Anda di halaman 1dari 2

1.

2 PENGERTIAN HIRABAH

Hirabah adalah satu bentuk perkara jenayah ia lebih dahsyat dari pembunuhan semata.
Hirabah ialah rompakan bersenjata atau tindakan ganas yang dilakukan di jalan-jalan awam
dengan menceroboh para penggunanya, mengancam keselamatan mereka dan merampas
harta benda mereka. Ini merupakan sejenis jenayah yang sangat serius dan berbahaya.
Justeru, hukuman yang paling keras mesti dikenakan ke atas pelakunya untuk menjamin
keamanan di jalan-jalan awam dan memelihara keselamatan para penggunanya.
Hirabah dalam istilah syara’ membawa maksud serangan bertjuan merampas harta,
membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan, angkuh dan menggunakan
kekuatan di kawasan yang terpencil daripada bantuan. Ia dilakukan oleh mukallaf  yang
tertakluk kepada undang-undang, termasuk ahli zimmi dan orang yang murtad.

1.2.1 SYARAT-SYARAT HIRABAH

Hukuman hirabah perlulah dilakukan dengan bersyarat. Sebagai contoh:

1.      Muharib adalah Mukallaf

2.      Muharib membawa senjata yang bakal merbahayakan mangsa.

3.      Lokasi kejadian adalah jauh daripada orang ramai

4.      Tindakan hirabah secara terang-terangan

I. Tempat hirabah yang dilakukan oleh pelakunya mestilah di tempat yang jauh
dari tempat orang ramai.[8] Contohnya di padang rumput yang jauh, di gunung,
atau tempat jauh dari lokasi penduduk. Jika tindakan itu dilakukan di tempat orang
ramai, maka bukan tindakan hirabah, akan tetapi perampasan biasa, Sebab yang
disebut dengan hirabah adalah samun atau rompakan yang dilakukan di jalan-jalan.
Akan tetapi, bila mereka melakukan tindakan pembunuhan, perampasan harta dan
kemusnahan di tempat-tempat orang ramai, maka tindakan mereka dianggap sebagai
hirabah dan berhak dijatuhi hukuman hudud.
II. Pelakunya membawa senjata yang dapat digunakan untuk membunuh.
[9] Contohnya, pedang, senjata api dan lain-lain. Jika mereka tidak membawa senjata
atau bersenjatakan alat-alat yang tidak boleh digunakan untuk membunuh seperti
tongkat, cambuk dan lain-lain, maka tindakan mereka tidak disebut dengan hirabah.

III. Dilakukan dengan terang-terangan.[10] Contohnya, mereka merampas harta


dengan paksa dan terang-terangan dan memiliki markas pusat. Jika mereka
mengambil harta dengan cara sembunyi-sembunyi mereka disebut pencuri. Jika
mereka merampas kemudian melarikan diri, mereka disebutperagut.

HUKUMAN HAD BAGI JENAYAH HIRABAH

Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa jenayah hirabah merupakan


jenayah yang dikenakan hukuman had. Jenayah hirabah tidak syak lagi merupakan satu
jenayah yang sangat berat dan merbahaya. Oleh itu, pelakunya dikenakan hukuman had yang
sangat berat juga jika jenayah hirabah itu disabitkan dengan dua cara:

1.      Iqrar (pengakuan bersalah) oleh tertuduh sendiri, ataupun


2.      Syahadah (keterangan saksi mengikut hukum syara’), selain daripada keterangan
mangsa.

Sekiranya didapati sabit kesalahan jenayah hirabah itu melalui salah satu cara di atas atau
kedua-duanya sekali, maka Allah S.W.T telah menetapkan hukuman had berikut ke atas
mereka sepertimana yang dinyatakan dalam ayat ke-33, Surah al-Maidah :

Anda mungkin juga menyukai