Anda di halaman 1dari 18

Laporan Kursus Ketua sekawan & Ketua Patrol Anjuran PPM Daerah Kuala Selangor & PPD Kuala

Selangor. Satu kursus telah diadakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Kuala Selangor. Kursus tersebut ialah Kursus Ketua Sekawan dan Ketua Patrol bagi ahli-ahli pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan pengakap remaja. Kursus tersebut telah diadakan pada 4,5 dan 6 Mac 2011 (Jumaat- Ahad), bertempat di Padang Sekolah Menengah Seri Tanjong, Kuala Selangor. Berikutan dengan minggu peperiksaan yang akan menjelang tiba, kumpulan pengakap SK Puncak Alam telah memberi peluang kepada lima ahli PKK. Namun oleh sebab beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, hanya tiga daripada mereka dapat menghadirkan diri ke kursus tersebut. Kumpulan pengakap sekolah kita tetap menyertai kursus dan perkhemahan ini. Seramai tiga orang peserta dari kumpulan kita telah menyertai kursus dengan jayanya. Mereka ialah; 1- Nurul Syasya Binti Meor Sharif (Tahun 4) 2- Aminul Haqim Bin Mohd Nizam ( Tahun 5) 3- Muhammad Iqhwan Fansuri Bin Md. Latiff ( Tahun 5) dan dua orang pemimpin pengakap yang turut sama menyumbang dan menjayakan kursus ialah Tn. Adzwan Bin Adnan, dan Tuan Mohd Nizam Bin Md Yusoff menyampaikan ceramah dalam dewan sidang PKK. Bagi peserta yang mengikuti kursus ini, kini mereka layak memakai tanda calit pangkat Ketua Sekawan dan bersedia untuk memimpin ahli-ahli trup kita yang lain. Antara pengisian kursus adalah untuk memantapkan lagi Ilmu Pengakap bagi Peserta, Istiadat, Kepimpinan sebagai Ketua Sekawan, Perjumpaan Pek, Majlis Ketua Sekawan, Tanggungjawab Pemimpin, Pengurusan Sekawan dan lainlain. Turut hadir memantau pergerakan kursus ialah Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Selangor Tuan Haji Muhammed Adzhar Bin Hj. Alias. Ahli-ahli trup kita telah berkursus dan berkem selama tiga hari bermula petang Jumaat sehinggalah penutup tengahari Ahad. Kem komandan kursus ini ialah Tuan Mohd Ismail Bin Zulkifli. Disertai juga seramai 31 ahli PKK, 75 ahli PM dan 40 ahli PR. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Shah Khairudin Hj. Abd. Majid, Penolong Pesuruhjaya Daerah Bhgn. Sumber Dewasa dan Latihan diiringi dengan nyanyian Lagu Sayonara. SYABAS diucapkan kepada mereka semua! Disediakan oleh: Disemak oleh :

. (MOHD NIZAM MD YUSOFF) Pemimpin yang menjaga Kumpulan (41) SK Puncak Alam. Tarikh Laporan ditulis : 21 MAC 2011 GAMBAR SEKITAR KURSUS Hari Pertama- Jumaat, 4 Mac 2011 @ 9.00 pm

Tn. Shah Khairuddin b. Hj. Abd. Majid menyampaikan ceramah bertajuk Daya kepimpinan Ketua Sekawan kepada PKK.

Hari Kedua Sabtu, 5 Mac 2011

Perhimpunan Pagi

Laung Agung dan Istiadat kibar bendera

Persetiaan dan Hormat pengakap

Sidang PKK : Persetiaan, Undang-undang dan Hormat Pengakap oleh Tn. Adzwan, Tn. Mohd Azhar, Tn . Anuar dan Tn. Mohd Nizam.

Antara ahli PKK SK Puncak Alam dan dari sekolah-sekolah yang lain yang mengikuti Sidang PKK.

Kawasan kem iaitu padang SMK Seri Tanjong.

Salah bagi hormat begini! Kata Tn. Nizamuddin.

Hormat begini baru betul

PKK memberi perhatian kepada ceramah.

Hari Ketiga Ahad, 6 Mac 2011

Tuan Ismail menerangkan pemakaian lencana dengan betul.

Lencana topi dilekatkan di sinikata Tuan Ismail.

Sidang terakhir PKK sebelum khidmat masyarakat bersama Tn. Shah.

Khidmat Masyarakat - Bersihkan kawasan perkhemahan.

Kutip jangan tak kutip.

Semua PKK, PM dan PR kumpulkan Buku Log untuk diperiksa dan disemak.

Menunggu Majlis penutup dan menurunkan bendera kem kursus. SEKITAR PENUTUPAN KURSUS.

Pemimpin yang hadir dan yang terlibat dengan kursus, (dari kiri) Tn. Mohd Nizam, Tn. Wan Azhari, dan Tn. Shah.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Shah Ucapan Khairudin Hj. Abd. Majid, Penolong Penutup. Pesuruhjaya Daerah Bhgn. Sumber Antara ADC Dewasa dan Latihan yang hadir (Dari duduk kanan) Tn. Saiful Azly, Tn. Zulkifli Othman, dan Tn. Nizamuddin.

Mendengar Ucapan Tn. Shah Khairudin.

PM dan PR yang mendengar ucapan penutup.

Penyampaian sijil dan cendera mata penghargaan daripada Kem komandan Tuan Mohd Ismail Zulkifli (kanan) kepada wakil pengetua SMK Seri Tanjong, Tuan Zulkifli Othman pada Majlis Penutupan Kem kursus.

Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil trup SK Puncak Alam - Aminul Haqim Mohd Nizam oleh Tuan Shah Khairudin.

Penyampaian Lencana Ketua Sekawan kepada ketua trup SK Puncak Alam oleh Tn. ADC Saiful Azly.

Peserta kursus dari trup kita dari kiri; Nurul Syasya, Muhammad Iqhwan Fansuri, dan Aminul Haqim.

Anda mungkin juga menyukai