Anda di halaman 1dari 12

Menganalisis Tasawur Dan Kosmologi Masyarakat Melayu

Kajian tentang etnosains atau etnomatematik mempunyai kaitan dengan budaya pemikiran sesuatu kaum yang melibatkan agama, bahasa, pandangan kosmologi, sosiobudaya, adat resam serta perkara yang berkaitan.Tidak ada tamadun yang tidak mempersoalkan tentang kosmologi.Alam yang terbentang luas ini menjadi bahan renungan setiap tamadun atau masyarakat.Setiap masyarakat mempunyai aksiom tertentu tentang kejadian alam.Setiap masyarakat mempunyai tafsiran berkaitan hubungan Tuhan dengan alam semesta.Masyarakat Melayu tidak terkecuali dalam perkara ini.

Mereka mempunyai pandangan sejak zaman berzaman mengikut pengaruh pandangan alam sepanjang generasi.Ilavrita.Alam semesta dijadikan dalam pusingan tertentu yang dimulakan dengan penciptaan dan berakhir dengan kemusnahan besar. Bermula segala sesuatu menurut kosmologi ini, asalnya daripada air yang digelar matritamah.Ketika itu, tiada langit dan tiada bumi. Dalam penciptaan, telur semesta akan terapung di atas air, lalu pecah dan bermulalah penciptaan.Dvipa dan dikelilingi oleh laut. Pusat kosmos itu terletak pada sebuah gunung agung yang digelar Mahameru.Gunung ini digambarkan sebagai gunung yang tinggi hingga kemuncaknya sampai ke langit.

Orang Melayu di bawah pengaruh Hindu menerima konsep ini dan berakar umbi dalam masyarakat sebelum Namun demikian, masyarakat Melayu kuno yang dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan Hindu turut merakamkan teori kosmos yang tersendiri dan kebudayaan Hindu turut merakamkan teori kosmos yang tersendiri dan menganggap alam langit sebagai alam kayangan, alam mahameru, alam Brahma, catur mukha dan seumpamanya yang menunjukkan pengaruh Hindu yang ketara dalam teori itu.

Selain itu, mereka menggunakan istilah-istilah seperti buana, angkasa, sarwa, jagat dan sarwajagat untuk maksud tertentu yang dipengaruhi oleh sistem nilai masyarakat tersebut.Sejarah Melayu, menyebut gunung Siguntang-guntang di

Palembang, Sumatera mewakili konsep gunung Mahameru yang menurunkan anak raja kayangan yang kemudiannya menjadi raja di Minangkabau.Kisah ini kemudiannya diungkapkan dalam mentera oleh pawang Melayu untuk dibacakan bagi tujuan tertentu.

Setiap bangsa dalam dunia, walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri. Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran warisan turun temurun, mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan pemikiran yang berkaitan dengannya.Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi Islam, namun tamadun Melayu yang pernah berada di bawah pelbagai pengaruh budaya sebelum Islam, maka kosmologi tersebut turut mengambil tempat dicelah-celah pentafsiran kosmologi Melayu Islam.

Orang Melayu Asli di negara ini ada yang menganut kepercayaan animisme yang mempercayai kuasa ghaib atau semangat yang mengawasi tempat-tempat tertentu seperti sungai, bukit, gunung, paya, tasik, pokok dan yang

seumpamanya.Kejadian alam seperti gerhana matahari dan bulan dilihat mereka sebagai kemurkaan semangat tertentu.Mereka percaya bahawa ada semangat yang baik dan ada pula semangat yang jahat.

Mereka mempercayai bahawa alam ini dijadikan dalam bentuk yang berlapislapis.Ada suku kaum Melayu Asli yang mempercayai bahawa dunia ini dijadikan dalam tiga lapisan iaitu Tanah Julang (atas langit), Tanah Kelam (bumi) dan Tanah Lirang (bawah bumi).Manusia, semangat, dan nenek moyang menurut mereka, mendiami Kelam manakala Lirang pula didiami oleh roh orang yang telah mati.Mereka mempercayai alam ruh dan alam akhirat. Suku Semai menamakan alam ini sebagai Surgaak atau Mengkah Sagar.Bahkan mereka pun mempercayai kewujudan malaikat yang mencabut nyawa insan yang dinamakan Sabit dan Maut.

Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh budaya animisme, Hindu dan Buddha.Mereka memuja semangat, dan penunggu; mereka membaca mentera yang menyebut asal kejadain alam dan makhluknya.Mereka memohon perlindungan daripada penunggu pokok dan gua. Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan dalam perubatan dan sihir. Mereka mempunyai banyak mitos yang menyebut balik tentang mitos kayangan ini seperti peranan yang dimainkan oleh Sri Rama, Siti Dewi, Raja Muda Laksmana, Hanuman Kera Putih dalam plot ceritanya yang jelas menunjukkan terdapat unsur kehinduan di dalam persembahan itu. Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam menjadikan watak tersebut sebagai latar belakang persembahannya.

Pandangan masyarakat tentang penciptaan alam bukanlah timbul tanpa asal usul yang tersendiri.Mereka kebanyakannya menerima perkhabaran tentang alam dan manusia menerusi generasi terdahulu.Generasi ini pula mewarisinya daripada generasi yang lebih awal. Seseorang pengkaji akan dapat memerhatikan bahawa dalam falsafah kosmologi antara kaum dan masyarakat di dunia ini terdapat banyak persamaan konsep khususnya tentang kewujudan kuasa mutlak yang menciptakan alam semesta. Walau apa pun nama yang diberikan kepada kuasa itu, kesemua falsaha itu bersetuju bahawa kuasa itu berbentuk ghaib dan maha berkuasa. Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup yang dianggap unggul dari segi kaca mata pandangan moden semasa. Antara manifestasi keunggulan tersebut ialah apa yang terkandung dalam pandangan alam (Weltanschauung) dan budaya alam bangsa Melayu. Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan makna, simbolisme, gurindam dan syair. Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad kepada manifestasi material alam, bahkan bagi mereka dimensi fizikal yang amat penting bagi sains dan teknologi moden hanyalah satu manifestasi kecil fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya bergantung kepada dimensi hakikat dan ruh yang maha seni. Penghayatan pandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan seharian dan kemasyarakatan mereka.

Ciri keunggulan lain ialah orang Melayu tradisional juga boleh dikatakan sebagai hidup berteraskan prinsip harmoni dengan alam. Keharmonian ini dihayati melalui ritual dan manisfestasi kebudayaan.Ritual dan manifestasi kebudayaan tersebut biasanya digariskan oleh semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan yang diwarisi dan dimantapkan generasi demi generasi. Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan generasi-generasi tersebut menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli.Unsur-unsur luar tersebut datang daripada timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam dan Barat merupakan pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan semiotik dan kosmologi Melayu. Namun demikian, intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih terpelihara.Pada asasnya intipati semiotik Melayu ada hubungannya dengan pelbagai dimensi pandangan alam Melayu.Intipati ini, antara lain, ialah mengenai kepercayaan bahawa alam fizikal ini hanyalah manifestasi kecil atau hijab bagi alam metafizik.Dalam kosmologi Melayu, alam tabii dianggap penuh dengan unsur-unsur ghaib dan mistik.Haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan bahkan batu-batan dilihat lebih daripada sudut simbolisme transendentalnya berbanding daripada sudut manifestasi fizik dan duniawinya. Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang pujangga manusia. Alam Melayu juga dimana manusia (khasnya syaman, pawang, bomor, sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular. Kemampuan bertinterkasi tersebut juga merupakan landasan yang membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii. Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk lain selain sesama manusia hanyalah dalam cerita dogeng. Dalam dunia Melayu, hal tersebut tidak dianggap dongeng atau fiksyen. Hampir tidak ada langsung manusia Melayu tradisional yang akan menidakkan kosmologi mereka. Walaupun kepercayaan dan pandangan alam mereka dianggap bertentangan dengan kenyataan moden atau pandangan sains.

Orang Melayu dan Dunia Melayu Semiotik Melayu tidak dapat dipisahkan daripada doktrin kosmologi

Melayu.Hubungan semiotik dan kosmologi boleh diibaratkan sebagai hubungan antara pasak dengan bangunan atau semiotik ialah intipati kosmologi.Sifat kosmologi adalah pada asasnya seni dan ghaib, begitu juga sifat semiotik.Kedua-duanya pula bukanlah statik dan juga bukan sejenis.Pelbagai suku kaum Melayu telah memupuk semiotik dan kosmologi yang pelbagai sesuai dengan ragam puak itu.Hal ini kerana sumber semiotik dan kosmologi sebenarnya datang daripada senubari manusia Melayu dan

masyarakatnya.Oleh demikian sekiranya kita ingin menyingkap doktrin semiotik dan kosmologi Melayu kita harus menoleh seketika kepada profil manusia Melayu dan asal usul kaumnya. Para pengkaji barat mempercayai orang Melayu tergolong dalam gagasan puak Malayo-Polinesia.Gagasan ini termasuk mereka yang menghuni kawasan geografis yang dikenali kini sebagai Burma, Kambodia, Indonesia, Fillipina dan kepulauan polinesia sehingga ke pulauan Hawaii. Orang Melayu yang pertama menghuni kawasan nusantara Melayu ini dipercayai kira-kira 50 000 s.m. Menjelang abad ke sebelas sebelum masehi "Melayu baru" atau "Melayu" yang bertutur "bahasa Melayu kuno" mula menduduki semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo, Fillipina, dan Indonesia. "Bahasa Melayu" tersebut tergolong dalam rumpun bahasa-bahasa MalayoPolinesia.Gagasan bahasa itu merupakan bahasa ibuda rantau Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik.Disebelah timur cabang bahasa tersebut ialah manifestasi bahasabahasa yang kini dikenali sebagai bahasa Samoa, Tahiti dan Tongan. Dicabang sebelah barat pula yang juga dikenali sebagai "cabang Malaysia" ialah bahasa Melayu, bahasa-bahasa Indonesia (misalnya Java, Minang dan sebagainya) Patani, dan Tagalog. Ditengah-tengah pula ialah bahasa orang-orang asli semenanjung dan juga kepulauan Borneo.

Kaum orang asli di semenanjung, merupakan yang paling rapat dengan orang Melayu.Tetapi mengapa pula orang asli tersebut dianggap rapat dengan orang Melayu? Antara sebabnya ialah dipercayai bahawa orang asli ialah kaum asal Melayu atau salah satu puak primitif bangsa Melayu yang tertinggal daripada menjalani proses evolusi sosial seperti saudara maju mereka yang lain. Pandangan tersebut sebenarnya adalah popular dikalangan para anthropologis kolonial dan barat. Sebab itulah mereka telah memberi nama kepada kaum-kaum asli dengan gelaran seperti Melayu-proto, Melayudeutero, Senoi dan pelbagai lagi, terlalu banyak untuk disenaraikan kesemuanya. Semasa pemerintahan kolonial, termasuk British, kaum-kaum orang asli tersebut hidup di pendalaman dengan cara hidup yang mereka warisi turun-menurun. Kebanyakan mereka bercucuk tanam sementara waktu didalam kawasan hutan dan berpindah selepas kawasan tersebut dianggap tidak lagi subur atau kurang binatang buruan. Kebanyakan mereka masih mengamal cara hidup lama mereka sehingga tahun-tahun 1970an, apabila program-program pembangunan kerajaan membawa pembaharuan kepada kebanyakan daripada mereka. Perkahwinan mereka dnegan orang Melayu bandar dan penglibatan anak-anak mereka dalam pendidikan formal juga telah sedikit sebanyak merubah kehidupan orang-orang asli. Bahkan, dijangkakan menjelang tahun 1998 kaum Senoi dianggap sebagai yang paling tradisional berbanding dengan kaun-kaun asli yang lain akan mempunyai seorang graduan Ph.D dalam bidang sosiologi dan anthropologi dari kalangan anak watan mereka. Namun demikian, masih ada lagi kalangan orang asli yang menjalankan cara hidup lama mereka. Bahkan setakat ini pun hampir sukar untuk mendapati orang-rang asli yang tingal di kawasan perbandaran. Kebanyakan mereka yang hidup secara moden tinggal dipersekitaran perkampungan khas yang masih lagi jauh daripada kotakota raya yang besar. Walaupun begitu kebanyakan perkampungan moden ini mempunyai kemudahan moden asas seperti air paip, sekolah, klinik dan juga tenaga elektrik. Tetapi dalam banyak hal, cara hidup baru tersebut tidak merubah pandangan alam dan kosmologi asli mereka.

Oleh itu, mengkategorikan orang-orang Melayu berdasarkan kosmologi mereka adalah lebih bermakna berbanding dengan kriteria yang lain. Berdasarkan premis tersebut kita akan dapati dua kumpulan besar iaitu: (I) Melayu Tradisional, dan (ii) Melayu Moden. Melayu tradisional, termasuk kaum orang asli, orang Melayu (yang patuh kepada cara hidup) adat, orang "Melayu sufi atau mistik. Mereka ini ialah orang menghayati semiotik dan kosmologi tradisional sepereti yang telah dijelaskan. Melayu moden pula tergolong daripada kalangan mereka yang menghayati semiotik dan kosmologi yang dipengaruhi oleh pemikiran sekular dan sains barat. Mereka ini juga kalang kala digelar sebagai "Melayu rasional" atau "Melayu sekular."Hal ini kerana mereka biasanya banyak dipengaruhi oleh falsafah rasiona atau sekular barat.

Pengaruh Luar Seperti yang kita katakan tadi, kepelbagaian semiotik kosmologi Melayu adalah disebabkan oleh pertembungan dengan unsur dan budaya fikir asing.Antara pengaruh yang meninggalkan kesan yang mendalam dan menyeluruh ialah agama.Pada asalnya orang Melayu kuno dipercayai rata-rata bepegang kepada kepercayaan animisme, atau syamanisme. Menjelang tahun 100 sebelum masehi dan 200 masehi, agama hindu dan buddha bertapak dikalangan orang Melayu. Mulai tahun 1100 pula, Islam menggantikan agama benua India sebagai agama dan kepercayaan unggul kalangan orang Melayu, terutamanya mereka yang berada di semenanjung, dan kepulauan besar Indonesia (Sumatra, Java dan Kalimantan). Walau bagaimana pun orang asli semenanjung masih teguh berpegang kepada agama kuno mereka, sebahagian daripada mereka, terutamanya di Borneo, memeluk agama nasrani dan sebahagian kecil pula memilih Islam. Namun, orang Bali masih teguh hingga ke hari ini dengan agama hindu yang mereka warisi dari pertembungan kuno dengan elemen hindi.

Agama-agama tersebut merupakan unsur aktif yang mempengaruhi sepanjang pembentukan Weltanschauung Melayu. Oleh itu, pada satu-satu masa, semiotik agama

tertentu mungkin meninggalkan acuan tertentu yang menyerlah sebagai ciri utama kosmologi berbanding dengan yang lain. Di lain masa acuan agama lain pula yang terserlah. Namun ciri utama tersebut hanyalah satu lapisan semasa yang menutup lapisan-lapisan pengaruh sebelumnya.Bahkan biasanya unsur-unsur sebelumnya timbul untuk mewarnai bentuk semiotik semasa.Hal tersebut mungkin dapat diperhatikan sebagai ciri sekunder yang wujud samping ciri utama semiotik semasa, namun ciri sekunder tersebut masih dapat dikesan dengan jelas. Oleh itu boleh dikatakan pada awal sejarah Melayu bahawa semiotik tabii dan bentuk kosmologi Melayu adalah pada asasnya syamanistik, atau animistik. Dalam perkembangan selanjutnya, pengaruh hindu dan buddha pula mewarnai semiotik dan kosmologi Melayu. Islam kemudiannya menggantikan hindu dan budhha sebagai pengaruh dominan. Doktrin sufi, misalnya, masih meninggalkan kesan yang mendalam hatta di kalangan Melayu moden. Pada zaman moden, sebahagiannya akibat pertembungan dengan para pendatang kolonial barat, kosmologi saintifik barat juga memainkan peranan dengan menambah lapisan kompleks kosmologi dan semiotik Melayu. Mahu tidak mahu, peredaran masa telah menjadikan pengaruh-pengaruh tersebut menjurus ke dalam satu ruang kewujudan spatial dan temporal.Manifestasi kewujudan ini ialah dalam semiotik dan kosmologi semasa yang dapat diperhatikan dalam budaya Melayu kini.

Tasawwur Kebudayaan Melayu Secara ringkas

Sebagai suatu pernyataan adalah dikatakan bahawa kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ertinya ia seharusnya difaham sebagai suatu penjelmaan corak dan gayahidup yang dapat dilihat secara zahir dalam keseluruhan kehidupan sesebuah bangsa .Ini bermaksud, kebudayaan adalah lambang zahir yang dapat ditonjolkan dalam kehidupan bangsa yang terjelma dalam pelbagai aspek kehidupan. Dari soal bahasa, pakaian, makanan, kelakuan dan interaksi sosial, cara berhibur, kelakuan kesenian, tulisan dan karya-karya sastera, acara kemasyarakatan (perkahwinan, kelahiran dan sambutan hari kebesaran) cara berekonomi, corak dan cara pengurusan sumber alam sehinggalah dalam soal urusan membangun keluarga. Dengan yang demikian kebudayaan menjadi simbol jati diri sesuatu

bangsa.Jelas sekali peranannya yang amat penting dalam proses pembangunan negara, yang sepatutnya menjadi jiwa dan pembentuk keperibadian sesebuah negara itu sendiri. Dalam hal ini proses pembangunan sesebuah Negara itu sangat bergantung kepada sejauh mana ia mampu memupuk kualiti keperibadian rakyatnya. Dalam ertikata lain bagaimana budaya bangsa dan warganya dizahirkan dalam usahanya untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik rakyatnya. Jika ini mahu dijayakan tentunya ia memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Sudah tentu juga dalam realiti Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Lantaran itu perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal dengan tujuan untuk membentuk identiti negara sebagai suatu pengenalan diri, pernyataan dan penegasan kedaulatan budaya sendiri ditengah-tengah landskap kebudayaan yang sedang ujud diperingkat antarabangsa.. Dasar ini diharap akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di tengah-tengah arus globalisasi yang kini sedang menghanyutkan segala budaya yang lain selain dari yang telah didominasi oleh kuasa Barat. Dalam konteks ini, penggubalan dasar ini dirangka awalnya dengan

mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.Peranan Negara ini sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan prosesinteraksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsurunsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia dikatakan akan terus berlandaskan tiga prinsip dan unsur yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).Kebudayaan serantau ini

digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya.Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.Kesesuaian

penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan

kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan

Kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam

mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.