Anda di halaman 1dari 3

Homestay Cermin peribadi Masyarakat Desa

Masyarakat kampung di Malaysia amat mesra dan membuka rumah mereka kepada pelawat asing agar para pelawat berpeluang mengalami cara hidup kampung

untuk dihargai dan disimpan sepanjang hayat. Pengalaman homestay di kampung tradisi merupakan salah satu cara paling cepat dan mudah untuk mengenali Malaysia yang sebenar. Anda akan mendapati bahawa rentak kehidupan agak perlahan di sini berbanding kehidupan di bandar dan bagi mereka yang menghargai ketenteraman hidup di kampung, tiada pengalaman lain yang dapat menandinginya. Tetamu homestay bukan sahaja akan didedahkan kepada cara hidup di kampung malah mereka juga berpeluang menjalin hubungan rapat dengan keluarga angkat yang mesra menerima kedatangan mereka dan melayan mereka sebagai salah seorang ahli keluarga. Pelawat akan dapat menikmati pelbagai pengalaman menarik hidup di kampung. Waktu makan dan pengalaman memasak hidangan cara kampung pasti menjadi salah satu kenangan manis anda. Pilihan pelbagai jenis lauk-pauk yang disajikan cukup untuk menyebabkan kebanyakan tetamu tidak keruan. Tetamu akan mempelajari cara memasak sajian tradisi. Ini mungkin termasuk sekali tugas memungut, memasak dan membasuh. Mereka yang bertuah juga berpeluang memetik buah-buahan sewaktu musimnya atau mencuba kebolehan mereka memetik buah kelapa dari pokok setinggi 30-40 kaki menggunakan batang buluh! Luangkan masa bersama adik-adik sekembali mereka dari sekolah dan mahirkan diri anda dengan permainan tradisional yang masih popular seperti gasing, congkak dan layang-layang atau terokai persekitaran kampung, berehat di kolam berdekatan, pergi memancing di sungai dan cuba bercucuk tanam cara tradisional. Pada waktu malam, tetamu dihiburkan dengan tarian kebudayaan, persembahan muzikal, atau pun majlis perkahwinan olok-olok. Alami tarikan budaya Melayu yang terpelihara selama ini dan dan masih kekal segar. . Tinggal bersama keluarga angkat anda, makan bersama mereka, dan nikmati kemesraan sebagai salah seorang ahli keluarga. Dan bila anda pulang, bawa bersama pengalaman budaya yang sukar dilupakan, dan tali persahabatan dengan keluarga yang akan sentiasa menyambut kepulangan anda semula bila-bila masa anda kembali ke Malaysia. Di Malaysia, kemudahan asas yang terdapat di kampung menawarkan keselesaan. Kuasa elektrik dan air paip terdapat di mana-mana di seluruh Malaysia dan kebanyakan kampung dihubungi dengan kota-kota besar melalui jalanraya moden dan pengangkutan awam Kampung-kampung yang terlibat di dalam program homestay bersungguh-sungguh memastikan anda menikmati pengalaman cara hidup kampung secara langsung dan mereka sudah biasa menyambut kedatangan tetamu asing dari seluruh dunia.. Kampung-kampung ini telah dipilih khas dan perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia supaya dapat memaparkan segala yang terbaik tentang Malaysia. Sesungguhnya cara hidup desa yang murni perlu

dipelihra dan dicontohi oleh masyarakat luar di samping menjanjikan pulangan pendapatan yang lumayan.

Anda mungkin juga menyukai