Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Guru-guru, dan rakan-rakan seperjuanganku sekalian.

Salam
sejahtera pembuka bicara. Lestarikan Khazanah Alam. Begitulah tajuk pidato
yang akan saya sampaikan pada hari ini.

Hadirin yang dihormati,


Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada
kesejahteraan kehidupan. Negara kita Malaysia sedang membangun dengan
pesat. Kita amat berbangga dengan arus pembangunan yang kita nikmati.
Namun di sebalik pembangunan yang semakin rancak, janganlah pula kita
sambil lewa dengan isu pembangunan alam sekitar. Maka, kita haruslah
bertanggungjawab dalam melestarikan khazanah alam.

Hadirin yang dihormati,


Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar? Sudah tentulah jawapannnya
merujuk kepada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Kanak-kanak perlu
diberi pendidikan supaya mencintai alam sekitar. Golongan dewasa pula
diingatkan supaya menjadi teladan kepada golongan muda terhadap
kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar. Para pengusaha perlu beringat
dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya berusaha
mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar lebih menarik. Mereka perlu
berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk sama-sama menjaga dan
memelihara alam sekitar agar kelestarian alam sekitar terpelihara. Jelaslah
hadirin sekalian bahawa pendidikan menjadi teras kepada rasa tanggungjawab
ini.

Hadirin sekalian.
Malaysia juga sedar tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar.
Sambutan Hari Alam Sekitar yang disambut pada setiap 23 April menunjukkan
kepekaan kita terhadap alam sekitar. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa
tanggungjawab menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama.
Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai