Anda di halaman 1dari 3

NO GILIRAN : 19

NAMA : RAISHA MEDINA BINTI MOHD ZUNARRI

ZON : PERKASA

TAJUK CERITA : SINGA YANG TAMAK

Yang saya hormati, barisan panel hakim yang Arif lagi bijaksana, guru-guru, ibu bapa

dan rakan-rakan yang sedang mendengar sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera.

Saya, Raisha Medina bt Mohd Zunarri akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk

Singa Yang Tamak.

Simba Si Singa sudah beberapa hari tidak makan. Simba berburu tanpa berjaya

menangkap apa-apa untuk dijadikan makanan.

“Nampak seperti aku akan kelaparan lagi hari ini”, ujar Simba.

“Perut dah lapar… Laparnya, laparnya nak makan apa…

Laparnya, laparnya, tolonglah saya”.

Tidak lama selepas itu, dia ternampak seekor arnab yang sedang tidur di bawah

sepohon pokok. Simba bergerak dengan perlahan ke arah arnab.


“Hah, akhirnya! Di sini ada hidangan yang lazat menungguku!” fikirnya.

Dia hampir-hampir menangkap Sang Arnab itu apabila seekor anak rusa lalu

berhampirannya.

Simba berfikir,, “Wah. Ini hidangan malam yang lebih menyelerakan!”.

“Oh rusa, oh rusa.. Yummy yummy yummy yummy yummy yummy..

Oh gembiranya hatiku. La la la la la.

Dapat makan daging sedap. La la la la la.”

Dia berpaling lalu mengejar rusa itu. Bunyi bising mengejutkan arnab yang segera

bangun dan melompat pergi.

Setelah lama mengejar, singa gagal menangkap rusa. Simba keletihan, dia kembali

untuk mencari arnab. Malangnya mendapati arnab sudah pun melarikan diri.

“Alangkah bodohnya aku”, kata singa kesedihan dengan perut yang berbunyi.

“Padan mukaku kerana kehilangan makanan yang hampir menjadi habuanku”.

Sebelum saya akhiri cerita ini, sama-samalah kita renungkan beberapa

pengajaran yang boleh kita ambil.


Yang pertama, kita tidak boleh melepaskan peluang yang sudah kita ada.

Yang keduanya, kita tidak boleh bersikap tamak kerana ada pepatah mengatakan

orang yang tamak selalu rugi.

Yang ketiga, kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang

kita mahukan

Dan yang keempatnya kita jangan mudah berputus asa.

Sekian sahaja dari saya, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai