Anda di halaman 1dari 15

Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden

1
KONWANI S 10
WANITA MENDEPANI CABARAN SOSIAL PASCAMODEN
1

Oleh
Nor Saleha Mohd. Salleh
2

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


1. PENDAHULUAN

Pasca moden merujuk kepada sesuatu pembebasan, perpecahan atau perpindahan
dengan definisi moden (Featherstone 2001) atau pemikiran falsafah yang menyerang
moden (Sugiharto 1996). Kita biasa mendengar ungkapan seperti zaman kegelapan,
zaman pencerahan, zaman pertengahan, zaman moden dan ungkapan terkini yang digelar
pada zaman ini ialah pasca moden. Zaman kegelapan adalah ungkapan yang ditujukan
kepada dunia Eropah dan Barat suatu ketika dahulu yang jauh daripada kemodenan dan
hidup dalam cengkaman kuasa gereja. Ini berbeza dengan dunia Islam. Sewaktu Barat
mengalami zaman kegelapan, dunia Islam sedang rancak dengan arus kemajuan di mana
dunia Islam ketika ini berada pada tahap kemuncak tamadunnya.
Zaman pencerahan pula adalah zaman setelah masyarakat Barat melakukan
revolusi menentang kuasa gereja dan mengemukakan idealisme baru seperti liberalisme
3
,
demokrasi
4
, kapitalisme, sosialisme, sekularisme
5
dan lain-lain lagi. Zaman moden pula
ialah apabila Barat mula mencapai kemenangan dan kejayaan dalam berbagai-bagai misi
dunia dan angkasa hasil daripada sumbangan daripada tamadun Islam suatu ketika
dahulu. Pasca moden bukanlah zaman yang menggantikan moden tetapi lebih kepada
cara berfikir dan bertindak (Wood 2001). Kesimpulannya, pasca moden merupakan sikap
yang lebih baik berbanding pada masa moden. Perkara yang terjadi pada zaman moden
dipandang sesuatu yang perlu diperbaharui dengan cara berfikir yang baru pada masa
pasca moden. Dalam kata lain, pasca moden sebagai kritik kepda masa moden (Ardie
2009).

2. FALSAFAH PASCA MODEN


1
Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Wanita Islam Nasional di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson,
Negeri Sembilan pada 24 Julai 2010.
2
Penulis ialah pensyarah di Jabatan Usuluddin, Kolej universiti Islam Antarabangsa Selangor. Sekarang sedang
melanjutkan pelajaran di peringkat Phd di Fakulti Pendidikan, UKM.
3
Fahaman liberal yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi.
4
Pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya berparlimen.
5
Fahaman yang menolak nilai2 keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


2
KONWANI S 10
Menurut Yamin Cheng (2005), pasca moden merupakan satu ungkapan mutakhir yang
merujuk kepada wajah dunia kini. Dalam kacamata Barat, dunia telah melalui empat era,
termasuk yang terkini yang dinamakan sebagai era pascamoden. Tiga era yang terdahulu
ialah era silam, era pertengahan dan era moden. Era silam dikatakan mewajahi dunia
dengan legenda dan mitos, era pertengahan dengan keagamaan, era moden dengan akal,
dan era pasca moden dengan hermeneutik, atau tafsiran peribadi tentang segala yang ada.
Pemikir pasca moden ini adalah mereka yang kecewa dengan ketidakadilan sistem sosial
yang mengakibatkan kalangan awam, rendah serta kurang upaya dan orang lain hanyalah
sampah yang merempat. Justeru, golongan sampah terpinggir dan tertindas seperti gay,
feminist, black dan seniman pop dan golongan etnik minoriti bangun menolak dan
mengutuk nilai asas masyarakat untuk mencipta gerakan sosial yang amat meluap dan
massa bagi menghadapi kebebasan baru, liberation, inclusion (penyertaan) dalam
gerakan politik, ekonomi, budaya dan sosial mereka (Zainal Kling 2000).
Gagasan pascamoden ini mengandungi beberapa pemikiran yang sememangnya
sukar untuk difahami. Terdapat empat ciri pemikiran pasca moden;
1- Idea kematian subjek
2- Idea penafian realiti
3- Idea ketiadaan makna
4- Penolakan naratif
6
besar bersama idea yang dibawanya
(Fatimah 2000)
Naratif besar merujuk kepada pandangan dunia, ilmu mahupun teori yang
menganggap dirinya menyeluruh lagi benar. Ini meliputi semua disiplin ilmu dan bidang
kehidupan termasuklah agama, sains atau fahaman-fahaman seperti positivisme
7
,
sosialisme, demokrasi liberal, strukturalisme
8
dan feminisme
9
. Naratif besar ini tidak
disenangi oleh para pemikir pasca moden keran potensinya untuk meminggirkan naratif-
naratif lain yang tidak atau belum berjaya mendapat kedudukan yang kukuh. Itulah
sebabnya mereka cenderung menggantikan naratif besar ini dengan naratif kecil. (Md.
Salleh Yaapar 2000). Idea ini mempunyai implikasinya yang tersendiri kepada Islam dan
kepada kemunculan kelompok kecil yang terpinggir (Fatimah 2000).
Implikasi idea ini kepada Islam ialah penolakan naratif besar ini mencabar
berbagai-bagai aspek kehidupan termasuklah agama. Ini berikutan, Islam sebagai agama
yang menawarkan satu pandangan dunia yang lengkap dengan jalan hidup yang dapat
menjamin kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat. Penolakan naratif besar bermakna
semua yang disebut oleh agama akan diketepikan sebagai tidak bererti dan palsu belaka.

6
Cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman dll
7
Cabang ilmu falsafah yang menganggap bahawa ilmu pengetahuan itu semata-mata berdasarkan pengalaman dan
ilmu yang pasti (berlawanan dgn metafizik)
8
Satu kaedah kajian bahasa yang mengkaji dan menghuraikan struktur bahasa
9
Gerakan atau fahaman yang menuntut persamaan hak wanita seperti yang dinikmati oleh kaum lelaki.
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


3
KONWANI S 10
Penerimaan naratif kecil pula menggalakkan tumbuhnya puluhan naratif kecil terdiri
daripada berbagai bentuk agama baru, gaya hidup baru (new wave) (Md. Salleh Yaapar
2005) dan kemunculan golongan gay, homeseksual dan lesbian menuntut hak secara
terang-terangan dari sudut periktirafan undang-undang dan perkahwinan.
Inilah idea naratif kecil yang dbawa oleh pasca modenisme serta kesannya kepada
Islam dan masyarakat. Idea naratif kecil inilah yang menjadi salah satu kepada punca
mengapa munculnya golongan-golongan yang diistilahkan sebagai golongan terpinggir
yang cuba mendapat tempat dan hak mereka (Fatimah 2000). Usaha yang dilakukan
pasca moden ialah membongkar dan menghancurkan meta-naratif yang dihasilkan
daripada sebuah ideologi dan pemikiran asas dan menguasai budaya pengetahuan
masyarakat. Falsafah pasca moden menyalahkan kapitalisme
10
yang bersifat
mengeksploitasi dan sosialisme
11
yang birokratik
12
yang dilihat sebagai naratif besar yang
menyebabkan kersang
13
bagi dunia sosial moden.
Cita-cita yang dibawa oleh pasca moden ialah menjalin kehidupan plural,
demokratik
14
, egalitarian
15
dan menjamin bagi pembebasan daripada penghambaan
sebuah ideologi tanpa memasung
16
rasa kemanusiaan. Kita tidak akan memanjangkan
lagi hujahan kita tentang pasca moden, kerana ini bukanlah objektif kita dalam
pembentangan ini. Apa yang perlu difahami sekarang ialah apakah impak pasca moden
kepada wanita Islam khususnya wanita melayu di Malaysia.

3. PASCA MODEN MENOLAK FITRAH MANUSIA


10
Sistem ekonomi dan politik di mana pemilikan harta benda, industri dan perniagaannya lebih tertumpu kepada
sektor swasta daripada kerajaan di mana syarikat digalakkan bersaing antara satu sama lain utk membuat keuntungan.
11
Teori atau sistem organisasi sosial yang menganjurkan supaya sumber2 kekayaan spt pengeluaran, tanah, modal dsb
dijadikan milik negara utk dinikmati oleh setiap rakyat dgn sama rata.
12
Cara pemerintahan yang bersifat birokrasi iaitu yang ditadbir oleh pegawai kerajaan (yang tidak dipilih oleh rakyat)
yang mempunyai kuasa besar.
13
Kering dan tidak subur
14
Menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat
15
Fahaman bahawa semua orang sama rata di mana mesti mendapat hak dan peluang sama rata
16
Mengurung
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


4
KONWANI S 10
Para pendokong pemikiran pasca moden seperti Richard Rorty (1931-2007) menegaskan
tentang bahayanya konsep fitrah manusia. Bagi Richard konsep fitrah manusia
merupakan satu ancaman kepada pasca moden. Antara aspek fitrah manusia yang ditolak
oleh pasca moden ialah semangat kewarganegaraan dan semangat kebersamaan. Konsep
fitrah manusia merupakan satu topik penting kerana ia melibatkan fitrah dunia, fitrah
kebenaran dan fitrah Tuhan. Kepercayaan ini wujud semenjak zaman Plato sehingga
zaman moden, namun begitu telah ditolak pada zaman pasca moden yang juga menolak
konsep metafizik
17
. Bagi pemikir pasca moden, metafizik adalah pemangkin untuk
manusia lari daripada realiti kehidupan dan bukan faktor yang boleh menentukan
kemajuan yang akan dicapai oleh manusia. Bila manusia menolak konsep metafizik maka
tentu juga akan menolak konsep teologi
18
. Perkara yang penting bagi pasca moden ialah
kebebasan manusia, bukan kebenaran.
Pasca moden mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani
dunia tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi termasuk Tuhan dan agama.
Hal ini menjadikan masyarakat hidup dalam hipokrit dan tidak mempunyai garis panduan
serta agenda terhadap apa yang dilakukannya. Masyarakat yang hidup dalam dunia yang
bebas tidak akan mempunyai konsep kebenaran. Dari sudut epistemologi
19
, pasca moden
tidak mempunyai sesuatu yang boleh dikongsi bersama pada peringkat asas dari segi
nilai-nilai moral yang universal. Kebenaran pada zaman pasca moden hanyalah berupa
produk bahasa dan budaya semata tanpa melihat kepada kebenaran mutlak (Azmi 2002).
Manusia menurut Michel Foulcault (1926-1984) tidak mempunyai personaliti dan
telah kehilangan kehebatan kerasionalan
20
. Manusia juga tidak boleh menentukan dan
merasionalkan sesuatu untuk dirinya sendiri kerana segala-galanya telah ditentukan dan
dirasionalkan oleh bahasa dan budaya di tempat mereka hidup. Manusia bebas melakukan
apa sahaja tanpa perlu memikirkan pendapat orang lain tentangnya. Gagasan pasca
moden secara jelas berasal dari Barat dengan mengandaikan budaya ini menunjukkan
sikap kurang positif di luar kemampuan manusia. Pasca moden harus difahami dengan
latar belakang proses yang panjang melibatkan pertumbuhan budaya konsumen
21
serta
membesarnya jumlah ahli yang terlibat dalam proses produksi. Budaya konsumen dalam
skala global disejajarkan dengan perluasan kuasa Amerika Syarikat dalam ekonomi

17
Alam ghaib
18
Ilmu Ketuhanan atau akidah
19
Teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah dan skop
sesuatu pengetahuan.
20
Alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan
21
Pengguna barang-barang
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


5
KONWANI S 10
dunia. Budaya konsumen ditujukan untuk menjadikan budaya universal yang akan
menghancurkan budaya nasional negara masing-masing.

4. PASCA MODEN PADA ERA GLOBALISASI

Dengan berkembangnya pasca moden pada era globalisasi, maka gerakan
kebebasan semakin berkembang. Keterbukaan terhadap pengaruh baru memudahkan
penyebaran idea. Ini dapat diperhatikan melalui apa yang berlaku pada negara bangsa di
dunia yang menikmati kebebasan ekonomi. Negara tersebut akan menuntut pula
kebebasan politik. Bagi bangsa yang telah merasakan demokrasi, ia akan menuntut
kebebasan individu. Kita sering mendengar gagasan mengenai hak asasi manusia yang
sedang melanda dunia hari ini. Manusia bebas melalui kehidupan yang diingininya
sebagaimana yang dimaksudkan pasca moden.
Dalam tempoh 1960-1990, pasca moden muncul sebagai sebuah fenomena
budaya di negara kita Malaysia. Ramai karyawan dan sejarawan mengaitkan perubahan
yang melanda masyarakat pada hari ini adalah pengaruh daripada fenomena pasca
moden. Masyarakat hari ini telah berubah daripada masyarakat industri kepada
masyarakat maklumat dengan meningkatnya teknologi ICT melalui komputer dan
mobile phone (Toffler 2002). Masyarakat maklumat menghasilkan sekumpulan orang
baru. Malah dalam bidang perniagaan pun telah menukar dari mod berpusat kepada mod
jaringan. Era maklumat bukan sahaja mengubah pekerjaan tetapi juga menghubungkan
seluruh dunia. Masyarakat maklumat bekerja berdasarkan jaringan komunikasi yang
meliputi seluruh muka bumi. (jodoh internet, jutawan internet, kerja melalui rumah, filem
hollywood dan bollywood, coca cola, tv satelit dan lain-lain).
Pada masa lalu, maklumat tidak secepat perjalanan manusia. Tetapi sekarang
maklumat dapat mengalir ke seluruh dunia secepat cahaya. Sistem komunikasi global
yang begitu canggih dapat mengetahui peristiwa apa sahaja dan di mana sahaja di dunia
ini. Budaya massa dan ekonomi global yang dihasilkan era maklumat berusaha
menyatukan dunia menjadi www. Ketika dunia ini bersatu pada satu dimensi, pada waktu
yang sama ia menghancurkan sudut dimensi yang lain. Munculnya pasca moden
menghasilkan kesedaran global dan menipisnya semangat nasionalisme. Semangat
cintakan tanah air, bangsa dan agama menjadi semakin suram dengan munculnya gerakan
globalisasi. Hidup di era globalisasi menyedarkan penduduk dunia mengenai
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


6
KONWANI S 10
kepelbagaian budaya di dunia ini. Gelombang perubahan ini juga memaksa masyarakat
mengambil cara pandang pluralisme
22
.
Cara pandang ini bukan sahaja bersikap toleran kepada kumpulan lain, tetapi juga
merayakan kepelbagaian budaya, amalan dan prinsip sehingga melahirkan gaya pasca
moden. Secara dasarnya, globalisasi telah mencabul kedaulatan sesebuah negara dan
bangsa sama ada dari segi bahasa, budaya, undang-undang, tanah air dan agama (Ghazali
1998; al-Jabiri 1997). Bukan itu sahaja, globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam
termasuk golongan wanita hanyut dalam kehendak sendiri tanpa batasan agama dan
sempadan akhlak. Ini merupakan satu pencabulan kepada nilai-nilai kemanusiaan yang
dirancang secara senyap oleh agenda Barat (al-Jamil T.t). Globalisasi melahirkan bangsa
Melayu yang hilang identiti kemelayuan dan ketimurannya. Bangsa kita menjadi bangsa
pengikut dan tunduk kepada agenda dan kehendak orang lain.
Jika diteliti kandungan globalisasi, ia mempunyai satu aspek utama iaitu
hegemoni
23
atau kekuasaan. Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi
juga merangkumi kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain.
Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada kekuatan tentera, malah menguasai aspek
nilai, budaya termasuk jugalah agama (Ghazali 1998) ke atas negara-negara lain
termasuklah negara kita Malaysia.

5. BAHAYA PEMIKIRAN PASCA MODEN KEPADA WANITA

Sebaran am terutama televisyen mampu menampilakan simulasi dan mod yang boleh
meledak memenuhi ruang kehidupan sosial, sehingga mengaburkan antara citraan dan
fakta. Citraan ini menjadi lebih nyata berbanding dengan realiti. Inilah ciri dunia pasca
moden. Di mana realiti sebenar kalah oleh citraan dan penampakan media. Sebagai
contoh, Madonna dan Rambo menjadi ikon media sehingga manusia merasai ia lebih
nyata berbanding jiran kita sendiri (Wood 2001).
Kuasa daripada sebaran am, terutama audiovisual, yang disokong perluasan pasar,
telah menembus batasan-batasan budaya dan negara hingga mencapai besaran global.
Kemudian kewujudan budaya konsumerisme dan kini telah menjadi gaya hidup global
sebagai bentuk ungkapan citarasa akan kebebasan individu untuk menentukan pilihan

22
Keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama dsb.
23
Pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain.
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


7
KONWANI S 10
secara bebas. Akibatnya, ragam wacana dan kesatuan budaya yang dahulu tersekat-sekat
secara wilayah, bertemu dalam tingkat yang sangat intensif dan secara bersama tampil
dalam media. Idea falsafah, khutbah agama, sains fiksyen, naratif kuno disampaikan
secara cerita komik, juga hadir sebagai pakej persembahan media. Dalam keadaan
demikian, pandangan moden yang melihat realiti sebagai satu keutuhan yang ditatap
berasaskan prinsip rasional menjadi tidak relevan lagi. Era media menawarkan realiti
lain, realiti yang dirasakan melampaui perpecahan. Disinilah pascamoden dengan
kepelbagaiannya hadir sebagai bentuk kepekaan baru terhadap realiti baru tersebut (Ardie
2009).
Impak daripada kemunculan pasca moden ini juga menyaksikan kemunculan
gerakan feminisme atau hak asasi persamaan gender. Demokrasi yang diamalkan di
negara-negara dunia ketiga menyaksikan gerakan berjaya muncul ke permukaan. Ini
merupakan satu kejayaan kepada kaum femenisme sebagai hasil daripada era pasca
moden (Azmi 2002). GERAKAN feminisme di Malaysia kuat dipengaruhi oleh gerakan
feminisme di Barat, lebih bermotif reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan
ini didukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan tinggi. Mereka
begitu tertarik kepada gerakan feminisme di Barat yang membangkitkan soal keadilan
sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita, liberalisasi kaum wanita, dan
pelbagai pendekatan yang berpusat pada kepentingan dan pandangan yang memihak dan
menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang bukan sahaja bersifat
gender bias, kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh isu asas yang
masih dihadapi oleh masyarakat negara membangun.
Golongan feminisme tempatan yang jahil tentang agama dan begitu terpengaruh
oleh Barat sering mencemuh agama dan gagal memahami pengajaran agama Islam dalam
membawa perubahan nasib wanita yang amat jumud kedudukannya pada zaman jahiliah.
Pada zaman jahiliah moden, wanita diperalat dengan pelbagai cara. Pergerakan
liberalisasi wanita umumnya membuka ruang yang lebih luas kepada eksploitasi wanita
dalam pelbagai bidang. Wanita menjadi alat komersial yang begitu canggih dan mudah
digunakan untuk pelbagai tujuan. Dari satu segi, gerakan feminisme bertujuan untuk
melindungi kepentingan wanita yang semakin terancam, mengalami keruntuhan moral
dan akhlak, dan kehilangan idealisme dan hala tuju. Dari segi yang lain, gerakan ini
bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih luas
mengatasi lelaki (Abd. Rahim Abd. Rashid 1998).



Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


8
KONWANI S 10
6. KEGAWATAN SOSIAL PASCA MODEN

Masyarakat Malaysia tidak terlepas daripada menerima kesan dan impak daripada idea
pasca moden yang berlaku di seluruh dunia. Sifat kasih sayang sesama manusia semakin
terhakis, keganasan bermaharajalela dan wujud kecenderungan bertindak kejam dan
ganas. Nilai-nilai akhlak semakin hilang kedudukannya di mata masyarakat. Amalan keji
dan budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai akhlak berleluasa di merata tempat. Kes
buang bayi, penderaan kanak-kanak, merogol, merempit, meragut, membunuh, samseng
jalanan, membuli, merompak, menagih dadah dan sebagainya berleluasa di seluruh
negara. Masyarakat sudah merasa tidak selamat dalam rumah sendiri. Anak-anak tidak
selamat tinggal dengan ibu bapanya. Gadis-gadis tidak selamat di rumah dan di jalanan.
Masyarakat kita hari ini diselubungi dengan kekeliruan. Keliru tentang identiti dan jati
diri yang perlu menjadi pegangan dan anutan. Krisis moral dan politik melanda
masyarakat dengan seriusnya.
Masyarakat kita berhadapan dengan krisis ekonomi dan sosial. Masalah berpunca
daripada kepincangan akhlak, kehilangan role-model, mengutamakan kepentingan
peribadi lebih daripada kepentingan umum, takut untuk berhadapan dengan kenyataan
dan tidak mahu memikul tanggungjawab. Fakta yang dikeluarkan oleh berbagai-bagai
agensi kerajaan menunjukkan betapa besar masalah sosial yang melanda masyarakat kita.
Yang lebih mengharukan lagi ialah penglibatan golongan Melayu dalam berbagai-bagai
masalah keruntuhan akhlak. Berikut adalah beberapa fakta untuk direnungi bersama;
1- Data yang dikeluarkan oleh Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada tahun
2005 menunjukkan kes pelacuran kanak-kanak dengan purata 150 160 gadis
tempatan yang di tahan setiap tahun. Dianggarkan 150 ribu wanita terbabit dalam
kegiatan pelacuran dengan sejumlah besarnya adalah wanita dewasa.
2- Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2009, mencatatkan antara tahun
2000-2008 sebanyak 257,000 sijil kelahiran tidak mencatatkan nama bapa pada
surat pendaftaran kelahiran. Purata kelahiran anak luar nikah sebulan ialah 2,500
orang dan purata seminggu kelahiran anak luar nikah ialah 84 kes. Antara tahun
1999 2003 kelahiran anak luar nikah adalah seramai 70,430 orang dengan
30,978 orang daripadanya adalah dari ibu yang beragama Islam. Berlaku
peningkatan kelahiran anak luar nikah dari kalangan ibu Melayu pada setiap
tahun. Pada tahun 2008, anak luar nikah Melayu ialah 16,541 telah meningkat
kepada 17,303 orang pada tahun 2009.
3- JPN 2009 juga telah mencatat sejumlah 102 kes buang bayi telah dilaporkan.
Sebanyak 580 orang bayi telah dibuang dalam tempoh 2000-2006 (PDRM 2008).
Setiap kali berakhirnya sambutan yang membabitkan kemeriahan pada sebelah
malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


9
KONWANI S 10
buang bayi dan mengandung anak luar nikah. Tempoh ini ibarat musim
mengawan kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan dan seluruh negara
akan mencatat kes buang bayi sama ada masih hidup atau janin yang dibuang
dalam semak, belakang rumah, pusat pembuangan sampah, bawah pokok, dalam
longkang dan juga tandas.
4- PDRM 2008 juga telah mencatat jumlah wanita yang dirogol semakin bertambah
dari tahun ke tahun dengan negeri Selangor dan Johor mencatat jumlah mangsa
rogol yang paling ramai.
5- Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM 2008 berkaitan tangkapan juvana yang
melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda menunjukkan jumlah pasalah
Melayu pada tahun 2007 adalah seramai 5847 orang berbanding dengan bangsa
China seramai 575 orang, India seramai 830 orang dan bangsa lain seramai 713
orang.
6- Laporan Dadah Julai 2008 yang dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah
Kebangsaan (NADI) menunjukkan jumlah penagih dadah dari bangsa Melayu
sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2007, jumlah penagih Melayu
ialah 7,359 orang berbanding bangsa China seramai 1,413 orang dan India
seramai 1,165 orang. Jumlah penagih berkurang pada tahun 2008 kepada 5,992
bangsa Melayu, 1,008 bangsa China dan 779 orang bangsa India. Walau
bagaimana pun bangsa Melayu tetap juara.
7- Penglibatan wanita Melayu dalam dunia peragaan, ratu cantik, pengiklanan
komersial, gadis bola, gadis grand prix, lakonan, nyanyian dan tarian, yang jelas
mencemar nama baik agama Islam. Jumlahnya terlalu ramai sehingga tidak
terhitung. Akademik fantasia, mentor, mari berdansa dan lain-lain.

7. WANITA MENDEPANI CABARAN SOSIAL PASCA MODEN

Wanita merupakan aset yang amat bernilai dan tenaga penggerak kemajuan. Wanita
merupakan benteng pertahanan moral dalam masyarakat yang berubah dan sering dilanda
kegawatan dan kemelut sosial. Wanita menjadi sumber inspirasi dan kasih sayang serta
pembinaan masyarakat penyayang. Peranan wanita sangat dikehendaki dan dipertahankan
oleh masyarakat Timur demi kestabilan institusi keluarga daripada tergugat dan runtuh
seperti yang berlaku di kalangan masyarakat Barat (Abd. Rahim 1998). Rasulullah s.a.w.
ketika mengerjakan haji wida telah meninggalkan pesanan-pesanan yang begitu
menikam kalbu para sahabat ketika itu. Antara pesanan baginda ialah Aku berpesan agar
kamu melayan kaum wanita dengan baik dan Sekiranya kamu berpegang kepada al-
Quran dan Sunnahku, kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Islam muncul dalam
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


10
KONWANI S 10
kalangan manusia yang banyak melakukan amalan yang sesat baik dari segi akidah
mahupun dari segi sosial dan tingkah laku.
Sejarah menceritakan bagaimana keadaan kaum Arab yang terdiri daripada
berbagai-bagai qabilah terlibat dengan penyembahan berhala, membunuh anak
perempuan, bermusuhan sesama sendiri, menipu dan mengamalkan riba, rumah
pelacuran dan berbagai-bagai kejahatan yang melingkari kehidupan pada waktu itu.
Sentuhan didikan Rasulullah s.a.w. yang mengajak manusia kembali kepada Tuhannya,
beriman kepada Allah Taala dan rasulNya, menerima kewujudan malaikat dan hari
akhirat serta akur dengan ketentuan qada dan qadar yang ditentukan Allah kepada
hambaNya menjadi asas dan benteng kepada kehidupan manusia ketika itu. Rasulullah
s.a.w. telah berjaya mengubah satu kumpulan masyarakat yang kasar, berdendam, penipu,
pelacur kepada sebuah masyarakat yang penyayang, lemah lembut, pemaaf, jujur dan
berintegriti, menghormati wanita dan mengangkat darjat dan kedudukan kaum wanita.
Mungkin anda berkata bahawa zaman Rasulullah s.a.w. tidak sama dengan zaman
kita. Zaman kita zaman pasca moden yang serba canggih dan terkehadapan. Zaman
Rasulullah adalah zaman unta dan kuda, tiada parabola, tiada internet, tiada telefon
bimbit, tiada concord, tiada kehidupan di angkasa dan lain-lain lagi Walau
bagaimanapun method dakwah Rasullullah s.a.w pada zaman baginda adalah sesuai dan
relevan sehingga berjaya melahirkan para pendokong dan pejuang yang hanya ingin
hidup mulia atau mati mulia sahaja. Kecanggihan hidup hari ini melahirkan masyarakat
yang sangat kompleks seperti keluarga 69. Seharusnya juga dakwah pada zaman ini
memenuhi keperluan semasa dengan persediaan yang cukup dari segi teknologi ICT,
keilmuan yang tinggi (ulama menjadi intelektual dan golongan intelektual menjadi
ulama), memahami dan menguasai isu dan masalah semasa, kepelbagaian metodologi
dakwah sesuai dengan sasaran.
Dalam mendepani cabaran sosial kaum wanita terbahagi kepada tiga kumpulan
yang besar. Kumpulan pertama yang terlibat dengan masalah sosial dan terpengaruh
dengan dakyah dan propaganda Barat sehingga mereka menjadi penyumbang besar dalam
masalah sosial dan kejatuhan moral wanita Islam di Malaysia. Kumpulan kedua ialah
golongan wanita yang tidak mempedulikan apa yang berlaku disekeliling mereka. Prinsip
mereka, selagi mereka hidup senang, selesa dan damai dengan keluarga dan anak-anak,
mereka tidak kisah dengan apa jua bahaya yang mendatang asalkan anak-anak mereka
dan keluarga mereka selamat. Kumpulan ketiga ialah kaum wanita yang prihatin dengan
masalah yang dihadapi oleh kaum mereka, walaupun masalah itu bukan masalah keluarga
mereka, bukan masalah anak-anak mereka, bukan masalah saudara mara mereka tetapi
mereka terpanggil untuk menyumbang tenaga, memberi kesedaran dan kefahaman
kepada kumpulan pertama dan kedua peri pentingnya kesedaran dan kefahaman Islam
dihayati bersama dan dikongsi dengan orang lain. Agar keselamatan dan kesejahteraan itu
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


11
KONWANI S 10
boleh dikongsi dengan semua orang. Siapakah kita antara tiga golongan yang disebutkan
di atas?
Sekiranya kita berada dalam kumpulan pertama, masa untuk kita bertaubat masih lagi
terbuka. Masa untuk kita kembali kepada Tuhan masih lagi ada. Bertaubat dan
kembalilah kepada kebenaran. Renungilah kelemahan kan kecacatan yang menyelubungi
kehidupan kita. Carilah rawatan dan guru yang boleh membimbing kehidupan kita
sehingga menjadi seorang yang beriman dan beramal saleh dan mengajak orang lain
kepada kebaikan pula. Sekiranya kita berada dalam golongan kedua, bergeraklah ke
hadapan sedikit, semoga kebaikan yang kita miliki boleh dikongsi dengan orang lain
yang kurang bernasib baik. Ketahuilah, rumah tangga yang kita jaga, anak-anak yang
kita lindungi belum pasti selamat selagi kita tidak keluar membantu mereka yang kurang
bernasib baik. Anak-anak kita masih boleh dipengaruhi dengan berbagai-bagai aspek
yang kita tidak mampu mengawalnya.
Ketahuilah, kesejahteraan sesebuah keluarga dan masyarakat serta negara kerana
adanya golongan ketiga yang tidak mengenal penat dan jemu keluar berdakwah,
mengajak kepada kebenaran, meninggalkan kesenangan hidup demi memastikan bumi ini
disinari dengan cahaya iman dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah
s.w.t.;
_! !.. _..> !.. _..... !.... _.`>,> ''
Dan takutlah kamu kepada fitnah yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim
dari kalangan kamu sahaja, ketahulah sesungguhnya Allah itu Maha hebat
hukumannya (al-Anfal 25).

8. KEMBALI KEPADA TUHAN

Perkara pertama yang diseru oleh Rasulullah s.a.w. ketika mengajak kaum dan keluarga
baginda kepada Islam ialah kembali beriman kepada Allah Taala. Inilah jalan
penyelesaian yang sebenar. Sejarah dulu dan sekarang menunjukkan bagaimana hati-hati
yang keras dan kejam boleh bertukar menjadi lembut dan penuh kasih sayang apabila air
keimanan mengalir dalam tubuh mereka. Menurut al-Banna (1998), agama itu
membangun melalui jihad generasi silam yang berlandaskan asas-asas yang kukuh, iaitu
keimanan kepada Allah s.w.t. mengenepikan kesenangan hidup yang sementara,
mengutamakan kehidupan yang kekal abadi, berkorban dengan darah, nyawa dan harta
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


12
KONWANI S 10
demi menegakkan kebenaran, cintakan mati di jalan Allah. Semua ini dilalui dengan
berlandaskan pimpinan al-Quran al-Karim.
Islam merangkumi aspek keagamaan dan kemasyarakatan, masjid dan negara,
dunia dan akhirat. Malah Islam juga menyentuh sudut praktikal dalam kehidupan dunia
dengan meletakkan amalan-amalan yang baik adalah ibadat kepada Allah Taala. Islam
adalah sistem hidup yang lengkap, bersifat sepadu, saling berkait dan menguatkan antara
satu aspek dengan aspek lain. Sistem ini berbeza daripada sistem yang lain dari segi
wataknya, gagasannya tentang kehidupan dan cara pelaksanaannya. Perbezaaan itu
adalah perbezaan yang asasi dan menyeluruh. Oleh itu Islam tidak bertanggungjawab
terhadap masalah yang timbul dalam masyarakat hari ini kerana masalah itu lahir akibat
Islam dipisahkan daripada realiti kehidupan.
Sebenarnya untuk mengambil Islam sebagai penyelesaian masalah, terlebih
dahulu Islam perlu dijadikan pengatur seluruh kehidupan individu, keluarga, masyarakat,
negara dan dunia ini. Setelah itu apabila timbul persoalan dan permasalahan barulah
wajar untuk meminta pandangan Islam mengenai persoalan itu kerana masalah itu timbul
dalam sistem Islam, bukan ditimbulkan oleh sistem bukan Islam. Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud;
!. !. . _ .`... .l>: _ .l.l ! N. .`-... .L> . L.:l ..|
.l ..s _... '
Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan
dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu. (al-Baqarah: 208)
Islam mendidik manusia dengan sistem tertentu, memerintah dengan hukum
tertentu, menyelesai masalah mereka atas dasar tertentu serta mewujudkan sistem
kemasyarakatan, ekonomi dan politik yang tertentu. Jadi perkara utamanya ialah
melaksanakan Islam sebagai sistem yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.
Semua aktiviti bersosial, berpolitik, berekonomi, berbudaya, berperang dan lain-lain
adalah berpaksikan kepada agama suci ini. Sebagai umat Islam, kita hendaklah yakin
bahawa hukum dan ajaran Islam lengkap mencakupi seluruh urusan manusia dunia dan
akhirat. Mereka yang merasakan ajaran islam itu hanyalah menyentuh aspek ibadat atau
kerohanian tanoa membabitkan aspek-aspek lain adalah silap. Islam adalah akidah dan
ibadat, tanah air dan bangsa, agama dan negara, rohani dan amali, mashaf dan pedang.
Al-Quran al-Karim menyentuh semua aspek ini dan meletakkan seluruh aspek ini sebagai
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


13
KONWANI S 10
TERAS ISLAM. Islam mengingatkan manusia supaya memenuhi seluruh aspek ini. Ini
ditegaskan dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
... !.. .. < :,>N N. .. i.,.. . !...l .>.
!. .> < .l| N. .. :!.l _ N _| < N .> _...l
Dan carilah apa yang dikurniakan Allah kepadamu pada hari Akhirat dan
janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia (al-Qasas 77).
Asas kepada ajaran dan intipati Islam adalah al-Quran al-Karim dan Sunnah
Rasulullah s.a.w. sekiranya umat Islam berpegang teguh dengan kedua-dua sumber ini,
mereka tidak akan sesat selama-lamanya. Oleh itu, sistem Islam yang sepatutnya menjadi
asas kepada umat ini mestilah dipetik dariapda sumbernya yang asli. Kita perlu
memahami Islam sebagaimana yang difahami oleh para sahabat dan tabien yang saleh
dan diredai Allah s.w.t. Kita tidak perlu mencorak zaman kita dengan budaya zaman yang
tidak bertepatan dengan ajaran Islam. Bagi menjamin pelaksanaan perkara ini dengan
betul, Islam menitik beratkan soal pemulihan jiwa manusia yang merupakan teras kepada
sistem ini. Inilah teras yang akan menjana pemikiran, penilaian dan pembentukan sistem
Islam.
Islam menyenaraikan penawar yang dapat membersihkan jiwa manusia daripada
nafsu serakah. Islam menghalang jiwa manusia bersifat kejam, alpa dan zalim. Jika jiwa
manusia berjaya dilentur dan dibersihkan, pasti setiap yang lahir daripada jiwa ini elok
dan baik belaka. Atas dasar inilah, jiwa manusia mendapat perhatian utama dalam Kitab
Allah. Manusia pertama yang dicorakkan oleh Islam kini menjadi model kepada manusia
yang sempurna. Islam sebenarnya sesuai denngan semua zaman dan bangsa. Islam seiring
dengan segala kehendak dan tuntutan. Islam tidak pernah melarang umatnya
memanfaatkan apa jua yang sesuai selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar am
Islam.

9. KESIMPULAN

Pasca moden adalah satu wajah baru yang di bawa oleh Barat untuk menghapuskan
semangat bangsa dan rasa izzah sebagai seorang Islam. Penyerapan idea ini ke dalam
jiwa dan pemikiran umat Islam berlaku dalam keadaan yang halus dan tersusun. Dalam
konteks bangsa Melayu, wanita Melayu yang hidup dalam masyarakat majmuk di
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


14
KONWANI S 10
Malaysia, situasi ini perlu difahami dan ditangani dengan bijak dan tegas. Era pasca
moden akan menjadikan kita wanita Melayu, manusia tanpa bangsa dan tanpa agama.
Manusia yang tanpa bangsa dan tanpa agama, menjadikan kita manusia yang tiada
agenda, identiti dan jati diri. Manusia yang tiada identiti dan jati diri akan sentiasa tunduk
dan dipergunakan oleh orang lain. Sehubungan dengan itu, setiap aktivis masyarakat, juru
dakwah dan ahli politik perlu peka terhadap permasalahan ini dan tidak terjerat dalam
perangkap agenda yang diatur oleh Barat.
Justeru, saya menyeru diri saya dan seluruh wanita Melayu agar bangkit dan
kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah
s.a.w. Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. Meletakkan agama sebagai
pertimbangan dan neraca kehidupan. Inilah sahaja yang dapat menyelamatkan kita dari
terpengaruh dengan budaya dan fahaman yang dibawa dalam era pasca moden. Inilah
juga yang boleh menyelamatkan bangsa kita daripada terus bergelumang dengan maksiat
dan kemurkaan Allah s.w.t.
RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rashid. 1998. Gerakan Feminisme di Malaysia antara idealisme dan
matlamat. Dewan Budaya. Ogos 1998. Bil 8. Jil 20. Hlm. 10-11.
Ardiensyah. 2009. Wacana teori pasca moden dalam pembangunan.
http://ardieansyah.blogspot.com/2009/11/wacana-teori-pascamoden-dalam.html
Azmi Aziz. 2002. Pertentangan Antara pascamodenisme dengan Fitrah Manusia.
Dlm.Misran Rokimin, James Francis Ongkili & Azmi Aziz (pnyt.). Falsafah dan
Peradaban Pembangunan,hlm. 55-66. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Bambang Sugiharto. 1996. Postmodenisme, tantangan bagi falsafah. Yogyakarta:
Kanisius.
Fatimah Abdul Rahman. 2000. Islam sebagai kekuatan menghadapi naratif kecil
postmodernisme.IKIM.
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=669&lg=1&opt
=com_article&sec=
Featherstone, Mike. 2001. Pascamodenisme dan budaya konsumen. Terj. Yogyakarta:
Pustaka pelajar.
Ghazali Darusalam. 1998. Dakwah Islam dan ideologi Barat. Kuala Lumpur: Utusan
Pub.
Al-Jabiri, Mohd. Abid. 1997. Qadaya al-fikr al-Arabi al-muasir. Beirut: Markaz Dirasat
Al-Wehdah Al-Arabiyah.
Majmu Rasail Hasan al-Banna. 1998. Iskandariah: Darul Dakwah
Md. Salleh Yaapar. 2000. Cabaran pemikiran pasca moden. Seminar Kebangsaan
Keluarga, Komuniti dan Pembangunan: menghadapi Pemikiran Pasca Moden. 11
Oktober 2000.
Wani t a Mendepani Cab ar an Sosi al Pasca Moden


15
KONWANI S 10
Siddiq Fadhil. 2000. Islam dan cabaran pascamodenisme. Seminar Kebangsaan
Keluarga, Komuniti dan Pembangunan: menghadapi Pemikiran Pasca Moden. 11
Oktober 2000.
Yamin Cheng. 2005. Cabaran idea pasca moden. Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM). rencana.blogspot.com/2005/.../cabaran-ideal-pascamoden.html