Anda di halaman 1dari 3

Kata Ganda Separa

1. Siti tidak dapat makan makanan yang pedas itu kerana ……………….. nya sakit.
peparu
bebuluh
lelangit
gegendang

2. Air takungan di belakang rumah itu dipenuhi dengan …………………….


pepijat
jejantik
lelabah
pepatung

3. Rumah using di hujung kampung itu dipenuhi dengan sarang ……………….


bebiri
kekura
lelabi
lelabah

4. Kaki adik luka kerana tersangkut pada ……………………… basikal.


bebuli
jejarum
jejari
sesiku

5. Emak membuat bantal daripada …………… yang dipetik dari pokok di depan rumah.
dedaun
bebawang
kekabu
rerambut

6. Daun-daun ………………………… itu akan menguncuo apabila disentuh.


dedalu
kekabu
bebawang
jejarum

7. Kanak-kanak itu sedang asyik bermain …………….. sabun yang bewarna-warni.


bebola
bebuli
bebuih
gegasing

8. …………………………….. air yang dibelinya di gerai kraf tangan itu sangat halus coraknya.
Lelabu
Lelabi
Tetupai
Lelayang

9. Selepas selesai solat Asar, mereka berbual di …………………………. Masjid.


kekunci
bebalai
beburung
pepohon
10. Normala menyandarkan segulung tikar di …………………….. biliknya.
kekisi
tetangga
lelangit
pepenjuru

11. Tukang rumah menggunakan …………………….. untuk membuat ukuran sudut rumah.
kekuda
kekisi
sesiku
jejari

12. ………………………. Pada papan hitam itu sudah patah.


Jejari
Kekuda
Sesiku
Kekunci

13. Kulit Alia Nabila lemerah-merahan kerana digigit ………………………………. .


pepijat
sesungut
jejentik
tetupai

SOALAN KATA GANDA

14. Nenek memberikan …………………………. Makanan semalam kepada itik-itik peliharaannya.


saki-baki
serba-serbih
suku-sakat
lauk-pauk

15. Setiap hari, Fetri dan rakan-rakannya …………………. Di jambatan itu.


gerak-geri
lalu-lalang
pindah-randah
mundar-mandir

16. Stadium hoki itu ………………………….. disinari lampu yang dipasang.


sorak-sorai
segar-bugar
riuh-rendah
terang-benderang

17. Beberapa bandar di Indonesia berada dalam keadaan ………………………….. .


karut-marut
kacau-bilau
kusut-masai
hingar-bingar

18. ………………….. pemuda dari Thailand itu mencurigakan penduduk kampung.


Suku-sakat
Tindak-tanduk
Desas-desus
Ramah-tamah

19. Bas Ekspress Mutiara itu ……………………. Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
lalu-lalang
pindah-randah
bolak-balik
mundar-mandir

20. Keadaan rumah Encik Fong …………………………. Kerana kemasukan pencuri semalam.
lintang-pukang
tunggang-langgang
porak-peranda
hingar-bingar

Anda mungkin juga menyukai