Anda di halaman 1dari 6

Solat Sunat 

Taubat
Posted by Shafi-Q.

ِ ‫ِب ۡس ِم ٱهللِ ٱل َّر ۡح َم ٰـ ِن ٱل َّر ِح‬


‫يم‬

َ ‫سلِّ ْم َعلَى‬
‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬ َ ‫اَللَّ ُه َّم‬
َ ‫ص ِّل َو‬

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau
perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah
SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah
(bertaubat).

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa,


bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah
SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap
dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan
Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa,
selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi
perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di
bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu
Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang
dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan
tenang.
.

Fadhilat Taubat:
.

1. Diampunkan Allah SWT.

2. Dimudahkan segala urusan.

3. Menceriakan kehidupan seharian.

4. Menghilangkan perasaan yang menekan.

5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

CARA SOLAT TAUBAT


.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

.
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir)
iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini
termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-
Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia
Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-
Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-
ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan
wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia
Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya
seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu
membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup
dan kebangkitan.

.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-
a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-
tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa
yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan
daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji
dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala
kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan
kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada
yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon
ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha
Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang
tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu
mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya.
Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan


daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala
dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-


Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya
daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni
dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan


kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang!

Anda mungkin juga menyukai