazhab kognitif berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola dan menyusun serta mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkannya memerhati pertalian di antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Mengikut pandangan kognitif, proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah. Pembelajaran kognitif melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan dan penguasaan konsep(penanggapan) Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yang akti f. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksud baru dalam pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Seseorang itu tidak belajar secara positif hanya melalui kaedah cuba ralat dalam persekitaran. Murid boleh memilih, membuat keputusan, mempraktik dan mencuba untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada sentiasa menentukan apa yang akan dipela jari, diingati atau d ilupakan. Ahli-ahli psikologi pendidikan yang terkemuka dan berpengaruhterhadap teori pembelajaran kognitif ialah Kohler, Piaget , Bruner, Gagne, dan Ausubel. Kurt Koffka dan Wolfgang KohlerKurt Koffka dan Wolfgang Kohler adalah dua orang ahli psikologi pendidikan berbangsa Jerman yang bermastautin di Amerika Syarikat pada awal abad ini. Mereka telah menggunakan haiwan seperti kucing, anjing, tikus dan cimpanzi untuk menjalankan eksperimen dal am kajian pembelajaran. Kohler (1913) dan rakan -rakannya menyelidik cara cimpanzi menyelesaikan sesuatu masalah . Seekor cimpanzi yang lapar dikurung dalam sebuah sangkar yang besar. Beberapa buah kotak yang berlainan saiz juga diletakkan di dalam sangkar itu. Cimpanzi tidak dapat mengambil pisang yang digantung kerana bu mbung sangkar itu terlalu tinggi dan sukar baginya memanjat ke atas. Cimpanzi itu melompat -lompat tetapi tidak berjaya mencapai pisang itu. Kemudian cimpanzi itu berhenti seketika seolah-olah berfikir dan memerhati di sekeliling sangkar. Tiba -tiba ia mengheret kotak-kotak itu ke tengah sangkar dan menyusun kotak itu bertindih -tindih seperti

tangga di bawah pisang itu. Setrusnya cimpanzi itu memanjat ke atas kotak da n berjaya mendapat pisang itu. Dalam eksperimen ini. Keadaan lapar telah menjadi rangsangan k epada cimpanzi untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu. Cimpanzi itu menyusun kotak -kotak untuk mendapatkan pisang setelah ia dapat menghayati perkaitan di antara kotak kotak dengan keinginan untuk memakan pisang tersebut. Persepsi perkaitan ini untuk menyelesaikan masalah disebut celik akal. Kohler dan rakan -rakannya menyimpulkan bahawa kebolehan cimpanzi itu menyedari perkaitan ini kerana cimpanzi itu dapat menghayati dan mempergunakan keadaan dalam sangkar itu secara menyeluruh. Mereka juga menyaran kan bahawa kebolehan mental (celik akal) yang serupa terdapat pada diri manusia. Kebolehan ini membolehkan manusia mempelajari perkara baru. Kajian Kohler menunjukkan bahawa pembelajaran yang kompleks berlaku bukan semata-mata melalui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai kebolehan mental yang istimewa yang disebut celik akalyang membolehkan mereka memperoleh pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks. Mengikut teori kognitif celik akal membolehkan kita menghayati perkaitan unsur -unsur di dalam persekitaran untuk membentuk erti dan menyelesaikan masalah.

Implikasi Teori Pembelajaran Kohler Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar me mpelajari perkara-perkara baru.Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan pemikiran celik akal di kalangan pelajar.Bagaimana Guru Boleh Menggalakkan Pemikiran Celik Akal Di Kalangan Pelajar Guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah difahami dan dibantu dengan gambar, audio serta pengalaman langsung pelaj ar dalam pengajarannya. Perkara perkembangan pelajar. yang hendak disampaikan mestilah mudah difahami.Soalan dan rangsangan yang diberi mesti sesuai dengan tahap kognitif dan

a) Pelajar mesti dapat membuat tanggapan dan pemgamatan sepanjang pelajaran. b) Contoh yang digunakan mesti bersesuaian dengan perkembangan dan tahap pengalaman pelajar. Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu. Proses ini lebih berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus, dan pelajar cuba me mbuat generalisasi yang betul. Guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan bimbingan dalam proses pemikiran celik akal. Guru perlu menggalakkan pemikiran kritikal dengan memastikan pelajar: a) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas. b) Berfikiran terbuka c) Dapat membuat rumusan. Guru boleh menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dan proses mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan fakta. Jika sesuatu bahan pelajaran terlalu susah, guru perlu memudahkan bahan tersebut supaya pel ajar dapat memahami bahan itu. Untuk menyenangkan lagi pemahaman pelajar, guru perlu mengajar mata pelajaran tertentu mengikut langkah -langkah yang kecil dan tersusun. Jika tugasan di sekolah terlalu susah, dan peneranga guru tidak jelas, pelajar tidak dapat mencapai celik akal.

TEORI PEMBELAJARAN BRUNER

Nama sebenar beliau ialah Jerome S. Bruner, dilahirkan di New York dan mendapat ijazah P.h.D daripada Universiti Harvard. Merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang perkembangan kebolehan mental manusia dan bagaimana pemikiran berlaku semasa dalam proses pembelajaran. Karya beliau kurang memberi penekanan kepada bukti daripada eksperimen. Sumbangan beliau yang paling besar dalam pendidikan ialah hasil karya beliau yang berjudul The Process of Education (1960). Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan. Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran beliau : Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya. Perkembangan mental manusia dan pemiki ran semasa proses pembelajaran. Pemikiran secara logikal. Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan . Pemikiran analisis dan intuitif. Pembelajaran induktif u ntuk menguasai konsep/kategori. Pemikiran metakognitif iaitu pemikiran mengenai pemikiran. Ciri-Ciri Penting Pembelajaran Bagi Teori Bruner Ialah : Persekitaran untuk belajar Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak -kanak supaya kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk sekolah. Pengajaran selanjutnya bergantung kepada cara memban gkitkan minat di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi dan prsonaliti m mepengaruhi

keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah pula guru perlu mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar. Struktur pengetahuan Merupakan satu kelompok pengetahuan hendaklah dibahagikan mengikut susunan yang mana dipelajari, dengan cepat. Bruner menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi pelajaran. Beliau mencadangkan pelajar membuat sistem mengkod, iaitu menyusun konsep konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan yang baik diperlukan supaya ransangan yang tertentu boleh dimasukkan dal am kategori-kategori yang sewajarnya. Jika sistem pengkodan ini disusun secara teratur, pelajar dapat memahami ransangan dengan lebih baik. Bruner menyarankan supaya guru menyusun bahan pengajaran dalam cara yang dapat diterima oleh pelajar mengikut tahap kebolehan dan pengalaman mereka. Hubungkaitan yang wujud antara idea idea yang penting dalam sesuatu mata pelajaran boleh dihuraikan dalam bentuk gambar rajah, prinsip atau rumusan. Guru mesti terangkan konsep alam bentuk perwakilan konkrit, iaitu pelajar dapat melihatnya secara visual dalam bentuk grafik dan gambar. Guru juga perlu menentukan jumlah maklumat yang boleh disampaikan kepada pelajar untuk diproses dan disimpan. Konsep ini d ipanggil ekonomi pembelajaran. Urutan Bahan pengajaran hendaklah disusu n mengikut urutan yang cekap untuk disampaikan dalam pengajaran supaya pelajar memahaminya dengan berkesan. Buner menamainya sebagai urutan optimum. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran. Pelajar belajar mengikut urutan tertentu, iaitu : a. Pesanan tanpa bahasa b. Respon anggota badan

c. Gambaran dan lakaran d. Bahasa Peneguhan Guru mesti memberi maklum balas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar, an masa peneguhan diberikan juga sangat penting. Jika peneguahan diberikan terlalu awal, pelajar akan menjadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut. Bruner juga mementingkan motivasi intrinsic kerana inginka n supaya pelajar menyelesaikan masalah sendiri dengan bimbingan yang diberikan oleh guru. Peringkat Pembelajaran Dalam Teori Bruner Mengikut teori perkembangan kognitif Bruner, peringkat pembelajaran berubah dalam tiga turutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Peringkat enaktif berlaku pada usia 0 -2 tahun. Peringkat enaktif ialah pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan bahasa. Kanak -kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu dipegang dan dipergunakan untuk memperolehi pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api untuk mengetahuinya boleh panas an melecurkan ; melontarkan bola untuk mengetahuinya boleh melambung dan berguling. Peringkat ikonik berlaku pada usia 2-4 tahun. Pada peringkat ini digunakan untuk kanak-kanak yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai peringat sanggup membentukkan penanggapan (persepsi) dan membina gambaran dalam mental. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak kanak boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak -kanak pada usia ini juga dapat membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Contoh, walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak -kanak tersebut sudah tahu bahan itu boleh mel ukakan tangan jika terkenanya.

Pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5 -7 tahun. Pada peringkat ini, kanakkanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik. Dalam peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motorsensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea sbstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian. Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak -kanak memperolehi pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit, dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga -tiga proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi pembelajaran mengikut urutan ini adalah se perti berikut : Enaktif - Kemahiran berbasikal Ikonik - Membayangkan cara berbasikal dengan baik Konkrit Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentu k

bahasa kepada rakan sebaya. Prinsip-Prinsip Penting Dalam Teori Pengajaran Bruner Penguasaan Bahasa Bruner mengatakan bahawa terdapat dua proses penguasaan iaitu : 1- Subordinat / kompleksif a) Peringkat ini merujuk kepada penggunaan bahasa yang tidak bercorak konsep atau prinsip untuk kanak-kanak yang mempunyai perkembangan dan kognitif yang rendah. b) Semakin berkembang pemikiran seseorang, semakin banyak konsep baru yang dikuasainya, jika dia didedahkan kepada keadaan dan situasi yang mengga lakkan perkembangan kognitif.

Belajar melalui kategori, konsep, atau hukum Bruner mementingkan pembelajaran secara konsep, prinsip, hukum atau kategori. 1- Mengapa konsep atau kategori penting ? a) Pembelajaran melalui konsep mempunyai kesan jangka panjang dan

meningkatkan penghargaan kendiri pelajar. b) Ia mengurangkan ketegangan kognitif kanak -kanak untuk mengingati objek atau peristiwa yang khusus. 2- Definisi konsep a) Idea-idea yang spesifik yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan khusus. Ia juga boleh diertikan sebagai kategori. b) Dalam pembelajaran kognitif, pelajar memproses maklumat daripada pe rsekitaran dan pengalamannya. c) Konsep diperoleh dengan mengkategorikan benda yang sama jenis ata u mempunyai pola yang tertentu. d) Sebagai contoh, pengelasan konsep tumbuh -tumbuhan gurun adalah

berdasarkan ciri-ciri seperti berakar panjang, daun berduri, kebolehan tumbuha n menyimpan air dan sebagainya. e) Bruner mementingkan penggunaan pendekatan induktif, iaitu pelajar diberikan contoh-contoh yang spesifik sebelum membuat definisi konsep. 3. Jenis-jenis konsep a) Konsep konjungtif - Konsep konjungtif memerlukan dua atau lebih ciri yang wujud serentak. - Sebagai contoh, burung mesti mempunyai bulu dan mempunyai sayap sebelum ia boleh terbang. b) Konsep disjungtif

- Konsep disjungtif memerlukan cirri yang berlainan untuk membezakan sesuatu kategori. - Ini bermakna burung yang tidak boleh terbang seperti ayam dan penguin tidak dapat dimasukkan dalam kategori di atas. c) Konsep berkaitan atau berhubungan - Konsep hubungan mempunyai cirri-ciri yang saling berkaitan. - Sebagai contoh apabila terdapat jerebu, kualiti udara turun dan orang ramai jatuh sakit. Ini menunjukkan jerebu mempunyai perkaitan dengan indeks kualiti udaran dan kesihatan manusia. 4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kategori a) Set minda - Pengalaman lampau dan pengetahuan sedia ada tentang persekitaran menolong pelajra mengkategorikan ransangan baru. - Pelajar mengenali ransangan dan mengka tegorikan serta mengklasifikasikan maklumat menurut struktur baru atau yang sudah wujud. b) Motivasi - Unsur motivasi sederhana diperlukan untuk membantu pelajar membentuk kod -kod dengan mudah. - Peringkat ini dikenalpasti sebagai mencari tanda atau isyarat dalam penbentukan kod.

Tahap motivasi, minat dan penumpuan yang dimiliki oleh pelajar menentukan pembentukan kod-kod dalam konsep. c) Penguasaan maklumat yang spesifik

- Pelajar perlu membaca dengan luas untuk memperoleh pengetahuan yang banyak dan khusus untuk mengkodkan kategori-kategori dengan mudah. d) Pengalaman yang pelbagai Satu ransangan atau pengalaman yang telah dialami dapat dikodkan

dengan lebih senang. Pelajar mesti didedahkan kepada pelbagai pengalaman dalam situa si

pembelajaran dan pengajaran. -Sebagai contoh, seorang anak nelayan dapat mengkategorikan ciri - ciri ikan tempatan dengan mudah dan cepat.

Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran Bruner Dalam Bilik Darjah 1- Pembelajaran Penemuan a) Guru menyediakan situasi maalah yang dapat merangsang pelajar supaya membuat pembelajaran penemuan. b) Guru mesti memberikan situasi penyelesaian masalah yang memotivasikan pelajar untuk menyoal, meneroka dan bereksperimen. c) Dalam pembelajaran penemuan, guru memberi contoh dan pelajar menggunakan contoh untuk menyusun struktur bahan dan melihat perta lian atau perkaitan antara idea idea dalam situasi tersebut. 2- Pembelajaran melalui penaakulan induktif a) Guru perlu menggunakan contoh -contoh yang spesifik supaya pelajar dap at membentuk prinsip yang umum.

b) Sebagai contoh, jika guru memberi contoh -contoh tentang bentuk segitiga dan bentuk bukan segitiga, pelajar akan memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip-prinsip penting bentuk segitiga. 3- Memberi contoh yang berkaitan da n tidak berkaitan dengan konsep a) Dalam pengajaran, guru perlu member contoh yang berkaitan dan contoh yang tidak berkaitan supaya pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan idea-idea dalam sesuatu konsep. b) Sebagai contoh, apabila guru mengajar tentang konsep mamalia, anjing, kucing, ikan paus sebagai binatang mamalia dan buaya, katak dan ula r sebagai contoh bukan mamalia. c) Pelajar diminta supaya memberi contoh -contoh lain dan untuk menjelaskan perbezaan cirri-ciri antara mamalia, dan reptilian. d) Ini akan meningkat kan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep. 4- Menolong pelajar melihat perkaitan antara konsep a) Guru perlu menggunakan gambar rajah, lakaran dan ringkasan untuk menolong pelajar memahami perkaitan idea-idea dalam sesuatu konsep. 5- Menggalakkan pelajar membuat pemikiran intuitif a) Pemikiran intuitif penting dalam membantu pelajar melihat pertalian antara ransangan yang berlainan. b) Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan soalan seperti berikut :

' Mari kita cuba mendefinisikan hutan dengan meneka apa yang anda dapat melihat dalam gambar ini'. c) Guru perlu menunggu pelajar memberikan beberapa jawapan sebelum memberi definisi yang betul. 6- Penglibatan pelajar

a) Pelajar belajar sendiri tetapi guru membantu dan membimbing dala m situasi penyelesaian masalah. b) Satu contoh situasi penyelesaian masalah ialah dalam eksperimen ' Mengapa api padam bila dilindungi dengan bekas?' c) Guru tidak memberitahu pelajar bagaimana menyelesaikan masalah tetapi memberikan bahan, menyuruh pelajar membuat pemerhatian, memb entuk hipotesis dan menguji penyelesaian. 7- Pengajaran untuk pelajar tahap rendah a) Guru mesti mengajar pelajar tahap rendah dalam urutan enaktif kepada ikonik kepada simbolik. 8- Menggunakan alat bantuan mengajar a) Guru perlu menggunakan banyak alat konsep dengan lebih jelas. b) Guru boleh menggunakan alat bantuan mengajar audiovisual dan konkrit. Gambar, lakaran, carta, pengurusan grafik dan peta min da menyenangkan pelajar untuk melihat perkaitan dan pe rhubungan dalam konsep-konsep. 9- Pembelajaran melalui kajian luar a) Pengamatan dan penanggapan pelajar meningkat jika mereka terlibat dalam pembelajaran kajian luar. b) Pelajar boleh belajar banyak ko nsep dengan melihat perkaitan di antara topik topik pelajaran dengan persekitaran mereka. c) Sebagai contoh, pelajar boleh melihat kaitan antara petempatan manusia dengan cirri-ciri geografi fizikal di sesuatu kawasan perumahan. 10- Mengajar mengikut kebolehan pelajar bantuan mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menentukan pelajar dapat mema hami

a) Guru perlu mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengik ut tahap dan kebolehan pelajar. b) Sebagai contoh, untuk pelajar Tahun Satu, guru perlu banyak menggunakan bahan bantuan mengajar dalam bentuk gambar yang besar dan berwarna -warni. Guru juga perlu menyusun isi pelajaran daripa da yang mudh kepada yang susah. c) Untuk pelajar Tahun Enam, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah dan pembelajaran penemuan.

Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan samaada kabur ataupun buta, guru boleh menggunakan bahan maujud dalam proses p&p. Kanak-kanak yang kabur penglihatan ataupun buta menggunakan deria untuk memperoleh pengertian. Selain itu guru juga boleh menggunakan simbol @ formula mudah bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dan kanak -kanak lembam. Formula yang mudah membantu pelajar memahami sesuatu pelajaran dengan lebih baik.

TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL

Teori pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penerimaan , kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsinya , guru memberik an konsep-konsep dengan jelas dan tersusun supaya murid dapat menerimanya dengan lengkap dan baik.

Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif David Ausubel 1. Resepsi (Pembelajaran Penerimaan) - Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu gur u menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan baik. - Menurut Ausubel , guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara tersusun dan teratur dalam bentuk kuliah dan ceramah . - Pembelajaran secara resepsi biasanya dilaksanakan di institusi pengajian tinggi dan universiti kerana bilangan pelajar yang ramai . - Walaupun guru memberi maklumat, idea -idea dan respon pelaja r boleh dibincang bersama guru. - Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa , tenaga , dan kos institusi yang mengendalikannya. - Ausubel menyatakan bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak , cara yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi. - Untuk kanak-kanak yang masih muda , cara pembelajaran resepsi adalah kurang menarik dan cepat dilupai oleh mereka 2. Pembelajaran Penemuan - Pelajar memperoleh maklumat secara bebas melalui usaha sendiri. - Pelajar menggunakan rumusan dan analisis kendiri melalu i prose scuba jaya , celik akal serta pemikiran intuitif kerana maklumat maklumat tidak diberikan oleh guru. Ausubel mementingkan pembelajaran bermakna kerana proses ini

menghubungkan maklumat baru dan maklumat lama yang sedia ada d alam struktur kognitif pelajar. - Cara ini amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu untuk menghadapi rangsangan yang pelbagai.

- Pembelajaran penemuan adalah cara pembelajaran yang lebih menarik dan dapat memenuhi kehendak dan keperlu an pelajar yang lebih matang. 3. Subsumption Terbitan dan Subsumption Korelatif - Maklumat yang dipelajari oleh pelajar daripada pelbagai bidang akan menjadi struktur kognitif yang boleh diasimilasi kan melalui proses subsumption. - Pembelajaran bermakna boleh dilakukan melalui subsumption. 4. Subsumption Terbitan - Dalam proses subsumption terbitan , maklumat baru akan terbit daripada pengetahuan sedia ada pelajar. - Sebagai contoh , guru memberitahu pelajar bahawa semua binatang liar adalah bahaya. Apabila pelajar mempunyai pengalaman dengan binatang liar seperti melihat harimau di Zoo Negara , pemikirannya akan bertindak secara subsumption terbitan , iaitu , Harimau adalah binatang liar. Oleh itu harimau adalah seekor binatang berbahaya.

5. Subsumption Korelatif - Dalam proses subsumption korelatif , maklumat diterima melalui proses pengembangan makna dalam struktur kognitif. - Ini bermakna konsep asas yang telah dipelajari dikembangka n lagi dalam pemikiran pelajar. - Contohnya , seorang kanak-kanaktelah mempelajari fakta ayam betina bertelur. Apabila dia melihat penyu bertelur di pantai pada musim cuti sekolah , dia dapat mengaitkan pengalaman ini kepada fakta yang telah disampaikan oleh gurunya. - Dia dapat mengaitkan kedua-dua peristiwa dalam struktur kognitifnya. - Dia juga memperoleh maklumat tambahan kerana dapat melihat bag aimana proses penyu bertelur.

6. Penyusun Awal - Ausubel menyatakan bahawa pembelajaran optima berlaku apabila terdapat perkaitan yang baik antara skema pemikiran pelajar denga n bahan pembelajaran yang baru. - Tujuan penyusun awal ialah ialah mengaitkan idea baru dengan idea lama dan menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses mengasimilasi maklum at baru menjadi lebih berkesan. - Sebagai contoh , seorang guru yang ingin mengajar puisi dalam pelajarannya boleh menggunakan penyusun awal yang mudah seperti berikut : Apa itu puisi? dan membacakan satu puisi kepada pelajar. - Penyusun awal juga boleh digunakan dalam set induksi permulaan s esuatu pengajaran atau sepanjang pelajaran. - Ia boleh disampaikan dalam bentuk kenyataan, perenggan, soalan atau demonstrasi. Menurut Ausubel , terdapat dua jenis penyusun awal. i) Penyusun Awal Perbandingan - Penyusun awal perbandingan mengingatkan pelajar tentang maklumat yang wujud dalam pemikiran - Ia merupakan maklumat penting tetapi mungkin dilupai pelajar. - Fungsi penyusun awal perbandinga ialah menolong mereka meman ggil dan mengingatinya semula. ii) Penyusun Awal Ekspositori - Penyusun awal ekspositori memberikan pelajar pengetahuan baru yang mereka perlukan untuk pembelajaran topik baru. - Guru boleh memberikan maklumat ini dalam bentuk penyataan atau dalam bent uk definisi konsep yang umum.

7. Pembelajaran Subordinat dan Superordinat - Ausubel juga mengatakan pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui pembelajaran subordinat dan superordinat. - Pembelajaran subordinat dan superordinat berfungsi untuk menjadikan proses mengasimilasi bahan baru lebih mudah dan berkesan. - Ia merupakan cara pembelajaran yang boleh menghubungkan idea dan pengalaman lama pelajar dengan maklumat baru yan g hendak disampaikan oleh guru. - Dalam pembelajaran subordinat atau deduktif , guru akan mengajar satu konsep terlebih dahulu dan ini akan diikuti dengan cont oh-contoh yang khusus yang dapat mengukuhkan konsep tersebut.

- Contohnya , Konsep : Barang yang berat akan tenggelam Contoh barang-barang berat - Batu besar - Kereta buruk - Dalam pembelajaran superordinat atau induktif , guru akan memulakan idea baru dengan contoh yang banyak dan khusus supaya pelajar dapat gambaran umum terlebih dahulu. Kemudian guru men jelaskan prinsip yang terlibat. - Contoh : Daun Terapung Bulu ayam Terapung Prinsip Barang yang ringan akan tenggela m

8. Teknik Hafazan - Pembelajaran bermakna lebih berkesan berbanding dengan teknik hafazan. - Walau bagaimanapun , guru perlu m engajar tentang teknik hafazan. - Teknik hafazan secara latih tubi perlu dalam proses menghafal dan me ngingati rumusan dan sifiran.

KONSTRUKTIVISME

Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Menurut MCBrien & Brandt,1997 - Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan & bukannyahanya menerima pengetahuan orang lain.

Bagi Brinner, M,1999 pula mengatakan murid membina pengetahuan mereka dgn menguji idea & pendekatan berdasarkan pengetahuan & pengalaman sedia ada,mengaplikasikannya kpd situasi baru & mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Berdasarkan kepada pandangan -pandangan diatas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai berikut: Konstruktivisme

adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan @ konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan & pengalamansedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yg diterima dgn pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Prinsip Teori Konstruktivisme

Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana mur id mengguna input sensori (deria) untuk membinanya. Murid belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna.Sediakan aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan f izikal dan pengalaman langsung. Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa bahasa dan pemb elajaran saling berhubung kait.Pembelajaran adalah aktiviti sosial ; pembelajaran berkaitan dengan manusia lain , guru, rakan seb aya , dan lain-lain hubungan.
Pelopor Teori Konstruktivisme LEV VYGOTSKY

Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu. Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal , di mana kanak -kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang dewasa , r akan atau guru (scaffolding).
Zon Perkembangan Proximal (ZPD)

1. Terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan ( scaffolding). 2. ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa.

3. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan pelajaran dan membole hkan kanak-kanak melakukan kerja tersebut sendiri. 4. Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang boleh dipersembahkan oleh seseorang kanak -kanak sendiri tanpa bantuan orang lain.

6. Sebaliknya, zone of proximal deve lopment ialah sesorang kanak-kanak atau pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.

Implikasi Teori Kognitif Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1. Mengikut pandangan kognitif proses pengajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan , penyusunan dan penggunaan pengetahuan. Sesuatu dikatakan telah dipelajari apabila ia disimpan agar kekal sebagai pengetahuan , dan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah. 2. Pembelajaran melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan (persepsi ) dan konsep (tanggapan). Pengamatan ialah mengenali peristiwa atau mengaitk an maksud pada sesuatu perkara. 3. Pembelajaran melalui cara pengamatan menitikbe ratkan penggunaan bahan maujud. 4. Pembelajaran pengamatan menghasilkan pembentukan konsep , iaitu idea spesifik mengenai sesuatu. Perolehan pelbagai konsep digunakan untuk untuk memahami sesuatu pengalaman atau menyelesaikan masalah.

JEAN PIAGET

Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak -kanak sebagai murid aktif yang belagak seperti saintis kecil. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini.

Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang biasanya dipanggi l sebagai soalan epistemology. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat pemikiran secara kualitatif. Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak -kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk memahami bagaiman a dunia berfungsi. Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andai an (hypothetical) dan sebenar. Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia de ngan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan empat prinsip konsep berikut: Organisasi Ia adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalh matematik dan lain-lain. Adaptasi Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan, seorang kanak -kanak akan memikirkan seekot hamster sebagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak -kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang s edia ada tentang cara mengenal pasti binatang. Akomodasi Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. In i dikatakan akomodasi. Metakognisi Keupayaan individu menggunakan kognitif (akal / pengetahuan) untuk mengurus maklumat. a) Pengetahuan personal ; ta hu kekuatan dan kelemahan diri. b) Pengetahuan tugas ; tahu gun a kemahiran selesaikan masalah.(formulamatematik). c) Pengetahuan strategi ; keupayaan pilih strategi lebih berkesan. John Flavell (1976) Metakognisi ialah pengetahuan seseor ang tentang proses kognitifnya.Metakognisi terbahagi kepa da 3 variable (pemboleh ubah)

Faktor Mempengaruhi Metakognisi Individu itu sendiri.Tugas yang diberikan Strategi yang diguna pakai dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan Persekitaran yang mengelilingi individu yang sedang berfikir .

TEORI PELAZIMAN KLASIK WATSON

Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seor ang lagi ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah l aku dalam proses pembelajaran. - beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak kanak lelaki bernama Albert, yang b erumur 11 bulan. - Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak kanak tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut, tetapi pabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak denga n kemunculan tikus tersebut, kanak kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Eadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak kanak tersebut pada tikus putih. - Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan. - Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. - Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan.

APLIKASI PRINSIP-PRINSIP SKINNER DALAM BILIK DARJAH

Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata -kata perangsang, hadiah, token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki. a) Sebagai contoh, guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya menghasilkan lukisan tercantik dalam bilik darjah. b) Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin ber ulangnya tingkah laku yang positif. Objektif tingkah laku yang realistik dan penguas aan kemahiran secara berpering kat. a) Guru memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya.Ia mesti sej ajar dengan kebolehan pelajar.

b) Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola sepak secara berperingkat-peringkat (seperti burung merpati bermain pin g-pong) supaya pelajar menguasai permainan t ersebut dengan lebih berkesan. Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan betul.
a) Generalisasi

(i) Guru perlu mengamalkan prinsip g eneralisasi dalam bilik darjah. Pemindahan pembelajaran berlaku d ari situasi A kepada situasi B. (ii) Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sam a dalam situasi yang berlainan. (iii)Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaan

UPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahu nya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir sama dengan ujian bulanan. (iv) Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia suda h biasa membuat ujian bulanan.
b) Diskriminasi rangsangan

(i) Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan -rangsangan yang lebih penting dalam proses P&P. (ii) Sebagai contoh, guru bol eh memberitahu pelajar objektif spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran. (iii) Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran. (iv) Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi antara maklumat penting dan kurang relevan. Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan anta ra

rangsangan dan gerak balas.

a) Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau tidak diingini oleh guru. b) Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas (rangsangan) pelajar berdiri dan mengucapkan Selamat Pagi (gerak b alas). Guru pun memuji pelajar. c) Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah.

Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan.

a) Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas sema kin kukuh gerak balas terlazim. b) Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk pujian untuk kerjanya yang kemas. c) Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru. Pujian Kerja kemas Kerja kemas berterusan

d) Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positif dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.
Motivasi membangkitkan tingkah laku positif.

a) Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelum mereka dapat mengawal tingkah laku pembelaja ran yang dikehendaki dalam P&P. b) Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian, hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menben tuk tingkah laku yang diingini. c) Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasana pengajaran dan pe mbelajaran yang menyeronokkan .

Penghapusan

a) Jika sesuatu tingka laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara perlahan-lahan. b) Sebagai contoh, guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar dalam situasi P&P. c) Sebagai contoh, jika perlu takut untuk membuat pembentangan di hadapan kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara be rperingkat. d) Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan yang lebih kecil semasa dia dudu k, kemudian semasa dia berdiri. e) Akhir sekali, baru pelajar itu diberi pe luang membaca di hadapan kelas. f) Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.

APA DIA PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?

KAEDAH

STRATEGI PENGAJARAN PENDEKATAN

TEKNIK

AKTIVITI

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

y y
y

Pendekatan jalan yang diambil Kaedah cara teratur, kemas & sistematik Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN?

PENDEKATAN = APPROACH (pp. 58) y y y y

A way to
Means of reaching

A way of considering/dealing with e.g. a problem: a new approach

TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257) y y y

Proficiency or skill in the practical art/science e.g. a teacher with a good voice but poor technique A way of achieving ones purpose skillfully.

(Sumber: CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DCTI ONARY)


Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?

1. Strategi Pemusatan Guru 2. Strategi Pemusatan Murid 3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?


y y y y

Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan

Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

y y y y

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?


y y y

Murid memainkan peranan pent ing Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian murid diutamakan perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi m embaiki kelemahan murid. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

y y y y

y y y

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?


y

Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran -pembelajaran diutamakan Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan -bahan pelajaran Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

y y y

y y

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?

Penggabungjalinan
o Proses penyampaian beberapa kemahiran o Kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis, menghurai,

mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb.


o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa o Ciri-ciri gabugjalin:

    

Integrasi beberapa kemahiran Prosesnya bersepadu dan menyeluruh Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik Kemahiran utama menjadi fokus Organisasi kemahiran fleksibel

Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.

o Cara mengguna gabungjalin

  

Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan Kemahiran utama diberi fokus Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid. Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal.

Penyerapan
o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua

atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran


o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata

pelajaran bahasa.
o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga

diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.


o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara

bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan.


o

Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal.

o Ciri-ciri penyerapan :

    

Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran Bilangan mata pelajaran dal am penyerapan fleksibel Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF?


y

Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu o Memerhati & mengkaji bernafas melalui insang o Mentafsir dan membuat generalisasi Haiwan hidup dalam air

y y y

y y

mempunyai insang untuk bernafas.


y

Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif


o Sediakan contoh-contoh yang sesuai o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari

kesimpulan
o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi. o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus

o Sediakan alat bantu mangaja r o Penggunaan deria -deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu &

sentuh.
o Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik

membawa kepada kesimpulan umum.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF?

Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh -contoh khusus. Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan Proses pengajaran:
o Prinsip/rumus o Kaedah deduktif o Aplikasi rumus/prinsip o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb. o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal, o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan

y y

bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/eklektik?

o Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur o Gabungan pendekatan digunakan o Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif o Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik o Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
o

Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK?


y

Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan
o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan

Tema yang sama dibincangkan oleh


o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan

Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi


o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan

y
y

Selepas perbincangan, dapatan -dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan Membuat rumusan

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)?

y y y

Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan Faktor pencapaian murid:
o Kebolehan asas o Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran o Kebolehan memahami pengajaran o Daya usaha pembelajaran berterusan o Masa pembelajaran

y y y

Strategi pengajaran adakan objektif yang jelas dan boleh diukur. Pilih kaedah & teknik yng berkesan Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran. Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.

y y

PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai." "Kalau begitu, adakah teknik -teknik yang kau gunakan itu betul juga" "Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi" "Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."

PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat su kar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep -konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru -guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep -konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar samar tentang konsep-konsep tersebut. Untuk menjelaskan konsep -konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengaj aran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu si ri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah -kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah -kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah -kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak. Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik -teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza. Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu

panah, gerakan tangan untuk memb uat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas. Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul -betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah de ngan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik -teknik kaedah itu adalah baik. Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mesti lah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah -kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain -lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau p erkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik -teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid -murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik -teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar ku liah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain -lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik -teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar -pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbag aikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostra si adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kae dah pengajaran mesti mempunyai teknikteknik yang tertentu.
PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan -pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendeka tan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah

diberi kepada rasa seperti rupa mak anan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan. Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semu a kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.
PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan pendekatan wujud berdasarkan aspe k-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis -jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti prose s pengajaran. Pendekatanpendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pen gelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajar an. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Terdapat juga pendekatan -pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekata n bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu. Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan -pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko -linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan -pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara -cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan -pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya. Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antar a Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan. Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan f aedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan -pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak. Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah -kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan -kawasan tertentu. Apabila harimau telah

terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meleti hkannya kemudian membunuhnya dengan lebing. Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Str ategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.
STRATEGI PENGAJARAN

Untuk

mencapai

objektif-objektif

pengajaran,

seseorang

guru

biasanya

menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan meru pakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah -kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara -cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajarpelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik

darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan -rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah -kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana -mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah -kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaa jaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Kementerian Pelajaran (1983 : 27), strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid -murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya sendiri. Mengikut s trategi ini, setiap murid akan mengambil bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen -komponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran se rta kesenian dan rekreasi. Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid. Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Strategi ini mema inkan peranan penting dalam proses pengajran dan pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran. Kemahiran -kemahiran boleh digabungjalin kan sama ada kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran kemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan de ngan lain-lain mata pelajaran. Bahan-bahan program bahasa diambil daripada bidang Kemanusiaan dan Persekitaran. Unsur-unsur daripada mata pelajaran seperti sains, geografi, sejarah, sivik, kesihatan, seni lukis, dan lain-lain ilmu pengetahuan telah diserapkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama Alam dan Manusia . Dalam kurikulum baru sekolah rendah, perkara yang ditekankan adalah kepada kemahiran asas. Untuk mencapai kemahiran asas dengan lebih berkesan dan untuk mendapatkan isi ilmu pengetahuan secara tidak langsung melalui kemahiran -kemahiran itu, maka sesuatu pelajaran itu haruslah disampaikan seca ra terpadu. Dengan berdasarkan program terpadu ini satu pengajaran melalui aktiviti yang menarik dan bermakna dapat

diciptakan. Program terpadu mengandungi 2 strategi, iaitu pe nggabungjalinan dan penyerapan.

Program ini bertujuan : i. membolehkan bermakna ii. ii. mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana lebih yang lebih menarik berkesan iii. menimbulkan suasana pembelajaran yang iv. kemahiran-kemahiran saling memperkukuh. murid-murid menguasai

beberapa kemahiran serentak dengan lebih

PENGGABUNGJALINAN

Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia bukanlah suatu konsep yang baru. Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca dan menulis atau sebagainya. Dalam hal ini, guru -guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu. Tetapi apa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan itu dapat dilakukan dengan de ngan cara yang lebih sistematik, dalam teratur, dan lebih guru luas lagi. Penegasan penggabungjalinan pengajaran adalah bertujuan

mengelakkan compartmentalization iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu deng an memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya, ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih berkesan. Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada 2 :

i.

Penggabungjalinan

kemahiran -kemahiran

dalam

satu

mata

pelajaran

ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada 4 ke mahiran yang sering dijalankan dalam kelas, dan kemahiran -kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran. Perlu diingat bahawa susua nan atau cara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan, ma ka guru hendaklah mengetahui : a) Apakah objektif yang henda k dicapai? b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan? c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu -satu masa hendak dilakukan? Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan. Contohnya : Lisan membaca menulis Membaca lisan menulis Lisan membaca lisan Lisan menulis membaca Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran -kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi kemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai kemahiran sampingan mengukuhkan kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan kefahaman. Dalam model (i), kita dapati pengajaran itu menitikberatkan apsek lisan (45%), dalam model (ii), ia menitikberatkan aspek membaca dan kefahaman (40%), dan model (iii) menitikberatkan aspek lisan dan tatabahasa masing-masing diperuntukkan sebanyak 30%. Penggabungan yang

kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahir an daripada beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan. CONTOH : Tajuk : Kawan saya. Kemahiran Bahasa : Membaca dan menulis tentang kawan saya. Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya. Kemahiran Muzik : Menyanyi lagu Kawan Saya untuk mengukuhkan perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan. Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran -kemahiran dalam beberapa mata pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabung jalinkan kemahirankemahiran daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu. Bahasa : a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur) b) Kemahiran membaca c) Kemahiran menulis Pendidikan Seni : a) Kemahiran melukis b) Kemahiran mewarna Pendidikan Muzik : a) Kemahiran menyanyi

PENYERAPAN

Penyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan bidang -bidang kemahiran dalam mata -mata pelajaran lain. Dala m tahap (1) misalnya, isi daripada mata pelajaran Alam dan Manusia diserapkan ke dalam bidang kemahiran bahasa. Penyerapa ini boleh dijalankan di dalam mana mana kemahiran atau aktiviti bahasa. Di samping itu, beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama, Matematik, Pendidikan Jasmani, Muzik, boleh juga diserapkan ke dalam pelajaran bahasa. Biasanya di dalam sesuatu pelajaran bahasa, terutama pada tahap (1), penggabungjalinan dan penyerapan berlak u serentak. Guru mengajar dengan menggunakan isi daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan kemahiran kemahiran Bahasa, Pendidikan Seni, dan Muzik. Di dalam rajah di bawah, berlaku penggabungjalinan antara kemahiran -kemahiran bahasa, pendidikan seni, dan muzik serta penerapan Alam dan Manusia.

Mata pelajaran Alam dan Manusia meliputi unsur -unsur geografi, sains, sejarah, sivik, dan kesihatan, dan pengetahuan-pengetahuan lain tentan g manusia dan alam sekitarnya.Mata pelajaran Alam dan Manusia tidak diajar secara bersendirian pada tahap (1), tetapi isi kandungan dan kemahiran -kemahiran diserapkan dan dipadukan dalam program bahasa. Pada tahap (2), barulah mata pelajaran itu diajar sebagai satu mata pelajaran yang tersendiri. Strategi penggabungjalinan dan penyerapan digunakan secara meluas bagi menyampaikan pengetahuan -pengetahuan Alam dan Manusia.

JENIS-JENIS MOTIVASI Pengenalan

Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam pembelajaran, guru perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung kearah motivasi yang timbul dari dalam ataupun dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak dengan sewajarnya bagi memberikan rangsangan kepada pelajarnya supaya berusaha. Motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepu asan dan ingin tahu disebut motivasi intrinsik . Motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran adalah motivasi ekstrinsik

Motivasi Ekstrinsik Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan

menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bag i mendorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkahlaku seseorang pelajar. Di dalam kelas, guru perlu tahu jenis peneguhan yang hendak diberikan dan sekerap mana ia perlu diberikan. Ada peneguhan yang dapat diberikan dengan kerap, contohnya pujian sokongan ataupun pujukan. Menurut Kazdin(1984), peneguha n lebih berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap. Hukuman ataupun deraan adalah suatu b entuk peneguhan negatif dan ia sebaik-baiknya tidak diberikan. Hukuman lazimnya digunakan oleh guru bagi menghapuskan kelakuan pelajar yang tidak baik. Hukuman ini mungkin

sebagai kerja tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal dan pelbagai jenis hukuman lag i. Guru juga menggunakan sindiran, kemarahan dan kritikan bagi mengawal kelakuan pelajar. Hampir semua jenis hukuman memberikan kesan buruk kepada pelajar. Oleh itu, peneguhan jenis ini lebih baik dielakkan. Hukuman boleh diberikan sekiranya jenis hukuman itu dibenarkan oleh pihak sekolah, Jabatan Pendidikan ataupun Kementerian Pendidikan.

Motivasi intrinsik Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuat u aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang sudah dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya. Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Dimensi -dimensi ini adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang bebas berkenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria dalaman untuk kejayaan. Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred yang baik. Mereka lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan suatu sistem penguasaan matlamat dan taraf penilaian yang membolehkan mereka membuat

penilaian bebas berkenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat maklumat ataupun penila ian. Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Seseorang itu mengalami motivasi intrinsik yang tinggi sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta, melawat tempat-tempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih makanan yang diidamkan. Sekiranya dia diberikan hadiah seperti lawatan ke tempat-tempat yang ditentukan oleh badan penganjur, tempa t penginapan dan jenis makanan juga ditentukan oleh pihak itu, dia tidak mendapat peluang hendak menentukan segala -galanya sendiri. Oleh itu, motivasi intrins iknya menjadi terlalu rendah. Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu mewujudkan suasana akademik yang memberi peluang kepada pelajar mengawal. Guru juga perlu menentukan pelajar itu dapat melakukannya dengan cemerlang dalam keadaan itu. Walau bagaimanapun, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu mempunyai persepsi yang diri mereka berkebolehan. Sekiranya mereka tidak mempunyai persepsi seperti itu, peluang -peluang yang diberikan bagi mengawal tidak akan digunakan dengan sempurna. Kaitan antara Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik Setiap manusia dapat dimotivasikan secara intrinsik ataupun ekstrinsik. Individu yang bermotivasi intrinsik mempunyai dorongan dalaman. Mereka melakukan sesuatu atas kesedaran diri sendiri. Mereka tidak memerlukan unsur-unsur luar seperti orang lain ataupun peristiwa luar bagi menggiatkan mereka mencapai sesuatu matlamat. Mereka sendiri menentukan objektif dan sete rusnya mencapai objektif itu. Deci dan Ryan (1985) berpendapat, manusia akan bermotivasi intrinsik apabila mereka mempunyai persepsi ataupun konsep kendiri yang mereka berkebolehan dan mampu membuat keputusan sendiri. Sebaliknya, orang yang bermotivasi ekstrinsik tidak yakin mereka berkebolehan ataupun mampu membuat keputusan. Mereka bergantung pada

orang lain dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugasan mereka. Kadangkadang mereka bekerjasama dengan orang lain yang lebih berkebolehan bagi mendapatkan kebaikan. Mereka juga kadang-kadang memberontak pada orang yang lebih berkebolehan. Seseorang yang tidak mempunyai mempunyai motivasi intrinsik perlu diberi motivasi ekstrinsik agar lama-kelamaan motivasi intrinsik akan terbina dalam dirinya dan seseorang yang telah mempunyai motivasi intrinsik perlu juga diberi motivasi ekstrinsik agar motivasi intrinsik yang ada terus berkekalan dalam dirinya. Manusia biasanya tidak akan berada pada satu jenis motivasi sahaja. Kadang kala, individu bermotivasi intrinsik dan kadang-kadang bermotivasi ekstrinsik. Ini bergantung pada situasi dan keperluan individu.

PERANAN GURU DALAM MEMOTIVASIKAN PELAJAR 1. Penerangan Yang Jelas Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut : a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting? b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan? c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap. d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

2. Ganjaran Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji -pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya. 2. Tetapkan Matlamat Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing. 3. Ambil Berat Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapankesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, pastikan mereka faham semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia yang berjaya ialah yang belajar dari kesilapan. Sentiasa ta nya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progress mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin terhadap mereka . Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar pelajar secara personal untuk membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah usahakanlah dari semasa ke semasa mengatur sesi perbincangan personal ini dengan semua pelajar.

4. Penglibatan Pelajar Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka berasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah, mengangkat buku dan sebagainya.

5. Penuhi Keperluan Pelaja r. 6. Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu daripada beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang idea. 7. Lebihkan Pembelajaran Visual Berikan penerangan dalam bentuk visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakarann, graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topic baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka. 8. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi

Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsure-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting. Yang penting ialah siapa mereka 10-15 tahun yang akan datang. 9. Ajarkan Mereka Strategi dan Teknik Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa Belajar Itu Mudah . Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibat terpengaruh oleh pendapat orang lain. Misalnya ramai pelajar percaya bahawa Matematik itu susah . 10. Terima Pelajar Seadanya Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa pelajar ini sukar dibentuk. Di snilah berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan berasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru telah meramalkan kegagalan mereka. Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkahlaku.Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar

dalam hidup pelajar. Anda hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar sebagai seorang guru yang disayangi ; atau sebagai seorang

guru yang dibenci. Mana-mana guru yang berada di antara dua kategori ini akan dilupakan. Apa pilihan anda? 10. Berikan Kata Perangsang Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas supaya ia lazim dalam pemikiran pelajar. Contohnya : Doing the best at this moment puts you in the best place for the next moment Nobody plan to fail but many fail to plan. So, lets p lan our work Problems and difficulties give us the chance to become and tougher.

and work our plan stronger and better

11. Amalkan Prinsip 3F iaitu Firm , Fair dan Friendly atau Te

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi Intrinsik i) Persepsi Kebolehan Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya oleh orang lain. Kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya yang sebenar. Semakin tinggi pencapaian seseorang pelajar, semakin besar kemungkinan pelajar itu menilai dirinya sebagai berkebolehan. Kebolehan yang dipersepsi ini me mpengaruhi bagaimana pelajar itu rasa berkenaan dirinya. Pelajar yang mempunyai kebolehan yang dipersepsi yang tinggi kemungkinan besar mempunyai keyakinan diri sendiri. Pelajar ini sukakan cabaran, mempunyai sifat ingin tahu dan bertindak bebas bagi menca pai kemahiran.

ii)

Persepsi kawalan Menurut Cole dan Chan (1987), pendapat pelajar berkenaan punca kawalan iaitu sebab-sebab kejayaan dan kegagalan adalah persepsi kawalan. Kajiankajian yang dijalankan oleh Harter (1981), Nicholls (1984) dan Weiner (1984) menunjukkan, pelajar menyatakan kejayaan dan kegagalan mereka di sekolah disebabkan oleh punca-punca dalaman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri dan berupaya berusaha dalam keadaan sebenar.

iii)

Perasaan dalam pembelajaran Perasaan merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang ditunjukkan oleh individu pada sesuatu benda, perkara ataupun orang. Di sekolah, perasaan yang ditunjukkan oleh pelajar berkait dengan mata pelajaran yang dipelajari, guru dan sekolah. Seseorang pelajar mungkin mempunyai perasaan p ositif pada sesuatu mata pelajaran. Dia lebih sukakan mata pelajaran ini daripada mata pelajaran lain. Dia akan berusaha dengan giat bagi mendapatkan gred yang tinggi bagi mata pelajaran ini. Gred yang baik akan meyakinkannya yang dia betul-betul berkebolehan dalam bidang itu. Di sini, dapat dikatakan yang perasaan pelajar pada sesuatu mata pelajaran mempengaruhi pencapaiannya dan pencapaian ini mempengaruhi motivasinya. Kelakuan dan tugasan individu dipengaruhi oleh kebolehan dan caranya mengawal keadaan. Konsep kendiri positif memberi keyakinan kepada individu yang dia mampu melakukan sesuatu tugasan. Selain itu, individu dapat menentukan sendiri tugasannya. Dia akan melibatkan diri dalam tugasan itu dan juga matlamat yang mendatangkan kejayaan kepadanya. Individu hanya akan mempunyai konsep kendiri yang dia berkebolehan dan dapat mengawal usahanya sekiranya dia mempunyai motivasi intrinsik untuk berusaha tinggi. Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan bagi membantu pelajar dalam mempertingkatkan motivasi intrinsik mereka. Ramalan keadaan Rothaum, Weisz dan Synder (1982) berpendapat, cara bagi memper -tingkatkan persepsi

diri pelajar pada kebolehan dan kawalan usaha adalah dengan mewujudkan keadaan yang dapat diramalkan bagi membolehkan mereka belajar.

Tingkah laku produktif wujud sekiranya keadaan dapat diramal. Bandura (1986) pula mengatakan, individu mengalami ketegangan sekiranya dia bekerja dalam suasana yang dia tidak dapat mengawalnya dan dia tidak mempunyai kebolehan. Ini mendatangkan dua implika si. Pertama, dia mungkin menarik diri iaitu tidak melakukan tugasannya. Kedua, dia mungkin menjadi terlalu bergantung pada orang lain dalam melakukan tugasannya. Guru dapat memainkan peranan dalam mengurangkan ataupun menangani ketegangan ini. Contohnya, dengan menganjurkan program orientasi kepada pelajar baru. Ini dapat mendedahkan mereka kepada situasi baru di sekolah itu.

Minat intrinsik dalam pelajaran dapat dikekalkan dengan memberi tugasan yang seimbang. Tugasan itu perlu seimbang iaitu ada soalan yang mudah dan ada soalan yang sukar. Yang penting, persepsi diri pelajar tidak terjejas. Pelajar perlu melahirkan kebolehan yang baru bagi mengekalkan motivasi intrinsik.

iv) Bantuan pengajaran Faktor yang dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar berkenaan kebolehannya adalah kejayaan dalam sesuatu tugasan. Biasanya pelajar memerlukan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan yang sukar. Guru biasanya memberitahu pelajar prosedur bagi menyelesai kan tugasannya. Guru jarang memberi peluang kepada pelajar memikirkan cara tersendiri bagi memperoleh kejayaan dalam tugasannya. Guru sebaik-baiknya mendedahkan pelajar kepada kemahiran membuat keputusan sendiri. Biarkan pelajar membuat keputusan sendiri tetapi dengan bimbingan guru. Ini dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar. Cara lain yang dapat dilakukan adalah

dengan memberi bantuan pengajaran kepada mereka. Ini dapat di laksanakan melalui tiga cara: 1. Menunjukkan contoh
y

Guru perlu menunjukkan contoh berkenaan apa yang pelajar perlu lakukan. Ini lebih baik daripada memberitahu pelajar berkenaan apa yang mereka perlu buat. Ini membolehkan pelajar menghayati sifat-sifat yang terdapat dalam contoh itu. Dalam keadaan ini, guru memberi peluang kepada pelajar supaya berfikir, mengawal usaha dan menentukan bagaimana serta sejauh mana pelajar bergantung pada contoh-contoh yang diberi.

2. Pembahagian tugas
y

Strategi ini membolehkan guru memberi tugasan yang mencabar kepada pelajar. Tugasan dapat dibahagi kepada bahagian-bahagian kecil dan setiap bahagian dilakukan oleh beberapa orang pelajar. Contohnya, sebelum guru meminta pelajar mengarang sebuah esei, guru akan meminta pelajar menyediakan rangka esei. Guru terlebih dahulu membahagikan pelajar kepada be berapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi tugasan kecil seperti bahagian pengenalan, isi -isi penting dan penutup. Perbincangan diadakan sebelum setiap pelajar mengarang esei itu secara individu.

3. Berkongsi tugasan
y

Pendekatan ini hampir sama dengan pendekatan pembahagian tugasan. Kedua dua pendekatan ini memerlukan tugasan dibahagi -kan kepada tajuk-tajuk ataupun bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contohnya, dalam aktiviti menghasilkan dokumen berkenaan sejarah Malay sia. Tajuk ini dapat dipecahkan kepada beberapa contoh kecil dan kumpulan kecil pelajar hanya perlu membuat satu tajuk kecil. Kemudian, maklumat tajuk-tajuk kecil ini digabungkan bagi menghasilkan satu dokumen yang lengkap.

Motivasi dan Pendekatan Kognitivisme Pendekatan ini mencuba menunjukkan bahawa keinginan mengekalkan imej kendiri adalah merupakan satu kuasa motivasi yang kental. Banyak daripada tingkahlaku kita adalah bertujuan untuk mengekalkan standard yang kita kenakan pada diri kita sendiri. Contohnya jikalau kita merasa diri kita orang yang amanah dan bertanggungjawab, maka kemungkinan besar segala perbuatan kita akan mengambilkira nilai dalam diri kita ini, walau pun dalam keadaan di mana tidak ada seorang pun yang memerhatikan kita, kerana kita mahu kekalkan imej kendiri kita itu. Jikalau kita percaya diri kita cerdik dan berkebolehan tinggi, maka kita akan bertindak cara yang sepatutnya bagi menent ukan kita sentiasa dalam keadaan selesa dengan imej kendiri itu. Walau bagaimanapun tidak dinafikan adakalanya dalam keadaan tertentu perbuatan kita bercanggah dengan imej kendiri serta nilai dan kepercayaan kita kerana menjaga sesuatu kepentingan.

Pendekatan ini juga adalah hasil daripada rasa tidak puas hati terhadap pendekatan behavioursme. Ahli-ahli dalam bidang ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah ditentukan oleh pemikiran kita, bukan hanya disebabkan oleh kita diberikan ganjaran atau telah dihukum dengan melakukan perbuatan itu (Schunk, 1996; Stipek, 1993). Setiap tingkah laku yang dibuat adalah hasil daripada perancangan (Miller, Galanter, & Pribram, 1960), matlamat (Locke & Latham, 1990), skema (Ortony, Clore, & Collins, 1988), pengharapan (Vroom, 1964), dan atribusi (Weiner, 1992). Andaian yang dibuat dalam pendekatan ini ialah respon yang diberikan oleh kita bukan disebabkan oleh situasi luaran atau keadaan fizikal tetapi sebaliknya berdasarkan interpretasi ke atas situasi dan kejadian ini. Sebagai contoh, apabila kita begitu terlibat dalam sesuatu projek kita lupa makan, dan tidak pula terasa lapar sehinggalah kita melihat jam pada masa itu. Dalam pendekatan ini manusia dilihat sebagai aktif dan tinggi rasa ingin tahu, dan sentiasa mendapatkan maklumat untuk menyelesaikan persoalan personal yang relevan. Manusia bekerja keras kerana mereka suka bekerja dan kerana mereka ingin memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini bermakna pendekatan kognitif menekankan motivasi intrinsik yang ada dalam diri seseorang itu

Motivasi dan Pendekatan Sosiobudaya Pendekatan sosiobudaya ialah hasil gabungan antara pendekatan behaviorisme dan pendekatan kognitivisme. Oleh itu, pendekatan ini mengambil kira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku dan minat ahli kognitif ke atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan murid itu. Pendekatan ini boleh dikaitkan dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasikan murid. Pendekatan ini juga mementingkan penglibatan manusia dalam aktiviti atau bertingkah laku agar dapat mengekalkan identiti dan hubungan interpersonal dalam suatu masyarakat.

Tokoh sosiobudaya mengatakan bahawa motivasi adalah sesuatu yang bersifat sosial dan oleh sebab itu mereka menekankan penglibatan guru dalam komuniti amalan. Hal ini bermaksud murid-murid akan lebih bermotivasi untuk belajar sekiranya rakan sebaya mempunyai motivasi untuk belajar dan masyarakat sekelilingnya juga menitikberatkan soal pembelajaran. Tokoh yang menjadi pelopor kepada pendekatan ini ialah Albert Bandura yang telah banyak membuat kajian mengenai bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian, peniruan dan peneguhan vicarious (mengharapkan peneguhan yang sama apabila memerhati orang lain yang mendapat ganjaran apabila melakukan sesuatu tingkah laku). Contoh kajian yang beliau pernah lakukan ialah melihat bagaimana kanak-kanak belajar melalui modelling. Di samping itu, beliau j uga telah mengkaji bagaimana persepsi kita terhadap ancaman boleh mempengaruhi rembesan neurotransmitters serta hormon yang berkaitan dengan tekanan ke dalam pengaliran darah. Oleh yang demikian, beliau telah mengutarakan satu konsep iaitu efikasi kendiri. Selain itu, Bandura telah berjaya mengembangkan sejenis teori kognitif sosial yang berkisar mengenai bagaimana manusia berfungsi.

Albert Bandura (1963) telah menggabungkan teori psikologi tingkah laku dan psikologi kemanusiaan ke dalam kerangka Model Efikasi Kendiri dan seterusnya model ini dapat menerangkan dengan jelas tentang proses perubahan tingkah laku. Kebolehan murid merubah tingkah laku mereka bergantung kepada tiga aspek kendiri yang utama. Aspek

yang pertama ialah keputusan murid tersebut sama ada ingin mencuba sesuatu tindakan atau tidak melakukannya, aspek kedua pula ialah ketabahan murid untuk melaksanakan sesuatu tindakan dan aspek yang ketiga ialah kejayaan seseorang murid dalam menjalankan tugasnya atau kelakuan baru dengan kemahiran yang mencukupi dan insentif yang bersesuaian. Jika dilihat kepada teori pembelajaran sosial Bandura (1997), beliau menyarankan betapa pentingnya pemerhatian, peniruan dan peneguhan vikarious. Peneguhan vikarious ialah keadaan apabila murid mengharapkan peneguhan yang sama jika memerhatikan orang lain mendapat ganjaran hasil dari tingkah laku mereka. Salah satu contoh daripada peneguhan vikarious ialah apabila murid memandang tinggi serta mengagumi gurunya, maka dia akan tekun belajar kerana ingin menyerupai mode l yang dikaguminya itu serta menginginkan peneguhan daripada gurunya itu. Kesimpulannya, peneguhan vikarious dan peneguhan langsung amat penting dalam meningkatkan efikasi kendiri murid terhadap sesuatu tugas dan seterusnya akan membawa ke peringkat motiva si yang lebih tinggi.

Menurut Bandura lagi, seseorang individu akan bertingkahlaku berdasarkan kepada kepercayaan mereka menilai kebolehan diri sendiri berbanding dengan apa yang sebenarnya boleh dicapai oleh mereka. Ini bermaksud persepsi efikasi kendiri membantu dalam menentukan bagaimana murid menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi. Hal ini disebabkan oleh tingkah laku murid yang kadangkala berbeza dengan kebolehan sebenar dan tingkah laku tetap berbeza walaupun mempunyai kemahi ran dan pengetahuan yang sama.

Kepercayaan efikasi kendiri akan merangsang pencapaian murid dan seterusnya mempengaruhi pilihannya terhadap tindakan yang akan diambil selanjutnya. Oleh itu, murid lebih cenderung untuk memilih tugasan dan aktiviti yang mereka rasa k ompeten dan yakin. Mereka akan mengelak tugasan atau soalan yang dirasakan tidak mampu untuk menjawabnya kerana walau apa jua faktor yang beroperasi, kepercayaan murid

terhadap dirinya sama ada boleh atau tidak mencapainya tetap menjadi asas utama.

Selain itu, kepercayaan efikasi kendiri juga membantu dalam menentukan berapa banyak usaha murid boleh melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti, tempoh masa untuk berusaha apabila berdepan dengan halangan serta betapa kuatnya diri mereka apabila berada dalam situasi yang sukar. Semakin tinggi efikasi kendiri murid, semakin tekun dan berusaha seseorang murid itu. Seseorang murid yang mempunyai kompetensi peribadi yang tinggi akan menghadapi tugasan atau soalan -soalan yang diajukan dengan tenang. Murid ini juga mempunyai motivasi dan minat intrinsik serta akan melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kepercayaan efikasi kendiri turut mempengaruhi pola pemikiran dan reaksi emosi murid. Ini kerana efikasi kendiri akan membantu menenangkan mu rid apabila menghadapi tugas atau masalah yang sukar. Individu yang mempunyai efikasi kendiri rendah seperti percaya bahawa sesuatu perkara atau soalan lebih sukar daripada sebenarnya dan kepercayaan ini akan menyebabkan wujudnya kebimbangan, stress, kemurungan serta jalan penyelesaian yang sempit untuk menyelesai kan masalah yang dihadapinya. Komuniti pembelajaran turut memainkan peranan penting dalam memotivasikan murid kerana mereka merupakan sekumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi bersama serta saling membantu dalam proses belajar. Komuniti pembelajaran merujuk kepada sekecil -kecilnya kelompok manusia yang berkongsi cara hidup yang sama sehingga ke sebesar-besar kumpulan masyarakat. Komuniti pembelajaran juga boleh merujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubung kait atau bersepadu dan bukannya terpisah. Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran terdiri daripada empat ciri iaitu keahlian, pengaruh, memenuhi keperluan individu dan berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan. Selain itu, komuniti pembelajaran juga merangkumi sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama -sama dan juga belajar dengan indi vidu lain.

Sekolah dan bilik darjah merupakan satu komuniti pembelajaran yang tidak kurang pentingnya sehingga boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat. Menurut Poston, Stone dan Murther (1992), A school is a reflection of the community it serves. At the same time, a community is a reflection of its school . Kenyataan ini membuktikan sekolah dan komuniti tidak dapat dipisahkan kerana hubungan kedua-duanya ini saling bergantungan antara satu sama lain. Kementerian Pelajaran Malaysia juga memperakui kepentingan hubungan ini. Sekolah memainkan peranan penting kerana apabila pihak sekolah mengutamakan pencapaian yang tinggi dalam akademik dan kokurikulum, murid murid akan bermotivasi untuk mencapainya. Kepentingan hubungan sekolah dan komuniti selaras dengan pendapat Poston et. al. (1992) iaitu, You cannot build a great school alone. The school needs the community and the community needs the school . Oleh itu, kenyataan ini menunjukkan terdapat faedah tertentu hasil hubungan yang erat antara sekolah dan komuniti. Komuniti pembelajaran memainkan peranan penting dalam memberikan motivasi kerana mereka perlulah membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan,

mengeluarkan idea, saling membantu dan ajar apa yang patut. Lantaran, komuniti pembelajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak sebagai satu kumpulan yang mantap. Hal ini kerana pembelajaran dalam komuniti pembelajaran yang sihat akan membentuk insan yang berkembang secara menyeluruh dan menjadi ahli masyarakat yang positif. Pengalaman pembelajaran murid bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalamannya di sekolah semata-mata tetapi lebih luas daripada itu. Pada hakikatnya, guru tidak dapat mengawal persekitaran di luar sekolah murid dan oleh itu guru perlu mengambil kira faktor konteks luar dan berusaha sebaiknya untuk mendapatkan kerjasama komuniti serta masyarakat dalam usaha membentuk peribadi murid-muridnya. Kenyataan ini berkaitan pula dengan Teori Bronfenbrenner yang terdiri daripada lima sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Jika dilihat kepada faktor ibu bapa, mereka tergolong dalam mikrosistem di mana mereka adalah individu yang hampir dengan murid -murid. Hoover-Dempsey dan Sandler (1997) telah mengemukakan model penglibatan ibu bapa dan dari perspektif psikologiny a, model ini

menerangkan mengapa ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka serta bagaimana penglibatan mereka boleh mempengaruhi pencapaian anak mereka di sekolah. Model ini mempunyai aras dan aras yang paling tinggi ialah pencapaian kanak kanak manakala aras paling rendah ialah penglibatan ibu bapa itu sendiri.

Menurut Solomon, Battishich, Watson, Schaps dan Lewis (2000), murid -murid yang mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara beretika dan altruistik serta berupaya membentuk kecekapan sosial dan emosi. Guru juga perlu menyedari bahawa pencapaian murid bergantung kepada motivasi diri mereka dan usaha guru yang mengajar mereka. Guru perlu berusaha untuk membantu murid mereka yang bermasalah agar mereka tidak kecundang dalam hidup.

Guru juga boleh menggunakan perkataan -perkataan yang khusus untuk memberi penekanan dan perhatian terhadap murid yang bermasalah. Tujuannya ialah untuk menonjolkan kekuatan yang positif yang terdapat dalam diri murid itu sendiri. Antara perkataan yang boleh digunakan ialah anda tidak akan berjaya selagi anda tidak

membuktikan kejayaan tersebut . Kajian menunjukkan bahawa penggunaan perkataan ini memberi keputusan yang membanggakan. Guru juga perl u menyedari bahawa peranan yang dimainkan oleh guru yang mengajar dalam kelas adalah lebih efektif berbanding dengan peranan yang dimainkan oleh kaunselor semasa sesi kaunseling.

Secara umumnya pengaruh sosial kepada motivasi pelajar terbahagi kepada tiga aspek iaitu persaingan, sikap individu murid dan konsep kerjasama. Persaingan yang sihat perlu dipupuk dalam kalangan murid kerana persaingan dapat meningkatkan motivasi seseorang murid untuk belajar lebih tekun. Murid yang mempunyai pesaing juga dilihat mempunyai keyakinan dan minat yang tinggi dalam pelajaran serta sentiasa bersemangat di dalam kelas kerana semulajadinya setiap individu ingin menjadi orang yang pertama. Aspek kedua ialah sikap individu murid. Sikap murid itu sendiri merupakan perkara pa ling penting kerana jika mereka tidak berminat dan tiada matlamat yang ingin dicapai, maka guru tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada memberi motivasi dan dorongan yang

termampu sahaja. Kadang-kala terdapat juga murid yang mempunyai matlamat yang salah iaitu inginkan ganjaran yang ditawarkan oleh guru semata -mata dan kebiasaannya tindakan ini hanya untuk dirinya sendiri sahaja. oleh itu matlamat utamanya ialah mendapatkan apa yang diinginkan sahaja. Aspek yang terakhir ialah konsep kerjasama yang mana memerlukan murid-murid berusaha bersama-sama untuk mendapat kejayaan yang diingini. Sebagai murid yang berada dalam komuniti pembelajaran yang sama, rakan sekelas yang berjaya perlu memberi kerjasama yang baik untuk membantu rakan yang lemah dan bermasalah agar sama-sama berjaya di dalam peperiksaan. Kesimpulannya, pendekatan sosiobudaya adalah berkaitan konsep identiti dan identiti pula berpunca daripada penglibatan dalam komuniti pembelajaran yang berada di persekitarannya. Jika baik kedua-duanya, maka masalah murid yang tidak mempunyai motivasi dapat ditangani dengan baik. Oleh itu murid perlu dimotivasikan untuk belajar nilai serta amalan kumpulan, komuniti dan masyarakat di mana murid tersebut berada agar dapat mengekalkan identitinya yang sebenar.

Motivasi dan Pendekatan Humanistik Pendekatan ini juga dikenali sebagai third -force di awal tahun 1940an sebagai gerak balas terhadap dua pendekatan yang dominan pada masa itu, iaitu behaviuorisme dan psikoanalisis Freud. Pelopor bidang humanistik seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa kedua-dua pendekatan behaviuorisme dan psikoanalisis tidak dapat menerangkan dengan sepenuhnya mengapa seseorang itu bertindak.

Pendekatan humanistik mencuba menunjukkan bahawa keinginan intrinsik seseorang itu adalah digerakkan oleh keperluan untuk mencapai self-actualization (Maslow, 1968, 1970), inborn actualizing tendency (Rogers & Freiberg, 1994), atau keperluan kepada self-determination (Deci, Vallerand, Pelletier, & Ryan, 1991).

Pada dasarnya teori ini berpegang kepada kepercayaan bahawa manusia dilahirkan dengan keinginan untuk berusaha memenuhi potensi yang ada pada mereka. Dalam pendekatan ini, memotivasikan pelajar adalah bermakna memberi ransangan kepada resos dalaman yang ada pada setiap orang, iaitu antaranya rasa kompeten diri, harga diri, autonomi, dan pemenuhan kendiri. Kajian mendapati pendekatan ini mencuba menonjol self-esteem movement , iaitu satu pendekatan yang kontroversi dalam memenuhi keperluan pelajar untuk mendapatkan kedudukan sosial melalui persoalan harga diri dan digniti para pelajar