Anda di halaman 1dari 5

Tajuk Pidato : Lestarikan Khazanah Alam

Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya ke mari, bukan untuk
bermadah saya ke sini, tetapi untuk kita sama-sama menghayati,
mendalami dan menyelami mauduk bicara yang berbunyi Lestarikan
Khazanah Alam.

Sekalung terima kasih saya hulurkan buat saudara pengerusi majlis,


kombinasi intelektual kehakiman bervisi, guru-guru yang saya hormati,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dikasihi dekat di hati.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda yang sudi


melapangkan masa, apa khabar anda semua?

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Sebelum mulut membuka kata, sebelum lidah mengatur bicara, saya


mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian lestarikan khazanah alam
sebagai mengekalkan ketulenan alam semula jadi. Senario ini
mempunyai aspek yang begitu meluas tetapi jika kita renung dan teliti
dengan sedalam-dalamnya terdapat 1 aspek yang perlu diberi perhatian
sewajarnya di bawah kata kunci “lestarikan”. Sebenarnya khazanah
alam bagaikan isi dengan kuku hubungannya dengan manusia, kerana
manusia dan khazanah alam memerlukan antara satu sama lain
justeru khazanah ini perlu dilestarikan agar seluruh organisme di bumi
ini dapat hidup dangan selesa dan harmoni.
Hadirin hadirat sekalian,

Indikator saya yang pertama di bawah kata kunci melestarikan


khazanah alam adalah tanggungjawab semua pihak yang perlu dipikul.
Kerajaan haruslah mengadakan kempen kesedaran alam sekitar yang
bertujuan bukanlah untuk membebankan, melecehkan mahupun
menyusahkan masyarakat atau rakyat, sebaliknya meminimumkan
masalah pencemaran alam yang berlaku secara abnormal, contohnya
proses penebangan dan pembakaran hutan bagi tujuan pembangunan,
yang kononnya untuk menjimatkan masa, tenaga serta mengelakkan
bebanan kos. Deklarasi demi deklarasi telah dijalankan, memang
majoritinya semua individu sedar akan kepentingan menjaga khazanah
ini namun segalanya hanya rayuan manis di bibir senyuman sinis yang
dilemparkan. Kita sebenarnya tidak sedar bahawa bumi ini bukan milik
kita sebaliknya kita hanya meminjam daripada generasi akan datang.
Tuntasnya, kempen kesedaran wajar dilaksanakan agar masyarakat
sedar akan tindak-tanduk mereka dan segera melestarikan khazanah
alam.
Warga dewan yang bijak bestari,

Indikator saya yang ke-2 di bawah kata kunci peranan ibu bapa amatlah
perlu dalam melestarikan khazanah alam. Hal ini kerana ibu bapa
merupakan orang yang mempunyai masa senggang yang panjang
bersama anak-anak. Terdapat segelintir remaja mahupun kanak-kanak
yang masih lagi acuh tak acuh dalam aspek kebersihan. Saya bawakan
contoh yang mudah, pembuangan puntung rokok dan kertas pembalut
gula-gula di merata-rata tempat, acap kali kita melihat tempat-tempat
seperti perhentian bas dan tandas awam dicemari oleh benda-benda
kecil ini. Sebenarnya setiap individu daripada kita mempunyai peranan
dalam usaha melestarikan alam sekitar, walaupun perkara ini dianggap
remeh, namun jangan di sebabkan remeh kelak membinasakan
masyarakat sekali gus merobek keindahan alam. Tegasnya, ibu bapa
perlu memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak di
samping menasihati mereka supaya mencintai khazanah alam bak kata
pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Warga dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-3 di bawah kata kunci peranan pihak media
massa sebagai salah satu medium efektif dalam melestarikan khazanah
alam. Hal ini merujuk kepada peranan media massa yang mampu 
mempengaruhi minda masyarakat, terutamanya remaja selaku generasi
pelapis untuk melesterikan khazanah alam yang amat bermakna
kepada kita semua. Pelbagai informasi tentang alam sekitar dapat
diperoleh melalui media ini, sama ada melalui iklan, berita, wawancara
mahupun rancangan berbentuk dokumentari. Senario ini secara tidak
langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan khazanah alam, apakan kesan-kesan kemusnahannya?
serta yang paling utama cara-cara kita menjaganya. Enak lauk di
kunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang. Sekiranya iklan tentang
kepentingan melestarikan khazanah alam ini sering diulangi, acapkali
didengar, sudah pasti setiap individu dalam masyarakat sedar akan
tanggungjawab yang harus dipikul dalam mengekalkan keindahan
khazanah alam. Tegasnya, pihak media massa perlu berganding bahu
kerana mereka merupakan salah satu pihak yang penting dalam
memberi pendekatan kepada masyarakat dengan lebih efektif.
Warga dewan yang dimuliakan,

Harus dikejut mana yang lena,


Harus ditegur mana yang alpa.
Sebelum manusia ditimpa bencana,
Sebelum alam mulai berbicara.

Oleh itu, bukalah mata seluasnya dan sama-sama kita memulakan


anjakan paradigma dengan menanamkan semangat cinta akan alam
sekitar. Ingatlah “alam cemerlang, hidup gemilang”. Jadi, anda
bayangkan andainya alam boleh berbicara dan mungkin inilah luahan
perasaan sebatang pokok meranti ataupun seekor semut merah.
Konklusinya, manusia mengancam manusia yang terancam.
Persoalannya, demi mengejar sesuatu kemajuan, haruskah alam
menjadi taruhan? Fikir-fikirkanlah agar masalah ini tidak akan
berleluasa sehingga mengakibatkan ledakan tsunami di Jepun, Gunung
Merapi memuntahkan lavanya, dan taufan Katrina di Amerika. Tepuk
dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah sendiri, “Lestarikan Khazanah
Alam Demi Kesejahteraan Hidupan Bumi”.

Anak dara mandi di kali,


Terlepas timba menimpa kepala,
Izinkan saya mengundur diri,
Tamatlah masa saya berbicara.

Sekian, assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai