Anda di halaman 1dari 22

PEMADATAN

C 3008/7/1

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat mengetahui dengan jelas takrifan bagi pemadatan tanah, tujuan kerja pemadatan dan menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemadatan.

Di akhir unit ini , pelajar akan dapat : 1. 2. mentakrifkan pemadatan tanah dengan jelas. menerangkan dengan jelas tujuan kerja pemadatan dijalankan keatas tanah. 3. menerangkan dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhi pemadatan tanah.

PEMADATAN

C 3008/7/2

7.0

Pengenalan.

Pemadatan ditakrifkan sebagai satu proses meningkatkan ketumpatan tanah dengan merapatkan atau menyendatkan zarah-zarah tanah. Proses pemadatan ini akan mengurangkan isipadu udara tetapi tiada perubahan ketara terhadap isipadu air di dalam tanah tersebut. Proses pemadatan tanah boleh dilakukan dengan menggunakan jentera penggelek, jentera penggetar atau alat pelantak yang piawai.

7.1

Tujuan Pemadatan.

Kerja pemadatan amat penting untuk membuat asas jalan (subgred), benteng daripada tambakan tanah, asas bangunan dan sebagainya. Pemadatan dilakukan lapis demi lapis (biasanya ketebalan setiap lapisan adalah antara 200 300 mm) dengan menggunakan penggelek, penggetar atau pelantak. Antara kebaikan proses pemadatan dalam konteks pembaikan sifat kejuruteraan jisim tanah adalah : (1) (2) (3) Pengenapan yang membahayakan boleh dikurangkan atau dielakkan. Kekuatan tanah bertambah dan kestabilan cerun boleh diperbaiki. Keupayaan galas bagi subgred boleh diperbaiki.

PEMADATAN

C 3008/7/3

Darjah pemadatan sesuatu tanah di ukur dalam sebutan ketumpatan kering, iaitu jisim pepejal per unit isipadu tanah. Pemadatan yang sesuai hanya berlaku pada kandungan air yang optimum dalam tanah tersebut.

7.2

Hubungan antara ketumpatan kering dan kandungan air .

Keadaan pemadatan tanah dalam sebutan ketumpatan kering dan hubungannya dengan ketumpatan pukal dan kandungaan air adalah seperti berikut :
1 + w

Ketumpatan kering,

(7.1)

Di mana,

= ketumpatan pukal.

w = kandungan lembapan.

Oleh itu, untuk menentukan pemadatan tanah, ketumpatan pukal dan kandungan air sesuatu tanah perlulah di ketahui terlebih dahulu. Untuk sesuatu sampel tanah, proses ini diulang sekurang-kurangnya lima kali untuk setiap kali kandungan air contoh tanah ditambah. Ketumpatan kering diplot melawan kandungan air dan suatu lengkung berbentuk seperti Rajah 7.1 diperolehi.

PEMADATAN

C 3008/7/4

Ketumpatan kering

d max

optima

Kandungan air

Rajah 7.1 : Lengkuk Pemadatan

Lengkuk graf yang dihasilkan menunjukkan bahawa bagi sesuatu kaedah pemadatan tertentu, terdapat satu nilai kandungan air yang dikenali sebagai kandungan air optima (woptima) yang menghasilkan nilai ketumpatan kering maksima (
d maks

).

7.2.1

Garis Ketepuan.

Garis ketepuan juga dikenali sebagai garis lompang udara sifar. Ia mewakili ketumpatan kering yang diperolehi jika semua udara didalam tanah dapat dibuang, agar selepas pemadatan contoh tanah menjadi tepu sepenuhnya. Walaubagaimanapun keadaan ini tidak mungkin dicapai melalui pemadatan samada di dalam makmal atau ditapak. Pada kebiasaanya tanah mempunyai 5% atau 10% lompang udara selepas pemadatan.

PEMADATAN

C 3008/7/5

Ketumpatan kering

10% udara

5% udara

0% udara

Kandungan air

Rajah 7.2 : Lengkuk Pemadatan dan Garisan Ketepuan

Lengkuk garisan ketepuan boleh dilakarkan dalam graf pemadatan dengan menggunakan formula berikut :
Gs w (1 Ar ) (1 + wGs )

(7.2) di mana :

Gs w
d w

= = = = =

Graviti tentu tanah Kandungan air Ketumpatan kering Ketumpatan air Lompang udara

Ar

PEMADATAN

C 3008/7/6

Contoh 7.1. Satu ujian pemadatan Proctor piawai dijalankan terhadap satu sampel tanah liat berpasir, keputusannya adalah seperti berikut :

Ketumpatan pukal ( kg/m3 )

2060

2127

2154

2160

2142

Kandungan air ( % )

12

14

16

18

20

(a)

Lukiskan lengkung ketumpatan kering melawan kandungan air dan dapatkan ketumpatan kering maksima dan kandungan air optimum.

(b)

Kira kandungan air yang diperlukan untuk penepuan lengkap ketika


d maksima

, sekiranya Gs = 2.7.

(c)

Lukis juga garis lompang udara sifar dan garis lompang udara 5%.

Penyelesaian. Merujuk kepada persamaan,

= 1 + w

Dapatkan nilai-nilai ketumpatan kering bagi setiap kandungan air dan ketumpatan pukal seperti dalam jadual diatas.

PEMADATAN

C 3008/7/7

Contoh pengiraan : Kandungan air, Ketumpatan pukal,

1 + w

w = 12 %

= b

2060 kg/m3

2060 1 + 0.12

= 1839 kg/m3

Kandungan air, Ketumpatan pukal,

w = 14%

= b

2127 kg/m3

1 + w

2127 1 + 0.14

= 1866 kg/m3

. Kamu kira ketumpatan kering yang seterusnya.

PEMADATAN

C 3008/7/8

Kandungan air, w ( % )

12

14

16

18

20

Ketumpatan pukal,

2060

2127

2154

2136

2053

Ketumpatan kering,

1839

1866

1857

1810

1740

2000 Ketumpatan kering (kg/m3 ) 1950 1900 1850 1800 1750 1700 10 12 14 16 18 20 Kandungan air ( % ) 22 24
woptimum Garis lompang udara 5% Garis lompang udara sifar, Ar = 0%

Rajah 7.3 : Lengkuk Pemadatan Rajah 7.3 : Lengkung Pemadatan

Daripada graf :
d maksima =

1865 kg/m3

2000 /m3 ) 1950

PEMADATAN

C 3008/7/9

Kandungan air optimum (b) Apabila

14.5 %

d = 1865 kg/m3 dan isipadu sample 1 m3, isipadu pepejal Vs

diberi oleh persamaan yang berikut : Vs = Jadi isipadu pepejal =


Ms Gs w

1865 2.7 x 1000

0.691 m3

Isipadu air ketika sample tepu

= 1- 0.691 m3 = 0.309 m3

Jisim air ( tepu )

Isipadu air x Ketumpatan air

= 0.309 x 1000 = 309 kg.

Kandungan air ketika sample tepu


(c) Merujuk kepada persamaan
d

309 x 100 1865

= 16.5 %

Gs w (1 Ar ) (1 + wGs )

Untuk lompang udara sifar, Ar = 0% Kandungan air , w %


d

12

14 1959

16 1885

18 1817

20 1753

= Gs

( 1 Ar ) / ( 1 + 2039

wGs )

Untuk lompang udara, Ar = 5%

PEMADATAN

C 3008/7/10

Kandungan air , w %
d

12

14 1861

16 1791

18 1726

20 1666

= Gs

( 1 Ar ) / ( 1 + 1937

wGs )

PEMADATAN

C 3008/7/11

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input seterusnya...!!! Sila semak jawapan anda pada makluman dihalaman berikutnya.

Soalan 1 Berikan takrifan bagi pemadatan tanah. Soalan 2. Berikut adalah keputusan yang telah diperolehi daripada ujian pemadatan piawai. Ketumpatan pukal ( Kg/m3 ) Kandungan lembapan ( % ) 1978 11.3 2083 12.2 2147 13.0 2208 14.2 2188 15.1 2147 16.4

Plotkan lengkung ketumpatan kering melawan kandungan lembapan dan lukiskan garis ketepuan dalam rajah tersebut. Diberi Gs = 2.7

PEMADATAN

C 3008/7/12

Jawapan 1 Pemadatan ditakrifkan sebagai satu proses meningkatkan ketumpatan tanah dengan merapatkan atau menyendatkan zarah-zarah tanah. Proses pemadatan akan mengurangkan isipadu udara tetapi tiada perubahan ketara terhadap isipadu air di dalam tanah tersebut. Jawapan 2. Ketumpatan pukal, ( Kg/m3 ) Kandungan lembapan, w ( % ) Ketumpatan kering
d

1978

2083

2147

2208

2188

2147

11.3 1785

12.2 1857

13.0 1900

14.2 1933

15.1 1901

16.4 1845

b
1+w

( kg/m3 )

Dapat sekurang-kurangnya 3 titik untuk memplot garisan ketepuan. Dalam kes ini, Ar = 0% ; Gs = 2.70 Kandungan air , w% 14 1959 15 1922 16 1885 17 1849 18 1812

Gs (1 A) w 1 + wGs

( kg/m3 )

Dalam kes ini, Ar = 5% ; Gs = 2.70

PEMADATAN

C 3008/7/13

Kandungan air ,

w%

14 1859

15 1819

16 1794

17 1757

18 1721

Gs (1 A) w 1 + wGs

( kg/m3 )

PEMADATAN

C 3008/7/14

7.3

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemadatan

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi darjah pemadatan tanah adalah : (a) (b) (c) 7.3.1 Kandungan air Tenaga pemadatan yang dikenakan pada tanah. Sifat-sifat tanah.

Kandungan Air.

Kandungan air merupakan satu sifat yang penting dalam pemadatan tanah. Ini kerana pada kandungan air yang rendah, tanah menjadi kukuh dan sukar untuk dipadatkan. Dengan ini, tanah yang dipadatkan mempunyai ketumpatan kering yang rendah dan nisbah lompang yang tinggi. Peningkatan kandungan air menghasilkan pelinciran kepada tanah dan menambahkan kebolehkerjaan ( lebih mudah dipadatkan ), seterusnya meningkatkan ketumpatan kering tanah tersebut sehingga ke tahap kandungan air yang optima. Tetapi sekiranya kandungan air terlalu tinggi ( iaitu melebihi nilai optima ), air akan memisahkan zarah-zarah tanah. Ini menyebabkan ketumpatan kering tanah menjadi kurang.

7.3.2

Tenaga Pemadatan.

PEMADATAN

C 3008/7/15

Meningkatkan tenaga pemadatan bererti meningkatkan keperluan tenaga keatas setiap berat unit tanah. Meningkatkan tenaga pemadatan menyebabkan nilai ketumpatan kering meningkat tetapi kandungan air optima menurun. Walaubagaimanapun, garisan ketepuan tidak bergantung kepada tenaga pemadatan. Untuk sesuatu tanah tertentu, beberapa lengkung ketumpatan kering melawan kandungan air boleh diperolehi bagi usaha padatan yang berlainan. Lengkung yang mewakili keputusan ujikaji yang menggunakan pelantak 2.5 kg dan 4.5 kg ditunjukkan di dalam Rajah 7.5. Lengkung bagi ujian yang menggunakan pelantak 4.5 kg terletak di kiri atas lengkung bagi ujian 2.5 kg. Oleh itu usaha padatan yang lebih tinggi menghasilkan nilai ketumpatan kering maksima yang lebih tinggi dan nilai kandungan air optima yang lebih rendah.

Rajah 7.5 : Graf Ketumpatan Kering melawan Kandungan Air

7.3.3

Sifat-Sifat Tanah.

PEMADATAN

C 3008/7/16

Lengkung-lengkung ketumpatan kering melawan kandungan air untuk satu julat jenis tanah dengan usaha padatan yang sama ( menggunakan pelantak 2.5 kg ) ditunjukkan di dalam Rajah 7.5. Pada amnya, tanah berbutir kasar seperti tanah berkelikir dan tanah berpasir boleh dipadatkan kepada nilai ketumpatan kering yang lebih tinggi dibandingkan dengan tanah berbutir halus seperti tanah berkelodak atau tanah liat.

Rajah 7.6 : Graf Ketumpatan Kering melawan Kandungan Lembapan

PEMADATAN

C 3008/7/17

Soalan 1. Berikan tiga faktor yang boleh mempengaruhi darjah pemadatan sesuatu tanah. Soalan 2. Terangkan dengan jelas bentuk lengkuk graf ketumpatan kering melawan kandungan air bagi satu contoh tanah yang mengalami proses pemadatan.

PEMADATAN

C 3008/7/18

Jawapan 1. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemadatan tanah : (a) (b) (c) Kandungan air Tenaga pemadatan yang dikenakan pada tanah. Sifat-sifat tanah.

Jawapan 2. Rujuk bahagian 7.3.1

PEMADATAN

C 3008/7/19

Soalan 1. Berikan 3 kepentingan proses pemadatan dalam konteks pembaikan sifat fizikal tanah. Soalan 2. Apa yang dimaksudkan dengan garis lompang udara sifar ? Soalan 3. Bagaimanakah tenaga pemadatan boleh mempengaruhi pemadatan tanah ?. Soalan 4. Keputusan ujian pemadatan ke atas suatu tanah diberikan dibawah : Kandungan lembapan (%) 9.0 10.2 2051 12.5 2220 13.4 2220 14.8 2179 16.0 2096

Ketumpatan pukal ( kg/m3 ) 1923

Plotkan lengkung ketumpatan kering lawan kandungan lembapan dan tentukan ketumpatan kering maksima dan kandungan lembapan optimum. Jika Gs tanah adalah 2.68, tentukan peratus lompang udara pada ketumpatan kering maksimum.

PEMADATAN

C 3008/7/20

Banding jawapan anda dalam dengan pensyarah anda. Sekiranya sama, anda boleh teruskan unit berikutnya ..

PEMADATAN

C 3008/7/21

Jawapan 1 Tiga kepentingan proses pemadatan dalam konteks pembaikan sifat kejuruteraan jisim tanah adalah : (i) pengenapan yang membahayakan boleh dikurangkan atau dielakan. (ii) kekuatan tanah bertambah dan kestabilan cerun boleh diperbaiki (iii) keupayaan galas bagi subgred boleh diperbaiki

Jawapan 2 Garis lompang udara sifar adalah mewakili ketumpatan kering yang diperolehi jika semua udara didalam tanah dapat dibuang, agar selepas pemadatan contoh tanah menjadi tepu sepenuhnya. Jawapan 3 Rujuk bahagian 7.3.2

PEMADATAN

C 3008/7/22

Jawapan 4

Ketumpatan Kering melawan melawan Kandungan Lembapan


2000 1950 1900 1850 1800 1750 8 10 12 14 16 18

Ketumpatan Kering

Kandungan Lembapan, %

Daripada graf diatas, Ketumpatan kering maksima = 1975 kg/m3 Kandungan lembapan optima = 12.8% Kandungan Udara = 1.03%