Anda di halaman 1dari 1

Tuan Haji Kamarul Ariffin bin Mohd Sharif

Pengetua
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Jalan Kota Raja
41906 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN KE KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS) BAGI TINGKATAN 4
AMBILAN SESI 2022

Merujuk perkara diatas, saya,Rashidah binti Jumadi, ingin membuat rayuan untuk kemasukan
ke tingkatan 4 di Kolej Islam Sultan Alam Shah bagi ambilan sesi 2022.

2.   Saya membuat rayuan ini kerana saya sangat berminat dengan sistem pembelajaran di
KISAS yang terbaik & teratur. Buktinya kini KISAS telah melahirkan ramai professional &
cendiakawan muslim di Malaysia. Faktor ini yang membuatkan saya ingin turut serta menjadi
salah seorang warga KISAS. Tambahan lagi saya amat tertarik matlamat KISAS iaitu melahirkan
pemimpin yang bertaqwa dan berintelektual tinggi. Matlamat ini selari dengan matlamat saya
ingin menjadi khalifah islam yang tinggi intelektualnya dan memberi manfaat kepada agama
dan negara.

5. Bersama-sama ini dilampirkan surat rayuan rasmi bertulis dan salinan slip permohonan
rayuan Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 Sekolah Khusus (SBP/SMKA) Tahun 2022
beserta resume ringkasan pencapaian terbaik saya untuk rujukan pihak tuan.

Besar harapan saya atas pertimbangan dan ihsan pihak tuan untuk menerima dan meluluskan
rayuan permohonan saya ke KISAS ini. Pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan
amat saya hargai dan sanjungi.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Rashidah
Rashidah binti Jumadi
013-7450068 / 012-7017969
umminisah80@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai